Langkau ke kandungan utama

Iman

Iman

(Date written : 24 Jan 2014 - KAS )
(Last Update : 28 Jan 2014 - KAS )

Intromission
==========

Iman.

Bermaksud Percaya atau "believe".

Orang Beriman adalah Orang yang "Percaya".

Sebanyak sekurang-kurangnya 258 kali perkataan "AMANU" di sebut dalam Al Qur'an.

Terlampau banyak maka PERLU kita dalami apa maksud SEBENAR "Iman" dari Al Quran.

=======

Apa maksud Percaya

Aku percaya kat engkau.
Tak percaya aku kat engkau!

Percaya di atas adalah bererti "TRUST" dalam perbendaharaan English.

Kita melayu sama je:

"BELIEVE" maksud Percaya.
"TRUST" bermaksud Percaya.
"FAITH" bermaksud Beriman.  Beriman maksud Percaya.

Bahasa Melayu semua sama - PERCAYA.

Gua caya sama lu!

Mari lah kita tengok maksud IMAN yang Allah terangkan bila DIA sebut Beriman dalam Al Qur'an.

======

Percaya adalah Perbuatan Qalbu

Ianya bukan benda luaran. Benda luar atau perbuatan Lahiriah adalah cuma TANDA Iman sahaja dan bukan IMAN. Dan TANDA tidak semestinya MUTLAK.

Contoh orang selalu SOLAT adalah TANDA Orang Beriman. Tanda sahaja TAPI TAK SEMESTINYA MUTLAK orang Solat itu Beriman.

Mungkin JUGA Orang Solat itu TIDAK BERIMAN. Mungkin RAMAI orang Solat tapi tidak Beriman.

Orang Munafik Solat juga Tapi takde Iman.   Orang Munafik adalah LAHIRIAH ISLAM, BATIN KAFIR atau ENGKAR atau TIDAK BERIMAN. Zahir tak sama Batin - itu Munafik.

======

Maksud Percaya

Api itu sifatnya Membakar.

PERCAYA ?
Percaya.

Kalau Kulit kena Api dan Api sifatnya Membakar - maka Membakar pada Kulit apa jadi?

Sakit.

Percaya?

Budak kecik yang tak pernah sentuh api mungkin tak percaya. Sebab belum RASA. Kalau dah RASA sakit baru PERCAYA.

Maka maksud Percaya adalah YAKIN tentang Sifat sesuatu yang ada "Output" atau Hasil darinya yang kita dapat RASA.

Selagi tak RASA, maka kita TAK PERCAYA.   Atau, sekurang-kurangnya kita akan PERCAYA dengan melihat Tanda-tanda atau Kesan-kesan orang yang kulitnya terbakar kena api.

======

Kepada Apa yang kita Percaya ?  

Jawapan : Kepada sesuatu Yang BENAR.  

Ada ke orang yang percaya kepada sesuatu yang Batil (Tipu, Tak Benar) ?

Ada. Sebab JAHIL. Itu adalah di sebabkan orang tu tak TAHU itu adalah Batil. Kalau dia tau itu Batil dia takkan percaya.     Maka, PERCAYA mesti HANYALAH kepada APA atau SESIAPA yang BENAR sahaja.

Sesuatu yang TIDAK BENAR, takde orang nak PERCAYA.  

Itu sebab NAK PERCAYA kena TAHU mana satu Benar mana satu Batil.

Mana nak TAHU apa atau MANA yang BENAR ?

Kena cari ILMU. Kena TAHU.

Maknanya PREREQUSITE atau Aturan Sebelum dapat Percaya kena ada ILMU atau kena TAHU.

TAHU dan bezakan Yang Benar dengan Yang Batil.

Namun sekali lagi, bila dah TAHU tak semestinya PERCAYA.

Untuk dapat PERCAYA :


1) KENA RASA dulu baru PERCAYA.

2) Kena Dengar atau Tengok Tanda-tanda atau Kesan Sesuatu yang Bersifat sekian-sekian baru boleh PERCAYA.

Maka "sequence" dia mesti :

1) Tahu -->> Rasa -->> Percaya
atau
2) Tahu -->> Tengok/Dengar Tanda atau Kesan -->> Percaya  

=======

Macammana nak dapat ILMU

Belajar.

Belajar tu macammana ?

3 je cara :

1) Guna Pendengaran

2) Guna Penglihatan

3) Guna Fuad - untuk Paham dan RASA (FEEL).

An-Nahl : 78

   وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهٰتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْـًٔا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

● Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak MENGETAHUI sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan FUAD (AF`IDAH jamaknya), agar kamu bersyukur. ●

Al-Isra' : 36

   وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولٰٓئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْـُٔولًا

● Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai PENGETAHUAN (ILMU) tentangnya. Sesungguhnya PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan FUAD, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. ●

Ayat2 di atas menunjukkan KAITAN jelas Ilmu Pengetahuan dengan Pendengaran,  Penglihatan dan Fuad.

Takde cara lain. Ini yang Allah sebut berkali-kali dalam Al Qur'an iaitu Allah beri pendengaran,  penglihatan dan fuad. Kalau ada dari yang lain itu rantingnya dari 3 itu contohnya kulit deria sentuh. Ia pergi kepada Rasa - Fuad. Hidung deria Bau juga pergi kepada Rasa. Lidah deria "rasa" manis, masam dll juga kepada RASA.

Kepada apa pendengaran, penglihatan dan fuad kita nak guna ?

1) Dengar dan Lihat kepada orang yang Lebih TAHU  - (Cikgu, Guru, Ulama, Ustaz) tentang Ayat-ayat Al Qur'an DAN ayat-ayat (atau tanda-tanda) Wujud DIA (segala benda lain yang kita tengok dan belajar iaitu ciptaan Allah di langit dan bumi - apa sahaja, contoh biologi atau physics- itu kita belajar tanda-tanda Wujud Allah dan Kebesaran Nya).

Pembelajaran macam ni kita tak dapat selalu sebab kena pergi kelas dan sebagainya. Namun sekarang banyak ada recorded kelas kat YouTube dan takde salah
melihat dan mendengarnya. Tak paham, jangan ASSUME atau MENYANGKA-NYANGKA - pergi TANYA!!

Dan paling penting jangan belajar dari SORANG dua sahaja. Itu namanya SENGAL. Dan boleh jadi PUNCA ta'asub (fanatik). Selalunya orang ada guru sorang je ni sebab guru atau ustaz dia selalu menyalahkan orang lain. Contoh - Ayah Pin.

2) Dengar dan Lihat dari sumber yang boleh bersuara dan boleh di lihat dan di BACA terutama Ayat2 Al Qur'an DAN ayat-ayat (tanda-tanda) Allah.

SELALUNYA pembelajaran macam ni lebih baik dari yang pertama tadi. Kenapa ? Sebab SUMBER kita lagi banyak. Namun, tak semestinya. Sejam kita duduk dengan orang yang BENAR BERILMU dan GEMENTAR QALBU bila sebut atau ingat Allah -lebih baik dari baca berejam-jam.

Yang kedua ini kena Rajin MEMBACA. Sama jugak, kalau TAK PAHAM, Kaji dan Cari Jawapan kepada Soalan-soalan dalam Kepala. Tengok ayat-ayat yang Lain. Tak dapat paham lagi -  TANYA.

---------------- key note ---------------------
Bila kita BACA kita nak PAHAM. NAK PAHAM BETUL kita kena Terperinci dan DETAIL. Nak TERPERINCI kita kena KAJI. Kena baca SEMUA INFORMASI tentang sesuatu perkara barulah kita dapat FAKTA. Bila Kita MENGKAJI atau buat RESEARCH - BUAT deduksi dan bukan induksi.
------------------------------------------------

Deduksi adalah melihat keseluruhan Informasi tentang sesuatu perkara (kumpul Data) dan menyusunnya dan memahami keseluruhan Informasi itu sebelum membuat Kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa meletakkan SANGKAAN (ASSUMPTION) sendiri.

Contoh Taqwa - nak paham Taqwa yang Allah sebut 272 kali dalam Al Qur'an kena CARI dan FAHAM seluruh ayat Allah dalam Al Qur'an tentang TAQWA dan buat DEDUKSI tentang apa maksud TAQWA, dengan mengumpulkan kesemua info tentang TAQWA yang di sebutkan dan sedikit pun tidak meletak fikiran sendiri kepada DEFINASI TAQWA itu.

Induksi adalah baca satu atau dua ayat pasal TAQWA lepas tu TERUS mendefinasikan apa maksud TAQWA - inilah yang di sebut TAKWILAN. INI lah yang terjadi jika para Ustat atau yang di gelar Ulama buat dan mengajar kat orang. Dan orang lain pulak lagi jahil - ikut. Jadi, berhati - hati bila kita MENUNTUT dengan guru yang semacam ini.

Ramai orang yang BERGELAR USTAZ dan ULAMA tak layak Mengajar - sebenarnya (minta maaf saya berkata begini) :

Al-An'am : 116

   وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

● Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan MENYESATKAN mu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti PERSANGKAAN (ZHON) belaka, dan mereka tidak lain hanyalah BERDUSTA . ●

Kita kalau buat RESEARCH,  buat deduksi dari banyak SUMBER, kita adalah LEBIH BERILMU dari orang yang BERTALAQI dari sorang dua je USTAZ. Itu adalah FAKTA. Sebab tu banyak kita BERPUAK-PUAK sebab masing-masing mengatakan "ILMU" dia lagi betul dari puak lain sebab selalunya guru atau ustaz atau Ulama yang ego akan mengutuk atau mencemuh atau menyalahkan Ulama yang lain yang berlainan INFORMASI.

Murid2 pun ikutlah.

Pernah dengar "It is not the student but the teacher" ? (Bukan Muridnya tapi Gurunya")

------------ key note ----------------
Sebenarnya Informasi tak lengkap belum boleh dikatakan ILMU.
Data Collection tak cukup untuk Informasi menjadi Knowledge atau ILMU.

data -->> informasi -->> ilmu
(data -->> information -->> knowledge)
---------------------------------------------  

Benda AUDIO kita boleh Dengar.

Benda VISUAL kita boleh Lihat.

Dengar dan Lihat pergi kepada mana ?   Lapisan Diri yang di panggil SUDUR, QALBU,  FUAD dan LUBB.

Pada Lapisan Diri inilah PERGInya Dengar dan Lihat (dan rasa deria sentuh dan bau) itu untuk DI PROSES menjadi TAHU dan Faham.

Pemahaman kita berbeza bergantung samada ada kita "TERANG HATI" atau tidak. Melayu kita kalau budak cepat paham kita kata terang hati. Itu sebenarnya bermaksud - berbeza pemahaman pada lapisan diri yang berbeza. Maksud kat sini adalah pada tahap lapisan diri yang mana kita dapat RASA FAHAM tentang sesuatu Informasi.

Kalau RASA FAHAM kita di peringkat LUBB, itulah yang kita mahukan :

Ali 'Imran : 190

   إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang MEMPUNYAI LUBB (ULIL ALBAB), ●

Salah satu cara UTAMA belajar adalah dengan MEMBACA.

IQRA (BACALAH) adalah ARAHAN PERTAMA Allah dari WahyuNya.

Al-'Alaq : 1

   اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

● BACALAH dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan, ●

Dan banyak2 kalimat atau tulisan yang ada.pada dunia - YANG Paling Mulia dan Tinggi adalah Ayat-ayat Al Quran.

Al-Waqi'ah : 77

   إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ

● Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat MULIA, ●

Al-'Ankabut : 49

   بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam DADA (SUDUR) orang-orang yang diberi ILMU. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

Kita boleh BACA pelbagai buku2 lain KENAPA tidak kita BACA Ayat2 Al-Qur'an ?
Janganlah terpengaruh dengan Syaitan yang mengatakan TAK BOLEH BACA AL-QURAN tanpa Guru, nanti berguru dengan Syaitan. Sebab - tak kira siapa pun yang MELARANG membaca Al Quran tak kira apa sebab, orang itu sudah MEMBUAT ORANG takut baca Al Qur'an dan SAMPAI AJAL tak paham 6236 ayat-ayat Allah Yang Mulia.

Berjaya syaitan yang penuh Tipu Daya Menipu para Ustat-Ustat di luar sana untuk mengatakan demikian.

Kenapa saya kata orang yang BERKATA "tak boleh baca Al Qur'an tanpa Guru itu nanti berguru dengan Syaitan" itu Syaitan :

Senang je - supaya orang Takut Baca Al Qur'an.

Sedang kan, bila BACA AL QUR'AN - SYAITAN lah yang sebenarnya TAKUT dengan ayat-ayat Al-Quran. Syaitan lah yang berjaya memanipulasi orang untuk tidak baca Al-Qur'an.

Sebab - siapa tak baca Al-Qur'an - orang itu dapat Syaitan :

Az-Zukhruf : 36

   وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهُۥ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٌ

● Barangsiapa yang berpaling (YA'SYU) dari ZIKRIRRAHMAN (Al-Qur'an),  kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya (QARIN). ●

Lagi, dengan Ustat yang berkata begitu MENJADIKAN Al-Qur'an itu terpinggir dan tidak di endahkan :

Al-Furqan : 30

   وَقَالَ الرَّسُولُ يٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى اتَّخَذُوا هٰذَا الْقُرْءَانَ مَهْجُورًا

● Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". ●

Sangat BAHAYA kesan orang atau Ustat yang berkata sesuatu yang MENGAKIBATKAN Al-Qur'an jadi tidak di endahkan.

Sedangkan Allah berfirman :

Al-Qamar : 17

   وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

● Dan sesungguhnya telah Kami MUDAHKAN (YASSARNA) Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ●

Al-Qamar : 22

   وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

● Dan sesungguhnya telah Kami MUDAHKAN (YASSARNA) Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ●

Al-Qamar : 32

   وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

● Dan sesungguhnya telah Kami MUDAHKAN (YASSARNA) Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ●

Al-Qamar : 40

   وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

● Dan sesungguhnya telah Kami MUDAHKAN (YASSARNA) Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ●

Sampai 4 kali Ayat yang SAMA ALLAH sebut  - takkan nak kata Al-Qur'an susah nak paham lagi.

Allah kata DIA dah MUDAHKAN. Syaitan mana kata Al-Qur'an itu SUSAH nak Paham ? Dan tak boleh baca sendiri ?

Perintah Allah untuk BACA AL-QUR'AN :

Al-'Ankabut : 45

   اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

● BACALAH apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya ZIKRULLAH adalah lebih besar (keutamaannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ●

Perlu di ingat Al-Quran juga di panggil Az-ZIKRI. Membaca Al-Quran adalah CARA TERBAIK MENGINGAT ALLAH.

An-Nahl : 98

َإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءَانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّجِيمِ

● Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk (RAJIM). ●

JELAS sejelas-jelasnya dari ayat-ayat Allah di atas ALLAH menyuruh MEMBACA AL-QUR'AN dan SYAITAN lah yang menakut-nakutkan orang supaya tidak baca Al-Qur'an.

SUDAH JELAS ALLAH suruh BACA, ALLAH bagi CARA lagi iaitu MINTA PERLINDUNGAN DIA semasa Hendak Membaca Al-Quran dari Syaitan terkutuk.   Nak kata apa lagi? Dah sampai NYAWA kat Kerongkong MASIH nak berpegang lagi pada Syaitan yang kata "Jangan baca Quran nanti berguru dengan syaitan" ?

Nak jumpa Allah sedangkan yang Allah suruh BACA dan FAHAMkan kita tak buat-buat sebab ada orang SENGAL ikut Syaitan cakap macam tu ?

COME ON lah..

--------

Jangan sampai Allah MENGUNCI MATI ("sealed") Pendengaran dan Qalbu, dan MENUTUP ("veiled") Penglihatan kita sehingga kita tak boleh nak kenal kebenaran :

Al-Baqarah : 7

   خَتَمَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَعَلٰى سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلٰىٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

● Allah telah MENGUNCI-MATI (KHATAM) qalbu dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka DI TUTUP (GHISYAWAH). Dan bagi mereka siksa yang amat berat. ●

Bila kita jadikan HAWA sebagai tuhan, masa tu Allah kunci pendengaran dan qalbu, dan tutup penglihatan :

Al-Jasiyah : 23

   أَفَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُۥ هَوٰىهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلٰى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلٰى سَمْعِهِۦ وَقَلْبِهِۦ وَجَعَلَ عَلٰى بَصَرِهِۦ غِشٰوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِنۢ بَعْدِ اللَّهِ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

● Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan HAWA nya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah MENGUNCI MATI (KHATAM) pendengaran dan qalbunya dan meletakkan TUTUPAN (GHISYAWAH) atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? ●

Kalau dah jadi macam ni kita takkan PAHAM apa atau mana yang BENAR dan kita memang tak akan dapat BERIMAN. Sebab, nak beriman kena tahu dulu mana yang benar dan yang batil.

======

Apa itu Guru ?

Maksud Guru adalah Yang Mengajar.

Guru yang kita belajar pula belajar dari mana ?
Belajar dari Guru mereka dan juga dari sumber-sumber lain - kawan2 dia yang lebih Ilmu atau dari Buku2 atau Bahan2 bacaan atau bahan2 Audio dan Visual.

Apa yang di ajarkan dan apa yang kita belajar?

ILMU. (atau sekadar INFORMASI atau PENDAPAT)

Kekadang atau SELALUNYA Guru yang Mengajar menggunakan kitab-kitab atau bahan-bahan rujukan yang lain termasuk Kitab Al-Qur'an. KITAB2 itu adalah karangan Ulama-Ulama atau orang yang berilmu tentang apa yang di ketahuinya. Hanya Al-Qur'an yang di wahyukan oleh Allah dan ILMU tentang Al-Qur'an hanya Allah yang Paling Mengetahui.

Persoalan utamanya - kenapa LAIN GURU kekadang Lain apa yang di ajarkannya dan kekadang bertentangan dengan GURU LAIN yang mengajar benda sama ?

Kerana BERLAINAN INFORMASI maka Berlainan KEFAHAMAN. Maka masing2 merasakan itulah ILMU tentang sesuatu.   Sedangkan TIDAK begitu. ILMU tidak begitu. ILMU sifatnya boleh dibuktikan dengan Hujah-hujah yang paling banyak.

Pendapat pula hanya boleh bertahan dengan satu dua hujah sahaja TETAPI bila ada hujah lain yang lebih kuat akan dapat mematahkan hujah pendapat itu. Di sinilah TIMBUL MASALAH. Bila orang atau Guru atau Ulama tidak dapat MENERIMA yang hujahnya lebih lemah dari hujah orang/Ustaz/Guru/Ulama lain.

Ego atau HAWA telah menguasai diri sehingga MASIH mempertahankan PENDAPAT mereka walau terbukti hujah dah tidak kuat.

Kenapa ?

Pengikut atau murid sudah ramai! Jatuh standard. Mana boleh kalah! Aku kan Ustaz yang di kenali ramai...

Guru-guru yang semacam ini bukan nak mengajar ILMU yang BENAR. Mereka sebenarnya mahu orang MENGIKUT mereka dan bukan membawa orang MENGIKUT ILMU yang BENAR dan membawa orang kepada mengenal dan MENG ESA KAN ALLAH.

Ini sangat BAHAYA dan ALLAH amat melarang :

Ali 'Imran : 79

   مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّى مِن دُونِ اللَّهِ وَلٰكِن كُونُوا رَبّٰنِيِّۦنَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

● Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi PENGABDI-PENGABDIKU bukan pengabdi Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang RABBANI, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. ●

Rasul pun Allah larang untuk menyeru orang ikut dia - apatah lagi para Ustaz atau Ulama.

--------

Sebenarnya siapakah Guru sebenar ? Iaitu Yang Mengajar sebenarnya ?

Yusuf : 68

   وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِى عَنْهُم مِّنَ اللَّهِ مِن شَىْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِى نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضٰىهَا ۚ وَإِنَّهُۥ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنٰهُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

●... Dan sesungguhnya dia (Yaaqub) mempunyai pengetahuan, kerana Kami telah MENGAJARKAN ('ALLAMNAHU) kepadanya. Akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. ●

Al-Baqarah : 31

   وَعَلَّمَ ءَادَمَ الْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ

● Dan Dia MENGAJARKAN ('ALLAMA) kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!" ●

Al-'Alaq : 4

   الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

● Yang MENGAJAR ('ALLAMA) dengan perantaraan kalam (pena), ●

Al-'Alaq : 5

   عَلَّمَ الْإِنسٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

● Dia MENGAJAR ('ALLAMA) kepada manusia (INSAN) apa yang tidak diketahuinya. ●  

Dari ayat - ayat Allah di atas JELAS pada kita Allah lah sebenarnya YANG MENGAJAR - semua ILMU yang ada adalah ILMU DIA. Kalau orang lain punya ILMU, orang lain yang mengajar, itu namanya MENYAMPAIKAN.

Namun, Rasul atau Utusan Allah juga di sebut Mengajar - namun yang perlu kita fahami bahawa Rasul hanya MENYAMPAIKAN (BALLAGH, TABLIGH) apa yang Allah Wahyukan Sahaja - bukan pendapat mereka sendiri :

Al-Baqarah : 151

   كَمَآ أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِّنكُمْ يَتْلُوا عَلَيْكُمْ ءَايٰتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

● Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan MENGAJARKAN kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta MENGAJARKAN kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. ●

Yunus : 15

   وَإِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ ءَايَاتُنَا بَيِّنٰتٍ ۙ قَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا ائْتِ بِقُرْءَانٍ غَيْرِ هٰذَآ أَوْ بَدِّلْهُ ۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنْ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلْقَآئِ نَفْسِىٓ ۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحٰىٓ إِلَىَّ ۖ إِنِّىٓ أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّى عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

● Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami berkata: "Datangkanlah Al Quran yang lain dari ini atau gantilah dia". Katakanlah: "Tidaklah patut bagiku menggantinya dari pihak diriku sendiri. Aku tidak MENGIKUT kecuali apa yang DIWAHYUKAN kepadaku. Sesungguhnya aku takut jika mendurhakai Tuhanku kepada siksa hari yang besar (kiamat)". ●

Al-Ma'idah : 67

   يٰٓأَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُۥ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْكٰفِرِينَ

● Hai Rasul, SAMPAIKAN LAH apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak MENYAMPAIKAN amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. ●  

Sekarang - Perhatikan kata2 ini -
"huih.. Ustat so n so TINGGI ILMU dia.. Jangan main-main"
"saya (seorang Ustaz) berhujah dengan Ustaz tersebut.. Kalah dia" (ada kalah menang macam pertandingan)
"mufti tu terlampau pandai. ." kata seorang mufti yang lain (ayat MENYINDIR)  

Kenapa semua ni terjadi ?

Perhatikan ayat Allah di bawah :

Al-Baqarah : 213

   كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وٰحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّۦنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتٰبَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ ۚ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْهُمُ الْبَيِّنٰتُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۖ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِۦ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

● Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka PERSELISIHKAN. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana RASA DENGKI antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang
beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. ●

Ali 'Imran : 19

   إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلٰمُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايٰتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

● Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada BERSELISIH orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang PENGETAHUAN kepada mereka, kerana KEDENGKIAN di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. ●

Asy-Syura : 14

   وَمَا تَفَرَّقُوٓا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلٰىٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِىَ بَيْنَهُمْ ۚ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتٰبَ مِنۢ بَعْدِهِمْ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ

● Dan mereka tidak berpecah belah, kecuali setelah datang pada mereka ILMU
PENGETAHUAN, kerana KEDENGKIAN di antara mereka. ... ●

Al-Jasiyah : 17

   وَءَاتَيْنٰهُم بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْأَمْرِ ۖ فَمَا اخْتَلَفُوٓا إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِى بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

● Dan Kami berikan kepada mereka bukti yang nyata dari AMR; maka mereka tidak BERSELISIH melainkan sesudah datang kepada mereka PENGETAHUAN kerana KEDENGKIAN yang ada di antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka selalu berselisih padanya. ●

Dari ayat di atas jelaslah bahawa yang bergelar Ustaz atau Ulama  yang suka berpuak-puak dan mengatakan mereka lebih betul dari puak lain itu "mengajar" untuk orang menjadi pengikut dia dan bukan MENGAJAR ILMU untuk KEBENARAN.

Mereka sudah RASA DENGKI dengan orang lain yang MEMBAWA ILMU YANG BENAR.

Al-An'am : 159

  إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ ۚ إِنَّمَآ أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi BERPUAK-PUAK, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya AMR mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. ●

Di sini Kesimpulan mengapa terjadi pelbagai PERBEZAAN dan Berpuak-puak :

1) Ego seorang yang bergelar Ulama atau Ustaz.

2) RASA DENGKI kepada Ulama yang lain.

3) RASA diri dah terlampau BANYAK ILMU. Maka mulalah MENTAKWILKAN sendiri :  

Ali 'Imran : 78

   وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُۥنَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتٰبِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

● Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata DUSTA terhadap Allah sedang mereka MENGETAHUI. ●  

======

Kepada Apa atau Siapa Iman dalam Al Qur'an ?

Iman dalam Quran adalah PERCAYA kepada :

1) Allah
2) Malaikat-malaikat
3) Kitab-kitab
4) Rasul-rasul
5) Hari Akhirat
6) Qadha dan Qadar.

Ini terdapat dalam Al Quran sendiri (kena kumpul semuanya dan buat deduksi) dan ada Hadis Sahih yang menyimpulkannya. Dan rasanya hampir semua orang Islam mengetahuinya.

Tahu sahaja MUNGKIN tak paham Betul. Dan Tahu tak sama dengan Percaya.
Mengapa Rukun Iman hanya 6 ?

Jawapan : Yang Benar dalam segala hal - hanya yang 6 itu dan yang datang dari yang 6 itu.

Kita kena PERCAYA kepada Yang Benar sahaja.

Jika datang sesuatu perkara yang LAIN dari yang 6 itu, atau yang bukan BERSUMBER dari yang 6 itu - ianya  Batil atau Kesahihan atau Faktanya boleh di persoalkan.

Contoh Physics - jika conclusion nya SAMA macam apa yang dari Quran - maka ia benar atau yang sebenarnya ia cuma menyokong hujah yang dari yang 6 itu.   Jika hasil kajian physics tidak selari atau menyokong apa yang ada dalam Al Qur'an - maka ianya BATIL atau tertolak.

Kalau kita perhatikan balik betul2 - dalam banyak2 yang kita tengok,  yang BENAR cuma yang 6 ini sahaja?

Yes Sir.

Cukup ?
Cukup.

Pada orang yang FAHAM dan BERILMU.   Pengertian Qadha dan Qadar itu sendiri adalah KEBENARAN yang MERANGKUMI segala sesuatu yang Allah ciptakan yang ramai orang tak paham.

Qadha bermaksud menetapkan (ketetapan) Qadar bermaksud melaksanakan (perlaksanaan)

Beriman kepada Allah yang MENETAPKAN segala sesuatu dan Allah yang MELAKSANAKAN segala sesuatu.

LUAS.
Jangan sempitkan dengan "eeh ... persoalan Qadha dan Qadar tak boleh nak cerita lebih2 - " . Orang yang TAK PAHAM belajar dari Ustat yang TAK paham akan berkata begitu.

======

Apa TANDA Iman

Jawapan nya : Amal Soleh.

Itu tandanya. Tapi tak semestinya.

58 kali dalam Al Qur'an di sebut gandingan ALLAZINA AMANU WA 'AMILUS SOLIHAT.   Walaupun itu TANDAnya - namun masih tidak MUTLAK.

SEBAB Orang Yang "KELIHATAN" Beramal Soleh juga TIDAK SEMESTINYA BERIMAN.

Ianya cuma di sebut LAZIM.

LAZIMnya orang Beramal Soleh,  adalah TANDA orang Beriman.

Namun, IMAN dan AMAL SOLEH adalah gandingan yang selalu di sebut dalam Al Qur'an yang melengkapi satu sama lain yang menjadikan orang itu BERTAQWA.

Ar-Ra'd : 29

   الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ طُوبٰى لَهُمْ وَحُسْنُ مَـَٔابٍ

● Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik. ●

Ibrahim : 23

   وَأُدْخِلَ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ ۖ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلٰمٌ

● Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam". ●

Al-Kahf : 88

   وَأَمَّا مَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صٰلِحًا فَلَهُۥ جَزَآءً الْحُسْنٰى ۖ وَسَنَقُولُ لَهُۥ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا

● Adapun orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, maka baginya ganjaran yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya yang mudah dari AMR (Pelaksana Arahan) kami . ●

Al-Kahf : 107

   إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, ●

======

Dari mana kita belajar apa maksud Iman?   Siapa ajar kita ?

Allah yang mengajar melalui Wahyu Nya :

Asy-Syura : 52

   وَكَذٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا الْكِتٰبُ وَلَا الْإِيمٰنُ وَلٰكِن جَعَلْنٰهُ نُورًا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلٰى صِرٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

● Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ROH dari AMR Kami (RUHAN MIN AMRINA). Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula MENGETAHUI APAKAH IMAN itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar di beri petunjuk kepada jalan yang lurus. ●

======

Maksud Iman dalam Al Qur'an

"Orang Beriman Gementar Qalbu bila sebut Allah."

Di dalam Al Qur'an ada banyak definasi atau ciri-ciri Orang Beriman di sebut, namun yang paling MENONJOL dan UTAMA adalah :  

Al-Anfal : 2

ِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

● Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut (ingat - ZUKIRALLAH) Allah GEMENTARlah QALBU mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●

Al-Anfal : 3

   الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ

● (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. ●

Al-Anfal : 4

   أُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُمْ دَرَجٰتٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

● Itulah orang-orang yang beriman dengan SEBENARnya. Mereka memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan keampunan serta rezeki yang mulia. ●

Ayat ini hampir sempurna mendifinasikan Iman sebab ada ayat "ITULAH maksud BERIMAN dengan SEBENAR NYA (HAQ)".   Gementar Qalbu.

Bila sebut atau ingat Allah.

Allah.
ALLAH!

Rasa ?

Kalau tak rasa, maka kita TAK BERIMAN dengan SEBENAR NYA.

Macammana nak mengadap Allah di hari kemudian ?

Ayat di atas dengan JELAS menunjukkan yang IMAN itu memang MESTI SAMPAI DAPAT RASA. Juga IMAN itu boleh BERTAMBAH.

Macammana ? Bila baca ayat2 Allah.

RASA apa tu.

RASA Gementar. (bila sebut atau ingat Allah)

Kat mana ? QALBU. (sebagaimana ayat 2 surah Al- Anfal)

QALBU tu apa ?

Lapisan DIRI yang DAPAT RASA.

Berapa lapis DIRI kita ada ?
4 seperti yang Al Quran sebut : SUDUR, QALBU,  FUAD dan LUBB.

Lapisan ni macammana? KUIH LAPIS ke ? Bukan.

Ia bukan yang kita boleh nampak, ianya di Alam lain atau Alam bukan Alam 3 Dimensi kita.

Ianya berlapis dalam erti kata BERTINDIH-TINDIH secara "parallel" namun Lapisan yang Lebih Luar tidak dapat Melihat Lapisan Lebih Dalam. Ada Pintu yang Boleh Kunci tutup dan buka untuk pergi ke lapisan lebih dalam.

An-Nahl : 108

    أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلٰى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصٰرِهِمْ ۖ وَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْغٰفِلُونَ

● Mereka itulah orang-orang yang qalbu, pendengaran dan penglihatannya telah DI KUNCI mati (THOBA'A) oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai. ●

Kalau dah di kunci - tak boleh pergi ke lapisan lebih dalam.  

IMAN mesti RASA. Atau, sekurang-kurangnya MENYAKSIKAN atau NAMPAK tanda-tanda atau kesan-kesan SIFAT atau PERBUATAN sesuatu yang BENAR.

Kalau tak RASA kita tak PERCAYA.

Contoh nya sesiapa yang Tak Rasa Api tu panas dan sifatnya Membakar dan kalau Kena Kulit dapat RASA sakit sebab terbakar.

Iman yang tak RASA itu bukan iman.

Percaya yang tak RASA itu TAHU.

Pasal orang cakap atau baca maka itu hanya TAHU. Siapa tak pernah kena api hanya TAHU dari mulut orang atau bacaan bahawa api itu membakar dan sakit kalau kena kulit. Dia tidak semestinya Percaya dan Selalunya TAK PERCAYA sehingga dia RASA. Dah rasa baru percaya.

Begitulah IMAN. Selagi tak RASA maka kita TAK BERIMAN. Atau, Selagi tidak MENYAKSIKAN atau NAMPAK tanda-tanda atau kesan-kesan sesuatu yang BENAR.

Dan, Yang Paling BENAR adalah ALLAH AL-HAQ.

=======

Apa kesan PERCAYA

Orang Percaya dengan Orang tak Percaya tentang sesuatu hal akan mengakibatkan Tindakan atau Amal yang berbeza "reaktif" terhadap sesuatu itu.

Dan sesuatu itu pula terkait Sifat sesuatu itu.

Contoh Api lagi. Orang yang Tak percaya api itu membakar dan kalau kena kulit dapat RASA sakit, maka kalau kita nyalakan api dan bawa api dekat dia, dia tak takut. Dan dia tak BERTINDAK untuk mengelak atau lari dari api itu. Orang yang PERCAYA sifat api dia BERTINDAK lari menyelamatkan diri.

Percaya dengan Tak Percaya membuatkan TINDAKAN kita berbeza.

=======

Ilmu dulu baru Iman

Ilmu berada di lapisan SUDUR :  

Al-'Ankabut : 49

   بَلْ هُوَ ءَايٰتٌۢ بَيِّنٰتٌ فِى صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايٰتِنَآ إِلَّا الظّٰلِمُونَ

● Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di DALAM DADA (SUDUR) orang-orang yang diberi ILMU. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim. ●

IMAN berada di lapisan QALBU (lebih dalam dari SUDUR). Iman tidak duduk pada lapisan SUDUR, iaitu LAPISAN DIRI yang penuh dengan HAWA, SYAHWAT dan bisikan syaitan. Pada lapisan SUDUR, untuk mengalahkan HAWA, SYAHWAT dan SYAITAN, kita WAJIB mencari ILMU untuk mengenal mana yang BENAR dan mana yang BATIL. Kemudian baru IMAN boleh masuk ke dalam lapisan QALBU dengan izin Allah :

Al-Hujurat : 14

   قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

● Orang-orang Arab itu berkata: "Kami telah BERIMAN". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah BERSERAH (ASLAMNA)', karena IMAN itu belum masuk ke DALAM QALBU MU; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun ganjaran amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". ●  
=======

End of Mission

Jadi apa kena buat pasal Iman ni ?

Jawapan : Nak Beriman ke tak?

Kalau betul nak beriman,  tengok lah makna beriman dari FAKTA Al Quran.   Banyak di sebut dalam Al Qur'an namun yang utama adalah RASA GEMENTAR QALBU bila di sebut Allah.

Usaha lah sampai kita RASA GEMENTAR QALBU bila sebut Allah.

"Usaha" macammana tu ? Dengan tanam Niat dan Azam yang betul.

Dan dapat kan ILMU. Untuk mengenal yang BENAR.

TERUTAMA MENGENAL ALLAH dan SIFAT-SIFATNYA.

Tahu dah Allah itu siapa tapi apsal tak RASA GEMENTAR ?

TAHU yang TAK RASA.

Tahu yang Tak Rasa adalah TAHU yang tidak sempurna.

Maknanya Informasi tidak lagi menjadi ILMU atau Pengetahuan.

Mungkin kita masih tak mengenali apa yang Benar dan apa yang Batil.

Tahu -->> Rasa -->> Iman

Atau sekurang - kurangnya

Tahu -->> Saksi atau Nampak Tanda -->> Iman

Cari lagi ILMU sambil usaha atas RASA SEDAR diri.

Carilah ILMU sehingga kita  RASA ALLAH itu Wujud.

Bagaimana nak Rasa Allah itu wujud?

Allah Al-'Alim.

End.

=======


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA