Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ahsanal Hadith

Nama lain bagi Al-Quran

(Date written : 11 Nov 2017) A'uzubullahi minassyait°oonirrajiim. 1) AL-KITAB AL-MUBIN Yusuf 12 : 1 الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat AL-KITABIL-MUBIN (Kitab yang Jelas / Nyata). ● Asy-Syu'ara' 26 : 2 تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Inilah ayat-ayat AL-KITABIL MUBIN (Kitab yang Menjelaskan). ● Al-Qasas 28 : 2 تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ ● Inilah ayat-ayat AL-KITABIL MUBIN (Kitab yang Menjelaskan). ● As-Saffat 35 : 117 وَءَاتَيْنٰهُمَا الْكِتٰبَ الْمُسْتَبِينَ ● Dan Kami berikan kepada keduanya kitab yang sangat jelas (AL-KITAB AL-MUSTABIIN). ● An-Naml 27 : 1 طسٓ ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْقُرْءَانِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ ● T°aa Siin. Ini adalah ayat-ayat AL-QURAN, WA (IAITU) KITABIN MUBIN (Kitab yang Menjelaskan), ● AL-QURAN WA KITABIN-MUBIN. Al-Quran IAITU Kitab Yang Menjelaskan. Perhatikan penghubung kata WA itu tidak semestinya bermaksud DAN. Adakala ianya bermaksud IAITU. Sif...