Langkau ke kandungan utama

Berguru

(Date written : 21 Jan 2018)

Seringkali kita mendengar kenyataan sebegini di keluarkan dari manusia :

Kau kena berguru, bertalaqi (bertemu muka).

Kau tak boleh berguru dengan Facebook, Youtube dan membaca bacaan di Internet sahaja atau berguru dengan Buku sahaja.

Nanti sesat.

Mari kita pergi dalam. Mari kita pecahkan kebosanan 'MYTH' yang bertahun-tahun di ucapkan ini dan yang mengucapkan terasa bagus dalam jiwa.

====

Persoalan pertama yang perlu dihurai adalah definasi seorang GURU.

Siapakah dia GURU itu ?

Persoalan keduanya adalah mengungkaikan SUMBER pembelajaran GURU sehingga dia menjadi GURU dan hasil keluaran GURU juga bagaimana yang di katakan layak bergelar GURU?

-----
Apa maksud Guru ?

Guru adalah orang pakar yang mengetahui dengan luas dan mendalam bidangnya. Dan tugas mereka MENGAJAR ILMU yang di ketahuinya.

Di dunia ini yang ada pelbagai bidang, maka pasti akan ada banyak gurunya. Sangat sukar mencari seorang GURU yang mengetahui banyak (LUAS) bidang dan juga MENDALAM pengetahuannya.

Selain itu, dalam bidang yang sama, lain guru, lain yang di ajarnya dan kadang-kadang lain yang di faham muridnya.


Bagaimanakah seorang guru itu layak di beri gelaran guru?

Jawapan yang paling tepat adalah dengan melakukan Ujian oleh Guru kepada bakal guru tersebut. Ini di panggil IJAZAH setelah lulus ujian.

Itu sebab ramai manusia pergi belajar di Madrasah (Tempat Tadarrus / Belajar), Sekolah, Universiti dan mana2 Insitusi Pembelajaran termasuk Pondok-pondok.

NAMUN FAHAMILAH, KAYU UKUR atau MESIN UNTUK MENGUJI samada seorang itu layak di beri gelaran guru itu BERBEZA-BEZA dan tiada piawaian antarabangsa. Tak kira apa bidang. Sebab ada juga yang GAGAL di arena persekolahan formal tetapi mereka lebih mendalam pengetahuannya.

Namun, fahamilah kerana banyaknya perbezaan pendapat, meski ada IJAZAH, tidak semestinya guru itu mendapat TAULIAH untuk mengajar.

Selain bakal2 guru ini belajar secara bersemuka, mereka juga banyak MEMBACA, MENTELAAH, MENGKAJI, MEMBAHAS pelbagai isi kitab atau buku-buku karangan Guru-guru terdahulu.

Dan, ini yang PALING BEST :

Semasa anak murid bertalaqi dengan para guru mereka, SELALUNYA GURU yang MENGAJAR juga menggunakan Kitab atau Buku di mana, Penulis buku atau kitab itu, GURU itu tak berjumpa atau Bertalaqi pun dengan mereka ! Guru itu pun belajar dengan guna kitab jugak! Dan yang mengajar mereka adalah Guru yang lain. Itu sebab ada kitab yang guru lain buat, ada pulak kitab lain yang guru lain buat, yang mensyarahkan tentang kitab itu, dan yang mensyarahkan pasal kitab itu, tak bertalaqi pun dengan Guru yang menulis kitab itu! Sama ke pemahaman guru asal yang menulis dengan guru lain yang mensyarahkan 100% ? Cuba para pembaca fikir sendiri.

Kat Universiti pun sama, di Surau atau Masjid pun sama.  Ada subjek tertentu, yang mengajar kita atau kita bertalaqi dengan mereka bukan penulis buku atau kitab yang jadi rujukan itu yang mengajar - tapi orang lain atau guru lain. Sama ke pemahaman diaorang atau yang di katakan guru ini ?

Fahamilah, ada setengah yang di ajar guru itu, adalah pendapatnya atau pendapat gurunya, ATAU juga pendapatnya yang tak sama dengan gurunya ATAU juga pendapatnya berdasarkan apa yang di baca nya dari kitab karangan guru lain dari gurunya. Ada setengah yang di ajar adalah KEBENARAN berdasarkan DEDUKSI. Ada setengah atau kebanyakannya berdasarkan PENDAPAT iaitu SANGKAAN (INDUKSI).

Ada guru yang menyalahkan ajaran guru lain. Maka anak murid yang menjadikan mereka guru juga akan berbalah dengan anak murid dari guru yang lain.

Kepuakan itu ada dalam BERGURU.

Siapa yang betul untuk di ikuti ?



Apakah yang di hasilkan Guru ?

1) Dia mengadakan kelas-kelas atau kuliah-kuliah dan Mengajar kepada siapa yang berjumpa dengannya
2) Guru menulis buku atau kitab.
3) Zaman ini, hampir setiap kuliah para guru (yang terkenal) akan ada manusia yang merekodkannya dan di paparkan melalui Youtube atau Facebook.


Apakah membaca buku atau tulisan di Internet itu tidak berguru ?


Apakah menonton video dan audio di Youtube itu tidak berguru?

Sebenarnya semua yang MEMBACA dan MENDENGAR tak kira bertalaqi (bersua muka) atau tidak, semuanya berguru SEBAB apa sahaja TULISAN itu atau Video yang di hasilkan adalah dari seorang 'guru'.

Ada juga hasil tulisan atau video itu bukan dari yang layak menjadi guru namun perbezaan KAYU UKUR menjadikan mereka layak pada kayu ukur tertentu.

Sering kita lihat, anak2 muda yang balik dari Jordan atau Mesir, setahun dua di Malaysia, sudah ada kuliah merata di Malaysia. Ada juga yang tidak.

Maka, tidak menjadi MASALAH LANGSUNG kepada yang LEBIH TUA belajar dari yang LEBIH MUDA. Umur bukan ukuran dalam bidang Ilmu.

Kita juga boleh belajar dari seorang Perompak jika apa yang di katakan itu benar. Ada kisah seorang ULAMAK terkenal - kitab yang di tulis berdasarkan pembelajaran dari gurunya di samun perompak, dan merayulah dia agar buku itu di pulangkan, lalu di tempelak oleh si Penyamun - ILMU itu di Dada (Minda) dan bukan di buku. Semenjak itu ULAMAK ini memaham dan menghafal apa yang di pelajarinya. Beliau adalah Al-Ghazali yang menulis buku Ihya Ulumuddin.

====
Berapa gurukah yang kita perlu belajar ?

Jawapannya adalah seramai yang BOLEH dan tidak semestinya BERTALAQI tetapi mentelaah segala tulisan di Internet, menonton video2 di youtube yang di rekodkan dari pelbagai sumber dan guru2 bukan di MALAYSIA sahaja malah di seluruh dunia.


Adalah amat bahaya jika kita hanya mengiktiraf SEORANG GURU sahaja dari kalangan manusia.

Inilah punca KEPUAKAN dan BERGOLONGAN. Guru dia sahaja yang betul kalau begitu. Tiada KETERBUKAAN dan tak berguna memberi nasihat kepada golongan ini. Kenangilah firman Allah ini :

Az-Zumar 39 : 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ هَدٰىهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمْ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai Lubb (Pemahaman Intipati / Ulil Albab). ●

Kita mendengar banyak guru, kita meneliti banyak bacaan atau tulisan dan kita ikuti yang terbaik di antaranya. Itu petunjuk dari Ilahi. Tak boleh sembrono mengatakan Ustaz atau guru kita sahaja betul.

Bab bertalaqi pula, kalau semua nak bertalaqi maka ILMU itu tak akan berkembang seperti mana sekarang, kerana MASA untuk bertalaqi, jarak dan kedudukan guru yang ada di serata dunia. Kuliah Zakir Naik boleh di dengar berjuta manusia di dunia setelah di rekodkan dalam CD atau sekarang di rekodkan dalam youtube. Bayangkan kalau kita semua nak bertalaqi dengan Zakir Naik, kemudian guru yang lain lagi dan yang lain lagi = berapa banyak masa kita ada. Jangan jadi sengal bercakap pasal bab bertalaqi ini.

Seorang Ustaz terkenal pun (Azhar Idrus) menghantar beratus KASET TAPE untuk di REKODKAN ajaran guru yang dia tidak SEMPAT untuk bertalaqi di waktu ketiadaan INTERNET dan di waktu dia sedang bertalaqi dengan guru yang lain.

Fahamilah - ajaran guru itu di dapati bukan sahaja dari apa yang di katakannya (Berdepan atau melalui Recordings - kaset2, CD, youtube) tetapi juga tulisannya (buku2, tulisan di internet).

Kalau selepas membaca dan menonton video itu kita tak FAHAM, BERTANYALAH kepada yang tahu. Jangan mengeluarkan INDUKSI terpacul Andaian dari kepala kita sendiri. Yang bahayanya adalah SANGKAAN yang ini.

====
Dewasa ini ada yang berani mengatakan Nabi BERTALAQI dengan JIBRIL.

Adakah ini BENAR ? Apakah mereka menyaksikan dengan KEBENARAN TANPA RAGU ?

Ada ke manusia melihat Rasul Nabi Muhammad dan MELIHAT Jibril dalam sesi BERTALAQI itu ?

Sudah-sudahlah mengada-adakan cerita yang kamu tidak tahu.

====
Apa tujuan mau sampai ?

Guru adalah satu yang sukar di BERI DEFINASI SECARA TEPAT secara berpiawaian atau mempunyai kayu ukur global.

Seorang anak kita berdarjah 3 juga boleh menjadi guru kepada adiknya yang berdarjah 1.

Dan tujuan manusia berguru adalah untuk menimba ILMU. Dan cara manusia berguru itu ada pelbagai dan tidak semestinya bertalaqi. 

Dan manusia yang dinamai GURU yang sebenarnya adalah ULAMAK. Dan definasi ULAMAK ada kayu ukur yang global.

Mari kita lihat pula firman Allah dalam hal menimba ILMU : 

Al-'Alaq 96 : 1

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

● BACALAH dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, ●

Al-'Alaq 96 : 4

الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

● Yang MENGAJAR (manusia) dengan perantaraan kalam / mata pena / tulisan, ●

An-Nahl 16 : 43

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

● Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka BERTANYALAH kepada AHLI ZIKIR jika kamu tidak mengetahui, ●

Al-Baqarah 2 : 151

كَمَآ أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُوا عَلَيْكُمْ ءَايٰتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

● Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu RASUL diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan MENGAJARKAN kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta MENGAJARkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. ●

Al-Kahf 18 : 66

قَالَ لَهُۥ مُوسٰى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلٰىٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

● Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu MENGAJARKAN kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" ●

Rasul itu adalah ULAMAK juga GURU dan satu tugasnya adalah MENGAJAR.

Al-Baqarah : 31

وَعَلَّمَ ءَادَمَ الْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Dan Dia MENGAJARKAN kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!" ●

Yusuf 12 : 68

وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِى عَنْهُم مِّنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِى نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضٰىهَا ۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنٰهُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

● Dan tatkala mereka masuk menurut yang diperintahkan ayah mereka, maka (cara yang mereka lakukan itu) tiadalah melepaskan mereka sedikitpun dari takdir Allah, akan tetapi itu hanya suatu keinginan pada diri Ya'qub yang telah ditetapkannya. Dan sesungguhnya dia mempunyai pengetahuan, kerana Kami telah MENGAJARKAN kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. ●

Al-Kahf 18 : 65

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

● Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami AJARKAN kepadanya ilmu dari sisi Kami. ●

Al-Baqarah 2 : 239

فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا ۖ فَإِذَآ أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

● Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah / ingatlah Allah, sebagaimana Allah telah MENGAJARKAN kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. ●

ALLAH Tuhan Yang Esa inilah GURU sebenar di seluruh alam ini dan dari DIALAH segala ILMU itu terhasil. Al-'Alim itulah ALLAH.

-----

Berdasarkan deduksi dari Al-Quran, terdapat 2 cara pembelajaran :

1) IQRA (96:1-4) - iaitu bukan hanya membaca, ianya termasuk mencari sumber bacaan (search), mengkaji (research), mengaitkan fakta kebenaran atau meng'aqali, memikirkan atau mencari jawapan pada persoalan dalam minda, membahas, membuat verifikasi informasi, mendengar kuliah-kuliah dan mencari guru yang kita tahu lebih berilmu dari kita (contoh Nabi Musa dan Khidir).

2) Bertanya kepada yang tahu iaitu yang digelar -  Ahli Zikir (16:43)

Di sinilah KEPERLUAN utamanya BERGURU dan BERTALAQI. Ianya adalah menjawab persoalan yang tidak kita fahami dengan BENAR dan bukan sangkaan. Masalah akan timbul jika si pembaca yang membaca tulisan hasil karangan manusia lain atau menonton video dan dia tak faham dan kemudian dengan sendiri mengeluarkan ANDAIAN atau SANGKAAN atau TERPACUL dari minda dia PENDAPAT dia sendiri pula - maka inilah puncanya mengapa TALAQI itu perlu - iaitu bersoal jawab dalam memahami kebenaran. NAMUN, meskipun BERTALAQI, jika gurunya MENJAWAB berdasarkan SANGKAAN juga, dan bukan KEBENARAN, maka Talaqi atau Tidak - tetap ianya juga BATIL.

=====

Siapakah dia Ahli Zikir ini ?

Bacalah Artikel di bawah untuk mengetahui tingkatan ULAMAK (Guru sebenar) :



====
Kesimpulan

Ini pegangan saya.

Pembelajaran - 90% nya adalah dari PEMBACAAN dan KAJIAN - iaitu IQRA` - itu sebab ada ARAHAN ALLAH.

10% nya kena BERTANYA kepada Orang Yang Benar-benar TAHU. Ini juga ada ARAHAN ALLAH.

Memang terjadi kadang2 dalam kita belajar sesuatu, dah habis sumber pembacaan dan kajian, masih tak dapat nak faham - maka di sinilah kita kena BERTANYA kepada YANG TAHU atau yang berilmu yang Benar. Dan TANPA kita MEMBACA dahulu, tanpa kita membuat KAJIAN dahulu, persoalan akan lebih rumit dan lebih lama untuk di jawab dan di fahami oleh orang yang mahu belajar.

Orang yang malas membaca dan membuat kajian (research) sendiri dan sibuk asyik sikit2 nak tanya kepada orang yang tahu - menjadikan PEMBELAJARAN itu tidak EFEKTIF dan juga LAMBAT atau LEMBAB pemahaman ilmu tersebut.

Kombinasi Membaca / Mengkaji dan Bertanya mesti ada untuk pembelajaran dan pemahaman yang efektif.

====
End.

Allah Al-'Alim.
====







(watch min 15:00)






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...