Langkau ke kandungan utama

Apasal Ketawa ? Apsal Menangis ?

Apasal Ketawa ? Apsal Menangis ?

(Date written : 04 Jul 2014)

Ada benda yang menggelikan hati kita - maka kita ketawalah !


Juga ada benda sedih kepada hati kita, maka kita Menangis lah!

Iye ke ?

Kita nak ketawa maka kita dapat ketawa ke  ?

Kita nak menangis maka dapat menangis ke ?

=====

Allah Muhitho  (MELIPUTI) Segala Sesuatu.

BUKAN sahaja Allah Menghidupkan dan Mematikan,  Menciptakan dan Memberi kita MAKAN seperti dalam Ayat2 Allah di dalam Al-Quran, ketahuilah bahawa Allah juga mengatakan :

An-Najm : 43

وَأَنَّهُۥ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكٰى

● dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, ●

Maka sedarlah wahai diri.

Nak ketawa dan menangis pun kita TIDAK DAPAT BUAT SENDIRI. Ada HU (DIA) yang MEMBUATNYA.

ITU maksud ayat ini - maka GEMENTARLAH wahai Qalbu.

Perbuatan NYA itu ESA. NYATA NYA pada kita.

=====
End.

Allah Al-'Alim.


=====

Ulasan