Langkau ke kandungan utama

Jangan Percaya kalau tak ada BUKTI

Jangan Percaya kalau takde BUKTI

(Date written : 29 Jan 2016)
(Last update : 04 Feb 2016)

1) Beriman itu Percaya. Setiap sesuatu apa pun, sebelum kita Percaya, kita MESTI mendapatkan BUKTI atau EVIDENCE dahulu. Dah ada EVIDENCE baru PERCAYA.
Ramai kena TIPU sebab TAK DE BUKTI pun boleh PERCAYA.

Ini adalah di sebabkan minda sudah berjaya di tipu dengan angan-angan bikinan Syaitan. Itu sebab ramai manusia kena SCAM. Kena scam dengan Syaitan dari jenis Jin dan Manusia.

An-Nisa' : 120

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطٰنُ إِلَّا غُرُورًا

● Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan ANGAN-ANGAN kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. ●

Sebagai manusia, persoalkanlah BUKTI atau EVIDENCE atau AYAT, kepada setiap Pernyataan atau Perkataan atau Berita-berita yang sampai kepada kita.

Amat PENTING kita melakukan proses VERIFIKASI ini. Kitalah manusia yang di beri 3 alat = Pendengaran, Penglihatan dan FUAD agar setiap suatu itu - BERTANGGUNG-JAWAB bagi kita untuk buat PEMERIKSAAN akan kesahihan sesuatu INFORMASI.

Al-Isra' : 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

● Dan janganlah kamu MENERUSKAN / MENGIKUTI / PURSUE (TAQFU) apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan FU`AAD, semuanya itu akan diminta PERTANGGUNGAN JAWABNYA. ●


2) Selalunya kepada APA yang kita percaya ?

a) Cakap2 orang - sesiapa sahaja asal Orang.

b) Tulisan pada - buku2 atau apa2 bahan Bacaan samada di Kertas, Batu, Kayu, di PC atau SmartPhone.

c) Lintasan 'fikiran' - ini banyaknya SYARRI (Kejahatan) WASWAS (Bisikan) KHANNAS (yang bersembunyi). ALLAZI (yang) YUWASWISU (membisikkan) FI (ke dalam) S°UDURINNAS (Minda Manusia). Minal Jinnati Wannas.

3) Berita dalam Bahasa Arab di sebut An-Naba`. Itu sebab para Nabi itu digelar Nabi, sebab Nabi bermaksud PEMBAWA BERITA.

 Semua BERITA atau informasi yang kita dengar dan baca, mestilah di dapatkan BUKTI atau EVIDENCE sebelum kita percaya.

Al-Hujurat : 6

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا أَن تُصِيبُوا قَوْمًۢا بِجَهٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِينَ

● Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang FASIQ membawa suatu BERITA (NABA`), maka PERIKSALAH DENGAN TELITI / INVESTIGATE (TABAIYYANU) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ●


4) Tanpa kita mencari BUKTI kepada setiap BERITA yang di BERITAHU kepada kita, dan jika kita ikut membuta tuli tanpa MENGESAHKAN atau MENYAKSIKAN BUKTI, maka kita PASTI SESAT (bukan saya kata) :

Al-An'am (6) : 116

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu MENURUTI / MENTAATI (TUT°I') KEBANYAKAN (AKTHARA) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan MENYESATKANMU (YUD°ILLUKA) dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti PERSANGKAAN belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. ●


5) Sebenarnya, sebelum kita dapat tengok bukti atau NAMPAK BUKTI, kita sebenarnya TIDAK MENYAKSIKAN atau BERSYAHADAH sebab tak ada Bukti.

Maksud SYAHADAH adalah  PENYAKSIAN atau PENGAKUAN.

Ianya adalah PENYAKSIAN kepada BUKTI atau EVIDENCE.

Sebagai contoh, Allah mengatakan LA ILAHA ILLALLAH.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Dan kita 'MENGUCAP' dengan 'Ucapan' Syahadah.

Namun, kita BUKAN MENYAKSIKAN ALLAH.

Jadi APA yang Kita SAKSIKAN ? Apa yang kita - 'AKU BERSAKSI / MENGAKU  bahawa Tiada Ilah melainkan Allah ?


Jawapannya adalah yang kita SAKSIKAN adalah PEMBUKTIAN. Yang kita SAKSIKAN adalah EVIDENCE kepada BERITA itu yang DI BERITAHU kepada kita.

Berita La ILAHA ILLA ALLAH ini di bawa Oleh PEMBAWA BERITA dan PEMBAWA BERITA berkenaan mengatakan - aku bawa berita yang HAQ. PERCAYALAH!

Boleh kah kita PERCAYA membuta TULI kepada EVEN seseorang Bergelar Nabi ?

Samada dia sendiri menggelarkan diri dia Nabi atau orang lain.

Sesungguhnya, walaupun orang itu CLAIM dia NABI pun, sebagai manusia yang di beri QALBU untuk BERFIKIR (YATAFAKKARUN) dan MENG'AQALI (YA"QILUN) (mencari bukti atau reason atau evidence kepada sesuatu statement atau sesuatu ayat), kita MESTI berbuat demikian (berfikir dan meng'aqali).

Itu Disiplinnya sebagai MANUSIA.

Yang kita SAKSIKAN atau kita MENGAKUI adalah BUKTI kepada Kebenaran yang DI PERKATAKAN. Kat mana yang di perkatakan ? Dalam Al-Quran.

4) Kau perhati ke tidak ? Mengapa kau tak perhati Wahai Manusia ?

Allah memang ARAHKAN atau SURUH kita perhati dan mencari BUKTI-bukti atau EVIDENCES atau AYAT, bahawa dengan memerhatikan setiap sesuatu di Alam Semesta ini, Langit, Bumi, Bulan, Bintang, Pokok, Gunung, Binatang, Kenderaan, Gelombang, Angin, Air, Besi dan lain-lain,  semuanya adalah BUKTI kepada KEBENARAN PERKATAAN itu, Berita itu, Statement (Hadith) itu, iaitu apa sahaja ayat-ayat Al-Quran.

Setiap suatu Ayat Al-Quran, boleh di buktikan. Ianya bukan cakap-cakap tanpa BUKTI.

Al-A'raf : 185

أَوَلَمْ يَنظُرُوا فِى مَلَكُوتِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَىْءٍ وَأَنْ عَسٰىٓ أَن يَكُونَ قَدِ اقْتَرَبَ أَجَلُهُمْ ۖ فَبِأَىِّ حَدِيثٍۭ بَعْدَهُۥ يُؤْمِنُونَ

● Dan apakah mereka tidak MEMPERHATIKAN (YANZ°URU) kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada BERITA manakah lagi mereka akan beriman sesudah HADITH itu? ●

Al-Quran di panggil Ahsanal Hadith = PERNYATAAN / STATEMENT Terbaik.

Az-Zumar : 23

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلٰى ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ

● Allah telah menurunkan PERNYATAAN / STATEMENT yang PALING BAIK (AHSANAL HADITH) (yaitu) Kitab (Al-Quran) yang serupa (MUTASYAABIHA) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun. ●

An-Nisa' : 87

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلٰى يَوْمِ الْقِيٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

● Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar PERNYATAANNYA (HADITHA) dari pada Allah? ●

Al-Quran di panggil Ahsanal Qaula = PERKATAAN atau UCAPAN TERBAIK.

Az-Zumar : 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● yang mendengarkan PERKATAAN (AL-QAULA) lalu MENGIKUTI (YATTABI'UUNA) apa yang PALING BAIK (AHSANAH) di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah bimbingan dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai LABAB (ULUL ALBAB). ●

An-Nisa' : 122

وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۖ وَعْدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا

● Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar PERKATAANNYA (QIILA) dari pada Allah? ●


Allah suruh kita perhatikan dan selalu mencari BUKTI untuk kita sendiri mengesahkan apa yang benar atau siapa yang berkata BENAR.  KITA sama sekali tidak boleh MEMPERCAYAI APA sahaja, buku, bahan bacaan di internet, tulisan dan ucapan orang TANPA kita buat pengesahan TERMASUKLAH Kitab Al-Quran.

Asy-Syu'ara' : 7

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ أَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

● Dan apakah mereka tidak memperhatikan bumi, berapakah banyaknya Kami tumbuhkan di bumi itu pelbagai macam tumbuh-tumbuhan yang baik? ●

Asy-Syu'ara' : 8

إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايَةً ۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

● Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat AYAT / BUKTI / EVIDENCE. Dan kebanyakan mereka tidak beriman. ●

Allah ARAH kita perhatikan, kaji, kita tak BUAT, macammana NAK PERCAYA. Itu antara maksud ayat di atas. Terlampau banyak ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan..'Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat BUKTI / AYAT bagi orang yang memikirkan / mencari Faham / Reason.'

Al-Baqarah : 164

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِى تَجْرِى فِى الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَآءِ مِن مَّآءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيٰحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ لَءَايٰتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) AYAT / BUKTI bagi kaum yang memikirkan. ●

Az-Zumar : 21

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَسَلَكَهُۥ يَنٰبِيعَ فِى الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِۦ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا أَلْوٰنُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرٰىهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ حُطٰمًا ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَذِكْرٰى لِأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat PELAJARAN bagi orang-orang yang mempunyai PEMAHAMAN INTIPATI (ULIL ALBAB). ●

Jika kita tidak mengesahkan bahawa Al-Quran ini adalah BENAR dengan mencari EVIDENCE kepada Pernyataan / Hadith atau Berita / Naba` di dalamnya, bagaimana mungkin kita boleh PERCAYA TANPA RAGU.

Sesungguhnya HANYA  apa sahaja yang di sebut di dalam Kitab Al-Quran sahajalah KEBENARAN yang Boleh Di Buktikan dan kita kena BUKTIKAN untuk kita sendiri PERCAYA dan Beriman.


Az-Zumar : 28

قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِى عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

● (Ialah) Al Quran dalam bahasa Arab yang TIDAK ADA KEBENGKOKAN (di dalamnya) supaya mereka bertaqwa. ●


Selain itu, Kitab-kitab lain atau buku-buku lain TIDAK DAPAT di pastikan KESAHIHANNYA 100%, maka setiap yang kita baca dan dengar mestilah kita sahkan.

Kitab-kitab karangan Ulama (bukan Ulama 'Agama' bukan Ulama 'Dunia' = semua ini ULAMA) sangatlah banyak, maka kita kena cari EVIDENCE atau Bukti untuk mengesahkan apa yang di nyatakan atau yang di perkatakan. Ini termasuk semua penulisan - Fizik, Biologi, Kimia, Geografi, Engineering, Komputer, Kitab Tauhid Sifat 20, Al-Umm, Fikih Sunnah, Ihya Ulumuddin, Al-Hikam, Kasyaful Asrar, Tanbihul Ghafilin, Fadhilat Solat, Buku Sejarah, SuratKhabar, e-News, Kitab2 kuning dan segala bahan bacaan di google dan apa sahaja sumber bacaan = APA SAHAJA = semua kena di SAHKAN dengan mencari BUKTI.

Kebodohan adalah bila kita tidak mahu membaca atau kita MENOLAK segala kitab atau buku atau bahan bacaan atau apa yang di perkatakan terutama tentang Sains Alam Semesta dan juga Sejarah.

Bagaimana kita nak FAHAM EVIDENCE atau BUKTI sesuatu itu Benar jika kita tidak memerhati, mengkaji dan memahami ?

Hadith juga banyak Palsu/Dhaif di sebarkan oleh Syaitan yang bukan dari Rasul Nabi Muhammad. Berhati-hatilah tentang hadith yang palsu/dhaif yang tidak dapat di buktikan KESAHIHANNYA.

Sebenarnya apa sahaja termasuk kitab Al-Quran = kita bertanggung jawab untuk membuat VERIFIKASI dengan Mendapatkan BUKTI.

Al-A'raf : 162

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ

● Maka orang-orang yang zalim di antara mereka itu mengganti (perkataan itu) dengan PERKATAAN yang tidak dikatakan kepada mereka, maka Kami timpakan kepada mereka azab dari langit disebabkan kezaliman mereka. ●

Kitab Injil dan Taurat sudah DI UBAH-UBAH. Di sebabkan Orang Kristian dan juga Orang Yahudi tidak membuat Verifikasi atau mencari BUKTI maka mereka sudah mengikuti suatu pernyataan / perkataan di dalamnya yang sudah di buat-buat. Jika proses mendapatkan Evidence atau Ayat (Ayat = Bukti) ini dibuat, maka akan terdapat banyak Bukti bahawa Injil dan Taurat sekarang sudah jauh dari kebenaran.

Kebenaran boleh di buktikan.

Makanya

Wujud Allah, Malaikat, Nabi dan Utusan / Rasul Allah, Kitab-kitab Wahyu, Hari Akhirat dan Qadha dan Qadar = semua boleh DI BUKTIKAN.

Secara kasarnya,

Wujud Allah boleh dibuktikan dengan adanya Alam ini, maka wajib ada hanya SATU TUHAN atau Tuhan Yang Esa. Tak boleh ada dua (nanti bergaduh) dan Tuhan ini mesti Wujud Tunggal dan mempunyai Kuasa Infiniti dan Ilmu Infiniti dan hanya Dia sahaja yang Unik, Lain dari segala yang lain.

Wujud Malaikat boleh di buktikan dengan wujudnya sesuatu yang bernama Tenaga atau Energy di sekeliling kita dan juga gelombang yang menghantar Signal.

Wujudnya Nabi-nabi boleh di buktikan dengan adanya Kitab-kitab Wahyu.

Wujud Kitab Wahyu boleh di buktikan dengan KEBENARAN MUTLAK yang setiap perkataan atau pernyataan nya adalah 100% benar, berpadanan dengan BUKTI yang mengesahkan. Sedangkan kitab karangan manusia (termasuk saya yang menulis) sedikit sebanyak pasti ada hypothesis atau pendapat yang tidak bersandarkan kepada Kebenaran yang boleh dibuktikan 100% betul. Pasti akan ada salah silap, kecuali Kitab Wahyu, zaman ini, ianya adalah Kitab Al-Quran.

Wujud Qadha dan Qadar atau ketentuan boleh di buktikan dengan ada suatu KEHENDAK sahaja yang berlaku mutlak di Alam ini dan hanya Kehendak Dia yang terjadi bila Dia berkehendak, yang mana selain dari Dia Yang Satu, kehendak yang lain dari Yang Satu itu, kekadang dapat, kekadang tidak.

Wujud Hari Akhirat pula adalah bagus sekali di beri misal dengan Firman Allah di bawah :

Fussilat : 39

وَمِنْ ءَايٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى الْأَرْضَ خٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَآءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ ۚ إِنَّ الَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ الْمَوْتٰىٓ ۚ إِنَّهُۥ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Dan di antara AYAT-AYAT / BUKTI-BUKTI -Nya (Ialah) bahwa kau lihat bumi kering dan gersang, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, nescaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya Tuhan Yang menghidupkannya, PASTILAH DAPAT MENGHIDUPKAN YANG MATI. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. ●

Qaf : 11

رِّزْقًا لِّلْعِبَادِ ۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًا ۚ كَذٰلِكَ الْخُرُوجُ

● untuk menjadi rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). SEPERTI ITULAH TERJADINYA KEBANGKITAN. ●

Setelah ada BUKTI yang JELAS, maka barulah boleh BERIMAN.

Tanpa Bukti, macammana nak Percaya ?

Sangat banyak kali Allah mencabar MANUSIA supaya BAWALAH BUKTI wahai manusia jika kamu kata kamu BENAR, BAWA BUKTI :

An-Naml : 64

أَمَّن يَبْدَؤُا الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قُلْ هَاتُوا بُرْهٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)?. Katakanlah: "Tunjukkanlah BUKTI Kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar". ●

Al-Baqarah : 111

وَقَالُوا لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصٰرٰى ۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ ۗ قُلْ هَاتُوا بُرْهٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah BUKTI kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar". ●


As-Saffat : 155

أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

● Maka apakah kamu tidak megambil pelajaran ? ●

As-Saffat : 156

أَمْ لَكُمْ سُلْطٰنٌ مُّبِينٌ

● Atau apakah kamu mempunyai BUKTI / KEKUASAAN yang nyata? ●

As-Saffat : 157

فَأْتُوا بِكِتٰبِكُمْ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Maka bawalah kitabmu jika kamu memang orang-orang yang benar. ●

Al-Ahqaf : 4

قُلْ أَرَءَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَرُونِى مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِى السَّمٰوٰتِ ۖ ائْتُونِى بِكِتٰبٍ مِّن قَبْلِ هٰذَآ أَوْ أَثٰرَةٍ مِّنْ عِلْمٍ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah; perlihatkan kepada-Ku apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini atau adakah mereka berserikat (dengan Allah) dalam (penciptaan) langit? Bawalah kepada-Ku Kitab yang sebelum (Al Quran) ini atau peninggalan dari pengetahuan (orang-orang dahulu), JIKA KAMU adalah orang-orang yang BENAR" ●

Ali 'Imran : 66

هٰٓأَنتُمْ هٰٓؤُلَآءِ حٰجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَآجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِۦ عِلْمٌ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

● Beginilah kamu, kamu ini (sewajarnya) bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu bantah membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. ●

Inilah beza orang yang sesat mengikut membuta tuli termasuk mengikut so-called Ostat, tanpa BUKTI yang Jelas.


Kita mesti mengikut sesuatu yang BENAR dan KEBENARAN sentiasa Boleh di Buktikan.

Allah sendiri SENTIASA memberi BUKTI YANG NYATA :

Al-Hadid : 25

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنٰتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتٰبَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ

● Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan MEMBAWA BUKTI-BUKTI YANG NYATA dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. ●

Al-A'raf : 203

وَإِذَا لَمْ تَأْتِهِم بِـَٔايَةٍ قَالُوا لَوْلَا اجْتَبَيْتَهَا ۚ قُلْ إِنَّمَآ أَتَّبِعُ مَا يُوحٰىٓ إِلَىَّ مِن رَّبِّى ۚ هٰذَا بَصَآئِرُ مِن رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Dan apabila kamu tidak membawa suatu ayat Al Quran kepada mereka, mereka berkata: "Mengapa tidak kamu buat sendiri ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya MENGIKUT APA YANG DI WAHYUKAN dari Tuhanku kepadaku. Al Quran ini adalah KETERANGAN/BUKTI YANG NYATA dari Tuhanmu, bimbingan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". ●

Dan KEBENARAN MUTLAK atau Yang Haq adalah Wahyu Allah; yang memang SUDAH SENTIASA TERBUKTI dan BOLEH DIBUKTIKAN SENTIASA.

Benda atau hukum hidup yg simple inilah yang TIDAK DI IKUTI maka menjadilah FASAD berleluasa di bumi.

====
End.

Al-Anbiya : 4

قَالَ رَبِّى يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

● Berkatalah (Muhammad): "Tuhanku mengetahui semua PERKATAAN (AL-QAULA) di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". ●

Al-An'am : 73

وَهُوَ الَّذِى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ وَيَوْمَ يَقُولُ كُن فَيَكُونُ ۚ قَوْلُهُ الْحَقُّ ۚ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنفَخُ فِى الصُّورِ ۚ عٰلِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهٰدَةِ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

● Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan BENARLAH PERKATAAN-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. ●

====



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...