Tiada Khawatir Tiada Sedih hati (Date written : 21 Jun 2016) Bila di tanya kepada manusia, dalam dunia ini apa yang kita mahu kan ? Maka akan ramai menjawab mereka mahu kaya, isteri cantik, suami berharta dan anak-anak yang cerdik pandai, rumah besar dan sebagainya. Tidak salah memiliki semua di atas asal kita tahu mensyukuri nikmat Allah. NAMUN, apa yang kita miliki di atas, kesimpulannya harta dan anak-pinak sebagai perhiasan di dunia ini akan hambar dan tak bererti JIKA; Dalam Minda atau Qalbu kita sentiasa Bimbang dan Khawatir atau Gundah Gelana dan berlalu sesetengah peristiwa yang menyedihkan kita. Demikianlah Allah Al-Hakim - Yang Bijaksana ini telah Mengetahui akan keadaan makhlukNya yang berperasaan ini dan memberikan definasi KEBAHAGIAAN bagi para manusia iaitu :- Tiada Khawatir dan Tiada Bersedih hati. Inilah kebahagiaan. Inilah kurniaan terbesar. Mari kita lihat banyak firman Allah yang menyatakan siapa yang mendapat Tiada Khawatir dan Tiada Bersed...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●