Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Apa kena buat setiap hari

Apa yang kita kena buat setiap hari

Apa yang kita kena buat setiap hari (Date written : 3 Jul 2016) 1) Ingat Matlamat atau Tetapkan Matlamat (Niat / 'Intention') atau Tujuan. Jika matlamat kita hidup masih tak ada, maka tetapkanlah. Dan ianya bukan suatu pilihan kita. Semua manusia mengaku Muslim dan Mukmin hanya sepatutnya mempunyai satu matlamat - mencari Redha Allah dan menjadikan Allah sebagai tujuan hidup. Ingatlah - tanpa penetapan matlamat yang ini, makanya kita sudah mencari tuhan yang lain - maka kita sudah menyekutukan Allah. Sedarilah kebanyakan manusia mencari redha atau pujian manusia. Sedikit sahaja niat ke arah pujian manusia maka kita tidak hanif (lurus), maka kita sudah syirik. Kadang-kadang kita hanya mahu redha diri sendiri atau untuk keredhaan hawa nafs atau kepuasan hati sendiri - maka ini juga niat atau matlamat yang sesat dan kita pasti menyekutukan Allah. Buanglah keinginan, kehendak atau matlamat yang sebegini dan jadikanlah Redha Allah sebagai matlamat dan kehendak kita. Semuan...