Langkau ke kandungan utama

Mengapa kita direndahkan

 (Date Written : 29 May 2021)


Ada 2 persoalan yang hendak di jawab di dalam artikel ini.


Pertama adalah kalamana kita kena merendahkan diri dan mengapa.


Kedua adalah kadang-kadang dalam kita manjalani ujian kehidupan, kerana kealpaan dan sombong diri, kerana suatu musibah, kita merasa jatuh ke bawah sejatuh-jatuhnya, atau merasa rendah diri betul di kalangan saudara mara dan sahabat handai.


Firman Allah:

Al-A'raf 7 : 55


ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ


● Berdoalah / Serulah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam bersendiri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ●


ضرع bermaksud rendah diri, hina dina.


Kita di arah oleh Allah untuk merasa hina dina / rendah diri semasa menyeru Allah dan dalam keadaan yang bersendiri (private).


Al-A'raf 7: 205


وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ


● Dan sebutlah Tuhanmu dalam dirimu dengan merendahkan diri dan rasa khuatir, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. ● 


Juga kitla diarahkan Allah untuk selalu menyebut dan mengingat akan Allah sambil merasa diri ini hina dina dan sentiasa berasa khuatir akan Allah dan tidak mengeraskan suara.


Inilah adab sebenar bila kita menyeru atau berdoa dan ingat kepada Allah. Rasakan diri kita ini adalah sangat rendah dan hina dina.


Apa jadi kalau kita tak merasa sebegini (rendah diri)?

Kita sudah angkuh, merasa mempunya, dah kaya, dah berharta, dah merasa pelbagai nikmat, dan kita rasa sudah terlalu pandai, beruntung dan kita lupa akan siapa yang memberi rezeki dan nikmat semua itu.


Sebagaimana manfaatnya Nyamuk atau Lalat kepada kita, iaitu agar kita sentiasa bersih dan menjaga persekitaran agar sentiasa bersih, begitu jugalah jika kita sudah terlalu bongkak dan merasa diri terlalu bagus - maka Allah datangkan musibah.


Al-An'am 6 : 42


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَآ إِلٰىٓ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنٰهُم بِالْبَأْسَآءِ وَالضَّرَّآءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ


● Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami siksa mereka dengan (menimpakan) kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri. ●


Jika kita tidak merendah diri, Allah sendiri akan mendatangkan kesengsaraan kepada kita agar kita tunduk merendah diri.


Maka - wajib sentiasa merasakan diri kita ini serba lemah dan hina dina di hadapan Allah sewaktu mengingatNya, sewaktu menyebutNya.


===

End.




Ulasan

  1. "Tadharru'" has a very deep meaning. Mula2 ingat hanya another word for "Tawadhu". Cuba review artikel dibawah ini untuk dapat makna yang lebih dalam untuk "tadharru'"

    http://pasalislami.blogspot.com/2016/05/apakah-pengertian-tadharru.html?m=1

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Bila Kenal Kebenaran

Bila Kenal Kebenaran (Date written : 08 Nov 2014) (Last Update : 08 Aug 2016) Al-Ma'idah : 83 وَإِذَا سَمِعُوا مَآ أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرٰىٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشّٰهِدِينَ ● Dan apabila mereka mendengarkan apa yang DITURUNKAN (UNZILA) kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan KEBENARAN (HAQ) yang telah mereka KENALI ('ARAFU), seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka CATATLAH  kami (FAKTUBNA) bersama orang-orang yang menjadi SAKSI (SYAHIDIN). ● Ada 4 key points di sini : 1) Apa yang DITURUNKAN atau ANZAL 2) Kenal ('ARAFU) 3) Kebenaran (HAQ) 4) Saksi (Syahid) ======= Sudah ke kita Kenal Allah ? Sebenar nya memang SUDAH - Sudah ke kita Menyaksikan (TESTIFY) bahawa Allah adalah Tuhan Kita ? Sudah juga. Bila masa kita kenal ? Al-A'raf : 172 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُه...