Langkau ke kandungan utama

3 Tujuan

3 Tujuan

Hidup ini punya tiga tujuan
Cuma jalanan pilihan kita berbeza

Pertamanya adalah agar kita memenuhi janji
Yang kita patrikan di alam tidak berjasad
'Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?'
'Bahkan:
Telah kusaksikan bahawa hanya Engkaulah Tuhanku'

Kerana itu 'Wa ma khalaqtul jinna wal ins'
'Illa liya'budun'
Agar janji, pengakuan dan kesaksian ini, di pertanggungjawabkan
Dibuktikan dengan Kepatuhan pada Dia

Keduanya kita ini sentiasa dalam ujian peperiksaan
Dan Yang memberi markah sudah tahu jawapannya
Siapakah antara kita yang terbaik pekerjaannya
Mengesah Janji setelah Amanat di beri

Setelah berjasad dan ber-Roh kita lupa
Diri persepsi yang punya pendengaran, penglihatan dan kesedaran (3 alat)
Di alam Minda
Kita belajar mengenal alam semesta
Menempuhi proses hidup dan pengajarannya
Menebalkan 'Izzah diri

Kadang kita rasa kita wajar mendapat itu dan ini
Kadang kita rasa kita yang empunya segala
Kadang kita rasa 'Ana khairu minhu'
Menjadi punca segala kejahatan diri

Roh adalah Elektrik kehidupan :-
'Ar-Ruh min Amri-Rabbi'
Pelaksana ArahanNya tanpa soal
Diri kita ini sebenarnya adalah Nafas, Tanafas, Anfas, Nufus :- An-Nafs
Persepsi diri terbentuk dari 3 alat
Perlunya hanya kepada Rahmat Yang Esa
Inilah tujuan ketiga kita di hidupkan
Dan yang Terutama
Betapa Mulia tujuan dari Yang Esa
Beserta Kurnia dan Penyempurnaan Nikmat dari Dia (Huwa)
Segalanya Minallah, Billah, Lillah, Ilallah
Tiada yang lain hanya Dia
Namun kita sendiri - tanpa Petunjuk;
Lari dari RahmatNya
Merasa Mempunya jika di beri kurnia
Merasa putus asa dari RahmatNya jika tidak di beri kurnia
Tak kita sedari ia hanyalah ujian berkala
Sehingga ajal menjelma

Inilah sebenar fitrah diri:-
Lemah, hina, miskin dan tak berdaya
Hidup mengharap belas kasihan Ar-Rahman, As-Somad
Mengapa masih mendongak langit
Dan mendabik dada
Menyembah diri terdiri (:-sendiri)

Kepada Tuhan - ampun dan maafi diri ini, pacal yang hina dina
Kepada Manusia - buangkan dan padamkan memori kesalahan ku kepada mu

Agar seluruh kulit juga isi diri terperi
Bebas dari cengkaman dosa Al-Ithm

Sekali lagi -
Ku mohon ampun dan maaf.
Salam di Aidil Fitri.

KAS
(8.55am 24 May 2020, 1 Syawal 1441)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...