Langkau ke kandungan utama

Bagaimana ZIKIR Part 3

Bagaimana ZIKIR kepada Allah (Part 3)

(Date written : 21 Dec 2014)
(Last Update : 02 Jan 2015)

Kali ini kita pergi lebih dalam lagi dalam kotak pemikiran atau ke dalam DIRI (NAFS) kita. Sebab apa ? SEBAB ALLAH suruh PERHATI.

-----

Az-Zariyat : 20

وَفِى الْأَرْضِ ءَايٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

● Dan di bumi itu terdapat TANDA-TANDA (AYATUN) bagi orang-orang yang YAKIN. ●


Az-Zariyat : 21

وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

● dan (juga) pada DIRIMU sendiri (ANFUSAKUM). Maka apakah kamu tidak PERHATIKAN? ●

-----



Key points :

1) Jangan layan KEBANYAKAN LINTASAN fikiran. Kita tak akan dapat kawal apa fikiran yang terlintas di MINDA kita. Tapi kita BOLEH KAWAL REAKSI kita terhadap LINTASAN FIKIRAN tersebut.

2) BERFIKIR adalah satu tuntutan - dan maksud FIKIR adalah proses mencari jawapan kepada setiap persoalan. NAMUN, bezakan LINTASAN FIKIRAN dan BERFIKIR.  Semasa BERFIKIR - kita samada bertanya orang yang lebih tahu atau mencari jawapan dengan membaca. Lintasan FIKIRAN adalah sesuatu yang BUKAN BERFIKIR.

3) Biarkan KEBANYAKAN LINTASAN FIKIRAN itu berlalu tanpa kita perlu masuk ke dalam lintasan fikiran itu atau bertindak kepada setiap lintasan fikiran itu.

4) Biarkan ia berlalu. Lihatlah. Dengarlah betul-betul dan RASALAH MASA SEKARANG dan WUJUD TUNGGAL ALLAH -  tanpa MENTAFSIR apa yang berlaku, tanpa bertanya MENGAPA dan BAGAIMANA.

5) Kita tidak akan INGAT kepada ALLAH jika "kita' sibuk MELAYAN KEBANYAKAN lintasan fikiran kita. MELAYAN LINTASAN Fikiran terhadap sesuatu dan kepada sesuatu yang lain dan kemudian kepada yang lain lagi itulah yang MELALAIKAN INGATAN kita kepada Allah.

6) Perlu kita kenali - apa yang TERLINTAS di fikiran datangnya dari 2 Sumber - 1) dari SYAITAN 2) dari ROH dari AMR.

-----

Kita memang mendapat 2 bisikan :


An-Nisa' : 114

لَّا خَيْرَ فِى كَثِيرٍ مِّن نَّجْوٰىهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلٰحٍۭ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذٰلِكَ ابْتِغَآءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

● Tidak ada kebaikan pada KEBANYAKAN BISIKAN-BISIKAN RAHSIA mereka (NAJWA HUM), kecuali bisikan-bisikan dari AMR SESIAPA (MAN AMARA) yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. .. ●

Fakta kita sentiasa Mendapat BISIKAN Syaitan :


An-Nas : 4

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

● Dari kejahatan BISIKAN-BISIKAN (AL-WASWAS) yang BERSEMBUNYI,


An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan ke dalam DADA / MINDA (S°UDUR) manusia, ●






An-Nas : 6

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

● dari (golongan) JIN dan MANUSIA. ●


-----

7) LINTASAN FIKIRAN itu kadang-kadang berbentuk BISIKAN - inilah yang dikatakan 'BISIKAN di S°UDUR'  -
S°UDUR di sini adalah MINDA atau FIKIRAN kita. Kadang-Kadang ianya berbentuk IMEJ atau GAMBARAN atau SIGHTS. Jadi LINTASAN FIKIRAN ada 2 jenis -  bisikan yang kita boleh DENGAR di MINDA dan GAMBARAN yang kita boleh LIHAT di MINDA.

Kebanyakan BISIKAN atau GAMBARAN itu berbentuk KEINGINAN (DESIRE) atau ANGAN-ANGAN. Kita mesti kenal BISIKAN DIRI ini.

------

An-Nisa' : 118

لَّعَنَهُ اللَّهُ ۘ وَقَالَ لَأَتَّخِذَنَّ مِنْ عِبَادِكَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

● yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untukku), ●


An-Nisa' : 119

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ الْأَنْعٰمِ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطٰنَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

● dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan MEMBANGKITKAN KEINGINAN / ANGAN-ANGAN pada mereka ... ●


------

8) Setiap LINTASAN FIKIRAN itu yang DATANG, ada pencatat atau tukang RECORD yang SENTIASA MENULIS apa yang TERLINTAS DI FIKIRAN kita. Pada kita macam biasa sahaja, NAMUN di sisi Allah, SEMUA itu DI HITUNG.

-----

Al-Hajj : 52

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنّٰىٓ أَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu KEINGINAN (TAMANNAA), syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah MENCATAT (YANSAKHU) apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan AYAT-AYAT-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ●


Al-Baqarah : 284

لِّلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَاللَّهُ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam DIRIMU (ANFUSIKUM) atau kamu menyembunyikan, Allah akan MENGHISAB kamu (YUHASIBKUM) dengan nya. .. ●




Tatkala kita BERTINDAK atau BERREAKSI kepada Lintasan FIKIRAN itu, atau LAYAN lintasan FIKIRAN itu - ianya dicatit tanpa suatu pun ditinggalkan :


Qaf : 17

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ

● ketika TERIMA, DUA TUKANG TERIMA (YATALAQQA AL-MUTALAQQIYAN), seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. ●


Qaf : 18

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

● Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya RAQIBUN 'ATIDUN (PENGAWAS yang sentiasa BERSEDIA untuk Mencatat). ●

2 Tukang Terima adalah Malaikat yang di kiri dan kanan kita yang mencatat apa sahaja yang kita lakukan.



-----


9) Di SEBALIK Lintasan FIKIRAN itu, jika Kita tidak MELAYAN Lintasan FIKIRAN tersebut,  ALLAH akan memberikan kita ILHAM iaitu PEMAHAMAN tentang MANA satu LINTASAN FIKIRAN JAHAT dan mana satu LINTASAN FIKIRAN BAIK.

------

Asy-Syams : 8

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوٰىهَا

● maka Allah MENGILHAMKAN KEFAHAMAN kepada jiwa itu TENTANG (jalan) KEJAHATANNYA dan (jalan) KETAQWAANNYA. ●


------

10) Sangat penting memahami untuk TIDAK MELAYAN atau MELETAKKAN atau MENAMBAH pula kepada LINTASAN FIKIRAN tersebut. Inilah yang kita perlu KAWAL. Kita DENGAR pada MINDA,  kita lihat pada MINDA, tapi kita tidak MELETAKKAN INTERPRETASI atau TAKWIL kepada apa yang tergambar atau terdengar dari LINTASAN FIKIRAN tersebut.

11) Biarkan LINTASAN FIKIRAN itu berlalu tanpa PENILAIAN (judgement), tanpa TAKWILAN (induced interpretation), tanpa JANGKAAN (expectation) dan tanpa KEHENDAK atau KEINGINAN (desire). Inilah yang akan menjadikan kita LUPA DIRI dan LUPA kepada ALLAH yang KEHENDAK NYA lah terjadi semata-mata.

12) BERZIKIR atau INGAT adalah sangat TERBALIK dengan MELAYAN LINTASAN FIKIRAN. INGAT adalah PROSES MEMBERI PERHATIAN PENUH kepada "sesuatu" dan INGAT ALLAH adalah Proses MEMBERI PERHATIAN PENUH kepada Allah. Dan untuk TUMPU PERHATIAN adalah dengan TIDAK MELAYAN lintasan fikiran (gambaran dan bisikan) yang datang. Dengarlah dan Lihatlah pada MASA SEKARANG (present moment) dan bukan yang ada pada MEMORI (masa lepas) dan juga jangkaan atau harapan  atau ANGAN-ANGAN masa hadapan dan juga apa-apa yang Terlintas di fikiran 'sekarang'. RASA SEDARLAH pada keadaan dan masa SEKARANG dan RASA SEDARLAH dari mana KEBANYAKAN LINTASAN FIKIRAN itu datang dan RASA SEDARLAH itu TIPUAN. Kebanyakan LINTASAN FIKIRAN itu TIPUAN.

------

An-Nisa' : 120

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطٰنُ إِلَّا غُرُورًا

● Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan MEMBANGKITKAN ANGAN-ANGAN KOSONG / KEINGINAN pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari TIPUAN belaka. ●


------

13) Siapa pula "kita". Saya atau aku yang berkata-kata dalam lintasan fikiran ? Saya atau aku yang mempunyai PERASAAN atau FEELING atau EMOSI ? Saya atau aku yang boleh mempunyai PERSEPSI RASA atau SENSE OF PERCEPTION ? Pernah tak kita rasa macam ada 2 orang bercakap dalam minda kita tatkala kita menyesali sesuatu - 'Apsal "kau" buat macam tu hah..?' Siapa yang berkata kepada "kau" tu ?
Bila kita di dalam CONCIUSNESS atau RASA SEDAR sebenar, diri "kita" tidak wujud.
SAYA atau AKU yang SEDAR atau CONCIUS atau AWARE akan Lintasan Fikiran yang datang, akan perasaan yang timbul atau persepsi yang ditimbulkan - adalah bukan diri "kita" lagi pada RASA SEDAR tersebut. AKU (dengan huruf besar) ini bukanlah diri kita (pada RASA SEDAR), DIALAH ALLAH Yang Tunggal, YANG WUJUD dan HIDUP (Alive) dan SENTIASA ADA, memiliki segala SIFAT KEAGUNGAN dan KEMULIAAN yang memberi kita RASA SEDAR (concius) tersebut.

------

Firman Allah di bawah jelas menunjukkan DIRI kita (NAFS) berbisik kepada kita:


Qaf : 16

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

● Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang DI BISIKAN kepadanya (TUWASWISU BIHI) oleh DIRINYA (NAFSUHU), dan Kami lebih DEKAT (AQRAB) kepadanya daripada urat lehernya (JUGULAR VEIN), ●

-------




14) Bila kita dapat capai INGAT atau RASA SEDAR kepada KESEDARAN tersebut - masa itulah kita sebenarnya INGAT kepada Allah. Semasa RASA SEDAR itu berlaku, kita akan FAHAM bahawasanya RASA SEDAR kepada DIA itu TIDAK BERUPA BENTUK (NO FORM), juga tidak berbentuk objek (NO THING), dan juga tidak berada di dalam Alam Ruang Juga Masa (Spacetime Universe) - DIA adalah YANG TUNGGAL (THE ONE) - yang boleh di capai melalui RASA SEDAR, dan bukan dengan PENGLIHATAN. Kita akan faham melalui RASA SEDAR (ZHAUQ) itu bahawa WAJAH DIA itu berada "DI MANA-MANA" TETAPI Tidak Bertempat juga Bermasa atau DIA YANG MELIPUTI Segala Sesuatu.

------

Firman Allah - DIA tidak dapat dicapai dengan Penglihatan atau GAMBARAN atau VISION :


Al-An'am : 103

لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصٰرُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصٰرَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

●Dia tidak dapat dicapai oleh PENGLIHATAN (VISION - IMEJ dalam minda - AL-ABS°OR), sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha MENYEDARI (KHABIR) ●

Tetapi FIRMAN ALLAH yang ini pula :


Al-Baqarah : 115

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu MENGHADAP / MEMALING (TUWALLU) di situlah WAJAH ALLAH. Sesungguhnya Allah MELIPUTI (WASI'UN) lagi Mengetahui (A'LIM). ●


Pada RASA SEDAR,  WAJAH ALLAH yang TIDAK BINASA itu, ADA dan MELIPUTI sekalian ALAM. Wajah Allah tidak DAPAT Di BAYANGKAN atau DIGAMBARKAN atau di VISUALIZE seperti Apa-apa pun atau sesiapa pun.


Asy-Syura : 11

فَاطِرُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوٰجًا وَمِنَ الْأَنْعٰمِ أَزْوٰجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

● ...Tidak ada sesuatupun yang SERUPA / SEMISAL dengan Dia ... ●

LAISA KAMITHLIHI SYAI'UN.


------

15) Bila kita sudah DAPAT MERASAKAN RASA SEDAR (Conciusness) itu - KETENANGAN dan KETENTERAMAN akan dirasai dengan sebenarnya. TIADA MASALAH di situ - MASALAH tidak wujud di situ. MASALAH hanya wujud semasa kita MELAYAN lintasan fikiran - apa 'akan' terjadi 'jika' macam ni, atau macam tu dan sebagainya. Kita akan merasakan KETENTERAMAN. Dan di sinilah kita TIDAK MERASA KHUATIR akan masa akan datang dan TIDAK MERASA SEDIH akan masa lepas.

-----

Ar-Ra'd : 28

الَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

● (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi TENANG TENTERAM (TAT°MA`IN) dengan MENGINGAT Allah. Ingatlah, hanya dengan MENGINGATI Allah-lah QALBU menjadi TENANG TENTERAM. ●


Al-Baqarah : 112

بَلٰى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُۥٓ أَجْرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Bahkan barangsiapa yang MENYERAHKAN WAJAH NYA (ASLAMA WAJHU) kepada Allah, sedang ia berbuat KEBAIKAN (MUHSININ), maka baginya ganjaran pada sisi Tuhannya dan tidak ada KEKHUATIRAN (KHAUFUN) terhadap mereka dan tidak (pula) mereka BERSEDIH hati (YAHZANUN). ●

------


ISLAM adalah BERSERAH atau SUBMISSION.
WAJAH kita adalah RASA diri kita atau EKSPRESI DIRI kita.

MENGINGAT ALLAH Yang TUNGGAL itu adalah dengan MENYERAHKAN RASA DIRI kepada Allah. Maknanya kita kena DUDUK DALAM RASA SEDAR DIRI yang MENGINGATI sambil MENGAGUNGKAN ALLAH - maka TENANG dan TIADA KHUATIR akan MASA DEPAN dan TIDAK kita SEDIH akan apa yang telah terjadi MASA DULU.

Masa yang sebenarnya DI RASAKAN pada RASA SEDAR adalah HANYA MASA SEKARANG atau PRESENT MOMENT. Kita jangan LAYAN LINTASAN FIKIRAN tentang MASA LAMPAU dan jangan LAYAN LINTASAN FIKIRAN tentang MASA DEPAN.

Inilah LALAI kepada Allah.
Ingat kepada ALLAH adalah MERASA SEDAR pada MASA SEKARANG bersama DIA Yang WUJUD TUNGGAL dan SEGALA SESUATU datang dari DIA, KEPUNYAAN DIA dan akan KEMBALI kepada DIA.



=====

End.


Allah Al-Qarib, Al-Muhit°, Al-Wasi'.

=====










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...