(Tarikh ditulis : 31 Dec 2016)
1) Dalam menjalani hidup dengan penuh ujian dan cabaran, kita sangat-sangat di larang untuk BERPUTUS ASA.
2) Apakah maksud berputus asa ?
Ianya sesuatu yang bermaksud sudah BERHENTI MENGHARAP KEBAIKAN atau KURNIAAN atau KASIH SAYANG ALLAH.
Ianya juga bermaksud SUDAH berhenti untuk MENERUSKAN usaha dalam mencapai Tujuan.
Ia juga bermaksud sudah berhenti MENGHARAP untuk mendapat apa yang dicitakan.
Ianya ada perbuatan RASA dalam diri dan bukan di luar diri.
Bila sudah berhenti MENGHARAP maka akan berhenti BERDOA.
Bila berhenti Berdoa maka akan Berhenti BERUSAHA untuk mencapai TUJUAN.
Maka semasa itulah manusia berada dalam RASA KECEWA. Bila dah kecewa maka akan BERASA SEDIH HATI (YAHZANUN).
3) Mari kita lihat ayat-ayat Al-Quran tentang Putus Asa :
Ar-Rum : 49
وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِۦ لَمُبْلِسِينَ
● Dan Sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah BERPUTUS ASA (MUBLISIIN). ●
Al-An'am : 44
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِۦ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوٰبَ كُلِّ شَىْءٍ حَتّٰىٓ إِذَا فَرِحُوا بِمَآ أُوتُوٓا أَخَذْنٰهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
● Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka BERPUTUS ASA (MUBLISUUN). ●

Az-Zukhruf : 75
لَا يُفَتَّرُ عَنْهُمْ وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ
● Tidak diringankan azab itu dari mereka dan mereka di dalamnya BERPUTUS ASA (MUBLISUUN). ●
MUBLISIIN atau MUBLISUUN adalah orang-orang yang BERPUTUS ASA.
Ar-Rum : 12
وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ
● Dan pada hari terjadinya kiamat (SA'AH), orang-orang yang berdosa (MUJRIMUUUN) itu BERPUTUS ASA (YUBLISU). ●
4) IBLIS.
YUBLISU adalah perbuatan Berputus Asa.
MUBLISIIN atau MUBLISUUN adalah orang-orang yang Berputus Asa.
IBLIS adalah 'Yang Berputus Asa'.
5) Deduksi :
Perhatikan apa yang kita katakan dalam diri kita bila kita inginkan sesuatu dan kita berusaha dan kita RASA macam dah bersungguh-sungguh tapi tak dapat apa yang kita hajatkan.
Ianya apa sahaja yang kita buat samada sebagai seorang Pelajar, Pekerja atau Peniaga, atau sebagai anak, sebagai Ibu atau Bapa, kakak, adik atau abang dan sebagai manusia di bumi Allah.
Mendapat keputusan yang tak berapa bagus dalam mana-mana peperiksaan tidak bermakna kita dah jadi jatuh taraf dari orang lain yang tinggi markah peperiksaan, maka kita boleh BERPUTUS ASA dari terus Belajar.
Tidak mendapat Pangkat yang kita harapkan atau Gaji yang kita inginkan tidak bermaksud kita sudah seorang yang gagal dalam Kerjaya maka kita nak HENTIKAN segala usaha untuk menjadi Pekerja yang Cemerlang.
Tidak mendapat Kontrak atau Belian dari Pelanggan tidak bermakna Perniagaan yang kita dah melaburkan wang dan usaha patut di tutup dan mengatakan 'saya memang tak pandai niaga' dan BERPUTUS ASA.
Perhatikan kata-kata :
'Tak reti nak BUAT macam mana dah!'.
Tak boleh nak BUAT apa dah!'.
'Dah buat macam-macam dah. Tak berjaya jugak'.
Jika di berikan KENYATAAN ini kepada Orang-orang yang BERJAYA, mereka tidak pernah ada DALAM MINDA mereka istilah PUTUS ASA. Diaorang akan mengatakan ada BERIBU-RIBU lagi Jalan atau Methodologi yang boleh di buat dan masih tidak di buat sebelum boleh mengatakan 'Tak reti nak buat apa dah!'.
Selalunya orang yang PUTUS ASA adalah orang yang tidak cukup Pengalaman juga Ilmu Pengetahuan juga kekurangan Sumber terutama saudara mara atau rakan sekeliling. Berusahalah sentiasa untuk menjadi SOLEH dengan Menambah Baik Pengetahuan kita, Pengalaman kita dan juga Peribadi kita. Itulah SUMBER juga ASET terpenting dalam mencapai apa yang kita inginkan.
Yang orang lain tak REDAH, mereka RINTIS dan REDAH meski kelihatan MUSTAHIL.
Tak berhenti Fikiran mereka melahirkan Scenario Baru dalam JALAN USAHA untuk TETAP mendapat APA yang di inginkan.
Berjaya mencapai Tujuan itu bukan kita yang menentukan. Maka selalulah Berdoa kepada Dia yang Mempunyai Kurnia.
Yang boleh kita tentukan adalah Pilihan kita untuk terus menggembeling fikiran dan usaha untuk mencapai apa yang kita mahukan.
Jangan jadi seperti IBLIS.
Jangan Kecewa.
Jangan Putus Asa.
====
End.
Allah Ar-Rahim.
Az-Zumar : 53
قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلٰىٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
● Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari RAHMAT ALLAH. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●
Az-Zumar : 54
وَأَنِيبُوٓا إِلٰى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُۥ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
● Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah (ASLIMU) kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi). ●
Al-Baqarah : 112
بَلٰى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
● (Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri (ASLAMA) kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan (MUHSIN), maka baginya ganjaran pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (YAHZANUN). ●

Ulasan
Catat Ulasan