Langkau ke kandungan utama

Hikmah (2)

Hikmah (2)

(Date written : 9 Jul 2016)

Pemahaman tentang apa sebenarnya yang di maksudkan dengan Al-Hikmah sebagai
'Sunnah' Rasul Nabi Muhammad adalah bukanlah Ijma` Ulama.

Ianya mempunyai makna yang lebih luas.

Manakala Sunnah pula bermaksud Lumrahnya, Keterbiasaannya, Selalunya, dan yang lebih tepatnya Hukum dan Peratuan Sebab dan Akibat - itu Sunnah. Di dalam Al-Quran, Sunnah di sebut sebagai Sunnatullah yang bermaksud hukum atau peraturan sebab dan akibat dari Allah, dan banyak contoh di berikan yang kebanyakannya menceritakan kepada kita, bahawa setelah Para Rasul Nabi menyampaikan ajaran kitab Wahyu Allah kepada sesuatu kaum dan kaum itu mengingkari kebenarannya, maka Allah hancurkan mereka. Itulah peraturannya atau turutannya atau keterbiasaannya atau sebab-akibatnya. Itulah Sunnah.

Namun perlu kita fahami - apa sahaja contoh tauladan (USWATUN HASANAH) dari SELURUH PARA RASUL LAGI NABI - kita wajib mencontohi dan mengikutinya.

Allah sebut USWATUN HASANAH para Rasul Nabi dan bukan 'Sunnah Nabi'. Jadilah ULIL ALBAB untuk memahami.

Al-Ahzab : 21

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْءَاخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

● Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (USWATUN HASANAH) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. ●

Siapa yang mengatakan Rasulullah itu seorang sahaja iaitu Rasul Nabi Muhammad sahaja, maka dia tergolong samada orang Kafir atau Jahil.

Janganlah kita hanya mengatakan ini 'Sunnah' Nabi Muhammad maka kita kena ikut sedangkan 'Sunnah' Nabi-nabi lain tidak. Kita di larang membeza-bezakan Nabi-nabi.

Sebaliknya kita mengatakan ini USWATUN HASANAH Nabi Muhammad maka kena ikut, ini USWATUN HASANAH Nabi Sulaiman maka kena ikut, ini USWATUN HASANAH Nabi Ibrahim maka kita kena ikut dan lain-lain lagi.

Al-Mumtahanah : 4

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرٰهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءٰٓؤُا مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدٰوَةُ وَالْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتّٰى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُۥٓ إِلَّا قَوْلَ إِبْرٰهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَآ أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ ۖ رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

● Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik (USWATUN HASANAH) bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ... ". ●

Rasul Nabi Muhammad pun di suruh mengikut MILLAH Rasul Nabi Ibrahim.

An-Nahl : 123

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرٰهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

● Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): "Ikutilah MILLAH Ibrahim seorang yang hanif" dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. ●

Maka jangan sempitkan yang Hikmah itu bermaksud 'Sunnah Nabi Muhammad semata-mata'.

-----

Mari kita perdalami akan maksud Hikmah ini lagi.

Ada orang baca kitab Al-Quran. Namun dia tidak dapat Hikmahnya.

Ada orang baca kitab Al-Quran dan dia dapat Hikmahnya.

Semua Rasul Nabi pilihan Allah mendapat wahyu dan kemudiannya di gelar Al-Kitab pasti juga mendapat Al-Hikmahnya. Tiada Nabi yang dianugerahkan Kitab tetapi tidak mendapat Hikmah. Kesemua para Nabi yang mendapat Kitab pasti mendapat Hikmah.

Ali 'Imran : 47

قَالَتْ رَبِّ أَنّٰى يَكُونُ لِى وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِى بَشَرٌ ۖ قَالَ كَذٰلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۚ إِذَا قَضٰىٓ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ

● Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun". Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia. ●

Ali 'Imran : 48

وَيُعَلِّمُهُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرٰىةَ وَالْإِنجِيلَ

● Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab dan Al-Hikmah dan At-Taurat dan Al-Injil. ●

Ayat di atas menceritakan tentang Rasul Nabi Isa. Takkan Rasul Nabi Isa 'diajarkan' 'Sunnah Rasul Nabi Muhammad = Hikmah' ? Sila buang pemahaman batil turun-temurun.

---------sedikit selingan tentang WA-----

Satu benda yang kita nak betul2 faham adalah tentang perkataan WA dalam Al-Quran. Fahamilah bahasa Arab agar kita tidak tersesat atau tersalah faham.

WA bukanlah semestinya bermaksud DAN.

Sesetengah ayat ianya bermaksud IAITU atau TERUTAMANYA atau SEPERTI :

Sebagai Contoh :

Ar-Rahman : 68

فِيهِمَا فٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

● Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan 'dan' (WA) kurma serta (WA) delima. ●

Al-Baqarah : 238

حٰفِظُوا عَلَى الصَّلَوٰتِ وَالصَّلٰوةِ الْوُسْطٰى وَقُومُوا لِلَّهِ قٰنِتِينَ

● Peliharalah semua solat(mu), 'dan' (WA) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah dengan khusyu'. ●

Kedua-dua ayat di atas, terjemahan 'DAN' kepada WA adalah tidak kena dan tidak tepat. Kurma dan Delima adalah sebahagian dari Buah-buahan. Solat Wusthaa adalah sebahagian dari kesemua Solat.

Maka WA kadang-kadangnya ianya bermaksud SUBSET yang TERUTAMA kepada apa yang di sebutkan sebelum itu.

Contohnya Delima dan Kurma adalah SUBSET Terutama atau SEPERTI, yang Allah sebut kepada Buah-buahan dalam ayat Ar-Rahman:68.

● Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan SEPERTI (WA) kurma dan (WA) delima. ●

Contohnya solat WUSTHAA adalah SUBSET terutama yang Allah suruh pelihara antara kesemua Solat dalam ayat 2:238 di atas.

● Peliharalah semua solat(mu), TERUTAMANYA (WA) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah dengan khusyu'. ●

------------- selingan tutup--------------

Di dalam Al-Quran, ayat-ayat Allah selalu mengaitkan antara Al-Kitab dengan Al-Hikmah. Setiap kali di sebut Allah menurunkan Kitab, Allah pasti menyebut sekali yang Hikmah juga di beri.

An-Nisa' : 54

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلٰى مَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۖ فَقَدْ ءَاتَيْنَآ ءَالَ إِبْرٰهِيمَ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَءَاتَيْنٰهُم مُّلْكًا عَظِيمًا

● ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya? Sesungguhnya Kami telah memberikan Al-Kitab dan Al-Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar. ●

Makanya Hikmah, walau pun di gunakan ayat Al-Kitab WA Al-Hikmah, WA di situ menunjukkan SUBSET TERUTAMA, iaitu Al-Hikmah adalah subset utama kepada Al-Kitab.


Makanya Hikmah itu bukanlah suatu yang 'Keterbiasaannya'.  Ianya adalah suatu yang kena mengena dengan KEFAHAMAN dan PENGAJARAN berdasarkan perintah Allah dan juga kisah-kisah kaum terdahulu.

Allah beri kitab kepada Para Rasul Nabi jika Allah tak kasi KEFAHAMAN tentang arahan dan perintah Dia, macammana Rasul Nabi itu hendak menyampaikan, menerangkan dan nak mengajar orang lain ?

Ali 'Imran : 164

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

● Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab 'dan' Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. ●

Al-Baqarah : 269

يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُولُوا الْأَلْبٰبِ

● Allah menganugerahkan Al-Hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya ULIL ALBAB yang dapat mengambil pelajaran. ●

Ayat di atas menerangkan bahawa bukan Nabi-nabi sahaja yang mendapat Hikmah.

Ada orang baca kitab Al-Quran tapi tak paham. Maka tak dapat Hikmah.

Ada orang baca kitab Al-Quran dan Allah kasi faham. Maka dia mendapat Hikmah.

Al-Qamar : 4

وَلَقَدْ جَآءَهُم مِّنَ الْأَنۢبَآءِ مَا فِيهِ مُزْدَجَرٌ

● Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka beberapa kisah (ANBAA`) yang di dalamnya terdapat cegahan ('deterence'). ●

Al-Qamar : 5

حِكْمَةٌۢ بٰلِغَةٌ ۖ فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ

● Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka). ●

Ayat di atas menceritakan bahawa pada kisah-kisah atau berita-berita (ANBAA`) yang ada dalam kesemua kitab wahyu mengandungi Hikmah. Ini JELAS menunjukkan yang Hikmah itu adalah subset yang utama dari Kitab, yang mempunyai pelbagai kisah-kisah tauladan tentang kaum yang terdahulu.


An-Nahl : 125

ادْعُ إِلٰى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجٰدِلْهُم بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

● Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan Hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ●


Al-Isra' : 39

ذٰلِكَ مِمَّآ أَوْحٰىٓ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ فَتُلْقٰى فِى جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورًا

● Itulah sebahagian Al-Hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). ●

Dua ayat di atas amat perlu kita beri perhatian tentang maksud sebenar Hikmah.

Ayat Al-Isra`:39 di atas JELAS menunjukkan bahawa ayat-ayat sebelumnya (Al-Isra`:22-38) yang banyak menceritakan peraturan dan arahan-arahan Allah itu adalah sebahagian dari Al-Hikmah. Ianya juga bermaksud bahawa Hikmah adalah subset kepada Al-Quran atau Hikmah berada di dalam Al-Quran.

Ya Sin : 2

وَالْقُرْءَانِ الْحَكِيمِ

● Demi Al Quran yang penuh hikmah, ●


Hikmah penuh dengan peraturan-peraturan dari Allah. Deduksinya, segala ayat-ayat arahan Allah di dalam Al-Quran, itulah sebahagian dari Al-Hikmah.

Dan dari ayat Al-Qamar:4-5 pula jelas menunjukkan kisah-kisah tauladan kaum dahulu yang di firman Allah dalam Al-Quran juga adalah sebahagian yang lain dari Al-Hikmah.

Dan ayat An-Nahl:125 di atas menceritakan yang kita kena menyeru manusia dengan arahan dan peraturan dan kisah-kisah tauladan dari Allah iaitu Al-Hikmah, yang di dalam Al-Quran.

-----

Kesimpulan :

Al-Hikmah itu adalah sebahagian dari Al-Quran atau dari Al-Quran dan ianya penuh dengan kisah-kisah tauladan dan peraturan-peraturan dan arahan-arahan dari Allah yang sangat perlu di fahami, di pelajari dan menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita semua.

-----
Sedikit tentang ayat 'INGATLAH apa yang di bacakan di rumahmu' :

Al-Ahzab : 34

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلٰى فِى بُيُوتِكُنَّ مِنْ ءَايٰتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا

● Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah 'dan' Al-Hikmah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. ●

Moga Allah memberi kita pedoman iaitu dari Al-Quran sendiri yang memang jelas dan terperinci penerangannya.

Ayat di atas, pertamanya, menerangkan tentang mesej peringatan KHAS kepada Ahlul Bait atau Ahli Rumah Nabi atau Isteri Nabi berdasarkan ayat-ayat dari Al-Ahzab: 28-34.

Setelah jelas kepada kita bahawa ayat itu adalah khas kepada Isteri Nabi, maka Keduanya, tanyalah kepada diri kita, apakah yang di bacakan di dalam Rumah Nabi dan Siapa yang Membacakannya ?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah Rasul Nabilah sendiri yang membacakan Ayat-ayat Allah TERMASUKLAH Al-Hikmah sebab Al-Hikmah itu adalah Ayat-ayat Allah yang penuh peraturan dan arahan Allah dan kisah-kisah tauladan kaum terdahulu.

Ketiga. Ayat-ayat Allah 'DAN' Al-Hikmah. Jika Ayat-ayat Allah dan Al-Hikmah itu 2 benda yang berlainan, maka ini menjadikan Al-Hikmah itu bukan Ayat-ayat Allah.

Sedangkan Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran, "Itulah (ayat-ayat Allah) sebahagian Al-Hikmah" seperi ayat di bawah (sekali lagi) :

Al-Isra' : 39

ذٰلِكَ مِمَّآ أَوْحٰىٓ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ فَتُلْقٰى فِى جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورًا

● Itulah sebahagian Al-Hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). ●


===
End.

Allah Al-Hakim.
===


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...