Langkau ke kandungan utama

Pakaian

(Date written : 20 Nov 2018)

Ayat-ayat Allah banyak menyebut tentang pakaian.

Mari kita selami apa maksud Pakaian yang mahu di sampaikan oleh Allah kepada kita.

Kata akarnya adalah  لبس.
Sebanyak 23 kali perkataan dari kata akar ini di gunakan dalam Al-Quran.

Firman Allah :


Al-A'raf 7 : 26

يٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوٰرِى سَوْءٰتِكُمْ وَرِيشًا ۖ وَلِبَاسُ التَّقْوٰى ذٰلِكَ خَيْرٌ ۚ ذٰلِكَ مِنْ ءَايٰتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

● Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu PAKAIAN (LIBASA) untuk menutupi malumu dan untuk perhiasan. Dan PAKAIAN (LIBASU) TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. ●

Dari ayat di atas, sememangnya Pakaian yang kita pakai memang bertujuan untuk menutupi apa-apa yang memalukan kita jika di pandang orang ramai. Keduanya, tujuan orang memakai pakaian adalah untuk perhiasan diri.

Namun, apabila Allah menyebut Taqwa sebagai pakaian, ianya memberi makna yang lebih dalam.

Ia bermaksud, jika kita melihat seseorang, yang menyelubungi atau menutupi tubuh seseorang manusia itulah PAKAIANNYA.

Jika Taqwa itu menyelubungi atau menutupi atau jika kita melihat seseorang manusia, TAQWA kepada Allah yang kelihatan darinya, maka orang sedemikianlah yang di gelar BERPAKAIAN TAQWA.

Makna seterusnya adalah TAQWA adalah sifat yang boleh kelihatan jelas menyelubungi seseorang manusia.

Orang yang Bertaqwa kepada Allah adalah orang yang sentiasa merasa 'CONCIUS' atau SEDAR akan kewujudan Allah. Mereka juga bersifat sangat berhati-hati atau berwaspada dalam melalui kehidupan agar tidak melanggar titah perintah Allah.

Firman Allah seterusnya :

Al-Anbiya 21 : 80

وَعَلَّمْنٰهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّنۢ بَأْسِكُمْ ۖ فَهَلْ أَنتُمْ شٰكِرُونَ

● Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat PAKAIAN / BAJU besi (LABUSIN) untuk kamu, guna memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah). ●

Dari ayat di atas, pakaian juga boleh dijadikan sebagai  PELINDUNG tubuh.

An-Nahl 16 : 14

وَهُوَ الَّذِى سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu PAKAI (TALBASUNAHA); dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. ●

Al-Kahf 18 : 31

أُولٰٓئِكَ لَهُمْ جَنّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهٰرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَيَلْبَسُونَ ثِيَابًا خُضْرًا مِّن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَّكِـِٔينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَآئِكِ ۚ نِعْمَ الثَّوَابُ وَحَسُنَتْ مُرْتَفَقًا

● Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai PAKAIAN (YALBASUNA) hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah ganjaran yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah; ●

Dari ayat-ayat di atas, pakaian yang di maksudkan tidaklah semestinya Baju tetapi merangkumi apa sahaja perhiasan termasuk mutiara, emas dan perak.


Al-Furqan 25 : 47

وَهُوَ الَّذِى جَعَلَ لَكُمُ الَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا

● Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) PAKAIAN (LIBASAN) dan tidur untuk istirahat, dan Dia menjadikan siang untuk bangun berusaha. ●

An-Naba' 78 : 10

وَجَعَلْنَا الَّيْلَ لِبَاسًا

● dan Kami jadikan malam sebagai PAKAIAN (LIBASA), ●

Dari ayat-ayat di atas, Allah menerangkan bahawa Malam adalah Pakaian, kerana Malam sifatnya MENUTUPI atau MENYELUBUNGI Siang. Siang itu di tutupi dengan Pakaian Malam.

Qaf 50 : 15

أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ ۚ بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ

● Maka apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan TERTUTUP / kabur (LABSIN) tentang penciptaan yang baru. ●

Al-Baqarah 2 : 42

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبٰطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

● Dan janganlah kamu TUTUPI / KABURI (TALBISU) yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ●

Ayat-ayat di atas menerangkan sifat pakaian yang menutupi menjadikan orang tidak dapat melihat apa yang di sebalik pakaian tersebut. Pakaian memang bersifat menyembunyikan apa yang di tutupinya - kadang-kadang yang di tutupi adalah cacat cela, kadang-kadang yang di tutupi adalah kebenaran.

Al-Baqarah 2 : 187

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلٰى نِسَآئِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ ۖ فَالْـٰٔنَ بٰشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتّٰى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى الَّيْلِ ۚ وَلَا تُبٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عٰكِفُونَ فِى الْمَسٰجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

● Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah PAKAIAN (LIBASUN) bagimu, dan kamupun adalah PAKAIAN (LIBASUN) bagi mereka. .. ●

Ayat di atas pula menerangkan sebaik-baiknya tentang ISTERI kita atau SUAMI kita. Isteri adalah Pakaian suami dan Suami adalah Pakaian Isteri.

Pada muda-mudi yang mahu mencari pasangan, fahamilah bab yang ini dahulu. Carilah Isteri atau Suami yang mana orang lain melihat Isteri atau Suami kita dahulu sebelum dapat melihat kita. Kita ini mahu di pandang macam mana. Kerana suamilah yang menutupi diri kita atau yang kita 'pakai' di badan atau isterilah yang menutupi diri kita atau yang kita 'pakai' di badan. Sangat dalam maksud perkataan Ilahi ini yang memang ternyata benar sama sekali.

Ianya juga bermaksud, kerana sudah bercampur dan hidup bermuafakat dan bertoleransi, akan ada sifat-sifat suami ternyata pada isteri dan sifat-sifat isteri yang ternyata pada suami.

Orang melihat isteri kita, pembawakan isteri kita akan nampak, itulah pakaian kita, begitu juga sebaliknya, orang melihat suami kita, akan nampak itulah pakaian kita (sang isteri).

Ianya juga bermaksud, kecacat-celaan suami, di tutupi dengan isterinya dan kecacat-celaan isteri, di tutupi dengan suaminya.

Juga ia bermaksud, kebaikan isteri akan ternyata pada suami, juga sebaliknya, kebaikan suami akan ternyata pada isterinya.

[Pada orang lain, ini adalah satu teknik terbaik untuk menyaksikan bukti kepada setiap kenyataan seseorang. Apakah yang di cakapnya betul sedangkan pakaiannya tidak atau lain dari apa yang di cakapkannya.]

Firman Allah seterusnya :

Al-An'am 6 : 65

قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلٰىٓ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْءَايٰتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

● Katakanlah: "Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu atau Dia MENUTUPI kamu (YALBISAKUM) dalam BERGOLONGAN / BERPUAK (SYIYA'AN) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami(nya)". ●


Ayat Allah di atas pula menerangkan akan maksud Pakaian yang lebih meluas, iaitu Pakaian yang sifatnya menutupi, jika kita ini yang mengaku Muslim tetapi berpuak-puak, maka diri Muslim atau kesatuan Muslim akan tertutup, TAK NAMPAK. Berpuak-puak selalunya pasal ada Ketua Puak yang mana sesebuah puak tersebut mengagungkan ketua puak mereka dan tidak mengikuti petunjuk Ilahi yang di bawa Rasul. Ada 'orang tengah' / 'Intermediaries' pula yang terlebih di ikuti kerana jahil dan mengikut-ngikut sangkaan manusia lain.

Al-An'am 6 : 82

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوٓا إِيمٰنَهُم بِظُلْمٍ أُولٰٓئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُم مُّهْتَدُونَ

● Orang-orang yang beriman dan tidak MENUTUPI (YALBISUU) iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. ●

Ayat di atas menerangkan, jika kita beriman, ianya ternyata dan tak akan di tutupi keimanan kita itu dengan kezaliman.

----
Perhatikan firman Allah yang ini pula :

An-Nahl 16 : 112

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذٰقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

● Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah MERASAKAN (FA`AZAQAHA) kepada mereka PAKAIAN (LIBASA) KELAPARAN (AL-JU') dan KEKHUATIRAN (AL-KHAUF), disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. ●

Berdasarkan ayat Allah di atas, sesiapa yang tak reti nak hargai (appreciate, being grateful) apa yang Allah telah berikan nikmat, maka akan mendapat RASA memakai PAKAIAN kelaparan dan selalu risau tak keruan / khuatir. Orang akan nampak pakaian tersebut - selalu mengeluh dan sebagainya. Bersyukurlah, iaitu Hargailah segala Pemberian dan Kurniaan Allah, agar nikmat kepada kita di tambahi.

Firman Allah :

Quraisy 106 : 3

فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هٰذَا الْبَيْتِ

● Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah). ●

Quraisy 106 : 4

الَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ

● Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan LAPAR (AL-JU') dan mengamankan mereka dari KEKHUATIRAN (KHAUF). ●

Ianya Sentiasa Allah yang memperbuat segalanya. Tiada Ilah melainkan DIA.


===
End.

Allah Al-Halim.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...