Langkau ke kandungan utama

KHUSYU'

(Tarikh ditulis : 13 Jan 3017)

Khusyu' adalah berdasarkan kata dasar KHO SYIN 'AIN dan di dalam Al-Quran di sebut sebanyak 17 kali di sebut dengan pelbagai variasi perkataan seperti KHASYA'ATI, KHUSYU' dan KHASYI'.

Al-Mu'minun : 1

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

● Sesungguhnya telah BERJAYA / MENANG (AFLAH) orang-orang yang beriman, ●

Al-Mu'minun : 2

الَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خٰشِعُونَ

● (iaitu) orang-orang yang khusyu' (KHOSYI'IN) dalam S°OLATnya, ●


Apakah sebenarnya maksud KHUSYU' ?

Adakah ianya bermaksud FOKUS atau TUMPU PERHATIAN ?

Adakah ianya bermaksud TUNDUK Hina ?

Adakah ianya bermaksud TUNDUK Ketakutan ?

-----

Mari kita perhatikan :


1) KHUSYU' ada kaitan dengan PANDANGAN (ABS°AR) dan WAJAH atau RASA Diri / Ekspresi Diri.

An-Nazi'at : 8

قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ

● Hati (QULUBUN) manusia pada waktu itu sangat takut, ●

An-Nazi'at : 9

أَبْصٰرُهَا خٰشِعَةٌ

● Pandangannya (ABS°ARUHA) TUNDUK (KHAASYI'AH) ●


Al-Gasyiyah : 1

هَلْ أَتٰىكَ حَدِيثُ الْغٰشِيَةِ

● Sudah datangkah kepadamu berita / Kenyataan (HADITH) (tentang) hari Yang Mengalahkan ('Overwhelm' / AL-GHASYIAH) ? ●


Al-Gasyiyah : 2

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خٰشِعَةٌ

● Banyak WAJAH (WUJUHUN) pada hari itu TUNDUK KEHINAAN (KHAASYI'AH). ●


2) KHUSYU' adalah HASIL dari Perasaan TAKUT

Kaitan KHAASYI'AH atau KHUSYU' dengan TAKUT (KHASYIYA)  atau KETAKUTAN (KHASHYAT) :

Al-Hasyr : 21

لَوْ أَنزَلْنَا هٰذَا الْقُرْءَانَ عَلٰى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُۥ خٰشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثٰلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

● Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya TUNDUK (KHAASYI'AN) terpecah belah disebabkan KETAKUTANNYA (KASHYATI) kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir (YATAFAKKARUN). ●


3) KHUSYU' adalah perbuatan QALBU yang ada kaitan dengan MENGINGAT ALLAH.


Al-Hadid : 16

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ

● Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk TUNDUK (TAKHSYA'A) QALBU mereka MENGINGAT ALLAH (LIZIKRILLAH) dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu QALBU mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. ●


4) KHUSYU' yang bermaksud TUNDUK KEHINAAN atau MERENDAH DIRI

Ta Ha : 108

يَوْمَئِذٍ يَتَّبِعُونَ الدَّاعِىَ لَا عِوَجَ لَهُۥ ۖ وَخَشَعَتِ الْأَصْوَاتُ لِلرَّحْمٰنِ فَلَا تَسْمَعُ إِلَّا هَمْسًا

● Pada hari itu manusia mengikuti (menuju kepada suara) penyeru (DA'I) dengan tidak berbelok-belok; dan MERENDAHLAH (KHASYA'ATI) semua suara kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu tidak mendengar kecuali bisikan saja. ●

Al-Isra' : 109

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا ۩

● Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah TUNDUK KEHINAAN (KHUSYU'). ●


5) KHUSYU' yang bermaksud TIDAK MEMPUNYAI APA-APA atau KERING / TANDUS.

Fussilat : 39

وَمِنْ ءَايٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَآءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ الْمَوْتٰىٓ ۚ إِنَّهُۥ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Dan di antara tanda-tanda-Nya (AYAATIHI) bahawa kau lihat bumi KERING / TANDUS (KHAASYI'AH), maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, Pastilah dapat menghidupkan yang mati. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. ●


----
DEDUKSI

KHUSYU' adalah suatu perbuatan QALBU dalam JIWA / DIRI yang MERASAKAN tidak mempunyai apa-apa dan RASA GENTAR TAKUT bila BERHADAPAN dengan Allah Yang Esa, Yang Segala Kerajaan ada pada KekuasaanNya, MENGHASILKAN RASA TUNDUK-HINA.

Perbuatan jiwa ini ternyata pada PANDANGAN juga WAJAH manusia.

-------
Maka,

Tiada Khusyu'  :

1) Tanpa TAKUT (KHASYIYA) kepada Allah
2) Tanpa ILMU. Hanya orang berilmu (ULAMA`) yang Takut kepada Allah.

Dan orang berilmu akan memahami bahawa diri dia tidak mempunyai apa-apa, maka sentiasa dalam keadaan Tunduk-Kehinaan di hadapan Allah.

====
End.

Tabarakallazi bi yadihil MULK.

====


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Bila Kenal Kebenaran

Bila Kenal Kebenaran (Date written : 08 Nov 2014) (Last Update : 08 Aug 2016) Al-Ma'idah : 83 وَإِذَا سَمِعُوا مَآ أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرٰىٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشّٰهِدِينَ ● Dan apabila mereka mendengarkan apa yang DITURUNKAN (UNZILA) kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan KEBENARAN (HAQ) yang telah mereka KENALI ('ARAFU), seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka CATATLAH  kami (FAKTUBNA) bersama orang-orang yang menjadi SAKSI (SYAHIDIN). ● Ada 4 key points di sini : 1) Apa yang DITURUNKAN atau ANZAL 2) Kenal ('ARAFU) 3) Kebenaran (HAQ) 4) Saksi (Syahid) ======= Sudah ke kita Kenal Allah ? Sebenar nya memang SUDAH - Sudah ke kita Menyaksikan (TESTIFY) bahawa Allah adalah Tuhan Kita ? Sudah juga. Bila masa kita kenal ? Al-A'raf : 172 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُه...