(Date written : 11 Jan 2018)
Ini adalah satu kenyataan yang sangat berani dari segolongan manusia yang mahu Pendapat mereka di guna pakai.
Pertama, golongan ini yang ada Ketua Puak mereka mengatakan 'Asal Ibadah itu Haram'.
Kedua, mereka mengatakan Cara Beribadah hanya boleh di buat berdasarkan apa yang Nabi ajar. Kalau Nabi tak ajar caranya maka HARAM di buat.
Mereka juga mengatakan 'Kalau untuk Urusan Dunia maka asalnya HARUS / MUBAH'.
Mari kita pergi lebih dalam.
1) Apa maksud Ibadah ?
Ibadah bermaksud Mengabdi Diri. Jika Ibadah kepada Allah ianya bermaksud Mengabdi Diri kepada Allah.
Az-Zariyat 51 : 56
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENGABDI (YA'BUDU) kepada-Ku. ●
Berdasarkan ayat Allah di atas, YANG DI AJAR DAN DI SAMPAIKAN oleh Rasul Nabi kita sendiri, Tujuan Allah menciptakan Jin dan Manusia itu sendiri adalah SEMATA-MATA untuk Beribadah atau Menjadi Abdi kepada Allah dan Tidak Kepada Yang Lain terutama Mendengar atau Mematuhi Saranan atau Pendapat Puak yang tak boleh berfikir akan maksud Ibadah dengan Jelas.
Al-Quran itu Kalam Allah. Ianya Wahyu Allah. Wahyu Allah itu adalah Hadith Paling Sahih yang di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad melebihi keutamaan Riwayat Hadith Sahih Bukhari dan Muslim dan ulasan dari Ibnu Taimiyah.
Pada para pembaca yang keliru jika di katakan Al-Quran itu adalah Hadith Paling Sahih, bacalah Firman Allah ini :
Az-Zumar 39 : 23
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلٰى ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ
● Allah telah menurunkan HADITH yang PALING BAIK (AHSANAL HADITH) (iaitu) Al Quran yang SERUPA lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemimpinpun. ●
Maka, manusia yang mengeluarkan PENDAPAT sendiri mengatakan ASAL IBADAH itu HARAM adalah jelas menolak Al-Quran dan Wahyu Allah.
Ini adalah kerana :
Asal Kehidupan itu ADALAH Untuk Beribadah kepada Allah.
Mengapa pula di katakan 'Asal Ibadah kepada Allah itu Haram' ?
Siapa yang mengeluarkan perkataan begini (Asal Ibadah itu HARAM) : Ianya bukan dari Al-Quran mahupun Riwayat Hadith Sahih maka ia bukan dari Allah, maka bukan dari Rasul Nabi Muhammad. Ini 'Nabi Tak Cakap' - mengapa pandai-pandai mengeluarkan kenyataan atau mentakwil ('induce interpretation') yang melampaui Allah dan Rasul ? Allah dan Rasul cakap lain kenapa awak cakap lain ?
2) Apakah Ibadah itu mencakupi hanya suruhan tertentu semata-mata seperti Solat, Puasa dan Haji semata-mata?
Ibadah kepada Allah yang bermaksud Pengabdian Diri kepada Allah ini mencakupi segala AKTIVITI kehidupan kita dari mula buka mata bangun tidur kepada sehingga tidur kembali dan dari kita mula Baligh sehingga kita mati.
Ianya bukan hanya kepada Solat, Puasa, Haji, Zakat.
Solat, Puasa, Haji, Zakat itu semuanya adalah termasuk Suruhan Allah. Dan bukan itu sahaja Suruhan Allah. Suruhan Allah termasuk Mencari Rezeki, Mencari Nafkah, Menghormati Ibu Bapa, Memelihara Silaturrahim. Suruhan Allah termasuk Mengumpul dan Menyediakan KEKUATAN apa Sahaja dalam Teknologi Peperangan demi untuk Menggentarkan Musuh Allah.
Suruhan Allah juga termasuk LaranganNya seperti Jangan Berjudi, Minum yang Memabukkan, Menekan atau Menghimpit orang lain, Membuat Fasad di muka bumi dan Paling Penting Allah suruh Bertaqwa kepada Dia dan selalu MENGINGAT atau Zikir kepada Dia dengan Bertasbih Memuji-muji DIA setelah MENGENALI DIA.
Suruhan Allah termasuk juga Selalu Berdoa atau Menyeru Allah memohon pelbagai hajat Termasuk contohnya Tatkala kita naik kenderaan menandakan kita sentiasa mengharap keselamatan dari Allah dan keampunan dari DIA.
Maka MAKSUD YANG PALING TEPAT KEPADA IBADAH kepada Allah atau menjadi Abdi atau Hamba Abdi kepada Allah adalah bermaksud PATUH kepada segala Arahan dan Suruhan Allah juga LaranganNya.
Ibadah = Patuh Arahan.
Ibadah kepada Allah = Patuh Arahan Allah.
Semua Hamba Abdi kena PATUH ARAHAN Tuannya.
Dan Arahan Allah dan Suruhan Allah tidak terhenti pada semata-mata 5 Rukun Islam itu Sahaja.
Bekerja itu satu Ibadah. Ini sering di ucapkan oleh para Ustaz yang tahu dan ianya benar jika kita memang FAHAM dan Berniat Benar.
Bekerja membuat Software atau Perisian untuk menambah-baik Sistem atau Pengurusan apa sahaja itu satu Ibadah. Bekerja untuk mencari Nafkah itu Wajib kerana Mencari Nafkah itu Wajib.
Melukis dan menjual Lukisan pada seseorang yang hanya tahu Melukis dan hanya itu caranya mencari Nafkah adalah WAJIB dan cara itu (Melukis) lah manusia itu BERIBADAH.
Dan pelbagai lagi Cara Beribadah atau Cara Mencari Nafkah oleh Manusia Muslim yang lain.
Para 'Ustaz' dari golongan ini tak boleh kata kalau untuk urusan dunia, maka ia jadi MUBAH atau HARUS.
Apakah melakukan 'Urusan Dunia' itu bukan satu Ibadah jika Jelas kita melakukan apa sahaja aktiviti kehidupan dengan PATUH kepada Perintah Allah ?
Jika kita berniaga kerana mencari Nafkah dan kita berlaku jujur dalam 'Timbangan' apakah itu Bukan Ibadah kepada Allah atau Patuh kepada Allah ?
Dan pelbagai lagi 'Urusan Dunia' yang kita lakukan mengikut Suruhan Allah - apakah itu Bukan Ibadah kepada Allah ?
-----
Persoalan pertamanya - apakah golongan ini ingin MENYEMPITKAN takrif IBADAH ?
Atau apakah mereka tak faham maksud Ibadah ? Kalau dah faham maksud Ibadah maka Tak Mungkin mereka boleh mengeluarkan kenyataan BERANI yang 100% bertentangan dengan Al-Quran !
Apakah Melukis itu Nabi BUAT ?
Apakah di sebabkan Nabi tak melukis maka semua Manusia Muslim dan Mukmin tak boleh Melukis untuk Beribadah ?
Persoalan keduanya - Jika maksud golongan ini adalah Cara Beribadah itu yang DI SEMPITKAN kepada Ibadah 'Khusus' seperti Solat misalnya - maka kita hanya di BENARKAN Solat mengikut Bagaimana yang Nabi Tunjuk dan Ajarkan semata - mata dan tidak kepada Cara yang LAIN maka itu memang BENAR.
Itu tidak dapat di nafikan. Tak kan kita nak ikut Cara Tokong Sami 'beribadah'?
NAMUN di sinilah Punca Perselisihan, iaitu,
Bagaimana 'Ustaz' boleh TAHU dengan MUTLAK dengan KEYAKINAN yang TANPA RAGU bahawa ITULAH CARA NABI YANG SEBENAR-BENARNYA dengan Hanya Berpandukan Kepada Riwayat Hadith Sahih dari Bukhari dan Muslim semata-mata?
Apakah Bukhari dan Muslim ini mendapat Wahyu Allah ?
Tidak.
Apakah Kitab Karangan Bukhari dan Muslim ini mendapat PENGIKTIRAFAN Nabi Sendiri ?
Tidak.
Yang mengiktiraf kajian mereka adalah pengikut mereka selepas mereka. Ada juga yang mengkritik dan membangkang.
Apakah ada KEMUNGKINAN bahawa Kajian Bukhari dan Muslim itu Tidak Terlepas dari Salah dan Silap ?
Pasti ada Kemungkinan itu. Mereka bukan Maksum sama sekali.
Apakah MUNGKIN ada juga Riwayat Hadith Sahih yang TIDAK SAMPAI kepada Bukhari dan Muslim ?
Kemungkinan itu juga PASTI ADA sebab Tiada Dalam Al-Quran atau Riwayat Hadith Sahih sendiri yang MENYATAKAN - "Berimanlah kepada Kajian Bukhari dan Muslim. Sesungguhnya Bukhari dan Muslim itu BENAR. Sesiapa yang Tak Percaya kepada Kajian Bukhari dan Muslim itu KAFIR."
Tak ada sesiapa yang berani yang MENGATAKAN DENGAN JELAS SEBEGITU RUPA
TETAPI begitulah 'INFERENCE'NYA atau Maksud yang di sampaikan Tanpa Di Ucapkan sebegitu rupa.
Apakah MUNGKIN ada juga Hadith yang Di Hasan kan itu juga Sahih ?
Kemungkinan itu Pasti Ada.
Apakah MUNGKIN ada Hadith yang Di Sahihkan Bukhari atau Muslim itu Dhaif atau juga PALSU ?
Kemungkinan itu juga PASTI ADA. Kerana mereka bukan maksum maka pasti ada Salah dan Silap.
Nabi pun ada buat silap seperti dalam Al-Quran yang di sampaikan Nabi sendiri, bagaimana mungkin Bukhari dan Muslim tak boleh Silap ?
===
Maka ?
Maka jangan di sempitkan pemahaman dalam Deen ini.
Jangan nak suruh orang ikut Pendapat dari Ketua Puak kamu sahaja.
Jangan menidakkan Keupayaan Berfikir manusia.
Jangan asyik kata 'JANGAN IKUT AKAL' - satu STATEMENT yang Paling Bodoh dan Jahil dalam dunia oleh para 'Ustaz' zaman ini.
Sebab Allah sendiri MENGHINAKAN manusia yang Tidak Berfikir - dan ini di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad sendiri dalam Firman Allah :
Al-Anfal 8 : 22
إِنَّ شَرَّ الدَّوَآبِّ عِندَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
● Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang TULI (AS-S°UMMU) dan BISU (AL-BUKMU) yang tidak MENG'AQALI (YA'QILUN). ●
Al-A'raf : 179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ
● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai QALBU, tetapi tidak dipergunakannya untuk MEMAHAMI (YAFQAHUN) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MELIHAT (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk MENDENGAR (YASMA'UN) (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●
Senang cerita, yang tak mahu BERFIKIR itulah yang akan masuk neraka. Orang yang BERFIKIR, akan sentiasa memastikan mereka membuat sesuatu berdasarkan Fakta dan Kajian demi memastikan apa yang mereka pilih atau lakukan itu Benar dan Baik kesannya untuk mereka. Orang yang berfikir pasti bertambah ILMU. Yang tak mahu Berfikir, pasti kurang Ilmu maka sentiasa menurut Hawa Diri atau Panjang Angan-angan bisikan Syaitan. Paling MALANG adalah bila ada pula Para 'SEAKAN ULAMAK yang MELARANG Berfikir. Jelas ini BUKAN suruhan Allah - ianya suruhan selain dari Allah.
====
Jadi apa yang kita kena ikut ?
Yang kita semua kena IKUT adalah KEBENARAN.
Ianya semudah itu.
Bukan Pendapat manusia.
Apakah itu Kebenaran ?
Kebenaran itu adalah apa sahaja yang di KATAKAN ALLAH menjadi WAHYU dan yang di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad dan juga segala PERBUATAN ALLAH yang sedang berlaku dan telah berlaku di Alam Semesta ini yang kita saksikan. Yang berlaku dan kita perhatikan pada kelakuan manusia dan segala makhluk yang lain semuanya adalah BENAR dan ianya adalah BUKTI kepada BENARNYA firman Allah di dalam Al-Quran.
Sebagai contoh Allah berfirman di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad :
Al-'Ankabut 29 : 57
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
● Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. ●
Ayat di atas adalah KENYATAAN KEBENARAN.
Dan kita manusia yang di beri pendengaran, penglihatan dan FUAD (Rasa Sedar dan Daya Berfikir) menyaksikan BUKTI KEBENARAN dengan melihat PERBUATAN ALLAH itu di dunia ini.
Itulah 2 'AYAAT' yang kita manusia BERFIKIR kena faham, pertama adalah AYAT Al-Quran yang Mulia dan Penuh Rahmat dan Hakim (Wal Quranil Hakim). Ianya Perkataan atau Kenyataan yang Allah sendiri gelar 'Ahsanal Hadith' atau Hadith Yang Paling Baik dan juga Kebenaran Tanpa Ragu.
Keduanya adalah AYAAT atau Tanda-tanda nyata atau Bukti-bukti pada Kejadian-kejadian di Alam Semesta ini yang MEMBUKTIKAN KEBENARAN Ayat Al-Quran.
Sebagai contoh lagi, Allah berfirman di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad : 'Matahari dan bulan mengorbit', itulah yang kita saksikan buktinya, juga Allah berfirman 'Matahari bersinar dan Bulan Bercahaya', itulah juga yang kita saksikan buktinya. Itulah KEBENARAN. Ianya beserta Bukti.
====
Apakah tidak boleh percaya 'Kebenaran' Riwayat Hadith Sahih ?
Bukan tidak boleh percaya. Kita semua kena Percaya jika sesuatu itu Ada Bukti Kebenaran. Maka tanggung-jawab semua manusia berfikir adalah Mengesahkan Setiap Informasi yang kita dapat dan membezakan antara Benar yang ada Hujah dan Batil yang berdasarkan Sangkaan dan Mengikut-ngikut manusia lain yang kononnya 'Ulamak' membabi-buta.
Di sinilah persoalan penting agar kita tidak terjebak pula kepada golongan Anti-Hadith yang juga Jahil.
Fahamilah dengan sebenarnya bahawa Tugas Rasul adalah menyampaikan Wahyu atau Risalah atau Mesej dari Allah itu sebab di panggil 'Messenger'.
Namun Rasul Nabi bukan hanya posmen hantar surat.
Tugas Rasul termasuk MENERANGKAN dan MENGAJAR apa yang dia tahu berdasarkan wahyu Allah.
Maka pasti ada ucapan atau perbuatan Rasul sebagai USWATUN HASANAH yang DI RIWAYATKAN oleh Sahabat yang di sampaikan BERSANAD.
Di sinilah kerja para Muhaddithin dalam MENGKAJI dan MENYISIHKAN dan MENGKATEGORIKAN akan mana satu Riwayat yang benar dari Rasul dan mana satu yang DI ADA-ADAKAN oleh para Ahli Kitab yang KAFIR dan mahu manusia menjadi Sesat
Namun, yang sangat seluruh manusia Muslim kena faham, tiada Riwayat Hadith Sahih yang boleh menokok tambah Hadith Paling Sahih iaitu Al-Quran kerana Allah sendiri mengatakan Al-Quran itu LENGKAP dan Penuh PERINCIAN. Maka semua Riwayat Hadith Sahih adalah hanya bersifat 'Menerangkan' dan bukan atau tidak sesekali 'MELENGKAPKAN'.
Sekali lagi, kita tidak MENAFIKAN hasil kerja dan kajian Bukhari dan Muslim sebab beratus ribu Riwayat Hadith sudah di kategorikan PALSU dan DHAIF mengikut Kayu Ukur atau Standard yang mereka sendiri tentukan, NAMUN HASIL KAJIAN mereka tidaklah Sampai kepada mengatakan inilah 'KEBENARAN TANPA RAGU'.
====
Maka Kesimpulannya adalah jangan berani mengatakan dengan MUTLAK itu Nabi tak buat, ini Nabi tak buat berdasarkan Riwayat Hadith yang di Sahihkan Bukhari dan Muslim sahaja.
Apa sahaja yang tidak di Larang dalam Al-Quran terutama cara beribadah maka boleh lah buat.
Sesungguhnya sesuatu tentang CARA, terlalu banyak Variasi dan Persoalannya.
Sebagai Contoh, Bagaimana orang cacat tubuh badan melakukan Solat ? Adakah ada perinciannya dari Riwayat Hadith Sahih Bukhari dan Muslim ?
Bagaimana itu, bagaimana ini - terlalu banyak lagi Persoalan yang boleh di tanya dan tak akan di jumpai dalam Riwayat Hadith Sahih Bukhari dan Muslim - maka jangan SEWENANGNYA mengeluarkan kenyataan bila tak jumpa dalam Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, kita kata 'Nabi Tak Buat'.
Sebagai contoh, ada 'Ustaz' dari golongan ini yang mengatakan tak boleh BACA Surah An-Nas sebelum Solat Fardu - sebab apa ? 'Nabi Tak Buat'.
Kalau begitu bagaimana pula membaca surah An-Nas sesudah Solat ? Apakah bila 'Nabi Tak Buat' maka tak boleh baca Surah An-Nas ?
Kalau dah sebelum Solat tak boleh baca Surah An-Nas dan selepas Solat tak boleh baca Surah An-Nas, maka bila yang boleh baca ? Hanya dalam Solat sahaja ke ?
Sebagai contoh lagi, bolehkah kita membaca Surah Al-Ikhlas semasa kita bersujud dalam Solat ? Ini juga di katakan TAK BOLEH dan HARAM kerana 'Nabi Tak Buat'. Sedangkan surah Al-Ikhlas itu mengandungi Tasbih kepada Allah yang paling dalam sekali intipatinya.
Sebagai contoh lagi, membaca Al-Quran itu PASTInya satu IBADAH. Boleh kah kita baca Al-Quran itu pada pukul 3 petang atau pada bila-bila masa yang kita suka ? Apakah jawapannya ? Apakah 'Nabi Tak Buat juga' atau Ada ke Riwayat Hadith Sahih Bukhari atau Muslim yang boleh menjadi 'Dalil' terhadap Ibadah itu MAKA Al-Quran pun kita tak boleh Baca.
Tiada Larangan Membaca Al-Quran namun dalam Konsep Sengal 'Asal Ibadah adalah HARAM' kena tunggu Hadith Sahih Riwayat Bukhari atau Muslim dulu maka baru boleh Membaca Al-Quran, maka jika tiada mengatakan ' Di bolehkan Membaca Al-Quran pada setiap masa', maka kita HARAM membaca Al-Quran ?
Nampak sangat jika demikian gayanya makanya Riwayat Hadith Sahih Bukhari atau Muslim itu LEBIH TINGGI lagi dari Al-Quran. Ini adalah pegangan BATIL sama sekali.
Al-Quran mesti di ATAS sekali dan Prioriti tertinggi.
-----
'Nabi Tak Buat'.
Seolah-olah yang bercakap hidup dan duduk bersama Nabi sejak kecil sehingga Nabi Wafat.
Batil kalau begitu cara dan kesimpulan apa yang golongan kamu buat.
====
Rahbaniyah.
Ianya adalah satu CARA BERIBADAH.
Ini di sebut Allah dalam Al-Quran yang di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad :
Al-Hadid 57 : 27
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلٰىٓ ءَاثٰرِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَءَاتَيْنٰهُ الْإِنجِيلَ وَجَعَلْنَا فِى قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنٰهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَآءَ رِضْوٰنِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَـَٔاتَيْنَا الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ
● Kemudian Kami iringi di belakang mereka dengan rasul-rasul Kami dan Kami iringi (pula) dengan Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengadakan RAHBANIYAH padahal kami tidak mewajibkannya (KATABNAAHA) kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengadakannya) UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka ganjarannya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik. ●
Rahbaniyah ini adalah perbuatan tidak kahwin dan tak campur orang ramai demi mengabdikan diri kepada Allah dengan Fokus atau Penuh Perhatian. Ini di adakan oleh sebahagian golongan Nasrani. Jelas, dalam ayat di atas, Allah tidak melarang perbuatan ini kerana TUJUAN mereka itu jelas dan Allah mengetahui isi hati manusia. Namun, Allah juga mengetahui ianya menyusahkan manusia dan tak akan dapat konsisten kerana tidak bersesuaian dengan fitrah manusia (mahu berkahwin dan berketurunan). Maka itu sebab Rahbaniyah yang diadakan ini tidak dapat dipelihara dengan semestinya. Namun Allah tetap memberi ganjaran baik kepada sesiapa yang konsisten.
Dari ayat di atas adalah jelas, jika kita nak solat 5 jam sekalipun tak apa, nak BERUZLAH dalam gua demi mencari keredhaan Allah pun tak apa, selagi TIADA LARANGAN ALLAH dalam cara kita beribadah atau mengabdi diri kepada Allah.
====
Last.
Dan yang pasti, yang mengatakan 'Asal Ibadah itu HARAM' bukan dari Al-Quran mahupun Riwayat Hadith Sahih Bukhari atau Muslim.
Jadi, cakap atau kata-kata siapa yang kamu dengar wahai manusia yang TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN FIKIRAN ?
====
Bukalah minda wahai pembaca sekalian agar kita ini di tunjuki. Janganlah kita sibuk mengatakan Puak kita sahaja yang betul.
Dengarlah semua dan ikutilah yang terbaik.
Az-Zumar 39 : 18
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ
● yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai Lubb (Pemahaman Intipati / Ulil Albab). ●
Maksudnya telitilah setiap hujah sebelum mengikuti dan beriya-iya menyokong puak yang kita sangka betul. Kebenaran itu bukan boleh di letakkan pada yang kita sangka. Kebenaran itu letaknya pada Hujah Pembuktian.
====
End.
Allah Al-Hakim
===
(Dalam video Ustaz Abdullah Khairi di atas, saya tidaklah bersetuju tentang membaca Surah Al-Ikhlas 100,000 kali itu di jamin Syurga, namun mengatakan Nabi melarang membaca Al-Quran sewaktu dalam Rukuk atau Sujud itu adalah TERSANGAT Batilnya kerana Dalam Al-Quranlah terdapat Suruhan Bersolat dan dalam Al-Quran sendirilah yang menyuruh membaca Al-Quran sewaktu Bersolat [rujuk 73:20]).

Ulasan
Catat Ulasan