Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Menyatakan Allah dalam hidup

Menyatakan Allah dalam Hidup

(Tarikh ditulis : 22 Feb 2017) ■ Setiap sesuatu atau sesiapa yang di jadikan mesti ada Penciptanya. Namun Pencipta yang sebenar itu mestilah bukan dari kalangan 'sesuatu' atau 'sesiapa'. (112:4, 42:11) ■ Siapakah Dia Pencipta itu ? Di manakah Dia? Bagaimana rupanya ? Apakah keupayaannya ? Apakah yang di buatnya? Bagaimana sifatnya? Apa kaitan kita manusia yang di jadikan bersifat boleh-fikir ini hendak menyedari tentang Dia Pencipta itu ? (13:16) ■ Dia itu adalah Yang Tunggal (112:1). Yang wujud tidak bersebab, kerana Dialah punca segala sebab (112:3). Yang adanya tidak memerlukan ruang juga masa kerana kedua-dua ruang dan masa itu juga adalah sesuatu. Wujudnya tidak beruang tidak bermasa. Yang memisahkan antara kita dan segala sesuatu atau sesiapa dengan Dia, adalah 'Arasy-Nya (13:2). Dia itu lain dari sesuatu atau sesiapa. Dia itu tidak berupa dan tidak boleh di lihat (7:143, 6;103). KeupayaanNya tidak terhad (67:1). Apa yang di buatNya adalah apa sahaja Keh...