Langkau ke kandungan utama

Bagaimana Zikir (Part 4) - Kunci dan Pintu

Bagaimana ZIKIR kepada Allah (Part 4)
Kunci Mati dan Pintu

(Date written : 23 Dec 2014)
(Last Update : 29 Dec 2015)



Recall : Kita di arah untuk MENGINGAT ALLAH sebanyak-banyaknya dalam semua keadaan - Berdiri, Duduk atau Baring :


An-Nisa' : 103

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلٰوةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلٰوةَ ۚ إِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتٰبًا مَّوْقُوتًا

● Maka apabila kamu telah menyelesaikan
S°OLAT, INGATLAH Allah di waktu BERDIRI, di waktu DUDUK dan di waktu BERBARING. ●



======

Kunci Mati atau SEAL banyak kali Allah sebut dalam Qur'an.

Pintu juga banyak kali Allah sebut di dalam Al-Qur'an.

Apa maksud sebenar kedua-dua Perkataan yang Allah sebut ini ?

====
Apa yang kita boleh Kunci ?

Pintu
Tingkap
Peti
Locker
Dan lain2

Jadi, yang kita kunci selalunya adalah Pintu yang Tak Semua orang BOLEH MASUK. Hanya Orang tertentu atau yang di beri keizinan atau kuasa sahaja boleh masuk.

Dan juga,  Ruang atau Tempat Berharga yang  di dalamnya ada benda berharga yang kita tak mau orang tidak ada izin atau kuasa untuk melihatnya atau mengambilnya.

Tidak kiralah apa pun, bila kita KUNCI sesuatu - SESUATU itu mestilah "PINTU" atau "penghadang yang boleh buka tutup" - yang membezakan satu RUANG dengan RUANG yang lain.

=====

1) Allah beri kita 3 Alat untuk Mengenal DIA dan Mengabdi kepada DIA.


Al- Qur'an perlu kita selalu TADABBUR ayat2 nya.  Maka Allah akan singkapkan satu-persatu bimbingan demi bimbingan kepada kita.

Allah beri Diri kita (NAFS), 3 ALAT :

Pendengaran,  Penglihatan dan Fuad (Rasa Sedar).


An-Nahl : 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan AF`IDAH (jamak kepada FUAD), agar kamu bersyukur. ●

DENGAN 3 alat atau tools ini kita diperintahkan untuk menggunakan nya untuk MEMAHAHAMI ayat2 Allah iaitu Ayat2 Al-Qur'an dan juga tanda-tanda Wujud Allah.


Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai QALBU, tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MELIHAT (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MENDENGAR (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●

Fahamlah kita bahawa Sebab Allah beri kita ketiga-tiga ALAT itu adalah untuk kita MENGENAL ALLAH dan Menyembah DIA dan semata-mata DIA.

=====
2) Ketiga-tiga Alat itu BOLEH di BUKA tutup dan di KUNCI.

Jika sudah DI KUNCI atau DITUTUP PINTU-PINTU tersebut - kita tidak akan FAHAM KEBENARAN :


Al-An'am : 25

وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ ۖ وَجَعَلْنَا عَلٰى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ وَإِن يَرَوْا كُلَّ ءَايَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا ۚ حَتّٰىٓ إِذَا جَآءُوكَ يُجٰدِلُونَكَ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّآ أَسٰطِيرُ الْأَوَّلِينَ

● Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkani (bacaan)mu, padahal Kami telah meletakkan TUTUPAN di atas QALBU mereka (sehingga mereka tidak) memahaminya dan (Kami letakkan) SUMBATAN di telinganya. Dan jikapun mereka melihat segala tanda (kebenaran), mereka tetap tidak mau beriman kepadanya. .. ●


Al-Isra' : 46

وَجَعَلْنَا عَلٰى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِى الْقُرْءَانِ وَحْدَهُۥ وَلَّوْا عَلٰىٓ أَدْبٰرِهِمْ نُفُورًا

● dan Kami adakan TUTUPAN di atas QALBU mereka dan SUMBATAN di TELINGA mereka, agar mereka TIDAK dapat MEMAHAMINYA. .. ●



Al-Baqarah : 7

خَتَمَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلٰىٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Allah telah MENGUNCI-MATI QALBU dan PENDENGARAN mereka, dan PENGLIHATAN mereka DI TUTUP. Dan bagi mereka seksa yang amat berat. ●


Al-Jathiyah : 23

أَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُۥ هَوٰىهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلٰى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلٰى سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلٰى بَصَرِهِۦ غِشٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

●Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWAnya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah MENGUNCI MATI PENDENGARAN dan QALBUNYA dan meletakkan TUTUPAN atas PENGLIHATAN NYA? Maka siapakah yang akan memberinya bimbingan sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? ●




=====
3) Ini BERMAKNA mesti ada 'PINTU' atau 'PENGHADANG yang boleh di buka tutup' untuk pergi dari satu ruang ke satu ruang yang lain ATAU dari satu Alam ke Alam yang lain.


An-Naba' : 19

وَفُتِحَتِ السَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوٰبًا

● dan dibukalah langit (SAMA`), maka terdapatlah beberapa PINTU (ABWAAB) ●


Al-Qamar : 11

فَفَتَحْنَآ أَبْوٰبَ السَّمَآءِ بِمَآءٍ مُّنْهَمِرٍ

● Maka Kami bukakan PINTU-PINTU (ABWAAB) langit (SAMA`) dengan (menurunkan) air yang tercurah. ●



Al-A'raf : 40

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِـَٔايٰتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوٰبُ السَّمَآءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتّٰى يَلِجَ الْجَمَلُ فِى سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذٰلِكَ نَجْزِى الْمُجْرِمِينَ

● Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka PINTU-PINTU (ABWAAB) langit / alam (SAMA`)...●



SAMA` bermaksud Langit dan dikaji betul2 ianya bermaksud SPACE  atau RUANG ANGKASA (termasuk di sekeliling kita). RUANG ANGKASA kita ini berlapis-lapis secara bertindih-tindih secara Volumetrik atau Parallel Universe yang mana  Alam yang lebih tinggi boleh melihat alam yang lebih rendah. Contoh Malaikat ada di alam lain namun boleh melihat kita dan mengiringi kita setiap waktu untuk mencatat apa yang kita buat.

Kita memang boleh pergi ke alam lain melalui PINTU-PINTU tersebut.



Maksudnya - untuk kita mengenali Allah dengan sebenarnya sebelum dapat INGAT kepada DIA, kita mestilah sudah dapat MELALUI Pintu-Pintu TERSEBUT dan RASA SEDAR kita mesti dapat merasakan Keadaan Di Ruang Atau Alam yang di sebalik PINTU tersebut.




=====
4) Ini juga bermaksud bahawa ketiga-tiga alat itu adalah 'PINTU-PINTU' atau Doorway kepada Alam yang lain - selain dari alam nyata ini.

Jika kita dapat menggunakan sebenarnya ketiga-tiga alat itu, maka kita adalah orang yang Dapat Masuk Keluar melalui Pintu-Pintu itu untuk pergi ke Alam yang lain.

Orang yang sebegini boleh DI KAITKAN dengan Pengertian ULIL ALBAB (ALLAH lebih mengetahui). ORANG yang Pandangan mereka TEMBUS melihat yang SATU dari yang banyak = MELEPASI ALAM dunia nyata ini.

ULUL atau ULIL ALBAB - pada pengertian sebenar ianya bermaksud Orang yang Mempunyai LUBB = Intipati sesuatu. Ianya juga bermaksud orang yang Mendalam Pengetahuan nya sebab SELALU dapat FAHAM akan ILMU dan Tanda-Tanda Kebesaran Allah. Mereka TIDAK melihat segala CIPTAAN ALLAH itu Seperti Mana melihatnya orang kebanyakan. Tatkala ULIL ALBAB melihat = mereka melihat Ayat-ayat / Tanda-tanda WUJUD Allah di mana sahaja.


Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ULUL ALBAB  ●




Dan Orang Ulul Albab - merekalah yang MENGINGAT ALLAH sewaktu berdiri, duduk dan baring.


Ali 'Imran : 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

● (yaitu) orang-orang yang MENGINGAT Allah sambil BERDIRI atau DUDUK atau dalam keadan BERBARING dan mereka BERTAFAKKUR tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●



======
End


Allah Al-Fattah.

======







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...