Ada orang nak bersederhana
(Date written : 26 Jun 2016)
Ada orang sebab tak mahu di katakan EKSTREM dan mengambil langkah 'SEDERHANA' sudah mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian arahan Allah.
Kenangkanlah Firman Allah ini :
An-Nisa' : 150
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِۦ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذٰلِكَ سَبِيلًا
● Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), ●
Orang ini tidaklah ISLAM sebenarnya, sebab Islam itu WAJIB menyeluruh dan bukan separuh-separuh:
Al-Baqarah : 208
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِى السِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
● Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. ●
Apakah maksud jejak langkah Syaitan ?
Beriman tetapi tidak Islam keseluruhannya. Bapaknya Syaitan iaitu Iblis bukan tidak beriman kepada Allah, namun dia tidak Islam keseluruhannya. Patuh sebahagian tetapi tidak patuh sebahagian.
Ini bukan Islam.
Ini Kafir atau Engkar.
Sebab, mana boleh sebahagian arahan Allah kita terima dan buat dan sebahagian lagi kita tak terima dan tak mahu lakukan ?
Makanya, 'Sederhana' yang kita cari itu sebenarnya adalah kekafiran kepada Allah.
Janganlah kita kononnya bersikap 'sederhana' sebegini dan sebenarnya ramai orang mengaku Islam sebegini - duduk atas pagar. Duduk atas pagar sebab takut kutukan manusia lain.
Janganlah takut tohmahan orang sebab kita ini wajib mengabdi diri kepada Allah semata-mata dan bukan kepada selain Nya. Bukan pujian orang yang kita cari atau kutukan orang yang kita takuti melainkan Redha Allah semata-mata.
====
End.
Allah Asy-Syakur.
===

Ulasan
Catat Ulasan