(Date written : 23 Nov 2018)
Manusia sebenarnya hanya terbahagi kepada 3 Golongan sahaja, samada di dunia atau di akhirat :
1) Sabiqun - Golongan Yang Terdahulu atau Terkehadapan
2) Muqtas°idun - Golongan kanan
3) Yang Menzalimi diri sendiri - Golongan kiri
Firman Allah di bawah ini mengkelaskan golongan di dunia.
Fatir 35 : 32
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتٰبَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِالْخَيْرٰتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
● Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada YANG MENZALIMI DIRI mereka sendiri dan di antara mereka ada yang MUQTAS°IDUN dan diantara mereka ada yang TERLEBIH DAHULU (SABIQUN) berbuat kebaikan (KHAIRAT) dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar. ●
Manakala firman Allah di bawah ini pula mengkelaskan golongan di akhirat :
Al-Waqi'ah 56 : 1
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ
● Apabila terjadi hari kiamat (Al-WAAQI'AH) ●
Al-Waqi'ah 56 : 7
وَكُنتُمْ أَزْوٰجًا ثَلٰثَةً
● dan kamu menjadi TIGA ( ثلثة) golongan. ●
Al-Waqi'ah 56 : 8
فَأَصْحٰبُ الْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحٰبُ الْمَيْمَنَةِ
● Iaitu golongan kanan (AS°HABUL MAIMANAH). Alangkah mulianya golongan kanan itu. ●
Al-Waqi'ah 56 : 9
وَأَصْحٰبُ الْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحٰبُ الْمَشْـَٔمَةِ
● Dan golongan kiri (AS°HABUL MASH`AMAH). Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. ●
Al-Waqi'ah 56 : 10
وَالسّٰبِقُونَ السّٰبِقُونَ
● Dan orang-orang YANG TERDAHULU (AS-SQABIQQUUN) dari YANG TERDAHULU (AS-SAABIQUUN). ●
Al-Waqi'ah 56 : 11
أُولٰٓئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
● Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah (AL-MUQARRABUUN). ●
Perhatikan juga pengkelasan golongan manusia pada firman Allah di bawah :
Al-Ma'idah 5 : 66
وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرٰىةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِم مِّن رَّبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِن فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِم ۚ مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ سَآءَ مَا يَعْمَلُونَ
● Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh MENDIRIKAN / MENEGAKKAN (AQAMU) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, PASTI mereka akan MENDAPAT MAKANAN dari atas dan dari bawah kaki mereka. Diantara mereka ada golongan MUQTAS°IDAH. Dan alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan (KATHIRA) mereka. ●
Ada 3 golongan berdasarkan ayat di atas :
1) Golongan manusia yang bersungguh-sungguh menegakkan atau mendirikan ajaran Kitab Allah dan mendapat rezeki dari atas dan bawah kaki mereka - Inilah golongan SABIQUN dan MUQARRABIIN (Orang yang DEKAT dengan Allah) (di deduksi dan di kaitkan dengan ayat Allah yang lain di atas)
2) Golongan Muqtas°iduun - Inilah Golongan Kanan (di deduksi dan di kaitkan dengan ayat Allah yang lain di atas).
3) Kebanyakan Orang - Inilah Golongan kiri - inilah golongan yang Mezalimi diri mereka sendiri (di deduksi dan di kaitkan dengan ayat Allah yang lain di atas).
Al-Quran bermaksud Bacaan yang berkaitan maka dengan mengaitkan ayat mutaysabiha atau yang serupa, kita dapat mendeduksi tafsir atau maksud sebenar ayat-ayat Allah dan mendapat kefahaman yang jelas (MUBIN).
===
Sabiqun adalah berdasarkan kata akar سبق (SABAQA) yang bermaksud YANG MENDAHULUI atau Yang TERKEHADAPAN dan di sebutkan sebanyak 37 kali di dalam Al-Quran dengan variasi Sabiquun, Astabiqu, Sabaqu, Tasbiqu dan lain-lain.
Yusuf 12 : 17
قَالُوا يٰٓأَبَانَآ إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِندَ مَتٰعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ ۖ وَمَآ أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا صٰدِقِينَ
● Mereka berkata: "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi BERLUMBA (NASTABIQU) dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala; dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar". ●
Ta Ha 20 : 129
وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَكَانَ لِزَامًا وَأَجَلٌ مُّسَمًّى
● Dan sekiranya tidak ada suatu ketetapan dari Allah yang telah TERDAHULU (SABAQAT) atau tidak ada ajal yang telah ditentukan, pasti (azab itu) menimpa mereka.●
Al-Mu'minun : 61
أُولٰٓئِكَ يُسٰرِعُونَ فِى الْخَيْرٰتِ وَهُمْ لَهَا سٰبِقُونَ
● mereka itu bersegera di dalam berbuat kebaikan (KHAIRAT), dan merekalah orang-orang yang TERKEHADAPAN / TERDAHULU (SAABIQUUN). ●
Berdasarkan banyak ayat-ayat Allah yang lain tentang SABIQUUN, adalah golongan manusia yang sentiasa bersegera dalam melakukan kebaikan, bersungguh-sungguh berlumba dalam melakukan kebaikan iaitu dalam melaksanakan arahan Allah dan orang ini adalah di dekatkan dengan Allah (Muqarrabin).
Golongan ini bukan sahaja mendapat ganjaran tertinggi di Akhirat kelak, tetapi mendapat rezeki dari atas dan bawah mereka di dunia ini sendiri.
===
Muqtas°idun adalah berdasarkan kata akar قصد (QAS°ADA) yang bermaksud YANG DI NIATKAN atau YANG DI TUJUI atau YANG DI MATLAMATKAN dan di sebutkan sebanyak 6 kali di dalam Al-Quran dengan variasi Muqtas°idun, Muqtas°idah, Qas°du, Aqs°id dan Qas°idan.
Kebanyakan terjemahan Al-Quran menterjemahkan Muqtas°idun dengan maksud Golongan "Pertengahan" yang mungkin tidak dapat memberi maksud yang tepat.
Mari kita tadabbur ayat-ayat Allah yang lain tentang QASADA agar kita memahami dengan tepat apa yang Allah mahu sampaikan.
An-Nahl 16 : 9
وَعَلَى اللَّهِ قَصْدُ السَّبِيلِ وَمِنْهَا جَآئِرٌ ۚ وَلَوْ شَآءَ لَهَدٰىكُمْ أَجْمَعِينَ
● Dan atas Allahlah, ARAH (QAS°DU) JALAN yang lurus (AS-SABIIL), dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar). ●
Luqman 31 : 19
وَاقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوٰتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
● Dan BERSEDERHANALAH (WA AQS°ID) kamu dalam berjalan dan rendahkanlah / lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai. ●
Aqs°id bermaksud bersederhanalah dan ianya di bezakan dengan maksud JANGAN BERJALAN ANGKUH di bumi Allah.
Ayat 31:18 dapat dikaitkan dengan maksud bersederhanalah atau jangan berlebih-lebihan atau jangan angkuh atau jangan berlagak :
Luqman 31 : 18
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
● Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu BERJALAN di muka bumi dengan ANGKUH. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. ●
Luqman 31 : 32
وَإِذَا غَشِيَهُم مَّوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجّٰىهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ
● Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebahagian mereka TETAP MELURUSKAN KETAATAN (MUQTAS°IDUN). Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar.
Berdasarkan kaitan ayat-ayat Allah, dapatlah di deduksikan bahawa Muqtas°idun dapat di ertikan dengan orang yang bersederhana tetapi tetap dalam ketaatan dalam menuju perjalanan kepada Allah. Golongan ini dapat di bezakan dengan golongan Sabiqun yang selalunya mendahului dalam ketaatan kepada Allah.
Golongan ini akan mendapat ganjaran yang baik di akhirat kelak.
===
Selain dari golongan Sabiqun dan Muqtas°idun, ada golongan ketiga yang di panggil Golongan yang menzalimi diri sendiri dan juga golongan kiri dan juga golongan yang terdiri dari kebanyakan orang di muka bumi.
Berdasarkan ayat-ayat Allah yang lain, ternyata Golongan ketiga inilah termasuk orang Kafir, orang Musyrik, orang Munafiq, Orang Fasiq dan juga Orang Zalim.
Golongan ini kesemuanya ke Neraka.
====
End
Allah Ar-Rahman
Allah Ar-Rahim
Allah Ad-Dhar
Allah Al-'Adl.
Allah Al-Baari`u
Allah Al-Barr

Salam. Apakah wujud golongan Sabiqun di zaman ini? Jika ya, siapakan mereka
BalasPadam& apakah mrk berada dlm kelompok/persatuan @ sendiri2
PadamAllah Yang Mengetahui.
BalasPadam