(Date written : 26 Aug 2023) ♦ Zaman ini, tatkala kita menerima pelbagai berita atau informasi tanpa tapisan, tentang seseorang, tentang seseorang pemimpin, atau tentang sesuatu perkara, maka kita perlu mendengar semua sekali namun mengikuti hanya yang terbaik. Inilah orang Ulil Albab. (39: 17-18) ♦ Jika kita hanya mendengar selorong sahaja, terutama Ketua Puak kita sahaja, maka kita tidak akan dapat menjadi seorang yang Adil, kita tak akan dapat berhujah dan mematikan hujah. Ketua Puak di sini, boleh jadi guru kita, pemimpin kita, parti politik kita, ustaz kita, dan kita menolak selain dari apa yang puak kita kata. Kenapa kita tak boleh jadi adil adalah sebab kita tidak dapat jadi hakim, sebab seorang hakim, sekurang-kurangnya mendengar hujah kedua-dua belah pihak, kemudian mengadilinya. (49:11) ♦ Setiap berita atau informasi yang kita terima, perlu atau wajib disahkan atau diverifikasi. Jika tidak, ianya mungkin berita bohong atau tidak benar, maka kita mungkin bersalah da...
Date written : 16 - 20 Apr 2023 Intro Disebabkan arahan Allah, manakala nak sampai bulan Ramadhan, kita di Malaysia wajib melihat anak bulan, ketika nak menentukan tarikh masuknya bulan Ramadhan dan Bulan Syawal. Persoalannya benarkah begitu arahan Allah? Jika tak nampak anak bulan, maka terpulang kepada Jabatan Agama negeri-negeri masing-masing dalam negara Malaysia (tahun-tahun dulu - 70an, 80an) untuk menentukan tarikh bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Masalah Semasa saya kecil (awal 70an), memang terjadi di Malaysia sendiri, ada antara negeri yang berpuasa dahulu dan beraya dahulu, berlainan dari negeri lain. Ada orang dalam negeri lain mengikut tarikh puasa negeri lain. Dan tarikh bulan Ramadhan juga Syawal juga lain dari dulu sampai sekarang di antara negara-negara penduduk Islam yang lain. Kawan saya seorang berbangsa Cina, pernah mengatakan "you muslim people, if only you guys follow the Chinese Calendar, for sure you will find the correct date for your Ramadhan ...