Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kriteria Memilih Pemimpin

 Kriteria Memilih Pemimpin (Date written : 19 Nov 2022) Intro Majoriti negara di serata dunia mengamalkan sistem demokrasi perwakilan termasuk di Malaysia. Kemelut politik di Malaysia menjadikan rakyatnya berbelah bagi, mana satu pemimpin yang hendak mereka pilih dalam undian pilihanraya. Persoalan Apakah kriteria yang sepatutnya kita jadikan sebagai kayu ukur dalam memilih pemimpin? Apakah ada jawapannya dalam Kitab Al-Huda ? Mari masuk dalam. Firman Allah: Al-Baqarah 2:247 وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ  ● Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memperoleh ke...

Buat Anakku - Khaulah Dhirar

 (Date written : 17 Jun 2022) Renungkan mengapa kombinasi nama ini diberi kepadamu wahai puteri pertamaku.. -------- Khaulah al-Azwar merupakan nama yang cukup tidak asing lagi apabila berbicara tentang srikandi Islam. Sebelum ini, kami pernah mengeluarkan artikel berkenaan kisah perjuangan Khaulah al-Azwar bersama abangnya, Dhirar al-Azwar, yang mana   kegagahannya itu disamakan seperti Khalid al-Walid . Antara sumber yang menceritakan tentang beliau secara terperinci adalah Futuh asy-Syam karangan Imam Al-Waqidi, dan edisi Bahasa Inggerisnya, The Islamic Conquest of Syria hasil usaha Maulana Sulaiman al-Kindi. Kepahlawanan Khaulah al-Azwar mula direkodkan oleh sejarah semasa beliau cuba menyelamatkan abangnya, Dhirar yang telah ditawan oleh pihak Rom. Menurut Imam al-Waqidi, Dhirar ibn al-Azwar ketika itu ditugaskan oleh Khalid ibn al-Walid (atas cadangan Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah) untuk memintas 12 000 bala bantuan Rom pimpinan Warden yang dihantar oleh...

Reaction Video

 (Date written : 5 Jun 2022) Abstrak Apakah hang orang agama nak hurai tentang agama?   Intro Zaman ini, pelbagai cerita, berita, dari Whatsapp, FB, Youtube dan lain2 Media Sosial, tentang politik, teknologi, termasuk bab 'yang itu-itu juga'. Yang saya maksudkan tentang 'yang itu-itu juga' adalah perbalahan antara so-called Aswaja dan so-called Wahabi dan kala ini orang 'awam' yang bukan orang 'agama' yang bertukar-tukar berbalas-balas video action-reaction, juga antara Ostat ini vs Ostat itu juga penuh action-reaction video seperti itu. Semakin hari semakin banyak dan makin membanjiri media sosial hari ini. Persoalannya ? Apa hasilnya semua ni? Semakin faham tentang kebenaran atau semakin berpuak-puak atau semakin kita menjadi 'judgmental' dalam menyebelahi mana2 orang yang kita rasa lebih bagus dari orang lain. Intipati Adalah sangat membahayakan bilamana seseorang Ostat mengatakan 'hang bukan orang agama nak cakap pasal agama'. Apa mak...

Tentera Bergajah atau Kaum Lut

 (Date written : 18 Jul 2021) Intro Sejak dari kecil kita diberi faham ada suatu ketika di zaman dahulu, ada tentera bergajah datang menyerang kota Mekah namun tak berjaya dan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah itu dihancurkan oleh batu yang membakar yang dibawa oleh Burung Ababil yang mengambil batu dari Neraka. Persoalannya? Mana datang cerita ni. Ianya suatu cerita Israeliyat dan dioleh oleh para so-called 'Mufassir' dan lekat dalam kepala manusia yang mengikut-ikut tanpa ilmu pengetahuan sampai sekarang. Mari kita masuk dalam. Al-Quran ditafsirkan dengan Al-Quran itu sendiri melalui proses meng'aqali iaitu mengaitkan fakta-fakta. Firman Allah: Al-Fil 105 : 1 أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحٰبِ الْفِيلِ ● Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap AS°HAABIL FIIL? ● Al-Fil 105 : 2 أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ ● Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia? ● Al-Fil 105 : 3 وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَ...

Mari kita menghafal sambil memaham Al-Quran di pagi dan petang hari

 (Date written : 30 May 2021) Kita di zaman Covid 19. Carilah fakta kebenaran akan mana satu berita benar dan mana palsu tikamana setiap orang bisa jadi wartawan memforwardkan pelbagai info. Yang paling baik adalah kita sendiri buat kajian - bacalah buku selain info yang terdapat di media sosial. Sebab? Nak membuat buku memerlukan masa kadang-kadang bertahun untuk mengumpul fakta dan sumber rujukan. Manakala nak membuat satu statement di media sosial - tidak memerlukan masa yang begitu lama dan sumber rujukan juga agak terhad. Dan setiap yang membaca pula ada tanggungjawab untuk mengesahkannya sendiri. Seperti biasa, akan terdapat golongan majoriti dan golongan minoriti, termasuk dari kalangan Doktor yang bertauliah. Ada yang percaya Covid 19 ini sesuatu yang menakutkan maka kena ambil langkah yang sangat berhati-hati dan hidup diselubungi kerisauan. Maka solusi hanya satu - Lockdown, patuh SOP. Ada yang percaya Covid 19 ini suatu konspirasi buatan 'the hand behind' dan mereka ...

Kesimpulan Di mana Allah (2)

 (Date written : 30 May 2021) Persoalan di mana Allah sejak dari dulu menjadi perdebatan hangat di kalangan puak A vs puak B. Dalam artikel yang lain, sudah banyak saya huraikan seperti di sini : https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/keterangan-wujud-allah-di-mana-dari.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-1.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2014/02/arasy-dan-wujud-allah-di-mana-2.html https://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/11/kesimpulan-wujud-allah-di-mana.html Namun, di dalam artikel ini, saya ingin membawa pembaca pada beberepa Ayat Al-Quran yang merangkumkan kesemua jawapan, agar mudah kepada sesiapa untuk memahami dan memberitahu kepada siapa pun yang lain tentang persoalan ini. Firman Allah : Al-Baqarah 2 : 186 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ● Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu...

Mengapa kita direndahkan

 (Date Written : 29 May 2021) Ada 2 persoalan yang hendak di jawab di dalam artikel ini. Pertama adalah kalamana kita kena merendahkan diri dan mengapa. Kedua adalah kadang-kadang dalam kita manjalani ujian kehidupan, kerana kealpaan dan sombong diri, kerana suatu musibah, kita merasa jatuh ke bawah sejatuh-jatuhnya, atau merasa rendah diri betul di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Firman Allah: Al-A'raf 7 : 55 ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ● Berdoalah / Serulah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan dalam bersendiri. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. ● ضرع bermaksud rendah diri, hina dina. Kita di arah oleh Allah untuk merasa hina dina / rendah diri semasa menyeru Allah dan dalam keadaan yang bersendiri (private). Al-A'raf 7: 205 وَاذْكُر رَّبَّكَ فِى نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْءَاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغٰفِلِينَ ● Dan sebutlah T...