Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mencuri vs Pecah Amanah

Mencuri vs Pecah Amanah

(Tarikh ditulis : 02 Jan 2017) (Tarikh dikemaskini : 05 Jan 2017) Pengenalan Hampir semua orang yang mengaku Muslim Mukmin tahu bahawa di dalam Islam, jika mencuri dan 'cukup' kiraannya dan jelas pembuktiannya dan syaratnya, maka si pencuri itu wajib di potong tangannya. Apakah benar ini adalah Syariat Allah atau Hukum-hukum Allah atau Undang-undang Allah ? Jika benar ianya adalah Syariat Allah, maka penolakan terhadap hukum ini akan menjadikan manusia ini samada Kafir, Zalim atau Fasiq. (Al-Maidah(5) : 44, 45, 47). Masalah Masalah 1 : ULAMAK berbeza PENDAPAT tentang berapa kadarnya atau nisabnya sebelum seseorang itu dapat di laksanakan hukuman Potong Tangan. Perbezaan PENDAPAT ULAMAK pula adalah berdasarkan beberapa Riwayat Hadith di bawah : ■ Allah melaknat seorang pencuri yang mencuri telor lalu dipotong tangannya dan mencuri seutas tali lalu dipotong tangannya. ■ - Hadith Riwayat Bukhari, no 6783. ■ Tangan pencuri dipotong jika nilai curiannya seperem...