Kriteria Memilih Pemimpin
(Date written : 19 Nov 2022)
Intro
Majoriti negara di serata dunia mengamalkan sistem demokrasi perwakilan termasuk di Malaysia.
Kemelut politik di Malaysia menjadikan rakyatnya berbelah bagi, mana satu pemimpin yang hendak mereka pilih dalam undian pilihanraya.
Persoalan
Apakah kriteria yang sepatutnya kita jadikan sebagai kayu ukur dalam memilih pemimpin?
Apakah ada jawapannya dalam Kitab Al-Huda ?
Mari masuk dalam.
Firman Allah:
Al-Baqarah 2:247
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
● Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?” (Nabi) menjawab, “Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan menambahkan kepadanya (ZADAHU) banyak (abundant) (BASTATAN) di dalam ilmu ('ILM) dan fizikal(JISM).” Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. ●
Dari ayat di atas terdapat hanya 2 kriteria:
1) Berilmu.
2) Mempunyai kekuatan fizikal.
Hanya 2 kriteria sahaja yang Allah berikan. Berilmu dan mempunyai kekuatan fizikal.
Maka kita kena pilih pemimpin yang berilmu - bukan sahaja tentang hukum-hakam tetapi yang meliputi ilmunya sehingga tahu manfaat sebanyak boleh apa-apa yang Allah ciptakan dan tahu membuat penambahbaikan dari segala segi kehidupan rakyat yang dipimpinnya.
Kedua tentang kekuatan fizikal. Apa yang dimaksudkan tentang kekuatan fizikal? Apakah pasal selalu pergi Gymnasium atau selalu angkat berat dan menjadi sado?
Bukan itu.
Kekuatan fizikal atau JISM (Jasmani) adalah merujuk kepada kekuatan dalam pertempuran atau peperangan.
Apakah pemimpin yang kita pilih itu tahu bagaimana meningkatkan kekuatan pertempuran / peperangan negara / negeri / daerah yang dipimpinnya sehingga dapat pertahankan keselamatan rakyatnya dari ancaman dan serangan orang luar yang zalim dan mahu melakukan penganiyaan?
Maka pemimpin yang kita pilih mestilah yang BANYAK TAHU / BERILMU dan ADA STRATEGI bagaimana nak melindungi orang yang dipimpinnya dari ancaman keselamatan dan memastikan rakyatnya hidup makmur dan sejahtera - maksudnya keperluan rakyat dapat di berikan seperti :
1. Keselamatan
2. Makan minum
3. Pakaian
4. Tempat tinggal
Untuk perkara 2 - 4, pemimpin yang dipilih mesti tahu bagaimana cara untuk mengadakan banyak peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan keluarga. Peluang pekerjaan dapat dijalankan dengan adanya transaksi perniagaan, maknanya pemimpin yang kita pilih ini tahu dalam bidang perniagaan. Maksudnya, kalau dah jadi Kerajaan yang memimpin tahu bagaimana nak berniaga di zaman ini. Government atau Kerajaan mesti tahu bagaimana nak berniaga dengan Government atau Kerajaan yang lain - dipanggil G to G. Di samping itu pemimpin atau kerajaan kita ini mesti tahu bagaimana nak mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada rakyatnya (Private entities) agar dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Di Malaysia hanya sekitar 1 juta rakyatnya yang bekerja dengan kerajaan dan selebihnya iaitu sekitar 31 juta yang lain bekerja dengan Syarikat swasta.
Untuk perkara 1, pemimpin yang dipilih mesi tahu meningkatkan kekuatan peperangan dalam negara agar keselamatan rakyat dapat dilaksanakan. Ini tak mungkin dapat dilaksanakan melainkan pemimpin itu tahu bab Sains dan Teknologi. Tak guna mempunyai negara yang rakyatnya hidup aman damai dan dapat cukup pendapatan untuk menyara hidup, namun dengan mudah boleh ditewaskan oleh negara lain.
Firman Allah :
Al-Anfal 8 : 60
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَىْءٍ فِى سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
● Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari RIBATIL KHAIL (CAVALRY), yang dengan itu kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ●
Ayat di atas adalah ayat perintah yang wajib dilaksanakan.
Persoalan lain
Boleh ke memilih pemimpin yang bukan Islam ?
Jawapan - hanya jika tiada pemimpin Islam yang benar-benar beriman dan beramal soleh (melakukan penambahbaikan).
Tapi, kalau kita pilih Ustaz atau Ulamak, dia hanya tahu mengajar bab hukum-hakam sahaja?
Jawapan - Ustaz tu maksudnya adalah Cikgu. Cikgu tahu apa yang sudah dia pelajari dan mengajar apa yang dia tahu sahaja.
Ulamak yang dimaksudkan dalam soalan di atas pula selalunya adalah 'so-called' Ulama yang di fahami oleh ramai orang kala ini. Itu bukan Ulamak.
Ulamak sebennarnya adalah orang-orang yang berilmu ('Alim - singular), dan meliputi ilmunya dari segala segi - tahu syariat Allah dan tahu sains dan teknologi (kekuatan peperangan) dan tahu perniagaan.
Firman Allah:
Ali 'Imran 3 : 28
لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِى شَىْءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقٰىةً ۗ وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُۥ ۗ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
● Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu). ●
An-Nisa' 4 : 139
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
● (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. ●
An-Nisa' 4 : 144
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَجْعَلُوا لِلَّهِ عَلَيْكُمْ سُلْطٰنًا مُّبِينًا
● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)? ●
Kesimpulan
1. Sebenarnya kedua-dua kriteria ini meskipun nampak simple, tetapi mengandungi kebijaksanaan yang teramat tinggi, kerana ianya datang dari Allah Al-Hakim - Yang Bijaksana.
2. Kita sendiri patut berilmu dan mempunyai kekuatan fizikal dalam memilih pemimpin yang sebegitu.
End.
Ulasan
Catat Ulasan