Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Iblis

Jangan Putus Asa

(Tarikh ditulis : 31 Dec 2016) 1) Dalam menjalani hidup dengan penuh ujian dan cabaran, kita sangat-sangat di larang untuk BERPUTUS ASA. 2) Apakah maksud berputus asa ? Ianya sesuatu yang bermaksud sudah BERHENTI MENGHARAP KEBAIKAN atau KURNIAAN atau KASIH SAYANG ALLAH. Ianya juga bermaksud SUDAH berhenti untuk MENERUSKAN usaha dalam mencapai Tujuan. Ia juga bermaksud sudah berhenti MENGHARAP untuk mendapat apa yang dicitakan. Ianya ada perbuatan RASA dalam diri dan bukan di luar diri. Bila sudah berhenti MENGHARAP maka akan berhenti BERDOA. Bila berhenti Berdoa maka akan Berhenti BERUSAHA untuk mencapai TUJUAN. Maka semasa itulah manusia berada dalam RASA KECEWA. Bila dah kecewa maka akan BERASA SEDIH HATI (YAHZANUN). 3) Mari kita lihat ayat-ayat Al-Quran tentang Putus Asa : Ar-Rum : 49 وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِۦ لَمُبْلِسِينَ ● Dan Sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah BERPUTUS ASA...