Langkau ke kandungan utama

Zikir Allah, Allah

(Date written : 6 Jan 2018)

Kebelakangan ini terdapat larangan lagi di kalangan 'seakan Ulamak' yang mengatakan tidak boleh melafazkan Zikir Allah, Allah..

Golongan ini mengatakan Tak Guna, Tak bererti, Tak Habis dan juga mengatakan 'Nabi Tak Buat'. Seolah-olah mereka hidup zaman Nabi sehingga Nabi wafat. Nak berzikir biarlah dengan mengucapkan Subhanallah, Allahuakbar, La ilaha illallah dan lain-lain.

Orang yang lebih pengetahuannya membawa hujah bahawa menyebut Allah itu adalah suatu Zikir.

Mari kita pergi lebih dalam.

Golongan yang selalu mengatakan Nabi tak buat ini selalunya mengutamakan Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) dan jika tiada Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) maka mereka pun mengatakan 'Nabi tak buat' atau 'Nabi tak suruh buat'. Golongan ini juga berani mengatakan bahawa 'Asal Ibadat itu Haram' jika tidak ada Dalil yang menyuruh melakukan 'Ibadat' itu. Sekali lagi mereka sangat mengutamakan Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) melebihi keutamaan yang lain. Label yang biasa di berikan oleh orang lain terhadap golongan ini adalah Wahhabi. (Kerana kitakterbukaan dalam mendengar hujah dari orang berilmu yang lain, maka mereka layak di berikan dengan Label sebegini).

Kadang-kadang nampak macam Riwayat Hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) ini lebih tinggi dari Al-Quran itu sendiri. Lupakah mereka atau tahukah mereka bahawa Rasul Nabi Muhammad sendirilah yang membawa dan menyampaikan Al-Quran dan itu adalah Hadith Yang Paling Sahih tanpa keraguan?

Orang yang lebih berilmu pula membawa hujah dari Al-Quran sendiri dan berikut adalah ayat Al-Quran yang menjadi dalil boleh berzikir dengan Allah :

Al-Isra' 17 : 110

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمٰنَ ۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيلًا

● Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan NAMA yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". ●

Mari kita lihat dan Tadabbur dan Tadarrus dengan lebih mendalam akan firman Allah yang lain.

Al-Anfal 8 : 45

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

● Hai orang-orang yang beriman. apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan SEBUTLAH / INGATLAH (واذكروا) ALLAH sebanyak-banyaknya (كثيرا) agar kamu beruntung. ●

Al-Ahzab 33 : 41

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

● Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah / sebutlah /ingatlah (اذكروا) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya (كثيرا) ●

Al-Jumu'ah 62 : 10

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلٰوةُ فَانتَشِرُوا فِى الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

● Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah / sebutlah (واذكروا) Allah banyak-banyak (كثيرا) supaya kamu beruntung. ●

Ayat-ayat di atas, iaitu Al-Quran yang SAHIH TANPA RAGU di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad kepada kita, ianya sangat JELAS, SEJELAS-JELASNYA suruhan menyebut atau mengingat (اذكروا) (mengingat adalah sebutan atau gambaran dalam Qalbu) Allah dengan sebanyak mungkin.

Apakah kamu dan golongan kamu tidak mahu memahami firman Allah yang di bawa oleh Rasul Nabi kamu sendiri ?

Mengapakah kamu hanya mendengar hujah dari ketua kamu yang dari golongan kamu semata-mata?

Jadilah Ulil Albab wahai manusia dan janganlah mendengar dari sebelah pihak semata-mata dan janganlah menjadi orang yang terlalu taksub dengan sesuatu pendapat tanpa mendengar hujah orang lain :

Az-Zumar 39 : 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai Lubb (Pemahaman Intipati / Ulil Albab). ●

Fahamilah Takrifan Zikir bermaksud INGAT atau SEBUT dengan RASA SEDAR dan FAHAM dan bukan LALAI.

Perhatikan firman Allah ini :

Al-Anfal 8 : 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila DISEBUT (ذكر) ALLAH gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●

Ayat di atas JELAS sejelas-jelasnya bahawa bagi orang yang BERIMAN, mendengar sebutan ALLAH semata-mata telah gerun Qalbu yang di dalam diri kerana TELAH MENGENALI Dia Yang Satu ini dengan Asma`ul Husna yang menggambarkan Sifat-sifat Allah.

Lagi, bezakan lah antara Bertasbih dan juga Berzikir.

Bertasbih itu Cara atau Jalan untuk Mencapai Zikir.

Zikir itu TUJUAN dan Tasbih itu Jalannya.

Ta Ha 20 : 14

إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ

● Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka abdilah diri kepada Aku dan dirikanlah solat UNTUK MENGINGAT AKU. ●

Begitu juga Solat itu JALAN dan ZIKIR itu TUJUAN kepada Solat berdasarkan ayat di atas.
(Bila kita buat sesuatu UNTUK sesuatu maka yang UNTUK itulah TUJUAN dan buat sesuatu itulah JALAN atau CARA).


Bertasbih itu adalah Memuji-muji Allah.

Al-Hijr 15 : 98

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السّٰجِدِينَ

● maka BERTASBIHLAH DENGAN MEMUJI Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud. ●

Memuji Allah itulah CARA UNTUK Bertasbih berdasarkan ayat Allah di atas.
(Bila kita buat sesuatu DENGAN cara sesuatu maka cara sesuatu itu Jalan dan buat sesuatu itu Tujuan).


La ilaha illallah itu satu Tasbih. Inilah PUJIAN tertinggi seluruh Makhluk kepada ALLAH. Kerana ia penafian infiniti kepada apa sahaja dan sesiapa sahaja yang lain selain DIA. Itu sebab ianya di panggil Afdal Zikri.

Huwallahu Ahad itu satu Tasbih.
Allahuss°amad itu satu Tasbih.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazz°oolimiin itu satu Tasbih.

Ya Rahman itu satu Tasbih kerana kita memuji DIA (HUWA) yang bersifat dengan Ar-Rahman (Yang Penyayang) - kerana tiada lagi SELAIN DIA yang mempunyai Sifat sebegitu.

====
Perdalami Ilmu dan Luaskanlah Ilmu dengan tidak menutup minda dari mendengar Hujah orang lain yang mempunyai Fakta atau Kebenaran.

Fahamilah sumber Ilmu itu tidaklah terhenti setakat kajian tentang Kitab Karangan dari Bukhari dan Muslim semata-mata atau terhenti setakat kajian Ibnu Tamiyyah semata-mata.

Kita tidak menafikan hasil kerja Bukhari dan Muslim, yang banyak menyaring dan mendefinasikan status Hadith dari segala macam Riwayat Hadith, namun kebenaran itu bukan datang dari mereka berdua. Mereka hanya membuat verifikasi tentang mana yang benar dan mana yang salah. Terlalu banyak Riwayat Hadith Palsu yang di tolak dan ianya memang sesuatu yang bagus. Namun, jika seorang 'Ustaz' boleh mengatakan Ulama itu tidak mendapat Wahyu, MAKA janganlah di lupa pula BAHAWA Bukhari dan Muslim juga bukanlah manusia yang mendapat Wahyu. Mereka cuma mengeluarkan pendapat / ijtihad mereka sendiri tentang status sesuatu Riwayat Hadith berdasarkan kayu ukur yang di tetapkan oleh mereka sendiri dan Tiada Mana2 Rasul Nabi pun yang MEMBENARKAN hasil kajian mereka. Yang membenarkan hasil kajian mereka adalah orang-orang kemudian yang bersetuju dengan mereka. MAKA, kalau tidak di jumpa dalam Hadith Sahih Riwayat Bukhari atau Muslim, JANGANLAH BERANI berkata dengan Mutlak bahawa 'Nabi tak buat' atau 'Nabi Tak Suruh Buat'.

Fahamilah Rasul Nabi hanya menyampaikan Wahyu yang di terima dari Allah melalui Ruhul Qudus / Jibril tanpa tokok tambah.

Prioriti Utama adalah Pemahaman Al-Quran itu sendiri dengan Bertadabbur dan Bertadarrus dan di situlah Kebenaran itu bermula. Itulah yang sebenarnya Hadith Sahih dari Allah yang di CAKAP, Di SURUH, di BUAT, di IKUT dan DI SAMPAIKAN oleh Rasul Nabi kita dengan Pasti dan Allah sendiri yang menjadi Saksi.

Al-Quran itulah NERACA sebenar dalam menyelesaikan apa-apa perselisihan :

An-Nahl 16 : 64

وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.●

====
End.

Allah.

'Sesudah atau Sebelum itu Tiada.'
====














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...