Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menyembuhkan Penyakit

Menyembuhkan Penyakit

Menyembuhkan Penyakit (Date written : 15 Mar 2015) Pengenalan Dari dulu sampai sekarang inilah topik yang paling banyak manusia keliru dan pelbagai pendapat di keluarkan terutama dari Doktor, Bomoh, para Ustaz, orang tua-tua tak kira bangsa Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Portugis dan sebagainya. Orang beriman, yang pertama kena buat adalah merujuk kepada Ajaran Allah iaitu apa yang Allah wahyukan dalam Al-Quran. Jenis-jenis Penyakit Terdapat pelbagai jenis penyakit yang di ketahui ada ubatnya dan banyak lagi penyakit yang Doktor mengatakan tak ada UBAT terutama Penyakit Kanser dan Aids. Yang perlu kita paham dan menjadi berilmu dan mengkaji adalah cakap siapa yang pertama sekali kita nak dengar dan turuti ? Ada atau tidak di dalam Al-Quran yang Allah mengajar kita tentang PENYEMBUHAN atau dalam Arabnya di panggil SYIFA`. Mari kita teliti apa yang Allah firman di dalam Al-Quran. Tentang AIR atau MA`  Firman Allah : Al-Anfal : 11 إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَ...