Langkau ke kandungan utama

Makna Kehidupan

(Tarikh ditulis : 9 Sep 2017)

■ Tujuan kita di hidupkan sebenarnya ada dua dan bukan satu, dari segi perspektif. Satu tujuannya (pada perspektif kita) adalah agar kita Patuh Rela (A'BUD) kepada Dia (51:56) - Tuhan Yang Wujud Esa. Satu lagi tujuannya (pada perspektif Dia), adalah agar dapat Dia Yang Esa itu memberikan kita Hubungan Kasih-Sayang atau Rahmat dari sisi Dia (11:119).

■ Tuhan Yang Esa itu tidak perlukan sembahan atau apa-apa dari kita (35:15). Apa yang Dia mahu adalah memberikan kita Kasih Sayang-Nya maka itu sebab kita ini di ciptakan (11:119). Namun, ramai manusia tak menyedari tentang ini dan merasa leceh menjadi abdi kepada Dia untuk mendapatkan Rahmat tersebut, itu sebab mendapat azab (11:119). Sedangkan menjadi abdi kepada yang lain meski kelihatan mudah, namun sebenarnya penuh bebanan (7:157, 3:151). Keterbalikan ada di situ.

■ Persoalan mengapa kena Patuh Rela kepada Dia adalah persoalan yang sungguh besar dan amat perlu di fahami dengan sungguh-sungguh (39:22, 50:21, 112:2). Tanpa pemahaman ini manusia akan sesat (19:59, 30:29) kerana hanya mengikut saranan makhluk durjana dalam minda kita ini atau dari hawa diri (114:5, 3:14, 4:119-120, 4:27). Takrifan Jahil atau Bodoh atau 'Ignorant' itu ada di sini, kerana tidak mahu memahami maka sesat (25:44, 7:179, 2:26, 46:23, 57:14).

■ Hidup ini amat memerlukan seseorang manusia untuk faham tentang apa-apa yang berlaku dan mengapa sesuatu perkara itu berlaku (17:36, 3:191). Pemahaman itulah Hidayah atau Petunjuk.

■ Memahami adalah proses verifikasi tentang benar atau tidaknya sesuatu informasi yang kita dengari (49:6, 39:18), sebelum mengiktiraf ianya sebagai suatu kebenaran dan mengikutinya (2:147, 2:176, 6:116, 7:3, 39:55). Inilah tugas terbesar manusia dan bukan meletakkan kepercayaan bulat-bulat kepada sesiapa yang kita sangka 'terbimbing' (10:35, 33:67, 37:28-32). Setiap kenyataan yang benar, mesti ada bukti (4:174, 10:5, 2:111). Begitulah undang-undang verifikasi dan begitulah Kalimah kebenaran dari Allah (47:2, 38:84).

■ Kesalahan ramai manusia adalah mengikut-ngikut kerana menyangka (6:116). Sangkaan tidak sedikitpun mendekatkan kita kepada kebenaran (53:28, 10:36). Verifikasi dan Kaji Selidiklah (39:18) yang menemukan kita dengan kebenaran (3:190-191).

■ Membezakan antara benar dan salah nya sesuatu kenyataan, berita atau informasi atau cakap-cakap orang memerlukan satu rujukan dan inilah Furqan (3:4, 8:29). Rujukan yang satu ini wajib ianya kebenaran tanpa ragu yang datang dari Yang Benar (2:2) dan setiap kenyataan kebenaran, ada pembuktiannya (2:111) dan tanpa percanggahan (4:82).

■ Berfikir adalah proses mencari jawapan terhadap persoalan dalam kepala, yang memerlukan pendengaran, pemerhatian dan penelitian (16:78, 17:36). Inilah tugas terbesar manusia supaya boleh memahami, kemudian memperbaiki kehidupan, maka menjadi Soleh (16:119, 33:70-71 47:2). Jika tidak melakukan verifikasi ini, kita seperti lembu atau binatang ternak, malah lebih sesat lagi dan inilah punca kenapa kita di azab (25:44, 7:179, 67:10).

■ Setelah memahami sesuatu fakta barulah setiap informasi atau berita itu menjadi kebenaran. Memahami kebenaran itulah definasi berilmu (22:8) atau 'Alim atau jamaknya Ulamak.

■ Hanya Ulamak takut kepada Yang Esa. Siapa itu Ulamak? Ulamak adalah yang takut kepada Allah (35:28). Tiada gelaran Ulamak boleh di beri kepada kepada manusia yang kita sangka berilmu samada besar serban atau jubahnya mahupun smart kot bajunya; tanpa mereka berasa gerun kepada Allah.

■ Mengapa demikian? Kerana setelah melalui proses kaji selidik untuk memahami setiap satu informasi menjadi kebenaran atau menjadi Ilmu, akan kita temui bahawa yang kita kaji sebenarnya adalah pembuktian yang sudah ada kenyataannya dari wahyu yang datang dari Dia melalui RasulNya (39:9, 3:191). Hanya Yang Benar mengeluarkan Kebenaran (22:62). Kita manusia siapa sahaja tidak mampu mengeluarkan kenyataan kebenaran apa pun, kita kena hanya menemukan (discover), mengesahkan kemudian mengikutinya (2:170, 3:7). Buanglah ikut-ikutan turun temurun pengagungan kepada sekian-sekian 'Ulamak Besar' atau 'Imam' atau 'Maulana' atau 'Sheikh' atau 'PU (Pencetus Umah)' atau 'Murabbi' atau 'Mursyid' mana-mana pun (2:170, 5:104, 7:28, 7:95, 10;78, 10:39). Mereka bukan Uswatun Hasanah. Hanya Rasul-rasulNya adalah Contoh Ikutan (33:21, 60:4, 60:6). Bezakan pendapat dengan kebenaran. Pendapat itu Sangkaan. Ianya bukan kebenaran.

■ Yang berlaku dalam kehidupan ini adalah golongan yang sibuk menegakkan pendapat ketua puak masing-masing (2:213). Masing-masing mengagungkan 'kebenaran' kenyataan atau pendapat ketua puak masing-masing (53:23, 37:27, 3:19, 3:66). Definasi menduakan Allah atau mensyarikatkan Allah atau Syirik ada di sini yang menyebabkan kita tidak di ampun Allah (30:31-32, 4:116).

■ Bukalah Minda dan fikiran kita luas-luas dan kita akan di mudahkan urusan (20:25-26). Setelah Minda kita di buka (94:1, 6:125), iaitu dengan tidak duduk dalam mana-mana puak (16:93), barulah hidayah atau pemahaman itu datang (47:14). Jika tidak, meski berlori kita mendengar kenyataan, perkataan atau tulisan, ianya adalah seperti mendengar burung kakak tua yang mengeluarkan perkataan. Ada doa di ajar Allah untuk pembukaan minda ini (20:25-26).

■ Keyakinan atau Iman itu hanya boleh datang apabila kita sudah tahu (8:2). Tahu itu berilmu. Berilmu itu memahami kebenaran setelah proses verifikasi. Bezakan antara Berilmu dengan Beriman. Kita beriman Allah itu ada atau kita Tahu Allah itu ada? Tiada beriman tanpa Ilmu itu dahulu. Tanpa Ilmu bagaimana boleh Akur / Islam (49:14).

■ Kehidupan ini sebenarnya sangat bergantung kepada apa yang kita percaya, atau yakini, yang menentukan apa tindakan atau perbuatan yang kita lakukan seharian sehingga kita mati (102:5, 102:7, 69:51, 56:95). Kepercayaan dalaman inilah suatu yang boleh membangunkan (51:20) atau membinasakan (52:36). Kepercayaan kepada Kebenaran boleh membangunkan atau menambah-baik atau Soleh, manakala kepercayaan kepada Sangkaan, meski kuat di rasa dalam jiwa sebenarnya menghancurkan (48:12).

■ Hidup ini sering di kaitkan dengan Masalah. Masalah itu definasi jiwa yang sering merungut dan tidak reti menghargai pemberian (2:172, 55:13, 39:49). Buanglah definasi masalah dan gantikan dengan Ujian atau 'Test'. Kita ini hidup sering di Uji (2:155). Itu bukan Masalah. Dan tujuan kita di uji adalah hendak memberi cara untuk kita sendiri mengesahkan keyakinan atau keimanan atau kepercayaan kita (29:2) dan agar ternyata kesungguhan usaha dan kesabaran kita dan adakah kita membuat amal terbaik berbanding orang lain, dan akan di bentangkan keputusan Ujian tersebut (47:31, 67:2). Ianya (hidup di dunia ini) seperti dalam Peperiksaan. Itu sahaja caranya untuk membuktikan apa-apa yang kita kata kita percaya, katakan dan lakukan. Dalam hidup ini, yang kita kena sentiasa harapkan atau doakan adalah adalah agar kita lebih bijak dalam menangani 'Masalah' atau Ujian dan bukan meminta-minta supaya 'Masalah' atau 'Ujian' itu tidak datang. Tiada manusia yang tidak ada 'Masalah' atau tidak di ikuti dengan Ujian. Kita biasa dengar masalah wujud pasal 'Salah-Faham', maka kebanyakan masalah boleh di selesaikan setelah kita faham.

■ Mengelak diri dari menghadapi 'Masalah' atau Ujian adalah petanda kita ini masih Bodoh atau Jahil atau 'Ignorant' atau 'Tidak mahu ambil peduli'. Kadang-kadang ianya datang dari Keegoan atau Kesombongan diri. Kadang-kadang ianya dua-dua maka di sinilah definasi 'bodoh-sombong' itu wujud (25:73).

■ Setelah kita benar-benar faham, barulah seseorang itu boleh Bersabar. Selain Sabar itu suatu sifat yang ada pada sesetengah fitrah manusia dan tidak pada sesetengah fitrah manusia yang lain, Sabar itu boleh di perolehi dengan kedalaman Ilmu atau pemahaman yang menyeluruh atau meliputi (18:68). Ianya adalah pemahaman zahir juga batin atau pemahaman akar kepada suatu kejadian atau sebab kepada sesuatu akibat. Orang yang sudah mendapat Sabar adalah orang yang sudah memahami kebenaran (103:3) dan merekalah yang mendapat Kasih Sayang atau Rahmat dari sisi Allah (2:157) dan mendapat ganjaran sekucupnya (39:10). Yang tidak memahami kebenaran itu tidak akan dapat bersabar atau hanya menyangka mereka sudah bersabar.

■ Kebanyakan manusia berpuas hati dengan 'Ilmu Sangkaan' yang mereka ada atau pegang atau yakini. Mereka Sangka mereka sudah beramal baik (18:104). Mereka sangka dengan melakukan 'Copy Paste dan Forward' setiap mesej yang di terima dalam handphone yang berbunyi tazkirah atau peringatan itu tanpa verifikasi adalah amal soleh. Sebenarnya tidak. Beramal dengan Sangkaan adalah kebatilan dan akan di balas dengan azab (18:105-106). Sampaikanlah hanya kebenaran dan bukan sangkaan kebenaran (103:3). Itu barulah Amal Soleh.

■ Hidup kita ini tidak bebas jika kita masih di belenggu pendapat atau mengikuti pendapat dan kita suruh pulak orang lain untuk mengikuti pendapat itu (17:36, 6:159). Itulah bebanan di punggung (7:157). Kebebasan adalah kalamana kita tidak di pengaruhi mana-mana pendapat dan sebenarnya kebenaran tidak pernah menyusahkan atau membebankan (5:6). Ianya (kebenaran itu) menenangkan (89:27), menyabarkan, menguatkan (8:9, 8:65-66) sehingga kita sanggup mati mempertahankannya (3:157, 3:169). Tahap ini di capai kerana kita sudah tidak ragu-ragu kerana kita sudah menyaksikan bukti kepada kebenaran (3:18). Yang tidak bebas adalah mereka yang masih terbelenggu fikiran dengan pendapat orang lain tanpa kaji selidik. Kita tidak Iqra` itu sebab kita merana.

■ Ada puak mengatakan, lakukan Dua Rakaat Solat, nescaya akan selesai segala masalah. Golongan yang sama juga akan sentiasa berada di Masjid dan Surau dan belajar dan mendengar bab yang itu-itu juga atau yang sama di dengari dari dulu hingga kini dan semakin menyusahkan dan itulah Ilmu yang mereka Sangka. Kadang-kadang lagi banyak mendengar kuliah atau ceramah lagi konfius kepala kerana terdapat banyak pendapat yang bercanggah antara satu sama lain sehingga tak tau mana satu nak ikut. Intipati Solat tidak di fahami, Intipati Ilmu juga tidak di fahami, bagaimana mungkin 'Masalah' akan selesai. Kita, jika di golongan ini, masih ikut-ikutan tanpa mengetahui mana satu benar dan tidak. Maka masih sesat meskipun sentiasa ke Masjid dan Surau. Kefahaman yang sebenar, yang sedihnya zaman ini, tidak kita dapati di Surau atau Masjid sahaja - ianya tidak mencukupi malah selalunya yang kita belajar adalah pendapat manusia - iaitu sangkaan manusia. Kita hanya dapat faham setelah kita Iqra` atau Kaji Selidik atau mempelajari atau tadarrus di Madrasah atau Universiti atau Institusi Pengajian atau selalu bertanya kepada yang tahu (29:49, 16:43).

■ Di suatu pihak atau golongan pula, langsung tidak ke Masjid atau Surau, dan fikiran atau kehidupan sibuk dengan aktiviti mencari nafkah atau berniaga atau hidup korporat yang penuh kesibukan, mesyuarat sana sini, jumpa orang sana sini, 'strike atau close deal' sana sini dan mereka ini tidak sedar pula akan wujudnya Tuhan Yang Satu yang sentiasa memerhatikan kelakuan manusia yang lalai. Bagi golongan ini tak penting apa yang tok-tok lebai atau Ustaz atau para Ilmuan / para Saintis katakan dan mereka juga 'Ignorant' atau Jahil atau Bodoh maka sesat juga (57:20).

■ Makanya kehidupan ini janganlah di ukur kejayaan seseorang manusia atau kebaikan seseorang manusia dengan apa harta yang di kumpulkan (57:20, 7:48, 3:116) atau berapa besar serban atau cantiknya selempang di jubah atau kot yang di tempah. Kejayaan seseorang manusia adalah bergantung kepada apa yang dia faham, kemudian mengikutinya dengan rapat (24:51, 28:67, 30:38, 2:42-43, 2:2-5, 7:157, 62:10, 9:88, 3:104, 3:130, 3:200, 5:35, 5:90, 5:100, 58:22, 64:9, 64:16).

■ Kefahaman itulah Hidayah.

Barulah kita mengerti apa makna kehidupan sebenarnya dan wajib mengikuti kebenaran itu dan menjadi soleh / memperbaiki (25:71). Jika masih tak mahu ikut, maka kita memang benar adalah seorang zalim (aniaya) kepada diri sendiri (2:145, 2:87, 47:25).

====
End.

(yang dalam kurungan itu lebih penting untuk di baca).

An-Naml (27) : 84

حَتّٰىٓ إِذَا جَآءُو قَالَ أَكَذَّبْتُم بِـَٔايٰتِى وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا أَمَّاذَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● Hingga apabila mereka datang, Allah berfirman: "Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat-Ku, padahal ILMU kamu tidak MELIPUTINYA (TUHIT°U), atau apakah yang telah kamu kerjakan?". ●

An-Naml : 85

وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِم بِمَا ظَلَمُوا فَهُمْ لَا يَنطِقُونَ

● Dan jatuhlah perkataan (azab) atas mereka disebabkan kezaliman mereka, maka mereka tidak dapat berkata (apa-apa). ●

Allah Al-Hadi.
Allah Al-Haq.

Yang Menunjuki atau Yang Membimbing adalah Dia.
Yang Memberi Faham adalah Dia.
Yang Benar adalah Dia.
Setiap kebenaran hanya datang dari Yang Benar dan bukan terpacul dari sangkaan dalam kepala manusia, tak kira siapa pun dia.

(KAS)
====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...