Langkau ke kandungan utama

Tanda diri kita masih Munafiq

Tanda diri kita masih Munafiq

(Date written : 24 Jun 2016)

Al-Baqarah : 238

حٰفِظُوا عَلَى الصَّلَوٰتِ وَالصَّلٰوةِ الْوُسْطٰى وَقُومُوا لِلَّهِ قٰنِتِينَ

● Peliharalah semua solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan ketaatan yang tetap (QOONITIIN).


An-Nisa' : 142

إِنَّ الْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا إِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوا كُسَالٰى يُرَآءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

● Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingat Allah kecuali sedikit sekali. ●


BILA nak bangun berdiri untuk SOLAT, kita melambat-lambatkan, kita tangguh-tangguhkan tanpa ada alasan - inilah petanda MALAS.

Dan kita tak INGAT ALLAH pun. Kalau ingat pun - sedikit sangat.

----
Mari mengkaji sebab-musabab.

Kenapa kita malas nak bangun Solat (esp Subuh) ?

Sebab kita tak Ingat Allah, atau sedikit sangat kita ingat Allah.

Kenapa kita tidak Ingat akan Allah ?

Sebab kita tidak berbuat sesuatu kerana Allah atau mencari Redha Allah.

Kenapa tidak kita cari Redha Allah ?

Sebab Allah bukan tujuan hidup kita.

Mengapa Allah bukan tujuan hidup kita ?

Sebab kita mempunyai tujuan yang lain.

Apakah tujuan yang lain itu ?

Kita masih mahukan dunia dan perhiasannya, yang salah satunya adalah PUJIAN ORANG (tu sebab depan orang atau kawan selalunya kelihatan Rajin berSolat atau membuat pekerjaan lain)

MAKA nya

Kita ini masih Munafiq.

Mengapa ?

Kerana apa sahaja yang kita lakukan, mesti UNTUK dan BERTUJUAN kepada Allah, iaitu RedhaNya.

Inna Solati Wa Nusuki Wa Mahyaya Wa Mamati Lillahi Rabbil 'Alamin.

Apa jadi kalau kita buat apa2 pekerjaan atau Solat bukan UNTUK Allah ?

Syirik.
Kita sudah mensyirikkan Allah. Sebab kita buat untuk selain Allah. Untuk pujian manusia atau takut kutukan manusia.

Dan kita sudah Munafiq.
Dan orang Munafiq (zahir lain batin lain) adalah juga orang yang Syirik, iaitu menyekutukan Allah, sebab lain tujuan dia, bukan untuk Allah, untuk selain Allah.

Fahamkan orang Musyrik tidak semestinya Munafiq. Namun Munafiq semestinya sudah orang Musyrik.

La syarikalahu wa biza lika umirtu, wa ana awwalul muslimin.


====
End.

Rabbana Innana Amanna Faghfirlana Zunubana Wa qina 'azabannar.


====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Bila Kenal Kebenaran

Bila Kenal Kebenaran (Date written : 08 Nov 2014) (Last Update : 08 Aug 2016) Al-Ma'idah : 83 وَإِذَا سَمِعُوا مَآ أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرٰىٓ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشّٰهِدِينَ ● Dan apabila mereka mendengarkan apa yang DITURUNKAN (UNZILA) kepada Rasul, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan KEBENARAN (HAQ) yang telah mereka KENALI ('ARAFU), seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka CATATLAH  kami (FAKTUBNA) bersama orang-orang yang menjadi SAKSI (SYAHIDIN). ● Ada 4 key points di sini : 1) Apa yang DITURUNKAN atau ANZAL 2) Kenal ('ARAFU) 3) Kebenaran (HAQ) 4) Saksi (Syahid) ======= Sudah ke kita Kenal Allah ? Sebenar nya memang SUDAH - Sudah ke kita Menyaksikan (TESTIFY) bahawa Allah adalah Tuhan Kita ? Sudah juga. Bila masa kita kenal ? Al-A'raf : 172 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُه...