(Date written : 19 Nov 2018) Musyfiqin. Apa itu Musyfiqin ? Kata akarnya adalah SYA FA QA yang bermaksud BERHATI-HATI, BERWASPADA atau 'Cautios' dan ianya kerana TAKUT atau KHUATIR akan azab kerana melanggar batasan perintah atau larangan Allah. Firman Allah : Al-Mu'minun 23 : 57 إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ● Sesungguhnya orang-orang yang (kerana) TAKUT (خشية) kepada Tuhan mereka, mereka sangat BERHATI-HATI / 'Cautios' (MUSYFIQUN - مشفقون). ● Al-Anbiya 21 : 49 الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ ● (iaitu) orang-orang yang TAKUT (YAKHSYAUNA) akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa KHUATIR / WASPADA (MUSYFIQUN) akan (tibanya) hari kiamat. ● Musyfiqiin adalah orang-orang yang sangat berhati-hati kerana Takut kepada Allah. Tanda kita TAKUT (KHOSYIYYA خشي) kepada Allah adalah BERGEMENTAR QALBU (WAJILAT QULUBUHUM). Al-Mu'minun 23 : 60 ...
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●