(Date written : 21 Jan 2018) Seringkali kita mendengar kenyataan ini di keluarkan - Islam itu mudah. Permudahkan dan jangan menyusahkan. Pada kenyataan itu memang terdapat kebenaran kerana Islam sebagai satu Deen atau Tatacara Peraturan Hidup, bukanlah sesuatu yang SUSAH untuk di amalkan. Artikel dibawah menerangkan akan maksud ini : Deen Islam tidak susah (klik link) Ta Ha 20 : 2 مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقٰىٓ ● Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi SUSAH / 'distressed'. ● NAMUN - maksud MUDAH pada kepala minda kita perlu jelas - apakah MUDAH yang tidak perlukan Pengorbanan Hawa Nafsu / Diri iaitu BERJIHAD ? Atau adakah MUDAH kerana ianya sesuai dengan Syahwat dan Hawa Diri ? Jawapannya tidak sama sekali. Pertamanya kerana hidup ini penuh dengan UJIAN. Perhatikan Firman Allah di bawah : Al-Baqarah : 155 وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَر...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●