Kaitan Azam dan Niat
(Date written : 12 Jul 2016)
Al-Baqarah : 227
وَإِنْ عَزَمُوا الطَّلٰقَ فَإِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
● Dan jika mereka berazam / bertetap hati untuk ('AZAMU) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ●
Ali 'Imran : 159
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
● Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad / 'have decided' ('AZAMTA), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. ●
Ali 'Imran : 186
لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوٓا أَذًى كَثِيرًا ۚ وَإِن تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ ذٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
● Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk arahan-arahan yang memerlukan keazaman ('AZMIL UMUR). ●
Luqman : 17
يٰبُنَىَّ أَقِمِ الصَّلٰوةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلٰى مَآ أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
● Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk arahan-arahan yang memerlukan keazaman ('AZMIL UMUR). ●
Asy-Syura : 43
وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
● Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk arahan-arahan yang memerlukan keazaman ('AZMIL UMUR). ●
Ta Ha : 115
وَلَقَدْ عَهِدْنَآ إِلٰىٓ ءَادَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِىَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُۥ عَزْمًا
● Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya keazaman / kemahuan yang kuat ('AZMA). ●
Al-Ahqaf : 35
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُوا الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِل لَّهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوٓا إِلَّا سَاعَةً مِّن نَّهَارٍۭ ۚ بَلٰغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفٰسِقُونَ
● Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keazaman / keteguhan hati (ULUL 'AZMI) dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka. Pada hari mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari. (Inilah) suatu pelajaran yang cukup, maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik. ●
Deduksi dari ayat-ayat Allah di atas :
1) Azam adalah pembulatan tekad, ketetapan keputusan dan juga kemahuan yang kuat.
2) Allah mengatakan Dia tidak dapati bahawa Rasul Nabi Adam adalah orang yang mempunyai 'AZAM. Ini adalah suatu pengajaran yang besar kepada kita yang bermaksud, kita ini di uji oleh Allah dan Allah nak tengok samada kita ada AZAM ke tidak untuk bersabar dalam menghadapai UjianNya dan juga bersabar dalam melaksanakan arahan-arahanNya.
Jika Niat adalah penetapan matlamat, maka tanpa Azam, tiadalah perjuangan untuk mencapai misi atau tujuan.
Niat atau penetapan matlamat manusia Muslim Mukmin hendaklah kepada Mencari Keredhaan Allah. Dan ianya memerlukan Keazaman.
Azam inilah yang mahu di lihat oleh Allah dari diri (NAFS) kita. Ianya JELAS satu pilihan kepada kita samada hendak Berazam iaitu Bersungguh-sungguh komited atau tidak.
Selepas Penetapan Matlamat atau Perbaharui Matlamat setiap hari, maka berazamlah dan kemudian bertawakallah kepada Allah dalam menjalankan perintah Allah untuk keredhaanNya.
====
End.
Allah Al-Wakiil.

Ulasan
Catat Ulasan