Langkau ke kandungan utama

Menyatakan Allah dalam Hidup

(Tarikh ditulis : 22 Feb 2017)

■ Setiap sesuatu atau sesiapa yang di jadikan mesti ada Penciptanya. Namun Pencipta yang sebenar itu mestilah bukan dari kalangan 'sesuatu' atau 'sesiapa'. (112:4, 42:11)

■ Siapakah Dia Pencipta itu ? Di manakah Dia? Bagaimana rupanya ? Apakah keupayaannya ? Apakah yang di buatnya? Bagaimana sifatnya? Apa kaitan kita manusia yang di jadikan bersifat boleh-fikir ini hendak menyedari tentang Dia Pencipta itu ? (13:16)

■ Dia itu adalah Yang Tunggal (112:1). Yang wujud tidak bersebab, kerana Dialah punca segala sebab (112:3). Yang adanya tidak memerlukan ruang juga masa kerana kedua-dua ruang dan masa itu juga adalah sesuatu. Wujudnya tidak beruang tidak bermasa. Yang memisahkan antara kita dan segala sesuatu atau sesiapa dengan Dia, adalah 'Arasy-Nya (13:2). Dia itu lain dari sesuatu atau sesiapa. Dia itu tidak berupa dan tidak boleh di lihat (7:143, 6;103). KeupayaanNya tidak terhad (67:1). Apa yang di buatNya adalah apa sahaja Kehendak Dia (2:117, 3:47). Kaitan Dia dengan kita adalah kita ini dari Dia (4:1). Kita ini kelihatan ada sedangkan Dia itu Ada tetapi tidak kelihatan. Dan kita manusia atau sesiapa sahaja atau apa-apa sahaja memerlukan Dia Yang Tunggal ini 100% setiap masa di setiap ruang (112:2). Manakala Dia tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa langsung (47:38, 35:15), meskipun segala sesuatu dan sesiapa itu Dia yang punya (31:26).

■ Untuk menyedari akan wujudnya Dia, adalah dengan melihat Wajah-Nya (2:115). Apa itu Wajah-Nya? Adakah ianya berupa? Tidak. Wajah-Nya adalah segala yang kelihatan oleh kita, HASIL dari PerbuatanNya, yang datang dari KehendakNya, penuh di sekeliling kita (65:12), dekat atau sejauh mata memandang - itulah Wajah Dia - suatu keberhasilan kehendak (36:82).

■ Jika Wajah Dia adalah suatu HASIL kepada Kehendak Dia, masih lagi tidak menerangkan tentang Dia yang sebenar, melainkan kita memahami apa itu Predikat.

■ Dia yang sebenar itu Wujud pada setiap 'Predikat' atau dalam bahasa Arabnya di panggil Ism atau jamaknya Asma` terhadap segala sesuatu / apa-apa atau segala sesiapa (2:31). Predikat adalah bukan sesuatu atau sesiapa melainkan ia hanya keterangan tentang sifat atau kerja sesuatu subjek. Kita manusia lah yang amat memahami Predikat atau yang di selalu di terjemahkan sebagai NAMA-NAMA (ASMA`).

■ Salah satu Nama Dia atau Predikat tentang Dia adalah Yang Melihat (Al-Bas°ir). Yang Melihat itulah Dia. Yang Tunggal yang Wujud itu jugalah Yang Melihat. Selain Yang Melihat itu Dia, Yang Mendengar (As-Sami') itu juga Dia. Teruskanlah dengan segala Asma`ul Husna yang lain (7:180). Pisahkanlah diri kita dengan Dia dengan memahami Predikat atau Nama-Nama Dia. Semasa kita melihat sesuatu, sedarilah, Yang MELIHAT itu Dia. Semasa kita mendengar sesuatu, sedarilah, Yang MENDENGAR itu Dia. Dan seterusnya. Hanya dengan itulah kita MENGINGAT Dia. Maka akan kita ketahuilah siapa Dia yang sebenar yang Wujud Nya boleh di fahami dan di RASA.

■ Kita manusia di arah untuk MENGINGAT DIA setiap masa (8:45, 4:103). Tujuan Solat juga adalah untuk mengingat Dia. Mengingat Dia dalam Bahasa Arabnya adalah berzikir. Ramai Muslim Mukmin salah faham tentang maksud Zikir. Ianya bukan di lidah tapi di Qalbu, yang di dalam Minda.

■ Menyatakan Wujud Allah dalam kehidupan seharian dalam Qalbu atau Hati kita itulah Zikir atau Ingat kepada Allah dengan sebenar, menerusi segala Nama-namaNya atau Predikat-Predikat tentang Dia.

■ Hakikatnya, kita mengabdi diri kepada Sang Tunggal Yang Wujud mutlak yang sentiasa bersama kita (57:4), yang sentiasa DEKAT dengan kita (50:16). Dia berada bukan di atas atau di bawah, di kiri mahupun di kanan, di luar mahupun di dalam, Dia berada tidak bermana juga tidak bermasa. Mengabdi diri bermaksud kita Memuji dan Memuja dan Patuh-Rela-Taat-Serah Jiwa juga Berharap atau Memohon hanya kepada Dia. Itulah definasi menjadi 'abdi. (1:5, 51:56, 89:29, 2:186)

■ Dia yang tidak kelihatan tapi Ada. Maka Qalbu kitalah yang KENA MENYATAKAN ADA-Nya dengan pemahaman (39:22, 3:191), kemudian meRASAkan wujudNya hingga Yakin (49;15,). Akan kita rasakan Gementar Ketakutan (8:2), kemudian Tenang (39:23), kemudian Cinta yang bersangatan kepada Dia (2:165).

■ Saat itu kita sudah tiada. Yang Ada hanya Dia. Semata-mata Dia melalui WajahNya (55:26-27).

====
End.

Huwallahu Ahad.

-----

Al-A'raf : 205

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ

● Dan ingatlah Tuhanmu dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. ●

Al-A'raf : 180

وَلِلَّهِ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka serulah Dia dengan asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. ●

====




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...