Langkau ke kandungan utama

Isu Kalimah Allah

(Tarikh ditulis : 29 Oct 2017)

Isu Kalimah Allah hangat di perkatakan 2-3 tahun kebelakangan ini.

Maka seperti biasa, berselisih pendapatlah para-para 'ULAMAK' di bumi Nusantara ini.

Ada yang mula-mula membenarkan penggunaan Kalimah tersebut, kemudian pula berubah pendirian.

Ada yang dari awal tidak setuju 'AGAMA' lain menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan mereka.

====
 Yang pertama sekali kita kena FAHAM adalah apakah 'ALLAH' itu adalah satu Nama bagi Tuhan Orang Islam.

Dan apakah jika Tuhan Orang Islam itu adalah 'ALLAH' maka agama lain TAK BOLEH nak sembah Tuhan Orang Islam ?

Allah.

Ianya bermaksud Al-Ilah atau dalam bahasa Inggerisnya adalah The God atau dalam bahasa melayunya adalah Tuhan Yang Satu.

Allah itu bukan satu Nama bagi Tuhan Semesta Alam.

Allah itu bukan juga Tuhan untuk orang Islam sahaja dan tidak Tuhan kepada 'Agama' lain. Jika orang Islam beranggapan Allah itu adalah HANYA EKSKLUSIF kepada Orang Islam sahaja dan bukan Tuhan kepada Sekalian Alam, JELAS sudah SYIRIK akidah orang yang mengaku Islam tersebut kerana mengakui ada Tuhan lain kepada 'Agama' lain.

Firman Allah :

Az-Zukhruf 43 : 87

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ فَأَنّٰى يُؤْفَكُونَ

● Dan sungguh jika kamu bertanya kepada MEREKA: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "ALLAH", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?, ●

Al-'Ankabut 29 : 61

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۖ فَأَنّٰى يُؤْفَكُونَ

● Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada MEREKA: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "ALLAH", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar). ●

Yunus 10 : 31

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ أَمَّن يَمْلِكُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَمَن يُخْرِجُ الْحَىَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَىِّ وَمَن يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۚ فَسَيَقُولُونَ اللَّهُ ۚ فَقُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

● Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (memberikan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka MEREKA akan menjawab: "ALLAH". Maka katakanlah "Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?" ●

Al-'Ankabut 29 : 63

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنۢ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

● Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada MEREKA: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu MEREKA akan menjawab: "ALLAH", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya). ●

Berdasarkan ayat-ayat di atas, JELAS lah kepada kita, jika di tanyakan kepada MEREKA, di mana 'Mereka' di sini bermaksud orang Kafir yang Tidak Beriman kepada Allah,

Allah sendiri mengatakan mereka akan menjawab, 'ALLAH'.

yang bermaksud Tuhan Yang Satu / Esa.

Di sinilah kita kena faham betul-betul akan mengapa Orang Kafir tidak beriman juga akan menyebut Allah.

Ianya adalah kerana MEREKA tetap mengakui adanya Tuhan Yang Satu yang Paling Berkuasa atas segalanya, CUMA mereka SELALU MENSYARIKATKAN (MENSYIRIKKAN) Tuhan Yang Satu itu dengan tuhan-tuhan yang lain, ada sekutu (atau 'Partner') yang bagi mereka dapat memberi Manfaat dan Mudharat kepada mereka atau dapat Melindungi mereka atau dapat mendekatkan mereka dengan Tuhan Yang Satu itu.

Asy-Syura 42 : 6

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِۦٓ أَوْلِيَآءَ اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ

● Dan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah, Allah mengawasi (perbuatan) mereka; dan kamu (ya Muhammad) bukanlah orang yang diserahi mengawasi mereka. ●

====
Makanya tidak ada salahnya manusia yang lain 'agama' menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka di sebabkan memang sebegitu jawapannya.

NAMUN, hujah sesetengah para 'ULAMAK' di Malaysia adalah ini akan mengelirukan orang Islam sebab bila baca Al-Quran akan nampak perkataan Allah dan bila baca kitab lain juga akan nampak perkataan Allah di situ maka akan mengelirukan orang Islam yang tidak cukup Ilmu dan mungkin membawa kepada kekufuran.

Jawapan yang terbaiknya adalah begini :

Yang pergi dengar ajaran kitab lain yang sudah di pesongkan itu kenapa ?

Kenapa tidak kita perdalami dan fahami ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran yang terpelihara dari sebarang kebengkokan atau sebarang IKHTILAF itu.

Dah tahu kurang ILMU maka menjadi tanggung-jawab lah mencari ILMU dan juga orang yang Beriman dan Beramal Soleh pula, sampaikanlah kebenaran Ilmu kepada orang yang kurang Ilmu itu tersebut.

Fahamilah, orang yang sesat dari DEEN yang tidak benar dan isi kitabnya sudah di ubah-ubah sememangnya mempunyai pelbagai tipu daya untuk mengelirukan orang beriman.

Kalaupun kita berjaya membuat undang-undang di negara nusantara ini, kita tidak mampu untuk mengubah kitab itu jika mengubah God itu kepada Allah jika di terbitkan di negara lain contohnya - Eropah, Rusia, Amerika, China dan sebagainya.

====
Jika Allah itu bukan NAMA bagi Tuhan Yang Satu, apakah NAMA bagi Tuhan Yang Satu itu ?

Firman Allah :

Al-Isra' 17 : 110

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمٰنَ ۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيلًا

● Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai AL ASMAAUL HUSNA (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". ●

Ta Ha 20 : 8

اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى

● Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia. Dia mempunyai AL ASMAA-UL HUSNA (nama-nama yang terbaik), ●


Al-A'raf 7 : 180

وَلِلَّهِ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Hanya milik Allah ASMAA-UL HUSNA, maka bermohonlah / serulah (AD'U) kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. ●

====
End.

Ya Rahman.
Ya Rahim.
Ya Qawi.
Ya Matin.
Ya Jabbar
Ya Halim
Ya Ghafur
Ya 'Afuwwu
Ya Syakur
Ya Qahhar
Ya Hayyu
Ya Qayyum
Ya 'Aziz
Ya 'Az°im
Ya Zul Jalaliwal Ikram.
Ya Ahad.
Ya S°amad.

====






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...