Langkau ke kandungan utama

Rasul Nabi Muhammad bukan buta huruf

(Date written : 5 Nov 2018)

Pengenalan

Terlalu banyak sebelum ini kita sering di beri faham bahawa Rasul Nabi Muhammad  kita ini adalah seorang buta huruf iaitu tidak reti nak membaca dan menulis.

Persoalannya adakah kenyataan yang di keluarkan itu benar yang di bantu dengan bukti-bukti atau hanya sebuah sangkaan semata-mata ?

Siapakah yang mengatakan Nabi kita ini seorang buta huruf ?

Mari kita masuk dalam

Yang mengatakan Nabi kita ini adalah Buta Huruf adalah dari kalangan para so-called Ulamak sendiri dan mereka bersandarkan kepada firman Allah yang menyatakan bahawa Rasul Nabi Muhammad adalah seorang Ummi.

Firman Allah :

Al-A'raf 7 : 157

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِىَّ الْأُمِّىَّ الَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ وَالْإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهٰىهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلٰلَ الَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ ءَامَنُوا بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓ ۙ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

● (Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang UMMI yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. ●

Kita wajib BERIMAN tentang apa sahaja yang di firman Allah kerana ianya adalah KEBENARAN tanpa ragu dan terlalu banyak pembuktian boleh di berikan tentang kebenaran itu. Tidak ada satupun ayat-ayat Al-Quran yang tidak boleh di buktikan kebenarannya.

Namun, dalam hal ini kita BERIMAN bahawa Rasul Nabi Muhammad adalah seorang UMMI.

Yang kita perlu mendalami adalah apakah maksud UMMI itu yang di firmankan dalam Al-Quran itu bermaksud Buta Huruf atau pun tidak.

Maksud UMMI yang sebenar

Firman Allah lagi :

Al-Jumu'ah 62 : 2

هُوَ الَّذِى بَعَثَ فِى الْأُمِّيِّۦنَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

● Dialah yang mengutus kepada AL-UMMIYYI seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, ●

Firman Allah di atas, hampir kesemua terjemahan menterjemahkan - 'Dialah yang mengutus kepada "kaum yang buta huruf" seorang Rasul...

Sangatlah besar KESALAHAN jika AL-UMMIYYI itu di terjemahkan kepada 'Kaum yang Buta Huruf'. Sebabnya, apakah Rasul Nabi Muhammad di utuskan kepada HANYA KAUM YANG BUTA HURUF ?? (Berdasarkan ayat di atas)

Semestinya tidak sama sekali. Kerana Rasul Nabi Muhammad di utuskan untuk menyampaikan Risalah Allah kepada semua manusia tak kira Buta Huruf atau Tidak.

Makanya UMMI bukanlah Bererti Buta Huruf dalam konteks yang di tujukan kepada Rasul Nabi Muhammad mahupun kepada kaumnya.

Jika begitu, apakah sebenarnya maksud UMMI ini ?

Mari kita perhatikan firman Allah lagi :

Ali 'Imran 3 : 20

فَإِنْ حَآجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِىَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ وَالْأُمِّيِّۦنَ ءَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلٰغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌۢ بِالْعِبَادِ

● Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang UMMI: "Sudahkah kamu Islam (Berserah diri) ?". Jika mereka sudah Islam (berserah diri), sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. ●

Ayat di atas jelas menunjukkan 2 jenis kumpulan manusia.

Sekumpulan manusia adalah yang kaum yang sudah menerima ajaran Al-Kitab dari Rasul Nabi dahulu manakala sekumpulan lagi pula di gelar kaum yang UMMI yang SECARA DEDUKSI NYA BERMAKSUD KAUM yang belum menerima ajaran mana-mana Kitab sebelum ini.

Maka UMMI bermaksud orang yang belum menerima ajaran mana-mana Kitab sebelum ini.

Rasul Nabi Muhammad adalah dari kaum atau kelompok manusia yang belum menerima ajaran mana-mana kitab, MAKA itulah Rasul kita di gelar Rasul yang UMMI dan bukan bermakna Rasul kita itu adalah seorang Buta Huruf!

Perhatikan firman Allah ini yang sangat menjelaskan maksud UMMI (secara tadabbur) :

Al-'Ankabut 29 : 48

وَمَا كُنتَ تَتْلُوا مِن قَبْلِهِۦ مِن كِتٰبٍ وَلَا تَخُطُّهُۥ بِيَمِينِكَ ۖ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ

● Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (demikian), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu). ●

Bukti lain bahawa Rasul Nabi Muhammad seorang yang bukan Buta Huruf.

Selain UMMI yang bermaksud bukan Buta Huruf pada konteks Rasul kita dan juga kaumnya (selalu di panggil umatnya), mari kita perhatikan firman Allah di bawah ini pula :

Al-'Alaq 96 : 1

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

● BACALAH dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, ●

Al-'Alaq 96 : 4

الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

● Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (MATA PENA / TULISAN), ●

Al-Qiyamah 75 : 16

لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ

● Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya.●

Al-Qiyamah 75 : 18

فَإِذَا قَرَأْنٰهُ فَاتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ

● Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. ●

Berdasarkan ayat-ayat Allah di atas, jelas Allah suruh Rasul Nabi kita MEMBACA kerana ayat itu di tujukan kepada Nabi, dan Allah mengatakan bahawa Allah mengajar melalui Tulisan (Mata Pena). Jika Allah mengajar kita termasuk Rasul Nabi melalui tulisan, maka semestinya Rasul Nabi kita boleh membaca tulisan tersebut.

Namun, itu tidak bermakna Al-Quran itu di turunkan dalam bentuk tulisan atau kitab, melainkan ianya di wahyukan melalui Jibril Ruhul Qudus.


Bilakah Al-Quran ini di tuliskan atau di bukukan ?

Jawapannya BUKANLAH selepas kematian Rasul Nabi Muhammad, TETAPI semasa Rasul Nabi Muhammad masih hidup.

Firman Allah :

Al-Furqan 25 : 4

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّآ إِفْكٌ افْتَرٰىهُ وَأَعَانَهُۥ عَلَيْهِ قَوْمٌ ءَاخَرُونَ ۖ فَقَدْ جَآءُو ظُلْمًا وَزُورًا

● Dan orang-orang kafir berkata: "Al Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang lain"; maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar. ●

Al-Furqan 25 : 5

وَقَالُوٓا أَسٰطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِىَ تُمْلٰى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

● Dan mereka berkata: "Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, dimintanya supaya DITULISKAN, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang". ●

Ayat 25:5 di atas jelas MENUNJUKKAN bahawa Al-Quran itu di arah oleh Rasul Nabi Muhammad untuk DI TULISKAN (secara deduksi nya seterusnya DI BUKUKAN) semasa dia masih hidup lagi dan kemudian di bacakan setiap pagi dan petang.

Orang Kafir menuduh Rasul Nabi Muhammad mereka-reka Al-Quran.

Firman Allah :

Hud 11 : 13

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرٰىهُ ۖ قُلْ فَأْتُوا بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيٰتٍ وَادْعُوا مَنِ اسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Bahkan mereka mengatakan: "Muhammad telah membuat-buat Al Quran itu", Katakanlah: "(Kalau demikian), maka datangkanlah sepuluh surat-surat yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar". ●


Ayat di atas sebenarnya adalah BUKTI JELAS bahawa Rasul Nabi Muhammad BUKANLAH seorang Buta Huruf yang tidak tahu membaca dan menulis.

Sebaliknya, ayat itu memberi tahu kepada kita bahawa orang kafir menuduh Nabi Muhammad mereka-reka sendiri Al-Quran adalah kerana Nabi Muhammad bukanlah seorang Buta Huruf malah seorang yang boleh membaca dan menulis sehingga boleh di tuduh sebagai mereka-reka Al-Quran.


===
End

Allah Al-Jabbar


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...