Langkau ke kandungan utama

Mencuri vs Pecah Amanah

(Tarikh ditulis : 02 Jan 2017)
(Tarikh dikemaskini : 05 Jan 2017)

Pengenalan

Hampir semua orang yang mengaku Muslim Mukmin tahu bahawa di dalam Islam, jika mencuri dan 'cukup' kiraannya dan jelas pembuktiannya dan syaratnya, maka si pencuri itu wajib di potong tangannya.

Apakah benar ini adalah Syariat Allah atau Hukum-hukum Allah atau Undang-undang Allah ?

Jika benar ianya adalah Syariat Allah, maka penolakan terhadap hukum ini akan menjadikan manusia ini samada Kafir, Zalim atau Fasiq. (Al-Maidah(5) : 44, 45, 47).


Masalah

Masalah 1 : ULAMAK berbeza PENDAPAT tentang berapa kadarnya atau nisabnya sebelum seseorang itu dapat di laksanakan hukuman Potong Tangan.

Perbezaan PENDAPAT ULAMAK pula adalah berdasarkan beberapa Riwayat Hadith di bawah :

■ Allah melaknat seorang pencuri yang mencuri telor lalu dipotong tangannya dan mencuri seutas tali lalu dipotong tangannya. ■

- Hadith Riwayat Bukhari, no 6783.

■ Tangan pencuri dipotong jika nilai curiannya seperempat dinar. ■

- Hadith Riwayat Bukhari, no 6790, juga Riwayat An-Nasai, Abu Daud

■ Tidak ada pemotongan tangan pencuri kecuali pada pencurian seperempat dinar atau lebih. ■

- Kenyataan atau Hadith Riwayat Muslim, no 4494.

■ Rasulullah saw memotong tangan pencuri kerana mencuri perisai yang harganya tiga dirham. ■

- Hadith atau Kenyataan Riwayat Bukhari, no 6795.

Kebanyakan ULAMAK berpendapat 3 dirham bersamaan dengan 1/4 Dinar.

Untuk pengetahuan, 1 Dinar bersamaan dengan 4.25gram emas mengikut satu PENDAPAT ULAMAK. Ada ULAMAK lain pula berpendapat 1 Dinar = 4.44 gram emas. Namun, di bawah ini adalah kadar semasa (04 Jan 2017) Dinar vs Dirham mengikut 1 Dinar = 4.25 gram emas :



Verifikasi :

1 Dinar = RM 827.
1/4 Dinar = RM 206.75
1 Dirham = RM 20.
Maka 3 Dirham = RM 60.
Tak Sama 1/4 Dinar dengan 3 Dirham.


Kalau ikut pendapat 1/4 Dinar, maka nilai pada masa sekarang, lebih RM 206.75 nilai curian, dah kena Potong Tangan (jika kena dengan syarat-syarat yang lain, juga penuh dengan PENDAPAT).

Setengah Ulamak pula berPENDAPAT bahawa hadith riwayat Bukhari, no 6783 di atas sudah di mansuhkan meskipun ada Ulamak yang tidak bersetuju dengan kriteria pemansuhan itu.

Namun sesetengah ULAMAK yang lain pula berPENDAPAT lain berdasarkan RIWAYAT Kenyataan atau Hadith ini :

■ Tidak ada potong tangan bagi pencuri yang kadarnya kurang dari harga perisai, adapun perisai itu harganya adalah 10 dirham. ■

- Hadith Riwayat Muslim, no. 4500.

Ada juga Ulamak berpendapat 1 Dinar bersamaan dengan 10 Dirham.

Verifikasi :

1 Dirham = RM 20.
10 Dirham = RM 200.
1 Dinar = RM 827
Juga Tak Sama 1 Dinar dengan 10 Dirham.

Ada juga yang bergelar ULAMAK mengatakan zaman Umar Al-Khatab 10 Dirham bersamaan dengan 7 Dinar.

Maka, jelas ada IKHTILAF yang BESAR dalam Riwayat Hadith-hadith di atas. Ada Pertentangan dan Perselisihan yang BESAR juga antara PENDAPAT satu ULAMAK dengan ULAMAK yang lain dan bukan sedikit PENDAPAT-PENDAPAT ULAMAK di sini.

Dan ini adalah bab hukum potong tangan. Bukanlah sesuatu yang boleh dicelarukan dengan pelbagai pendapat yang susah nak di buat pengesahan mana satu yang benar.


Bila ada perbezaan atau perselisihan, dengarkan semua, ikuti hanya yang terbaik (Ahsanul Qaula).
 (Az-Zumar : 18)


Masalah 2 : Bila sudah sabit kesalahannya, Di mana nak di potong tangannya, di pergelangan tangankah, di sikukah atau bermula dari pangkal tangan ?


Sekali lagi, yang digelar ULAMAK berselisih atau bertentangan pendapat tentang ini. Ada yang berPENDAPAT jari sahaja. Ada yang berPENDAPAT di pergelangan tangan.

Termasuk juga dalam masalah ini adalah jika untuk kesalahan mencuri kali kedua, kena potong mana lagi ? Maka BERSELISIH atau BERTENTANGAN lagi PENDAPAT ULAMAK tentang ini.

Ada pendapat ULAMAK kata Hukum Potong sekali sahaja pada tangan Kanan. Yang kedua kali tak kena melainkan Ta'zir.

Ada pendapat ULAMAK mengatakan potong kaki kiri pulak.

Ada pendapat ULAMAK mengatakan potong tangan kiri.

Kemudian, masalah seterusnya adalah bagaimana kali ketiga dan seterusnya mencuri?

Ada pendapat ULAMAK mengatakan potong tangan kiri pulak, kemudian jika kali keempat potong kaki kanan pulak, lepas tu baru Ta'zir.

Ada pendapat ULAMAK mengatakan untuk kali ketiga Ta'zir sahaja.

Kesemua pendapat di atas ada Riwayat Hadith rujukan dan ada IJTIHAD ULAMAK itu sendiri. (Pembaca di galakkan untuk mencari sendiri Riwayat Hadith yang di gunapakai oleh yang bergelar ULAMAK ini.)

Mana satu KEBENARAN dan mana satu SANGKAAN ni?

Ini bab Hukum potong tangan. Mana satu yang benarnya. Berapa banyak PENDAPAT ni? Mengapa banyak sangat PERSELISIHANNYA ? Kalau saya ini JAHIL/BODOH/'Ignorant' dan di beri pilihan dari PENGUASA, jika saya berharta, BIAR di ambil SEGALA HARTA BENDA saya yang berjumlah BILLION Ringgit pun saya lebih RELA dari di POTONG TANGAN saya ini, jika saya yang ditakdirkan atau anak-anak saya yang ditakdirkan di HUKUM Potong Tangan.

Kita diperintah untuk mengikuti yang HAQ dan bukan SANGKAAN. Sesungguhnya Pendapat itu SANGKAAN. Ianya TAKWILAN. Ianya INDUKSI. Ianya bukan DEDUKSI Kebenaran.

Allah itu Satu. Kebenaran tentang sesuatu HUKUM, itu satu je, contohnya apakah hukum 2 + 2 ?

Kebenarannya satu je iaitu 4.

Mana boleh kata ..

Menurut Pendapat MURABBI Syeikh Mat Arip, 2 + 2 jawapannya adalah 22.

Manakala menurut Pendapat MURSYID juga MAULANA Syeikh Mat Arup, 2 + 2 jawapannya adalah 'Berdua-dua'.

Takkan nak ikut PENDAPAT Bab Hukum Potong Tangan ni (atau pun mana-mana Syariat Allah).? Sebagai contoh jika ada berbeza Hukum Potong Tangan pada mana-mana negeri yang mengaku melaksanakan Syariat Islam, negara A ikut ULAMAK A, dah kena Potong Tangan, negara B, ikut ULAMAK B, tak kena POTONG TANGAN. Dua-dua kata ikut Hukum Islam namun Undang-undang lain-lain.

Macam tu ke Kebenaran dalam Deen Islam ni ?

Kebenaran itu Satu sahaja di antara kesemua PERCANGGAHAN atau PERTENTANGAN PENDAPAT atau IKHTILAF terhadap sesuatu Hukum atau Perkara.


Masalah 3 : Pencuri Muslim dengan Non-Muslim mencuri dan sabit kesalahannya. Yang Muslim di hukum potong tangan sementara yang bukan Muslim tidak di potong tangannya. Adilkah hukuman sebegini ?

Isu ini ada di persoalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia menerusi suratnya kepada Mantan Menteri Besar Kelantan, suatu waktu dulu.







Maka seperti biasa, sangat biasa, 'so-called' ULAMAK berselisih PENDAPAT. Berselisih atau Bertentangan atau dalam Arabnya - IKHTILAF atau KHILAF.








Bila ada perbezaan atau perselisihan, dengarkan semua, ikuti hanya yang terbaik (Ahsanul Qaula).
 (Az-Zumar : 18)

Masalah 4 : Bukankah suatu yang amat TIDAK ADIL jika seseorang yang tidak amanah atau PECAH AMANAH dan menggelapkan duit seseorang yang dijaganya dengan jumlah yang lebih banyak dari orang yang mencuri, dan mengikut PENDAPAT 'so-called' ULAMAK, mereka itu tidak boleh di Hukum Potong Tangan, sedangkan jumlahnya Jauh Lebih Tinggi dari nilai curian orang yang jatuh hukumnya wajib di potong tangan ?

Islam adalah DEENul HAQ juga DEEN Allah yang sangat mementingkan KEADILAN. Yang Adil itu adalah Nama Allah juga SifatNya.

Bagaimana dapat kita manusia MENG'AQALI dan MEMIKIRKAN ini adalah suatu KEADILAN ? Allah dengan JELAS mengarahkan manusia untuk BERFIKIR dalam mencari KEBENARAN dan tidak boleh mengikut SANGKAAN manusia lain, NAMUN dalam hal ini, mengapa pula yang PECAH AMANAH atau sebenarnya PENCURI BESAR ini tidak pula di hukum Potong Tangannya ?

Lagi pula, kekadang orang yang mencuri bukan dengan TANGANNYA namun pada KUASA atau KEUPAYAAN yang dia ada ?

Mencuri - Potong Tangan.

NAMUN,

Pecah Amanah yang masuk AKAUN sendiri berjumlah PULUHAN RIBU, RATUSAN RIBU malah RATUSAN JUTA wang - MENGAPA kesalahan SEBESAR ini tidak di kategorikan oleh 'so-called' ULAMAK sebagai Pencuri?

Dan tiada hukuman di berikan melainkan Ta'zir ?

Perlu di fahami bahawa Ta'zir adalah bentuk atau jenis dan kadar hukuman yang di putuskan oleh Pemerintah berdasarkan apa yang mereka rasakan sesuai yang tidak berlandaskan Nas. Maka seorang perompak di negara A dengan hukuman tersendiri akan menjatuhkan hukuman yang tidak sama dengan Pemerintah di negara B. Tiada konsistensi dalam meletakkan hukuman di dalam Ta'zir, melainkan hukuman itu di laksanakan mengikut keputusan Ulil Amri atau Pemerintah sesuatu kerajaan. Ta'zir itu sendiri ada dalam Syariat Islam, iaitu Allah mengarahkan Hukuman di jalankan dengan ADIL. Maksudnya ada Sistem Pendakwaan, Pembelaan dan Pembuktian dan Penelitian yang rapi di lakukan oleh Hakim yang mendengar hujah di jalankan dan hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan. Contoh yang boleh di berikan di sini adalah kesalahan-kesalahan yang di lakukan yang tidak di sebutkan dalam Wahyu Allah dan Keterangan Rasul secara spesifik. Namun contoh tauladan atau uswatun hasanah yang di kisahkan dalam Al-Quran dalam Kes Penghakiman di zaman Pemerintahan Rasul Nabi Daud dan Sulaiman, yang perlu di ikuti.


PENDAPAT ULAMAK tentang Pecah Amanah bukan tidak ada Riwayat Hadithnya :

■ Orang yang mengkhianati amanah yang di kirimkan kepadanya, tidaklah di potong tangannya. ■

- Hadith Riwayat Tarmizi.


Masalah 5 : Islam adalah Deen atau Cara Hidup berpaksikan penyerahan kehendak diri kepada kepatuhan arahan Allah Al-Ahad, dan hasil kepada kepatuhan ini akan melahirkan masyarakat manusia yang Selamat dan Sejahtera atau 'PEACE'. Mahukah orang bukan Islam untuk menjadi Islam dan Beriman jika mereka mengetahui bahawa di dalam Syariat Islam, atau Undang-undang Islam, mencuri hukumnya potong tangan ?

Perhatikanlah dan Rasakanlah, jika para pembaca yang Muslim Mukmin ada rakan taulan Mat Salleh, yang bukan Muslim, yang duduk di Eropah atau di USA, dan selalu berbincang dengan mereka, lihat dan dengar, apa mereka kata tentang Hukum Potong Tangan di dalam Islam. Mereka boleh terima Al-Quran sebagai 'Miracle' atau satu keajaiban dan banyak Fakta Sains membuktikan Kebenaran Kalam Allah dalam Al-Quran, namun TETAP mereka mengatakan Hukum Potong Tangan ini sebagai 'BARBARIC LAW' atau Undang-undang yang tidak bertamadun. Bagaimana mahu di katakan 'Islam is a PEACE Way of Life' ?



Masalah 6 : Terdapat ramai orang yang mengaku Muslim Mukmin mengatakan, dah ini hukum Allah, kita orang Islam dan Beriman wajiblah ikut. Tak ikut maka Kafirlah!

CUMA, jika benar-benar terjadi kepada kaum keluarga sendiri, kepada BATANG HIDUNG SENDIRI, contohnya kepada ahli keluarga kesayangan sendiri, contohnya kepada anaknya yang dah cukup besar, yang di besarkan dari kecil dengan penuh kasih sayang, sekarang contohnya dah berumur 24 tahun, dan sabit kesalahannya, maka di jatuhkan hukum potong tangan.

Benarkah tiada sedikit pun PERASAAN BELAS KASIHAN dalam jiwa atau hati kecil dan mula merasakan hukum potong tangan ini ZALIM dan mula sibuk nak pergi cari Peguam yang handal-handal dan mula bawa kes ini kepada Mahkamah lain? Ke masa tu sibuk berusaha untuk bawa lari anak ke negara lain ? Ke mula nak terlibat dalam aktivitis Hak Asasi Manusia ? Ke masa tu baru nak CARI MANA PENDAPAT ULAMAK yang Paling Ringan atau yang boleh MELEPASKAN terus HUKUMAN Potong Tangan tersebut ? Ke masa itu baru kita nak betul-betul FAHAM tentang SYARIAT ALLAH dengan sebenarnya ?


Janganlah kita kata, kalau tak mencuri apa nak takut. Ye, itu kita sendiri yang tak mencuri. Berapa ramai anak melayu yang Muslim Mukmin yang terlibat dengan Penagihan Dadah yang mencuri ? Betul ke kita sanggup TERIMA dan BERSERAH DIRI (ASLAMA) kepada Allah untuk Potong Tangan di jalankan jika di takdirkan anak kita adalah Penagih Dadah dan selalu mencuri? Tanyakan Soalan ini dalam-dalam.

Masalah 7 : Allah Yang Adil senantiasa mahukan balasan yang setimpal dengan kesalahan yang orang lain lakukan terhadap orang lain.

Ini dapat di buktikan dengan JELAS di dalam Syariat Allah atau Hukum-hakam Allah di dalam QIS°AS. Perhatikan firman Allah di bawah ini :

Al-Baqarah : 178

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِى الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثٰى بِالْأُنثٰى ۚ فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَاتِّبَاعٌۢ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسٰنٍ ۗ ذٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدٰى بَعْدَ ذٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ

● Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu QIS°AS° berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang MERDEKA dengan orang MERDEKA, hamba dengan hamba, dan WANITA dengan WANITA. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. ●

Al-Ma'idah : 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

● Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya JIWA (dibalas) dengan JIWA, MATA dengan MATA, HIDUNG dengan HIDUNG, TELINGA dengan TELINGA, GIGI dengan GIGI, dan LUKA dengan LUKA (pun) ada QIS°AS°nya. Barangsiapa yang melepaskan (hak QIS°AS°)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. ●

Berdasarkan Syariat Allah yang di sebut QIS°AS°, sehingga LUKA dibalas LUKA yang sama, yang BERMAKSUD, jika TANGAN yang DI POTONG oleh orang lain, maka KEADILAN adalah dengan menjalankan HUKUMAN POTONG KEMBALI TANGAN orang yang memotong TANGAN orang lain tersebut. Di situ baru ADIL dan kita memang di ajar ADIL dalam MENGHUKUM di dalam Syariat Allah.

Di tambah pula dengan ALLAH Ar-Rahim syarat jika orang yang dizalimi tidak mahu membalas kembali, itu terpulang kepada mereka sendiri dan Allah beri peluang akan penghapusan dosa dengan memberi Maaf.

INI BERMAKSUD, MESKIPUN SESEORANG PESALAH itu MEMANG SUDAH LAYAK DI POTONG TANGANNYA (kerana kesalahan memotong tangan orang lain), ALLAH masih memberikan RUANG untuk TERLEPAS dari HUKUMAN Potong TANGAN KEMBALI jika DI MAAFKAN orang yang menjadi MANGSA. BENARLAH Allah Ar-Rauf, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan BENARLAH bahawa Allah Maha Adil dalam MENETAPKAN HUKUMAN sesama manusia. Rasakanlah Keadilan Allah ini wahai para pembaca sekalian.

Jadi, bagaimanakah yang dikatakan adil, jika seseorang mencuri harta atau hak orang lain, TANGAN pula yang DI POTONG ? Bukankah LEBIH ADIL jika Si Pencuri MEMBAYAR BALIK GANTI RUGI yang SERUPA dan DI CEGAH Pencuri itu dari Mencuri Lagi ?

Masalah 8 : Syariat Allah dalam hukuman terhadap Penzina bila dah cukup bukti kena dera atau sebat sebanyak Seratus Kali dan semasa Perlaksanaan Hukuman ini, dengan JELAS Allah mengarahkan, MESKIPUN kita manusia akan ada RASA BELAS KASIHAN, namun PERINTAH ALLAH yang ini WAJIB DI JALANKAN, dan WAJIB ada sekumpulan orang Beriman yang menyaksikan Perlaksanaan Hukuman ini di jalankan sebagai TAULADAN untuk di jadikan SEMPADAN.

An-Nur : 2

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِى فَاجْلِدُوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

● Perempuan yang BERZINA dan laki-laki yang BERZINA, maka deralah / sebatlah (FAJLIDU) tiap-tiap seorang dari keduanya SERARUS kali dera / sebatan, dan janganlah BELAS KASIHAN kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) DEEN Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka DISAKSIKAN (WALYASHHAD) oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. ●

Namun, tidak kepada Hukuman terhadap Pencuri. TIADA ARAHAN ALLAH untuk sekumpulan orang beriman untuk menyaksikan Perlaksanaan Hukuman ini. DAN TIADA PULA ALLAH mengatakan JANGAN tak laksanakan di sebabkan RASA BELAS KASIHAN, S E D A N G K A N, jika benar Syariat Allah ini MEMOTONG TANGAN, sudah tentu LAGILAH RAMAI MANUSIA akan MERASA BELAS KASIHAN terutama Ibu Bapa, Adik, Abang, Kakak, Anak-anak, atau Kaum Keluarga Terdekat.


Fakta vs Sangkaan


Fakta tanpa ragu tentang hukuman terhadap kesalahan MENCURI adalah berdasarkan firman Allah berikut yang di sampaikan melalui lidah Rasul Nabi Muhammad :

Al-Ma'idah : 38

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوٓا أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكٰلًا مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

● Laki-laki yang MENCURI (AS-SAARIQ) dan perempuan yang MENCURI (AS-SAARIQATU) , MAKA 'POTONGLAH' (FAQTA'UU) 'TANGAN' KEDUANYA (AIDIYAHUMA), (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan / usahakan (KASABA) dan sebagai HUKUMAN TAULADAN / 'EXEMPLARY PUNISHMENT' (NAKAALA) dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

Makanya hukuman terhadap sesiapa yang MENCURI memang termasuk dalam SYARIAT ALLAH, iaitu hukuman yang berkaitan manusia lain dan memang terdapat arahannya dalam Kitab Wahyu. Dan Ulil Amri atau Pemerintah atau Penguasa, wajib melaksanakan Hukuman ini berdasarkan apa yang Allah firmankan.

Barangsiapa tidak beriman dengan ayat di atas, atau mana-mana ayat yang lain di dalam Al-Quran, maka mereka KAFIR.

NAMUN, sesuatu hukum yang sebesar ini, sangatlah perlu kita sebagai orang Muslim Mukmin untuk benar-benar faham akan apa sebenarnya maksud Allah tentang perkataan pilihannya iaitu, SAARIQU / SAARIQATU, FAQT°A'U atau QATT°A'A atau IQT°A'A dan juga AIDIYAHUMA atau AIDIHIM.

Yang kita WAJIB BERIMAN adalah dengan perkataan dalam bahasa Arab yang sebenarnya dan BUKAN TERJEMAHANNYA. Banyak terjemahan Al-Quran sendiri LAIN maksudnya dari makna ASAL. Itu Fakta sebab banyak bukti boleh diberikan.


1) Mencari Maksud Sebenar sesuatu Perkataan yang di gunakan di dalam Al-Quran melalui proses Tadabbur.

Tadabbur adalah bermaksud mencari maksud yang di 'belakang', iaitu MENTAFSIR dengan MENCARI maksud sebenar perkataan pilihan Allah melalui KAITAN-KAITAN dengan Ayat-ayat Al-Quran yang lain.

Jumhur ULAMAK bersetuju bahawa ayat-ayat AL-QURAN, yang Paling UTAMANYA di Tafsirkan melalui ayat-ayat Al-Quran yang lain, melalui penggunaan Perkataan itu pada ayat Al-Quran yang lain.


Maksud SAARIQU / SAARIQATU :

SAARIQU berdasarkan kata dasar SIN RA QAF ada 9 kali di sebutkan di dalam Al-Quran.

Yusuf : 70

فَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِى رَحْلِ أَخِيهِ ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا الْعِيرُ إِنَّكُمْ لَسٰرِقُونَ

● Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka, Yusuf memasukkan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: "Hai kafilah, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang MENCURI (SAARIQUUN)". ●

Yusuf : 73

قَالُوا تَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُم مَّا جِئْنَا لِنُفْسِدَ فِى الْأَرْضِ وَمَا كُنَّا سٰرِقِينَ

● Saudara-saudara Yusuf menjawab "Demi Allah sesungguhnya kamu mengetahui bahwa kami datang bukan untuk membuat kerusakan di negeri (ini) dan kami bukanlah para PENCURI (SAARIQIIN)". ●

Dua ayat di atas, SAARIQUN atau SAARIQIIN memang jelas bermaksud PENCURI yang mencuri barangan berharga atau fizikal.

Al-Hijr : 18

إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُۥ شِهَابٌ مُّبِينٌ

● kecuali syaitan yang MENCURI (ISTARAQA) (berita) yang dapat didengar, lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang. ●

Manakala ayat di atas pula ISTARAQA bermaksud MENCURI 'dengar' yang bermaksud barang yang di curi bukanlah berbentuk fizikal.


Maksud FAQTA'U atau QATT°A'A

Berasal dari kata dasar QAF T°O AIN, dan ada sebanyak 36 kali perkataan berdasarkan kata dasar ini di sebut di dalam Al-Quran.

Asy-Syu'ara' : 49

قَالَ ءَامَنتُمْ لَهُۥ قَبْلَ أَنْ ءَاذَنَ لَكُمْ ۖ إِنَّهُۥ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِى عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ ۚ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلٰفٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

● Fir'aun berkata: "Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpinmu yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu); sesungguhnya aku akan MEMOTONG (UQATT°I'ANNA) TANGANMU (AIDIYAKUM) dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalibmu semuanya". ●

Ayat di atas UQATT°I'ANNA memang bermaksud MEMOTONG. Dan dalam hal ini memang kepada Tangan dan Kaki secara bersilang. Ini menunjukkan hanya PEMERINTAH yang ZALIM seperti Fir'aun sahaja yang MAHU melakukan perbuatan menghukum sekejam itu.

Al-Ma'idah : 33

إِنَّمَا جَزٰٓؤُا الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى الْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓا أَوْ يُصَلَّبُوٓا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلٰفٍ أَوْ يُنفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِى الْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Sesungguhnya PEMBALASAN (JAZAA'U) terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat FASAD di muka bumi, adalah mereka dibunuh atau disalib, atau DI POTONG (TUQATT°A'A) TANGAN (AIDIIHIM) dan kaki mereka dengan BERSILANG / BERTENTANGAN (KHILAAF) atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar, ●

Ayat di atas pula TUQATT°A'A memang bermaksud MEMOTONG dan dalam hal ini juga memang kepada TANGAN dan kaki secara bersilang. PERHATIKAN dalam-dalam KEADILAN ALLAH dalam menetapkan SyariatNya. Ayat di atas menyebut JAZAA'U yang bermaksud BALASAN atau PEMBALASAN. Mengapa perlu di BALAS sebegitu ? SEBABNYA adalah kita Muslim Mukmin bukanlah mempunyai suatu DEEN yang suka MEMERANGI orang lain atau yang tak beriman. Kita yang di perangi dahulu dan kita yang di bunuh dahulu dan kitalah manusia muslim mukmin yang DIPOTONG Tangan dan Kaki dahulu secara bersilang dan kemudian di SALIB seperti ayat di dalam Asy-Syu'ara` : 49 di atas. Apa yang Allah perintahkan adalah KEZALIMAN di balas KEZALIMAN sepertimana yang mereka lakukan, itu sebab bergantung bagaimana puak KAFIR HARBI menyiksa orang Beriman, begitu jugalah mereka DI BALAS HUKUMAN tersebut. ADIL adalah tuntutan PALING UTAMA dalam Hukum-hakam Allah.

Yusuf : 31

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَـًٔا وَءَاتَتْ كُلَّ وٰحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُۥٓ أَكْبَرْنَهُۥ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حٰشَ لِلَّهِ مَا هٰذَا بَشَرًا إِنْ هٰذَآ إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

● Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka". Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka MELUKAI (WAQATT°A'NA) (jari) TANGANNYA (AIDIYAHUNNA) dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia". ●

Ayat di atas pula WAQATT°A'NA bermaksud MELUKAI atau MENGHIRIS. Dan yang di lukai atau yang di hiris adalah Tangan-tangan perempuan (AIDIYAHUNNA).

Al-A'raf : 72

فَأَنجَيْنٰهُ وَالَّذِينَ مَعَهُۥ بِرَحْمَةٍ مِّنَّا وَقَطَعْنَا دَابِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَا ۖ وَمَا كَانُوا مُؤْمِنِينَ

● Maka kami selamatkan Hud beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari Kami, dan Kami TUMPASKAN / 'CUT-OFF' (QAT°A'NA) AKAR-UMBI / 'The Roots' / YANG MENDALANGI DI BELAKANG (DAABIRA) orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan tiadalah mereka orang-orang yang beriman. ●

Ayat di atas menunjukkan QAT°A'NA bermaksud MENUMPASKAN atau MENGALAHKAN. Dan yang di kalahkan atau tumpaskan adalah Musuh kepada Rasul Nabi Hud dan pengikutnya.

Ar-Ra'd : 25

وَالَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ اللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى الْأَرْضِ ۙ أُولٰٓئِكَ لَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوٓءُ الدَّارِ

● Orang-orang yang merosak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan MEMUTUSKAN (YAQT°A'U) apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan FASAD di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh LAKNAT / KUTUKAN dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Neraka). ●

Ayat di atas menunjukkan YAQT°A'U bermaksud MEMUTUSKAN. Dan yang diputuskan adalah HUBUNGAN BAIK dengan orang lain yang sudah dimeterai perjanjian sesama mereka.


Maksud AIDIYAHUMA / AIDIHIM 

Kata dasar dari perkataan ini adalah YA DAL YA dan ada sebanyak 120 kali perkataan dari kata dasar ini di sebut di dalam Al-Quran.

(HUMA bermaksud mereka berdua.
HIM bermaksud mereka).

Ya Sin : 65

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰىٓ أَفْوٰهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


● Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami TANGAN mereka (AIDIHIM) dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. ●

AIDIHIM pada ayat di atas bermaksud TANGAN (fizikal) mereka.


Al-Mulk : 1

تَبٰرَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Maha Memberkati Allah Yang di 'TANGAN'-Nya (YADIHI) lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, ●

Ayat di atas menunjukkan YADIHI atau 'TANGAN' NYA itu bukan bermaksud ALLAH itu ada TANGAN dan berupa seperti TANGAN manusia. Ada juga pendapat yang bergelar ULAMAK mengatakan 'Allah sebut DIA ada TANGAN maka ALLAH ada TANGAN lah, tapi yang SESUAI dengan DIA'. Sesungguhnya PENDAPAT ini atau SANGKAAN ini BATIL, sebab jika kita kata Allah ada TANGAN namun yang BERSESUAIAN dengan DIA, TETAP dalam MINDA kita 'membayangkan' bagaimana 'yang sesuai' untuk Allah, sedangkan Firman Allah yang lain adalah LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN dan WA LAM YAKUN-LAHU KUFUWAN AHAD.

Tiada Suatu pun yang Semisal dengan DIA.
Tiada sesiapa atau sesuatu yang SEKUFU atau SETARA dengan DIA.

Makanya, terjemahan kepada TANGAN FIZIKAL adalah sangat TIDAK TEPAT dan SALAH.

[Sebab itu semua Muslim Mukmin kena faham bahawa dalam Bahasa Arab, satu perkataan itu tidak semestinya mempunyai satu makna sahaja. Ada Bahasa lain juga begitu juga, maka kena faham benar-benar penggunaan sesuatu perkataan itu dalam konteks ayatnya. Dalam bahasa melayu pun ada juga begitu. "Sarawak dalam TANGAN Barisan Nasional. Kelantan adalah dalam GENGGAMAN PAS".]

Maka dalam konteks ayat ini, TANGAN itu bermaksud KEKUASAAN.

Terdapat banyak lagi ayat-ayat Allah yang menunjukkan terjemahan kepada TANGAN itu dari kata dasar YA DAL YA, adalah bukan TANGAN Fizikal melainkan Kekuasaan.

Contoh ayat yang lain tentang TANGAN yang bermaksud KEKUASAAN :

Al-Anfal : 70

يٰٓأَيُّهَا النَّبِىُّ قُل لِّمَن فِىٓ أَيْدِيكُم مِّنَ الْأَسْرٰىٓ إِن يَعْلَمِ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمْ خَيْرًا يُؤْتِكُمْ خَيْرًا مِّمَّآ أُخِذَ مِنكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di TANGANMU (AIDIKUM): "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu". Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ●


2) Mengambil pengajaran dari cerita Rasul Nabi Yusuf di dalam Al-Quran

Selain dari mencari kaitan perkataan di dalam Al-Quran, ada USWATUN HASANAH (contoh tauladan terbaik untuk diikuti) dan ada IBRAH (Pengajaran) yang Allah hendak tunjuki atau bimbingi kita dengan cerita-cerita para Nabi di dalam Al-Quran. Al-Quran adalah Al-Huda dan memang Allah membimbing kita melalui firmanNya.

Yusuf : 70

فَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِى رَحْلِ أَخِيهِ ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا الْعِيرُ إِنَّكُمْ لَسٰرِقُونَ

● Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka, Yusuf memasukkan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: "Hai kafilah, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang MENCURI (SARIQUUN)". ●

Yusuf : 75

قَالُوا جَزٰٓؤُهُۥ مَن وُجِدَ فِى رَحْلِهِۦ فَهُوَ جَزٰٓؤُهُۥ ۚ كَذٰلِكَ نَجْزِى الظّٰلِمِينَ

● Mereka menjawab: "Balasannya, ialah pada siapa diketemukan (barang yang hilang) dalam karungnya, maka dia sendirilah balasannya (tebusannya)". Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang zalim. ●


Yusuf : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

● Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf MENAHAN (LIYA`KHUZA) saudaranya menurut DEEN / Cara / Peraturan Raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. ●

Yusuf : 79

قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ أَن نَّأْخُذَ إِلَّا مَن وَجَدْنَا مَتٰعَنَا عِندَهُۥٓ إِنَّآ إِذًا لَّظٰلِمُونَ

● Berkata Yusuf: "Aku mohon perlindungan kepada Allah daripada MENAHAN (NA`KHUZU) seseorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami orang-orang yang zalim". ●

Dari ayat-ayat di atas dan ayat-ayat lain yang menceritakan tentang kisah Nabi Yusuf, adik beradik Rasul Nabi Yusuf yang bernama Bunyamin itu hanya DITAHAN atau DIHALANG PERGERAKAN BEBASNYA yang bermaksud di PENJARAKAN atau di LOKAP, dan bukan di POTONG TANGANNYA oleh Rasul Nabi Yusuf yang memang BERKUASA dalam menjalankan UNDANG-UNDANG atau HUKUMAN, sebab beliau adalah seorang BENDAHARA atau MENTERI KEWANGAN dan menguasai sebahagian negeri yang didudukinya (dipercayai negeri Mesir). (Surah Yusuf (12):55-56)


Deduksi

Deduksi adalah suatu proses mengeluarkan kebenaran dari fakta kebenaran sedia ada tanpa MENGELUARKAN sedikit pun Pendapat atau Sangkaan sendiri.

1) As-Saariqu atau As-Saariqatu (Perempuan) adalah bermaksud Pencuri, termasuk yang Pecah Amanah dan memasukkan duit atau harta benda ke dalam kepunyaan mereka sendiri. Pecah Amanah adalah perbuatan mencuri yang tidak semestinya berbentuk mencuri fizikal, melainkan memanipulasi atau membohongi dokumen-dokumen tertentu untuk mengambil hak-hak orang lain secara yang tidak benar. Mengambil hak orang lain tanpa alasan yang benar dan TANPA disedari adalah DEFINASI MENCURI. (Merompak adalah bukan kategori mencuri, kerana ia adalah perbuatan FASAD yang lebih tinggi kemurkaan Allah sebab di lakukan dengan sedar dan selalunya di iringi paksaan dan keganasan dan kecederaan dan hukuman juga adalah lain dan lebih teruk.)

2) FAQT°A'U atau QATT°A'A atau IQT°A'A bermaksud Potong, Hiris, Tumpaskan, Kalahkan, Pisahkan, Putuskan atau Asingkan. Dalam hal MENCURI ini, kerana bukan TANGAN orang lain yang di potong atau di lukai, maka maksud yang sebenarnya adalah MEMISAHKAN atau MENUMPASKAN atau MENGASINGKAN.

3) YAD bermaksud Tangan atau Kekuasaan / Keupayaan. (AIDI bermaksud Tangan-tangan (Jamak), YADI bermaksud Tangan Saya, YADHU bermaksud Tangan dia, AIDIHIM bermaksud Tangan mereka). Ada manusia tiada tangan pun masih boleh melakukan pencurian atau pecah amanah selagi mereka ada KUASA atau KEUPAYAAN untuk melakukannya atau memerintahkan orang lain untuk melakukannya.

4) Berdasarkan segala masalah yang sudah dibentangkan di atas dan berdasarkan fakta-fakta Al-Quran sendiri iaitu dari segala firman Allah yang berkaitan maksud 'As-Saariqu/qatu, Qatt°a'a/Iqt°a'a dan juga Aidiihim/Aidiyahuma dan dengan prinsip KEADILAN dan KESAKSAMAAN dalam MENGHUKUM BALAS yang senantiasa ALLAH PERINTAHKAN, maka dapat di deduksikan bahawa,

Syariat Allah tentang ini adalah :

Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan samada Muslim atau tidak Muslim, jika mereka mengambil hak orang lain tanpa alasan yang benar, tanpa di sedari, samada mencuri atau pecah amanah, mereka ini wajib di pisahkan atau di asingkan atau di 'potong' (FAQT°A'U) kekuasaan mereka (AIDIIHIM) dari dapat terus melakukan perbuatan itu sehingga mereka bertaubat dan melakukan perbaikan diri (S°OLEH).

Jika memenjarakan mereka ini dapat memisahkan atau menghapuskan kekuasaan mereka, maka terlaksanalah Syariat Allah ini.

-------
[Nota kepada para pembaca sekalian :

Saya amat mengetahui bahawa tulisan ini amat berlainan dengan apa sahaja pegangan saudara-saudari se Islam terutama apabila majoriti ULAMAK berpendapat bahawa MENCURI itu SEAKAN JELAS di Potong Tangannya. Saya juga berpegang dengan pendapat ini sejak dari kecil. 

Yang saya harapkan adalah JANGANLAH para pembaca mengikut membuta tuli akan apa sahaja yang saya tulis atau juga terus membuat pelbagai andaian yang bukan-bukan terhadap saya. Saya amat TAKUT kepada ALLAH jika tulisan saya ini menyesatkan ramai orang dari jalan Allah. Saya berkemungkinan salah dalam Membuat DEDUKSI. Kebenaran Mutlak adalah Firman Allah dalam Al-Quran, dalam bahasa Arab dan bukan terjemahannya, dan tidak sedikit pun saya cuba lari dari MEMAHAMI apa sebenarnya yang Allah hendak sampaikan.

Saya alu-alukan sebarang hujah yang lain, atau KEBENARAN atau FAKTA yang lain yang tidak sampai ILMU ALLAH kepada saya.

Namun, saya akan bertanggung-jawab di hadapan Allah Rabbul Jalil, Zul Jalaliwal Ikram, Al-Lat°eful Khabir, di dunia juga akhirat akan apa hasil atau 'repercussion' dari artikel tulisan saya ini.

Mohon Allah membimbing saya dan pembaca kepada JALAN yang TEGAK LURUS.]


Ya Rabbi, Anta Waliyyi, Fiddunya Wal Akhirah, Tawaffani Musliman Walhiqni Biss°olihiin.

====
End.

(Sesuatu tentang Syariat Allah sebesar ini, amatlah takut untuk saya mempermainkan atau mengada-adakan kedustaan terhadap Allah. Sekali lagi, kepada Para pembaca, saya minta rujuklah juga kepada ULAMAK lain yang benar-benar TAKUT kepada Allah. Kebenaran Mutlak hanyalah Firman Allah).

Allah Al-Hakim.
Allah Al-'Alim.
Allah Al-'Adl.
Allah Ar-Rahman.
Allah Ar-Rahim.
Allah Ar-Rauf.
Allah Al-Lat°eef.

Rabbana Innana Amanna Faghfirlana zunubana Waqina 'Azabannar.

Akhir kata. Perhatikan Firman Allah ini baik-baik :

An-Nisa' : 82

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

● Maka apakah mereka tidak MENTADABBUR (YATADABBARUUN) Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu BUKAN DARI SISI ALLAH, tentulah mereka mendapat PERTENTANGAN / PERSELISIHAN (IKHTILAF) yang banyak di dalamnya. ●

Di dalam ayat di atas, ada 2 DEDUKSI KEBENARAN yang boleh di keluarkan. DEDUKSI adalah mengeluarkan KEBENARAN dari kenyataan KEBENARAN yang lain :

No. 1) Al-Quran adalah dari sisi Allah, itu sebab TIDAK ADA LANGSUNG PERTENTANGAN atau PERSELISIHAN mana-mana satu ayat dengan ayat yang lain dari jumlah 6236 ayat-ayat Al-Quran. Tidak ada satu pun PERTENTANGAN malah ayat-ayat yang berkaitan atau SERUPA atau MUTASYABIHAA Perkataannya, menerangkan dengan lebih jelas ayat-ayat tersebut.

No. 2) Jika sesuatu KENYATAAN atau PENDAPAT itu datang samada dari ULAMAK, malah jika sehingga di KATAKAN datang dari Rasul Nabi Muhammad sekalipun [perlu di fahami apa sahaja yang di sampaikan (BALAGH) oleh lidah Rasul Nabi Muhammad adalah dari Allah], CARA kita untuk mengetahui samada benar atau tidak KENYATAAN itu datang dari Allah dan Rasulnya adalah dengan MEMBUAT VERIFIKASI :- Ada Pertentangan atau Ada Perselisihan atau TIDAK ? Jika ada berselisih atau bertentangan, sekejap ada kenyataan macam ni, sekejap ada kenyataan macam tu yang TAK SAMA atau LAIN atau BERTENTANGAN, maka FAHAMILAH kenyataan itu BUKAN dari Allah, maka bukan dari Rasul Nabi Muhammad.
Dan Kenyataan itu bukanlah Kebenaran TETAPI suatu Kedustaan atau Persangkaan.


Allah Al-'Alimul Hakim.

====

Apakah AHSANU QAULA :

IANYA BERMAKSUD PERKATAAN yang TERBAIK :

Az-Zumar : 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● yang mendengarkan PERKATAAN (QAULA) lalu mengikuti apa yang PALING BAIK (AHSAN) di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai LUBB (ULIL ALBAB). ●

Fussilat : 33

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صٰلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

● Siapakah yang LEBIH BAIK PERKATAANNYA (AHSANU QAULA) daripada orang yang MENYERU (DA'AA) kepada Allah, mengerjakan amal yang S°OLEH, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (MUSLIMIN) ?" ●

Ahsanu Qaula adalah perkataan orang yang MENYERU / DA'AA kepada Allah sambil dia beramal S°OLEH dan seorang MUSLIM.

Bagaimana Kriteria orang yang Menyeru kepada Allah ini ?

An-Nahl : 125

ادْعُ إِلٰى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجٰدِلْهُم بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

● SERULAH (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ●

Allah suruh menyeru manusia menggunakan HIKMAH.

Apa itu HIKMAH ? Siapakah yang boleh dapat HIKMAH.

Selain kepada para Rasul lagi Nabi, ada manusia selain Rasul lagi Nabi yang Allah anugerahkan Hikmah - kepada sesiapa yang di kehendakiNya.

Al-Baqarah : 269

يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● Allah menganugerahkan AL-HIKMAH kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang mempunyai LUBB (ULIL ALBAB) yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). ●

Ya Sin : 2

وَالْقُرْءَانِ الْحَكِيمِ

● Demi Al Quran yang penuh HIKMAH, ●

Di dalam Al-Quran lah penuh HIKMAH yang di gunakan oleh manusia yang bertaraf AHSANU QAULA.

Mengapa kena menggunakan Al-Quran dalam SERUAN kepada Allah ?

Al-Furqan : 33

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنٰكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا

● Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datangkan kepadamu suatu yang BENAR dan yang PALING BAIK (AHSAN) PENJELASANNYA (TAFSIIRA). ●

Kerana Al-Quran itu adalah AHSANA TAFSIIRA.

Az-Zumar : 23

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلٰى ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

● Allah telah menurunkan perkataan / kenyataan (HADITH) yang PALING BAIK (AHSAN) (iaitu) Al Quran yang SERUPA (MUTASYAABIHA) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun. ●

Kerana Al-Quran itu adalah AHSANAL HADITH.

Allah Al-Waliyul Hamid.

------
Paling Akhir dalam Artikel ini :

Jika banyak sangat kita berjumpa dengan PERSELISIHAN atau PERTENTANGAN Pendapat itu ini, tentang sesuatu perkara, apa patut BUAT ?

Pertama - kita tahu itu bukan dari Allah. (An-Nisa`: 82)

Kedua, fahamilah firman Allah yang ini :

An-Nahl : 64

وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN (IKHTILAF) itu dan menjadi PEMBIMBING (HUDA) dan rahmat bagi kaum yang beriman. ●

Baca dan fahamilah Al-Quran, sebab Al-Quran sahajalah yang boleh menjelaskan dan menjadi penunjuk jalan kepada apa yang bertentangan. Bukan pergi dengar lagi Sangkaan atau Pendapat. Buat Deduksi dari Firman Allah, dan bukan pergi cari Takwil lagi dari yang bergelar ULAMAK lain. ULAMAK yang TAKUT kepada Allah, mereka tidak memandai-mandai meletakkan pendapat sendiri. Mereka adalah Ahli Zikir. Bertanyalah kepada mereka jika ragu-ragu kerana mereka benar-benar sudah dapat membezakan mana benar mana batil.

Ketiga - fahamilah firman Allah yang ini :

Yusuf : 111

لَقَدْ كَانَ فِى قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرٰى وَلٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَىْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya pada KISAH-KISAH mereka itu terdapat PENGAJARAN (IBRAH) bagi orang-orang yang mempunyai LUBB (ULIL ALBAB - Orang yang mempunyai Pemahaman INTIPATI). Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan MEMPERINCIKAN (TAFS°IL) segala sesuatu, dan sebagai PEMBIMBING / PETUNJUK (HUDA) dan rahmat bagi kaum yang beriman. ●

Baca dan fahamilah lagi dalam Al-Quran tentang kisah-kisah Nabi yang Allah ceritakan, terdapat IBRAH dan USWATUN HASANAH untuk di ikuti dan juga kerana segala PERINCIAN permasaalahan atau perkara di dalam hidup, ada di JELASKAN dengan TERANG jika kita benar-benar MENTADABBUR Al-Quran.

====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA