Langkau ke kandungan utama

Mari Mengawal Minda

Mari Mengawal Minda

(Date written : 18 Jun 2016)
(Last update : 26 Nov 2016)

1) Apa ada dalam Minda


Al-'Adiyat : 10

وَحُصِّلَ مَا فِى الصُّدُورِ

● dan dilahirkan / 'made apparent'  apa yang ada di dalam S°UDUR, ●

Ayat di atas menceritakan tentang di akhirat kelak akan di nyatakan apa yang ada dalam S°UDUR atau MINDA kita manusia.

Ali 'Imran : 118

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَآءُ مِنْ أَفْوٰهِهِمْ وَمَا تُخْفِى صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْءَايٰتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

● Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh S°UDUR mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu meng'aqalinya (TA'QILUUN). ●

Sebelum kita nak paham apa yang ada dalam Minda, mari kita faham dulu apa maksud Minda.

Minda atau S°UDUR dalam bahasa Arab adalah subset kepada FUAD dalam diri kita manusia.

Kita manusia di beri 3 alat, iaitu Pendengaran, Penglihatan dan FUAD, dan pasal inilah kita akan di pertanggung jawabkan di akhirat kelak.

Al-Isra' : 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

● Dan janganlah kamu mengikuti / meneruskan apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan FUAD, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. ●

Apa itu FUAD ? Di dalam terjemahan Al-Quran biasanya ia di sebut hati. Ini tidak benar kerana hati adalah QALBU dalam bahasa Arab.

FUAD ada mengandungi QALBU dan juga S°UDUR, iaitu Qalbu adalah subset kepada Fuad dan S°udur juga adalah subset kepada Fuad. FUAD sebenarnya adalah RASA SEDAR diri. Tanpa FUAD kita tak sedar diri. Orang yang tidak Sedar Diri adalah orang yang Mindanya sudah rosak atau gila.

Al-Hajj : 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِى الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصٰرُ وَلٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِى فِى الصُّدُورِ

● maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai qalbu yang dengan itu mereka dapat meng'aqali (YA'QILUN) atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah QALBU yang di dalam S°UDUR. ●

Qalbu ada Mata yang dapat melihat di dalam Minda. Ianya di 'dalam' Minda, makanya Qalbu adalah subset kepada S°udur.

Pendengaran dan Penglihatan adalah 2 sumber kita mendapat informasi, manakala FUAD, yang mengandungi MINDA, yang di dalamnya QALBU adalah alat kita memproses informasi tersebut dengan berfikir, meng'aqali atau mengkaitkan antara satu fakta dengan fakta yang lain dan paling penting MEMAHAMI apa yang berlaku di sekeliling kita.

Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai qalbu, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (YAFQAHUN)(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●

Qalbulah yang sebenarnya BERFIKIR atau MENG'AQALI iaitu mencari sebab musabab dan kaitan fakta dan kebenaran, dan ianya di dalam MINDA atau S°UDUR.

Qalbu yang BUTA adalah Qalbu yang tidak BERFIKIR, maka tidak MEMAHAMI maka tidak NAMPAK. Tengok tapi tak NAMPAK.

Al-Baqarah : 74

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

● Kemudian setelah itu Qalbumu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. ..●

Az-Zumar : 22

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ فَهُوَ عَلٰى نُورٍ مِّن رَّبِّهِۦ ۚ فَوَيْلٌ لِّلْقٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولٰٓئِكَ فِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

● ... Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah MEMBATU QALBUnya untuk mengingat Allah (ZIKRILLAH). Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. ●

Qalbu yang KERAS (seperti Batu) pula adalah qalbu yang tidak INGAT akan Allah, di sebabkan tidak dapat MEMAHAMI bahawa apa yang di sekeliling kita dan juga segala ciptaan Allah di seluruh langit dan bumi adalah tanda-tanda atau bukti-bukti KEWUJUDAN DIA, Tuhan Yang Esa.

Jika di bedah siasat apa yang ada dalam Minda kita selain qalbu, kita boleh ingat kejadian-kejadian yang lalu. Ini menunjukkan dalam Minda kita mempunyai Elemen Storan Data atau Informasi.

Selain itu, di Mindalah kita ini di uji dengan pelbagai bisikan Syaitan untuk menyesatkan dan melalaikan kita.

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan (kejahatan) ke dalam MINDA (S°UDUR) manusia, ●

An-Nisa' : 120

يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطٰنُ إِلَّا غُرُورًا

● Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. ●

Qalbu, selain berfikir, ia juga menghasilkan FEELING atau RASA di dalam MINDA atau S°UDUR. Segala Rasa - bahagia, dendam, benci, dengki, bersyukur dan sebagainya.

Al-Hijr : 47

وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوٰنًا عَلٰى سُرُرٍ مُّتَقٰبِلِينَ

● Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam S°UDUR mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan. ●

Al-Baqarah : 10

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

● Dalam qalbu mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. ●


Kesimpulannya, yang berada dalam MINDA kita adalah :

a) MEMORI masa lepas; maknanya dalam Minda kita ada ELEMEN Menyimpan Data, yang di panggil LUH.

b) QALBU sebagai mata dalam minda berdasarkan ayat Al-Hajj:46. Juga Qalbu yang bersifat meng'aqali atau berfikir untuk mencapai faham.

c) Lintasan-lintasan fikiran yang berasal dari Syaitan yang kebanyakannya adalah angan-angan kosong dan pengindahan pekerjaan yang tidak baik bertujuan menyesatkan dan melalaikan, juga membangkitkan kebimbangan.

d) Perasaan atau Feeling. Yang merasa adalah Qalbu, iaitu selain qalbu ini berfikir, ia juga dapat memberikan RASA pada diri, samada Rasa Yakin atau Marah atau Benci atau Sakit 'hati' (inilah sebenarnya hati berpenyakit) atau Dengki dan sebagainya.



2) Mengapa mesti mengawal minda

Minda atau Fikiran (dalam bahasa umum) kita, jika di biarkan tanpa KAWALAN, ia akan mempengaruhi segala tindakan atau perbuatan dan juga perkataan yang akan kita hasilkan. Namun, puncanya adalah bila MINDA atau FIKIRAN kita sendiri sudah buat 'keputusan' tentang sesuatu dan menjadikan kita berPERASAAN tentang sesuatu atau seseorang.

Dalam hidup kita yang kita lalui hari-hari, sebenarnya kita ini CUMA berkata-kata dengan MINDA kita, mendengar dengan MINDA kita atau sebenarnya kita MELAYAN LINTASAN FIKIRAN kita, kita berangan-angan dalam MINDA, kita MEMPROFILKAN manusia lain dalam Minda kita bila ada benda yang kita tak puas hati dengan seseorang.

Perkataan 'Live LIFE to the FULLEST' atau HIDUPLAH dengan HIDUP yang PENUH sebenarnya ada kaitan yang sangat rapat tentang apa yang ada dalam minda seseorang.

Kita tidak akan dapat KEHIDUPAN yang PENUH jika minda kita ini SEMPIT; asyik benda yang sama je kita fikirkan, kita katakan atau kita buatkan atau yang kita Whatsapp kan. Inilah definasi BOSAN. ORANG yang hidup dalam kebosanan adalah kerana MINDA yang TIDAK BERKEMBANG. Minda yang tidak berkembang pula adalah minda yang tidak bertambah Ilmu iaitu Pengetahuan.

Amatlah perlu kita mengawal MINDA kita agar tidak MELAYAN atau MEMATUHI segala lintasan angan-angan dan juga pengindahan tipuan yang berlaku; dari Syaitan. Sedarlah kita ini di uji di Minda kita :

Ali 'Imran : 154

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّنۢ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاسًا يَغْشٰى طَآئِفَةً مِّنكُمْ ۖ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجٰهِلِيَّةِ ۖ يَقُولُونَ هَل لَّنَا مِنَ الْأَمْرِ مِن شَىْءٍ ۗ قُلْ إِنَّ الْأَمْرَ كُلَّهُۥ لِلَّهِ ۗ يُخْفُونَ فِىٓ أَنفُسِهِم مَّا لَا يُبْدُونَ لَكَ ۖ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الْأَمْرِ شَىْءٌ مَّا قُتِلْنَا هٰهُنَا ۗ قُل لَّوْ كُنتُمْ فِى بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلٰى مَضَاجِعِهِمْ ۖ وَلِيَبْتَلِىَ اللَّهُ مَا فِى صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحِّصَ مَا فِى قُلُوبِكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ الصُّدُورِ

● ... Dan Allah (berbuat demikian) untuk MENGUJI apa yang ada dalam S°UDURmu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam QALBUmu. Allah Maha Mengetahui segala isi S°UDUR. ●

Kita perlu mengawal MINDA kita agar kita tidak mengabdi diri kepada Syaitan.


3) Apa maksud 'Menyembah' Syaitan

Ya Sin : 60

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يٰبَنِىٓ ءَادَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

● Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak MENGABDI KEPADA (TA'BUDU) syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu", ●

La Ta'budu-Syaitan.

Kebanyakan terjemahan menterjemahkan TA'BUDU kepada MENYEMBAH sedangkan terjemahan seperti inilah yang menjadikan kita yang mengaku muslim mukmin keliru dan menjadikan minda itu tak berkembang atau jumud.

"Mana ada saya sembah syaitan ?" Itu barangkali jawapan ramai orang.

Sedangkan banyak perbuatan maksiat atau 'AS°U yang di lakukan.

Mengabdi diri adalah mematuhi atau mendengar cakap atau arahan.

Itu maksud YA'BUDUN atau TA'BUDUN. Bila kita mematuhi suatu arahan atau cakapan, maka itu kita A'BUDU kepada yang memberi arahan.

Pematuhan kepada Arahan adalah perbuatan pengabdian diri.

Makanya, maksud 'Menyembah Syaitan' adalah mendengar arahan atau saranan syaitan yang berbisik di dalam Minda kita :

An-Nas : 4

مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ

● Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, ●

An-Nas : 5

الَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ النَّاسِ

● yang membisikkan (kejahatan) ke dalam S°UDUR manusia, ●


4) Apa kerja para Syaitan

Sad : 82

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

● Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, ●

Bapa segala Syaitan adalah IBLIS yang di laknat Allah.

Namun Syaitan keturunan Iblis dari Jin ini dapat menyesatkan manusia hanya kerana mendapat IZIN dari Allah.

Al-A'raf : 14

قَالَ أَنظِرْنِىٓ إِلٰى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

● Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". ●

Al-A'raf : 15

قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ

● Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh". ●

Al-A'raf : 16

قَالَ فَبِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرٰطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

● Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus, ●

Al-A'raf : 17

ثُمَّ لَءَاتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمٰنِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شٰكِرِينَ

● kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. ●

Al-Anfal : 48

وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ أَعْمٰلَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمُ الْيَوْمَ مِنَ النَّاسِ وَإِنِّى جَارٌ لَّكُمْ ۖ فَلَمَّا تَرَآءَتِ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلٰى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ مِّنكُمْ إِنِّىٓ أَرٰى مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّىٓ أَخَافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ

● Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah". Dan Allah sangat keras siksa-Nya. ●

Al-Baqarah : 268

الشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَآءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kefakiran / kemiskinan (AL-FAQRA) dan menyuruh kamu berbuat KEJI (FAHSYAA`); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas / Meliputi (WASI') lagi Maha Mengetahui. ●

Wahai para pembaca semoga di rahmati Allah selalu. Inilah tujuan artikel ini di tulis. Yang di maksudkan Iblis juga keturunannya Syaitan akan mendatangi manusia dari depan dan belakang dan kiri dan kanan adalah SENTIASA dia berusaha untuk MEMBISIK dan MEMBERI SARANAN juga ARAHAN juga perkataan dan bayangan yang INDAH-INDAH di dalam MINDA atau FIKIRAN kita, yang MELALAIKAN kita dari Allah, atau bertentangan dengan Arahan Allah dan juga MENAKUT-NAKUTkan kita untuk bimbang takut jadi fakir atau miskin.

Kita ini hidup jika kita melayan lintasan fikiran ini IAITU kita melayan BISIKAN SYAITAN ini, maka kita sudah mengabdi diri kepada SYAITAN!

Sedarlah.

Segalanya bermula dari Apa yang ada DALAM MINDA atau FIKIRAN kita. Di situlah SYAITAN melakukan kerjanya.

SENTIASA !

Kesimpulannya apa kerja para Syaitan adalah :

a) Menyesatkan manusia.
b) Melalaikan manusia.

Bagaimana caranya Syaitan menyesatkan dan melalaikan manusia ?

a) Dengan membuat manusia memandang baik pekerjaan jahat mereka.
b) Membangkitkan angan-angan kosong.
c) Membangkitkan kebimbangan


5) Kaitan qalbu dan syaitan


Al-An'am : 43

فَلَوْلَآ إِذْ جَآءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطٰنُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan QALBU mereka telah menjadi KERAS, dan SYAITAN pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan. ●

Qalbu, yang di dalam MINDA kita yang sepatutnya sentiasa berfikir (TAFAKKUR) dan memahami (YAFQAHUN) dan mengingat (ZIKIR) ALLAH; jika ini tidak berlaku maka ianya akan menjadi KERAS, bila sudah keras, maka SYAITAN memang akan datang MEMBAWA atau MEMBISIKKAN dalam MINDA atau FIKIRAN kita Angan-Angan atau MENGINDAHKAN perbuatan kita, MENAKUT-NAKUTKAN kita, maka LALAILAH kita.


6) Maksud orang yang Lalai

Orang yang Lalai adalah orang yang sepatutnya berkewajipan melakukan atau melaksanakan sesuatu tetapi dia tidak melakukannya, samada terlupa atau di lupakan, sebab dalam MINDA sudah di penuhi angan-angan kosong dan bisikan-bisikan menyesatkan.

Al-A'raf : 179

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآ ۚ أُولٰٓئِكَ كَالْأَنْعٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai qalbu, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ●

Siapa punya kerja menyesatkan dan melalaikan ini?

Para Syaitan. Itu kerja mereka.

Dan Syaitan boleh buat kerja tatkala kita tidak mengfungsikan peranan qalbu untuk berfikir. Bila qalbu di fungsikan iaitu berfikir mencari kebenaran dan ingat kepada Allah, maka automatik pendengaran dan penglihatan kita akan mencari sumber-sumber bacaan dan audio video dan bertanya kepada Ulama yang takut kepada Allah untuk membantu qalbu memahami kebenaran.

Segala kebenenaran yang kita fahami pula akan pergi kepada Allah dan sebenarnya berasal dari Allah Al-Haq.


7) Bagaimana Mengawal Minda

Al-A'raf : 200

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطٰنِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُۥ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

● Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka BERLINDUNGlah kepada Allah. ●

Pertama sekali kita kena sentiasa BENAR-BENAR TAK MAHU akan LINTASAN FIKIRAN Syaitan dalam MINDA kita. Bila kita benar-benar tak mahukan lintasan biskan angan2 bikinan syaitan yang FAKE atau TIPUAN ini, maka kita kena MINTA LINDUNGAN ALLAH dari syaitan ini.

Bacalah Surah An-Nas selalu.

Keduanya kita kena selalu membaca dan memahami Al-Quran. Untuk memahami Al-Quran kita kena banyak mengkaji dan membaca segala ilmu yang lain terutama Sains untuk mendapat bukti kebenaran Al-Quran. Membaca Al-Quran selain kita dapat INGAT kepada Allah, MINDA kita akan berkembang sebab penambahan ILMU. Penambahan ILMU akan menjadikan kita semakin TAKUT kepada Allah. Takut kepada Allah menjadikan kita semakin Patuh kepada Arahan Allah.


Ketiganya kita kena sentiasa Bertasbih kepada Allah untuk mencapai INGAT kepada Allah. Bertasbih kepada Allah adalah dengan memuji Allah sebagaimana yang di ajar dalam Al-Quran.

An-Nasr : 3

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا

● maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. ●

Ta Ha : 33

كَىْ نُسَبِّحَكَ كَثِيرًا

● supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau, ●

Ta Ha : 34

وَنَذْكُرَكَ كَثِيرًا

● dan banyak mengingat Engkau. ●

Ada seorang Mat Salleh bernama Eckhart Tolle, yang jika dia ni memahami Al-Quran, maka akan lebih sempurna cara dia, dalam menyarankan kepada manusia bagaimana mengawal minda. Namun, apa yang dia syarahkan wajar kita dengar.


Eckhart Tolle asalnya mahu membunuh diri sebab terbeban dengan pelbagai masalah dalam hidup. Setelah lama dia berfikir, baru dia faham bahawa segala 'masalah' itu hanya berlaku di dalam MINDA. Sejak itu dia belajar mengawal MINDA dengan tidak bertindak kepada apa-apa lintasan fikiran samada yang datang dari MEMORI SILAM yang tak baik mahupun fikiran-fikiran yang yang sebenarnya MEMBEBANKAN = sebenarnya ini juga kerja Syaitan :

Al-Baqarah : 268

الشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَآءِ ۖ وَاللَّهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat KEJI (FAHSYAA`); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas / Meliputi (WASI') lagi Maha Mengetahui. ●

Pengawalan fikiran atau pengawalan minda kita dari bisikan syaitan adalah juga dengan cara kita selalu APPRECIATE atau Be GRATEFUL atau bahasa arabnya BERSYUKUR sentiasa dengan apa yang kita ada, dengan apa yang kita dapat dari Kurniaan Allah.



Keempatnya adalah dengan kita sentiasa MENGINGAT ALLAH dengan cara SEDAR atau 'REALIZATION' iaitu melalui segala ciptaan yang terlihat oleh kita, terdengar oleh kita, kita SEDAR itulah Tanda-tanda atau Bukti-bukti atau AYAT-AYAT dari Allah yang menyatakan WUJUD Diri Nya.

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda / 'evidences' (AYAT) bagi orang-orang yang mempunyai Lubb (Ulil Albab), ●

Ali 'Imran : 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

● (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan (YATAFAKKARUN) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●

Kita dapat ingat Allah ketika berdiri, duduk atau baring, sehingga kita sedar, TIDAK SATU PUN yang Allah ciptakan di keliling kita atau yang jauh di sana itu sia-sia iaitu tanpa sebab. Kita INGAT Allah hingga kita merasakan segala ciptaanNya itu adalah 'WAJAH' ALLAH :

Al-Baqarah : 115

وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas / Meliputi (WASI') lagi Maha Mengetahui. ●

Ke mana sahaja kita menghadap atau menoleh atau berpaling pasti akan kita melihat ciptaan-ciptaan DIA dan juga kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut Kehendak Dia yang Esa. Ciptaan-ciptaan DIA inilah yang di maksudkan sebagai 'WAJAH' DIA. Wajah di sini adalah kiasan perbandingan dan Allah tidak mempunyai Wajah mahupun Tangan mahupun apa-apa yang sama dengan segala ciptaanNya. Laisa kamithlihi syai'un.

Pada Wajah kita terlihat EKSPRESI DIRI kita. EKSPRESI Diri kita akan terpampang pada Wajah dan tidak pada anggota jasad yang lain, seperti kasih sayang, marah atau benci. Perasaan diri itu suatu Ekspresi Diri yang ternyata di wajah kita.

Makanya kiasan perbandingannya, satu contohnya adalah kasih sayang Allah banyak ternyata pada segala ciptaan Nya. Maka terasalah akan kita akan nama dan sifat Ar-Rahman Allah. Dan Allah mempunyai nama-nama terbaik atau Asmaul Husna, maka SEDARKAN dalam Minda kita bahawa apa sahaja yang kita lihat itu, atau kita dengar, adalah hasil daripada Af'al dan Sifat Allah yang berdasarkan kepada Nama-nama Dia yang DIA sendiri memperkenalkan kepada kita.

Al-Hasyr : 24

هُوَ اللَّهُ الْخٰلِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى ۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

● Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Memisahkan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. ●

Al-A'raf : 180

وَلِلَّهِ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ أَسْمٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

● Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. ●


8) Mengawal Minda dan kaitan dengan Taqwa dan Amal Soleh

Al-A'raf : 201

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طٰٓئِفٌ مِّنَ الشَّيْطٰنِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka dimasuki fikiran dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. ●

Orang bertaqwa adalah orang yang memelihara. Memelihara apa ? Memelihara diri dari tidak memperhatikan dan mematuhi arahan Allah. MAKANYA, Orang bertaqwa adalah orang yang mengawal atau memelihara mindanya dari bisikan syaitan yang menyesatkan juga melalaikan dari INGAT dan MEMUJI JUGA MEMUJA (MENGAGUNGKAN) ALLAH dan PATUH hanya kepada Arahan Allah Yang Esa.

-----
Jika kita berada di bulan Ramadhan yang mulia, di muliakan kerana Al-Quran di anzalkan di malam atau Lailatul Qadar, penuhkan aktiviti kita dengan MEMPELAJARI iaitu TADARUS AL-QURAN, bergelumang dengan Al-Quran, mengkaji dan memahami SETIAP ayat Allah yang kita baca. Dan azamkanlah untuk BERTADARUS Al-Quran setiap hari, setiap bulan, sepanjang tahun, setiap tahun, sehingga kita menemui ajal.

Banyaknya para Ustaz suruh kita banyak Beribadat kepada Allah di bulan Ramadhan. SEKALI LAGI, Ibadat asalnya dari A'BUDU iaitu Mengabdikan diri. Maknanya banyakkan pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian, sekali lagi adalah pematuhan arahan. Mematuhi arahan Allah itulah Ibadah kepada Allah.

Dan sebenarnya arahan terbesar Allah adalah agar kita MEMBACA dan MEMAHAMI AL-QURAN, terutama pada bulan Al-Quran di ANZALKAN.

Al-'Ankabut : 45

اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ●

Ayat di atas menunjukkan bacaan Al-Quran mendahului arahan bersolat. Ini adalah kerana Bagaimana Solat kita boleh sempurna jika kita tidak memahami ayat-ayat Allah ?

Dan segala arahan Allah adalah datang dari Al-Quran, Wahyu Allah yang di sampaikan oleh Rasul Nabi Muhammad saw.

Bagaimana mungkin kita dapat mengabdikan diri kepada Allah tanpa memahami Al-Quran yang penuh dengan arahannya ?

Dan benteng utama, sebenarnya untuk kita mengawal minda kita dari Bisikan Syaitan adalah dengan MENGINGAT atau ZIKRI Ar-Rahman. Fahamilah bahawa Al-Quran juga di gelar Az-Zikri. Iaitu ianya bermaksud, MEMBACA dan MEMAHAMI AL-Quran adalah CARA KITA MENGINGAT ALLAH yang terbaik. Dan ianyalah benteng terkuat untuk kita mengawal lintasan fikiran atau bisikan syaitan tersebut.


Az-Zukhruf : 36

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ

● Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (ZIKRI AR-RAHMAN) (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya (QARIN). ●


9) Apa yang kita boleh dapat setelah mengawal Minda ?

Pengawalan Minda inilah sebenarnya kita melakukan perbuatan TAQWA kepada Allah. TAQWA itu MEMELIHARA. Taqwa itu perbuatan batin dan bukan perbuatan zahir. Secara deduksinya, TAQWA adalah perbuatan kita MENGAWAL MINDA dari melayan atau mendengar bisikan Syaitan dan menumpukan perhatian kepada Allah dan tanda-tanda WUJUDnya Allah dan segala perbuatanNya atau SifatNya yang kita kenali melalui Nama-namaNya. Kita SEDAR sentiasa 'INI' dari Allah dan 'ITU' dari Allah.

Minda yang di kawal adalah Minda yang Tidak LALAI dengan Bisikan Angan-angan mahupun Bisikan kebimbangan dari Syaitan.

Minda yang di kawal adalah MINDA yang INGAT kepada Allah, itupun jika HANYA memahami PETUNJUKNYA, iaitu Al-Quran. Kita tidak akan faham apa itu Allah dan siapa Allah dan mengapa Allah tanpa memahami kitab WahyuNya.

Tanpa MEMBACA dan MENG'AQALI Al-Quran, mana mungkin kita boleh MEMAHAMI AL-QURAN.

Tanpa kita MEMAHAMI Al-Quran, mana mungkin kita boleh MENGIKUTI apa yang di ajarnya.

Yang kita boleh dapat setelah BERJAYA MENGAWAL MINDA dan MENGIKUTI Petunjuk atau Bimbingan Allah iaitu Al-Huda, iaitu Al-Quran adalah :

Al-Baqarah : 38

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari Jannah itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku (HUDA) kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku (HUDA), niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". ●


TIADA BIMBANG atau KHUATIR dan TIADA BERSEDIH HATI.

Inilah Ketenangan. Inilah KEKAYAAN Jiwa atau Diri.

Satu anugerah terbesar yang patut di KEJAR oleh semua manusia di dunia ini dan bukan kekayaan harta-benda. Kekayaan harta benda tidak pernah dapat menjamin Ketenangan Jiwa.

===
End.


Wallahu 'alimun bi zati-s°udur.
(Dan Allah Mengetahui apa yang di dalam S°udur).

===


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...