Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Buah ke Bidadari

 (Date written : 26 Oct 2020) (Last update : 29 Oct 2020) Intro Apa sahaja nikmat yang akan kita dapat semasa dalam Jannah sudah pun di gambarkan dalam Al-Quran - kitab wahyu yang tidak ada keraguan di dalamnya. Namun, seperti biasa, apabila kita menghalusi akan maksud bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Quran secara tartil dan tadabbur, akan kita jumpai betapa tersasarnya terjemahan yang di berikan kepada perkataan Arab tersebut, yang sepatutnya tiada bengkak-bengkok. Fihima kemudian Fihinna Mari kita masuk dalam dan perhatikan apa yang saya mahu perkatakan. Firman Allah : Ar-Rahman 55 : 46 وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ● Dan bagi orang yang khuatir akan saat menghadap Tuhannya ada dua Jannah. ● Ar-Rahman 55 : 48 ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ ● kedua Jannah itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. ● Ar-Rahman 55 : 50 فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ● Di dalam kedua Jannah itu ada dua buah mata air yang mengalir ● Ar-Rahman 55 : 52 فِيهِمَا مِن كُلِّ فٰكِهَةٍ زَوْجَانِ ● Di dalam

Maksud 'Arab vs A'rab

 (Date written : 25 Oct 2020) Apakah maksud perkataan عرب yang digunakan dalam Al-Quran ? Adakah ianya hanya bermaksud sesuatu Bangsa atau sesuatu Bahasa sahaja ? Apakah tidak ada maksud selain dari kedua tersebut? Apa pula maksud A'rab atau أعراب ? Adakah ianya bermaksud Orang Arab Badawi atau Arab  Kampung ? Jawapannya tidak, sepertimana dalam kebanyakan terjemahan Al-Quran. Mari kita masuk dalam. Kata akar ع ر ب  di sebut di dalam Al-Quran sebanyak 22 kali. 12 kali di sebut sebagai 'Arabiyan atau 'Arabiyun atau 'Arabiyin dan sebanyak 10 kali disebut sebagai Al-A'rab الأعراب . Firman Allah : Yusuf 12 : 2 إِنَّآ أَنزَلْنٰهُ قُرْءٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ● Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Quran dengan ( / dalam / bersifat) Arab, agar kamu meng'aqalinya. ● nya yang di maksudkan adalah Al-Kitab, berdasarkan ayat sebelumnya : Yusuf 12 : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab yang jelas.●

Sabar

 (Date written : 7 Oct 2020) Kerap kali bila di timpa sesuatu musibah, akan ada kawan-kawan, sedara mara berjumpa dan mengatakan atau menasihati.. Sabarlah. Sabar tu kan separuh dari iman. Kadang2 - asyik yang itu-itu juga di perkatakan. Sometimes - a common advice to common people - it goes down the drain. Bosan. Atau pun.. Mana boleh sabar. Takde siapa boleh sabar dalam hal ni. Siapa pun yang kena macam masalah aku ni, mesti dia naik angjn, atau buat begini begitu. === Sabar. Apa itu sebenarnya Sabar? Kat mana yang kita kena APPLY Sabar or Patience dalam English. Apakah ada sesuatu yang di panggil Sabar dalam kebodohan? Ada. Contohnya bersabar menunggu buah yang tak turun-turun, ie. kena tipu dengan skim cepat kaya - invest sekian2 lepas tu dapat gandakan duit juta-juta. Inilah definisi Sabar dalam Kejahilan. Orang jahil, atau orang bodoh atau orang kurang ilmu - Sabar pun tak guna. Adakah sesuatu yang di panggil Sabar yang tiada gunanya? Ada. Masa dah terperangkap. Firman Allah: Ibr