Langkau ke kandungan utama

Musyfiqin

(Date written : 19 Nov 2018)

Musyfiqin.

Apa itu Musyfiqin ?

Kata akarnya adalah SYA FA QA yang bermaksud BERHATI-HATI, BERWASPADA atau 'Cautios' dan ianya kerana TAKUT atau KHUATIR akan azab kerana melanggar batasan perintah atau larangan Allah.

Firman Allah :

Al-Mu'minun 23 : 57

إِنَّ الَّذِينَ هُم مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang (kerana) TAKUT (خشية) kepada Tuhan mereka, mereka sangat BERHATI-HATI / 'Cautios' (MUSYFIQUN - مشفقون). ●

Al-Anbiya 21 : 49

الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

● (iaitu) orang-orang yang TAKUT (YAKHSYAUNA) akan (azab) Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, dan mereka merasa KHUATIR / WASPADA (MUSYFIQUN) akan (tibanya) hari kiamat. ●

Musyfiqiin adalah orang-orang yang sangat berhati-hati kerana Takut kepada Allah.

Tanda kita TAKUT (KHOSYIYYA خشي) kepada Allah adalah BERGEMENTAR QALBU (WAJILAT QULUBUHUM).


Al-Mu'minun 23 : 60

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَآ ءَاتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلٰى رَبِّهِمْ رٰجِعُونَ

● Dan orang-orang yang MEMBERIKAN apa yang telah mereka berikan, dengan QALBU yang BERGEMENTAR (takut), (kerana mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka, ●


Al-Anfal 8 : 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah BERGEMENTARLAH QALBU MEREKA (WAJILAT QULUBUHUM), dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka,  dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●

Dan hasil kepada Takut kepada Allah adalah kita akan sentiasa BERHATI-HATI (SYAFAQA) dari melanggar perintah Allah, dan kita akan selalu memberikan SEDEKAH.


Al-Ahzab 33: 72

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسٰنُ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

● Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka KHUATIR (WASYFAQNA) akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ●


Asy-Syura 42 : 22

تَرَى الظّٰلِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا كَسَبُوا وَهُوَ وَاقِعٌۢ بِهِمْ ۗ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فِى رَوْضَاتِ الْجَنَّاتِ ۖ لَهُم مَّا يَشَآءُونَ عِندَ رَبِّهِمْ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

● Kamu lihat orang-orang yang zalim sangat KETAKUTAN (MUSYFIQIN) kerana kejahatan-kejahatan yang telah mereka kerjakan, sedang siksaan menimpa mereka. Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal soleh (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah karunia yang besar. ●


At-Tur 52 : 26

قَالُوٓا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِىٓ أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ

● Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami BERHATI-HATI KERANA TAKUT (MUSYFIQIN)" (akan azab Allah). ●

At-Tur 52 : 27

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقٰىنَا عَذَابَ السَّمُومِ

● Maka Allah memberikan karunia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka. ●

Al-Ma'arij 70 : 27

وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ

● dan orang-orang yang BERHATI-HATI / BERWASPADA KERANA TAKUT (MUSYFIQIN) terhadap azab Tuhannya. ●

Sekali lagi

MUSYFIQIN adalah orang-orang sangat BERHATI-HATI kerana TAKUT kepada Allah.

Ianya adalah Hasil atau Tanda bahawa kita ini Takut kepada Allah (atau Azab Allah).

Deduksinya, jika kita TIDAK BERHATI-HATI atau tidak BERWASPADA tentang perintah dan larangan Allah, itu tandanya kita tidak TAKUT kepada Allah.

Dan orang yang tidak TAKUT kepada Allah adalah orang yang tidak BERIMAN (8:2 di atas) dan juga tidak BERILMU :

Fatir 35 : 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

● .. Sesungguhnya yang TAKUT (YAKHSYA) kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMAK. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ●


Jika kita berilmu dan beriman, kita pasti akan jadi MUSYFIQIN.

Untuk hendak lebih memahami maksud Musyfiqin atau kata akar SYAFAQA ini, firman Allah ini menjelaskan :

Al-Insyiqaq 84 : 16

فَلَآ أُقْسِمُ بِالشَّفَقِ

● Maka sesungguhnya Aku bersumpah dengan cahaya merah di waktu senja (SYAFAQ), ●

Cahaya merah di waktu senja adalah petanda pertukaran malam dan siang, zon berhati-hati, zon beringat.

Jika di kaitkan dengan kehidupan seharian kita, semasa di Lampu Traffic, warna Jingga ('Amber') adalah warna berjaga-jaga, berhati-hati dan berwaspada.

===
Beza Musyfiqin dan Khauf (خوف)

Al-Baqarah 2 : 38

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada KEKHUATIRAN (KHAUF) atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". ●

Al-Baqarah 2 : 155

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ

● Dan sungguh akan Kami berikan UJIAN kepadamu, dengan sedikit KEKHUATIRAN (AL-KHAUF), kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ●

Al-Baqarah 2 : 262

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَآ أَنفَقُوا مَنًّا وَلَآ أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh ganjaran di sisi Tuhan mereka. Tidak ada KEKHUATIRAN (KHAUF) terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ●

Al-An'am 6 : 48

وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۖ فَمَنْ ءَامَنَ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. Barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan (SOLEH), maka tak ada KEKHUATIRAN (KHAUF) terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. ●

Berdasarkan banyak firman Allah tentang Khauf, dapat di deduksikan bahawa KHAUF ini adalah KEKHUATIRAN kepada yang kita tidak pasti, kekhuatiran kerana duduk dalam 'Gray Area' / Zon Tak Menentu, kacau bilau fikiran kerana penuh bisikan syaitan dan kerana tidak mahu memahami Petunjuk atau Bimbingan Ilahi :-

Firman Allah :

Ali 'Imran 3 : 175

إِنَّمَا ذٰلِكُمُ الشَّيْطٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

● Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah SYAITAN yang MENAKUT-NAKUTI / MENGKHUATIRI (YUKHAUWIFU)(kamu) dengan pelindung-pelindung / teman-teman setianya (AULIYAA`AHU), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman. ●

Az-Zumar 39 : 36

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُۥ ۖ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِۦ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

● Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya. Dan mereka MEMPERTAKUTI / MENGKHUATIRI kamu (YUKHAUWIFUNAKA) dengan yang selain Allah? Dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak seorangpun pemberi petunjuk baginya. ●


Orang yang beriman dan beramal Soleh dengan mengikut 'The Guidance' atau Al-Huda, mereka Tiada Khuatir (KHAUF) dan tidak bersedih hati, NAMUN mereka adalah MUSYFIQIN = sangat berhati-hati dan berwaspada terhadap batasan perintah dan larangan Allah kerana TAKUT (KHASYIYAA) kepada Allah.

===
End.

Allah Al-'Alim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...