Langkau ke kandungan utama

Definasi-definasi dalam Islam

(Tarikh ditulis : 9 Jan 2017)

Pengenalan

Kita seringkali mendengar kenyataan-kenyataan seperti di bawah :

-Islam adalah satu AGAMA.

-Kristian adalah satu AGAMA.

-Buddha adalah satu AGAMA.

-Perbanyakkan IBADAH untuk mendapat PAHALA.

-Saya sudah menganut ISLAM.

-Saya sudah BERIMAN.

-Saya IKHLAS dalam memberi derma ini.

-Bila sudah habis berusaha kita BERTAWAKKAL lah kepada Allah.

-----

Benarkah kita sudah memahami apa sebenarnya maksud KENYATAAN di atas ?

Atau kita masih mengikut-ngikut tanpa bukti yang nyata ?

Dan yang selalunya kita mengikut adalah Pendapat seseorang yang kita 'percayai' benar. Sedangkan Pendapat itu adalah terlebih dekat dengan Sangkaan dan Sangkaan tidak sedikit pun mendekati Kebenaran.

Apa sahaja bernama PENDAPAT atau 'OPINION', (termasuk saya punya penulisan jika ada) sesiapa sahaja berhak untuk berhujah dan membawa bukti atau dalil hujah, sehingga Kebenaran itu Ternyata dengan JELAS.

Bila kebenaran sudah jelas terbukti, maka yang Batil atau Tidak Benar - tak boleh 'bangun kembali'.

Saba' : 49

قُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبٰطِلُ وَمَا يُعِيدُ

● Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak (pula) akan mengulangi". ●


Kerja kita yang tidak sudah-sudah adalah MENGENALI dan MEMBEZAKAN mana satu yang Benar dan mana satu yang Batil dan inilah di panggil Furqan, suatu nama dari nama Al-Quran. Selepas Kebenaran di temui, maka wajib diikuti dan wajib disampaikan - WA TAWA S°AU BIL HAQ.

Inilah yang saya cuba buat dan moga Allah memberi jalan kemudahan.



Definasi yang di berikan Al-Quran

Seperti biasa, Al-Quran adalah Wahyu Allah Yang Agung, maka Allahlah yang paling layak memberi definasi akan sesuatu maksud perkataan yang Dia gunakan.

Artikel ini membicarakan kaitan firman Allah dan mendeduksi apa definasi sebenar pada maksud perkataan-perkataan yang mungkin lama sudah di salah ertikan maksudnya.


1) Apakah itu DEEN ?

DEEN yang digunapakai dalam Al-Quran sering di terjemahkan kepada AGAMA. Manakala AGAMA pula sering di sempitkan dengan AKTIVITI IBADAH dan BERPAKAIAN dan selalunya Aktiviti KE'AGAMA'AN ini di buat di Masjid atau Surau.

DEEN adalah suatu Sistem atau Tatacara atau Peraturan Perlakuan (Hidup) seseorang atau sesuatu Institusi.

Perhatikan firman Allah berikut :

Yusuf : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

● Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf MENAHAN saudaranya menurut DEEN (Sistem Peraturan) raja, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. ●

Al-Kafirun : 6

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ

● Untukmu DEEN (Sistem Aturan Hidup) mu, dan untukku DEEN (Sistem Aturan Hidup) ku". ●

Ayat di atas menunjukkan ada pelbagai DEEN.

At-Taubah : 36

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِى كِتٰبِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقٰتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةً ۚ وَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

● Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah DEEN (Sistem Peraturan) yang LURUS (QAYYIM), maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. ●

Perhatikan bahawa menterjemahkan DEEN kepada 'Agama' di dalam ayat di atas adalah Amat TIDAK KENA, kerana dalam ayat ini Allah menceritakan tentang PERATURAN yang ada Suruhan dan Larangan dan apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat.


Asy-Syura : 13

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصّٰى بِهِۦ نُوحًا وَالَّذِىٓ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِۦٓ إِبْرٰهِيمَ وَمُوسٰى وَعِيسٰىٓ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِىٓ إِلَيْهِ مَن يَشَآءُ وَيَهْدِىٓ إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

● Dia telah MENSYARI'ATKAN / MENETAPKAN UNDANG-UNDANG / 'Ordained' (SYARA'A) bagi kamu SEBAHAGIAN DARI (MIN) DEEN (Sistem atau Peraturan Hidup) apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah DEEN (Sistem Hidup) dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik apa yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada (DEEN) itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada-Nya orang yang kembali (kepada-Nya). ●

'Ordinance' adalah Undang-undang. 'Ordained' adalah menetapkan undang-undang. Ayat di atas juga menunjukkan bahawa sebahagian atau sub-set dari DEEN atau Sistem Peraturan itu mesti ada SYARIAT atau Undang-undang.


Jelas, DEEN adalah apa sahaja Sistem Peraturan atau Tatacara Perlakuan seseorang atau sesuatu Institusi. (Fahamilah maksud DEEN Raja pada ayat Yusuf :76 di atas).

DEEN bukanlah AGAMA atau 'Religion' seperti yang difahami oleh Ramai Manusia samada Muslim atau Non-Muslim yang selalu dikaitkan dengan IBADAH yang juga di salahfahami.

Ianya (DEEN) adalah Sistem Peraturan atau Tatacara Perlakuan sesebuah Institusi (Institusi bermaksud seseorang, keluarga, pertubuhan, daerah, negara) yang penuh dengan Suruhan dan Larangan dan apa yang boleh dan tak boleh buat dan juga Undang-undang.

Ianya termasuk DEEN Sosialis, Kapitalis, Komunis, termasuk apa sahaja Sistem Aturan Pemerintah, atau apa sahaja Sistem Peraturan sesuatu Pertubuhan, Syarikat, Organisasi, samada Group Mafia atau Gangster atau mana-mana NGO atau Parti Politik.

Semua ada DEEN masing-masing.

Dan tiada paksaan pun untuk menyertai mana-mana DEEN atau Sistem Peraturan Hidup sesiapa pun atau mana-mana institusi pun :

Al-Baqarah : 256

لَآ إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَىِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقٰى لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

● Tidak ada paksaan dalam DEEN (Sistem Aturan Hidup); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. ...●

Sub-set kepada mana-mana DEEN atau Sistem Peraturan Perlakuan (Hidup) adalah :

a) Ada Suruhan dan Larangan tertentu - 'Do's and Dont's'

b) Ada Boleh Buat (Halal) dan ada Tak Boleh Buat (Haram) - 'Can's and Cannot's'

c) Ada Undang-undang atau Sistem Kehakiman atau Sistem Keadilan yang ada Hukuman. Inilah yang di panggil SYARI'AT - 'Law'.

Namun, dalam banyak-banyak DEEN / Sistem Peraturan, hanya ada satu DEEN yang BENAR :

As-Saff : 9

هُوَ الَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِالْهُدٰى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

● Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan DEEN yang BENAR agar Dia memenangkannya di atas segala DEEN meskipun orang musyrik membenci. ●



2) Apa itu ISLAM?

ISLAM adalah penyerahan diri ('surrender') dan Tunduk Patuh kepada Peraturan atau Tatacara Perlakuan Hidup (DEEN) itu.


Al-Baqarah : 131

إِذْ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥٓ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "TUNDUK PATUHLAH (ASLIM)!" Ibrahim menjawab: "Aku TUNDUK PATUH (ASLAMTU) kepada Empunya ('Lord' / RABB) semesta alam". ●

Al-Baqarah : 132

وَوَصّٰى بِهَآ إِبْرٰهِۦمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يٰبَنِىَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفٰى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

● Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih DEEN (Tatacara hidup) ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam / (Berserah Diri dan Tunduk Patuh) (MUSLIMIN)". ●

Ali 'Imran : 83

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

● Maka apakah mereka mencari DEEN (Peraturan Hidup) yang lain dari DEEN ALLAH (Sistem atau Peraturan Hidup dari Allah), padahal kepada-Nya-lah BERSERAH DIRI / TUNDUK PATUH (ASLAMA) segala SESIAPA (MAN) yang di langit dan di bumi, baik dengan TAAT (T°AU'AA) maupun TERPAKSA (KARHAA) dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. ●

Ayat di atas dengan tepat menceritakan akan maksud ISLAM yang terbahagi 2 :-

a) Patuh Rela (T°AU'AA)
b) Patuh Terpaksa (KARHAA)

Samada Patuh Rela atau Terpaksa, keduanya di panggil ISLAM dan orang-orang yang melaksanakan kepatuhan atau serah diri ('surrender') kepada DEEN (Sistem Peraturan) itu di panggil MUSLIMIN.

Sebanyak-banyak Sistem atau Tatacara atau Peraturan hidup, hanya ada satu sahaja DEEN yang BENAR (DEENUL HAQ) atau DEEN ALLAH (DEEN-ILLAH) dan inilah ISLAM.

ISLAM itu tunduk patuh, serah diri (surrender), SAMADA Patuh Rela atau Patuh Terpaksa, kepada mana-mana DEEN atau Sistem Peraturan.

Perhatikan firman Allah ini :

An-Naml : 30

إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

● Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ●

An-Naml : 31

أَلَّا تَعْلُوا عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

● Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang BERSERAH DIRI / 'Surrender' (MUSLIMIN)". ●

Firman Allah di atas bukanlah menyuruh Ratu Balqis dan rakyatnya untuk 'MASUK "AGAMA" ISLAM' secara paksa, melainkan Tunduk Patuh Menyerah Kalah atau Serah Diri kepada Rasul Nabi Sulaiman dan segala Sistem Peraturan dari Rasul Nabi Sulaiman.


Ali 'Imran : 19

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

● Sesungguhnya DEEN (Tatacara Hidup) disisi Allah hanyalah ISLAM. .. ●

Ali 'Imran : 85

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى الْءَاخِرَةِ مِنَ الْخٰسِرِينَ

● Barangsiapa mencari DEEN (Peraturan Hidup) selain ISLAM, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. ●

Sebanyak-banyak DEEN atau Sistem Peraturan dalam dunia ini, hanya satu sahaja yang di terima Allah iaitu DEEN atau Tatacara Hidup yang penuh Kepatuhan atau 'Surrender' atau Penyerahan Rasa Jiwa atau Diri secara total - samada secara Rela atau Terpaksa.

Maksudnya lagi, hanya DEEN yang manusia boleh PATUH secara menyeluruh sahaja yang di terima Allah.


3) Apa pula maksud MILLAH


MILLAH pula adalah perkataan Arab yang digunakai Allah di dalam Al-Quran dan juga selalu di terjemahkan kepada AGAMA. Ini juga sesuatu yang dipanggil 'Over Generalization' / Terlampau Pukul Rata' dari yang bergelar 'ULAMAK AGAMA'.

Al-Baqarah : 130

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرٰهِۦمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنٰهُ فِى الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ لَمِنَ الصّٰلِحِينَ

● Dan tidak ada yang benci kepada 'AGAMA' (MILLAH) Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. ●

Terjemahan kepada AGAMA dari perkataan MILLAH adalah tidak tepat sama sekali. Itu sebab kita tidak boleh baca Al-Quran terjemahannya sahaja, kena baca dua-dua dan tengok perkataan Arab ASAL agar kita dapat FAHAM, dan akan kita nampak banyak Percanggahan dalam Terjemahan.

.......
Yusuf : 1

الٓر ۚ تِلْكَ ءَايٰتُ الْكِتٰبِ الْمُبِينِ


● Alif, laam, raa. Ini adalah AYAT-AYAT KITAB yang JELAS (MUBIN) ●

Yusuf : 2 (juga 43: 3)

إِنَّآ أَنزَلْنٰهُ قُرْءٰنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

● Sesungguhnya Kami menurunkannya BERUPA AL-QURAN dengan BERBAHASA ARAB, agar kamu memahaminya. ●

Ayat-ayat dalam KITAB atau BUKU itu 'Berupa' 'Al-Quran' - itu sebab di panggil Kitab Al-Quran.

Al-Quran itu sendiri BERMAKSUD BACAAN yang BERKAIT-KAITAN. Kita tak akan faham Al-Quran kalau tidak lihat perkataan Arabnya dan tak cari KAITAN perkataan Arab itu pada ayat yang lain. Proses mencari maksud Kaitan Perkataan itu di Panggil TADABBUR dan dengan Proses itu kita akan FAHAM bahawa Tiada Langsung Percanggahan antara satu ayat dengan ayat Allah yang lain.

An-Nisa' : 82

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلٰفًا كَثِيرًا

● Maka apakah mereka tidak MENTADABBUR Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat Pertentangan / Perselisihan / Percanggahan (IKHTILAF) yang banyak di dalamnya. ●

Yang Tak Ada Percanggahan atau Perselisihan atau Percanggahan itulah KEBENARAN. Sebab itu jugalah KEBENARAN tak boleh duduk 'bersama' dengan PENDAPAT, sebab pada PENDAPAT banyak Percanggahan.

Percanggahan Pendapat tidak pernahnya menjadi RAHMAT kepada manusia (sepertimana yang selalu diperkatakan oleh sesetengah yang bergelar ULAMAK). Kebenaran dari Al-Quran itulah sebenarnya RAHMAT :

An-Nahl : 64

وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ


● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN (IKHTILAF) itu dan menjadi petunjuk dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●

Dan Al-Quran lah yang MENUNJUKKAN dan MENJELASKAN apa yang di PERSELISIHKAN (Pendapat-Pendapat).

........


MILLAH adalah Kepercayaan kepada Sesiapa yang DI TAATI iaitu Yang Berkuasa MENENTUKAN ('Dictate') DEEN atau Sistem Peraturan Perlakuan Hidup itu.

Pada MILLAH inilah letaknya perbezaan antara banyak-banyak DEEN atau Sistem Aturan Perlakuan Hidup dalam dunia ini.

Jika MILLAH kepada DEEN itu atau yang bermaksud jika Kepercayaan kepada Yang Berkuasa MENENTUKAN Sistem Peraturan itu adalah ILAH Yang Satu dan tiada siapa yang selain ILAH yang satu ini yang MENENTUKAN Sistem Peraturan itu, maka Benarlah atau Teluslah (HANIFLAH) DEEN tersebut :

Ar-Rum : 30

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

● Maka hadapkanlah wajahmu KEPADA DEEN (Tatacara Hidup) yang TELUS (HANIF); (tetaplah atas) FITRAH Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) DEEN  yang LURUS TEGAK (QAIYYIM); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, ●

Al-Baqarah : 135

وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصٰرٰى تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرٰهِۦمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, melainkan (kami mengikuti) MILLAH Ibrahim yang HANIF / TELUS. Dan BUKANlah dia (Ibrahim) dari golongan orang MUSYRIK (Menyekutukan Allah)". ●

Al-Baqarah : 120

وَلَن تَرْضٰى عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدٰى ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ الَّذِى جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ

● Orang-orang YAHUDI dan NASRANI tidak akan senang kepada kamu hingga kamu MENGIKUTI (TATTABI'A) MILLAH mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. ●

Jelas, MILLAH (iaitu Kepercayaan kepada Sesiapa yang di taati iaitu Yang MENENTUKAN DEEN) Yahudi dan Nasrani INILAH yang berlainan dengan MILLAH kita. Mereka mempunyai ILAH yang lain dari MILLAH kita yang mempunyai ILAH YANG SATU, iaitu yang mengikuti MILLAH Rasul Nabi Ibrahim. MILLAH mereka tidak HANIF atau TELUS iaitu mereka MENSYIRIKKAN Allah dalam KEPATUHAN mereka, BERMAKSUD ada ILAH lain yang menentukan Sistem Peraturan Hidup mereka. Mensyirikkan Allah bermaksud menjadikan MILLAH lain selain dari ILAH Yang Esa atau Tunggal dalam MENENTUKAN Sistem Peraturan Hidup atau DEEN.


Al-Baqarah : 130

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرٰهِۦمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُۥ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنٰهُ فِى الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُۥ فِى الْءَاخِرَةِ لَمِنَ الصّٰلِحِينَ

● Dan tidak ada yang benci kepada MILLAH Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh. ●

Al-An'am : 161

قُلْ إِنَّنِى هَدٰىنِى رَبِّىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Katakanlah: "Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada JALAN YANG LURUS (S°IRAATIM-MUSTAQIIM), (iaitu) DEEN (Peraturan Hidup) yang Benar / Lurus Tegak (QIYAMAN), MILLAH Ibrahim yang HANIF / TELUS (HANIFA) dan Ibrahim itu BUKANlah termasuk orang-orang MUSYRIK". ●


An-Nisa' : 125

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرٰهِيمَ خَلِيلًا

● Dan siapakah yang lebih baik (AHSANA) DEENnya dari pada orang yang  menyerahkan WAJAH / RASA DIRI-nya (WAJHAHU) kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan (MUHSIN), dan ia MENGIKUTI MILLAH Ibrahim yang HANIF (TELUS)? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan / teman rapat-Nya (KHALIL). ●

Perhatikanlah kaitan HANIF atau TELUS dengan MUSYRIK dan MILLAH melalui firman Allah di atas.

Ianya jelas menunjukkan MILLAH yang benar adalah MILLAH yang DI TENTUKAN oleh Satu Ilah iaitu Allah - Tuhan Yang Esa.

Perhatikan Firman Allah ini :

Al-Hajj : 31

حُنَفَآءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِۦ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَآءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِى بِهِ الرِّيحُ فِى مَكَانٍ سَحِيقٍ

● dengan TELUS (HANIF) kepada Allah, tidak mempersekutukan (YUSYRIK) sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. ●

Yunus : 105

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● dan (aku telah diperintah): "Hadapkanlah mukamu kepada DEEN dengan TELUS (HANIF) dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik. ●

Al-An'am : 79

إِنِّى وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Sesungguhnya aku menghadapkan WAJAHku (Rasa Diriku) kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan TELUS (HANIFA) dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan (MUSYRIKIIN) Tuhan. ●

Al-An'am : 163

لَا شَرِيكَ لَهُۥ ۖ وَبِذٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا۠ أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

● Tiada sekutu (SYARIKA) bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama BERSERAH DIRI (MUSLIMIIN) (kepada Allah)". ●

Jelas sekali, MILLAH adalah Kepercayaan kepada Siapa Yang Ditaati iaitu Yang Berkuasa Menentukan DEEN atau Tatacara atau Sistem Peraturan Hidup yang WAJAR Di Patuhi. 

Hanya MILLAH Rasul Nabi Ibrahim (yang diikuti oleh Rasul Nabi Muhammad dan pengikutnya, juga para Rasul Nabi dan pengikutnya yang sebelum Rasul Nabi Muhammad) sahaja yang Lurus Tegak (QAYYIM) dan Benar, iaitu kepada ILAH yang SATU iaitu ALLAH dengan TELUS (HANIF) tanpa mempersekutukan DIA dalam KEPATUHAN (ISLAM) itu. 

Tiada Kepatuhan kepada yang lain SELAIN dari Al-Ilah atau Allah - THE God.

LA ILAHA ILLALLAH.

Yusuf : 38

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءَابَآءِىٓ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشْرِكَ بِاللَّهِ مِن شَىْءٍ ۚ ذٰلِكَ مِن فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

● "Dan aku pengikut MILLAH (Yang Menentukan DEEN) bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya)". ●

An-Nahl : 123

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah MILLAH Ibrahim seorang yang HANIF" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang MENSYIRIKKAN Tuhan (MUSYRIKIN). ●


4) Maksud IBADAH

IBADAH yang berasal dari perkataan A'BUDU memang selalu di salah ertikan dengan menggambarkan orang berjubah dan berselimpang dan memegang buah tasbih.

Setelah memahami mana MILLAH yang Benar dan mana MILLAH yang Batil, iaitu Kepercayaan kepada Yang Berkuasa Menentukan DEEN, maka dapatlah kita faham maksud IBADAH. Perbezaan mana MILLAH yang benar vs MILLAH yang batil terletak kepada ILAHnya.

IBADAH adalah Kepatuhan dengan Rela atau TAAT kepada Yang Berkuasa Menentukan Sistem Peraturan Hidup atau DEEN. Yang Patuh Terpaksa itu bukanlah suatu IBADAH.

Jika Islam itu adalah termasuk Patuh Rela dan juga Patuh Terpaksa, maka IBADAH itu adalah hanya yang Patuh Rela.

Jika sesorang itu PATUH RELA atau TAAT kepada mana-mana ILAH yang MENENTUKAN DEEN atau Sistem Peraturan Perlakuan / Aktiviti (Hidup) apa pun, mereka juga beribadah atau di panggil mengabdi diri :

Al-Kafirun : 2

لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

● Aku tidak akan TAAT / MENGABDI DIRI (A'BUDU) terhadap apa yang kamu TAATKAN / ABDIKAN DIRI (TA'BUDUN) . ●

Tetapi mereka mempunyai MILLAH yang salah. Juga mempunyai ILAH yang SALAH. Bukan Ilah yang Esa.

Suatu yang sangat perlu di faham bila ada A'BUDU atau Pengabdian atau Patuh Rela atau Taat maka akan ada ILAH atau Yang Di Taati. Sebab IBADAH adalah KETAATAN kepada ILAH.

Jika ILAH atau yang di taati itu adalah ILAH Yang Satu, maka benarlah Pengabdian atau Ketaatan itu.

LA ILAHA ILLALLAH.

Tiada KETAATAN melainkan kepada ILAH Yang Satu atau Allah.

'IBADI bermaksud Hamba-hambaKu.

Al-Baqarah : 186

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

● Dan apabila HAMBA-HAMBA-Ku ('IBADI) bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ●

Hamba-hamba kepada Allah (ILAH YANG SATU) adalah orang yang TUNDUK PATUH dengan RELA atau TAAT kepada ILAH iaitu Yang Berkuasa MENENTUKAN atau MENETAPKAN DEEN atau Sistem Peraturan Hidup.

Hamba-hamba Allah yang sebenarnya adalah yang Patuh secara RELA dan sangat TAAT kepada Suruhan dan Larangan Allah, Halal dan Haram dari Allah dan juga Syariat atau Undang-undang Allah. PATUH RELA atau Taat kepada ILAH itulah IBADAH.

Dan inilah tujuan kita ini di ciptakan :

Az-Zariyat : 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENGABDI / PATUH RELA kepada-Ku (LIYA'BUDUUN). ●


5) Apa itu MUKMIN ?

Mukmin adalah orang yang BERIMAN. Ianya sangat BERLAINAN dengan MUSLIM atau Orang yang ISLAM.

Al-Hujurat : 14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Orang-orang Arab itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu BELUM BERIMAN, tapi katakanlah 'KAMI TELAH TUNDUK PATUH (ASLAMNA)', kerana IMAN itu BELUM MASUK ke dalam QALBUMU; dan jika kamu TAAT (TUT°I'U) kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun ganjaran amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ●

Ayat Allah jelas menunjukkan IMAN atau 'Believe' itu adalah Kerja Qalbu. Dan ianya bukan kerja LAFAZ Mulut.

Al-Hujurat : 15

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجٰهَدُوا بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الصّٰدِقُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN (MUKMINUN) itu adalah orang-orang yang BERIMAN (AMANU) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka TIDAK RAGU-RAGU (YARTABU) dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang BENAR (S°ODIQUUN). ●

Jelas, IMAN adalah berkaitan KEYAKINAN, dan YAKIN lawannya adalah RAGU-RAGU.  Yang tiada keraguan itulah YAKIN. Dan tetap ianya ada tingkatan-tingkatan.

Yang percaya / 'believe' tapi tidak yakin itu BUKAN IMAN.

Keyakinan ada 3 tahap :

a) 'ILMUL YAQIN.

Contohnya kita mengetahui (mempunyai Ilmu) Api sifatnya membakar dan kalau kena kulit manusia maka sakit dan terbakar. Kita boleh yakin dengan Ilmu hanya bila kita melihat 'Evidence' atau Bukti, dengan melihat sendiri kesan orang yang Terbakar kulitnya. Inilah KEYAKINAN yang berdasarkan Ilmu atau Pengetahuan. Mereka sudah menyaksikan KESAN atau 'Effect'.

At-Takasur : 5

كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ

● Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan PENGETAHUAN YANG YAKIN ('ILMAL YAQIN), ●


b) 'AINUL YAQIN

'Ainul Yaqin bermaksud keyakinan yang datang melalui MELIHAT SENDIRI seorang manusia yang sedang terbakar kulitnya di bakar api dan menyaksikan kesakitan semasa di bakar itu dan kesan selepas terbakar itu.

At-Takasur : 6

لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ

● niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, ●

At-Takasur : 7

ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ

● dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan PENGLIHATAN YANG YAKIN ('ainul yaqin).●

c) HAQQUL YAQIN.

Keyakinan yang Haq atau yang Benar adalah bila diri kita sendiri yang DI BAKAR API maka dapatlah kita RASA, ye BENAR lah api sifatnya membakar, dan bila dibakar kulit, memang sakit dan cair kulit dan buruk kesannya kepada kulit.

Al-Waqi'ah : 95

إِنَّ هٰذَا لَهُوَ حَقُّ الْيَقِينِ

● Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu KEYAKINAN YANG BENAR (HAQQUL YAQIN). ●

(Dan bila ada lagi orang datang bawa nak bakar kita atau bila DENGAR 'Api' - berdebar jantung kita - ketakutan sebab dah RASA).

Dan KEIMANAN hanyalah kepada sesuatu YANG BENAR sahaja. Tiada siapa PERCAYA benda yang BOHONG. Itu sebab yang BENAR mesti datang dengan BUKTI Kebenarannya.

Bila dah sampai kepada HAQQUL YAQIN maka akan BERGEMENTAR QALBU bila Allah di sebut (sebab kita DAH RASA WUJUD ALLAH Yang Agung itu) :

Al-Anfal : 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN (MUKMINUN) ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH QALBU mereka (WAJILAT QULUBUHUM) dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka BERTAWAKKAL. ●

Orang yang Beriman juga adalah Orang yang Bertawakkal kepada Allah.

Apa pulak Tawakkal ?

Menjadikan ALLAH, sebagai WAKIL kita atau TRUSTEE. (Allah Al-Wakil)

Trustee = Yang DiPercayai.

Malangnya Bahasa Nusantara selalu 'main pukul rata' dalam bab Percaya. 'Believe' itu Percaya. 'Trust' itu juga Percaya.

Sedangkan 'Believe' itu IMAN kepada yang benar.
Dan 'Trust' itu adalah meletakkan 'SESEORANG' sebagai Yang DiPercayai oleh kita, apa pun yang di lakukan atau di tadbir oleh Dia terhadap kehidupan kita. Itu definasi TAWAKKAL.

Sempurna IMAN juga KEPATUHAN (ISLAM) kita adalah melalui TAWAKKAL :

Yunus : 84

وَقَالَ مُوسٰى يٰقَوْمِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوٓا إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ

● Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu BERIMAN kepada Allah, maka BERTAWAKKALLAH kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang BERSERAH DIRI (MUSLIMIN)". ●

Perhatikan, TAWAKKAL adalah 'sandwich' di antara IMAN dan ISLAM, berdasarkan ayat Allah di atas. Tadabburlah firman Allah. Ianya sangat seni dan memang menakjubkan.



6) Apa itu IKHLAS ?

Apakah IKHLAS bermaksud Jujur ? Lebih kurang begitulah namun tak berapa tepat.

 IKHLAS adalah Pemurnian dalam Ketaatan. Orang-orang ini di panggil MUKHLISIN. Mereka benar-benar BERSIH dari sebarang pegangan diri yang menyekutukan atau mensyarikatkan atau mensyirikkan Allah dalam ketaatan.

Al-Mu'min : 65

هُوَ الْحَىُّ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۗ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Dialah Yang hidup kekal, tiada Tuhan melainkan Dia; maka TUNDUK PATUH RELALAH (FA'BUDU) kepada Dia dengan MEMURNIKAN KETAATAN (MUKHLISIN) kepada-Nya dalam DEEN (Sistem / Peraturan Hidup). Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. ●

Dan ketaatan itu hanya kerana dan untuk Allah :


Al-An'am : 162

قُلْ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحْيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Katakanlah: sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku HANYALAH UNTUK ALLAH (LILLAH), Tuhan semesta alam. ●

Dan dalam banyak-banyak darjat manusia yang beriman, hanya MUKHLASIN atau orang yang IKHLAS sahaja yang tidak dapat langsung syaitan mengganggu gugat atau berbisik ke dalam Minda mereka ;

Sad : 82

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

● Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, ●

Sad : 83

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

● kecuali hamba-hamba-Mu yang IKHLAS di antara mereka (MUKHLASIN). ●

Maka fahamilah maksud surah Al-Ikhlas sedalam-dalamnya.

-----
Moga Allah merahmati diri saya dan pembaca sekalian.

=====
End.

Allah Al-Ahad.
=====



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA