Langkau ke kandungan utama

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran (2)

Beza Luh Mahfuz dengan Al-Quran (2)

(Date written : 25 Apr 2015)
(Last update : 26 Apr 2015)

Artikel ini adalah sambungan dari -

http://cahayapalingbaik.blogspot.com/2015/04/beza-luh-mahfuz-dengan-al-quran.html?m=1

Rumusan dahulu :

1) Al-Quran adalah Kitab yang Menjelaskan (Kitabun Mubin).

2) Al-Kitab adalah Quran yang Menjelaskan (Mubin).

3) Luh Mahfuz adalah Tempat Tersimpan data atau informasi yang Sangat Terpelihara.

4) Di dalam Luh Mahfuz ada Ummul Kitab, iaitu Al-Kitab yang Menjelaskan (Mubin).

5) Al-Quran yang TERANG (BAYYINAT) TERSIMPAN di dalam SUDUR atau MINDA Orang-orang yang FAHAM (iaitu Di beri ILMU - UTUL 'ILMA).

6) Sebahagian Luh Mahfuz adalah MEMORI dalam MINDA tempat Tersimpannya Al-Kitab dan juga Al-Quran.

7) Al-Quran, dan Kitab-kitab Wahyu yang lain (contoh LUH TAURAT Nabi Musa) adalah Kitab YANG MENJELASKAN (BAYAN/MUBIN) segala sesuatu (KULLI SYAI'IN) Secara Terperinci (TAFSIL), dari sekecil-kecil zarah kepada sebesar-besar alam, dari langit dan bumi.

Al-A'raf : 145

وَكَتَبْنَا لَهُۥ فِى الْأَلْوَاحِ مِن كُلِّ شَىْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلًا لِّكُلِّ شَىْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُوا بِأَحْسَنِهَا ۚ سَأُورِيكُمْ دَارَ الْفٰسِقِينَ

● Dan telah Kami MENETAPKAN ("Ordained" - KATABNA) untuk Musa pada LUH-LUH (AL-ALWAAH) segala sesuatu sebagai pelajaran dan PENJELASAN TERPERINCI BAGI SEGALA SESUATU;

8) Ummul Kitab pula ADA DATA tentang kejadian segala sesuatu, sebelum sesuatu berlaku dan setelah sesuatu berlaku dari sekecil-kecil zarah kepada sebesar-besar perkara = segala sesuatu.

-------

8) Maksud AL-QURAN itu TERPERINCI (FUSS°ILAT)

Mari kita perhatikan firman Allah :

Fussilat : 3

كِتٰبٌ فُصِّلَتْ ءَايٰتُهُۥ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

● Kitab yang TERPERINCI (FUSS°ILAT) ayat-ayatnya, yakni bacaan (QUR`AN) dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, ●

Hud : 1

الٓر ۚ كِتٰبٌ أُحْكِمَتْ ءَايٰتُهُۥ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

● Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya di sempurnakan serta DI PERINCIKAN (FUSS°ILAT), yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Menyedari (AWARE - KHABIIR), ●

Al-An'am : 114

أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِى حَكَمًا وَهُوَ الَّذِىٓ أَنزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتٰبَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ ءَاتَيْنٰهُمُ الْكِتٰبَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُۥ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

● Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan TERPERINCI ? (MUFASS°OLA) .. ●

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran, JELAS kepada kita bahawa DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN memang sudah DETAIL atau TERPERINCI penerangan tentang segala sesuatu.

9) Maksud SEGALA SESUATU DI TULIS dalam AL-KITAB.

Al-An'am : 59

وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِى ظُلُمٰتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci / pembuka (MUFATIH) semua yang GHAIB; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan DIA MENGETAHUI apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam KITAB YANG MENJELASKAN (KITABIN MUBIN)" ●

Yunus : 61

وَمَا تَكُونُ فِى شَأْنٍ وَمَا تَتْلُوا مِنْهُ مِن قُرْءَانٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ ۚ وَمَا يَعْزُبُ عَن رَّبِّكَ مِن مِّثْقَالِ ذَرَّةٍ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَلَآ أَصْغَرَ مِن ذٰلِكَ وَلَآ أَكْبَرَ إِلَّا فِى كِتٰبٍ مُّبِينٍ

● Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari PENGETAHUAN Tuhanmu biarpun sebesar ZARRAH (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih BESAR dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam KITAB YANG MENJELASKAN (KITABIN MUBIN). ●

Deduksinya adalah ILMU ALLAH itu ada dalam UMMUL KITAB atau Al-Kitab.


10) Beza PERINCIAN dengan SEGALA SESUATU di CATAT/TULIS.

Di dalam LUH MAHFUZ (TEMPAT SIMPANAN DATA TERPELIHARA) ada Ummul Kitab dan ada juga Al-Quran. Maknanya Al-Quran adalah sebahagian (subset) dari UMMUL Kitab.

Ummul Kitab ada DATA dan INFORMASI atau CATATAN atau TULISAN tentang SEGALA KEJADIAN yang akan berlaku dan TELAH BERLAKU.

Semua KEJADIAN tentang SEGALA PERKARA ada DI TULIS/ DI CATAT menjadi DATA atau INFORMASI yang TERSIMPAN di TEMPAT TERPELIHARA iaitu LUH MAHFUZ.

Al-Quran pula adalah PENJELASAN TERPERINCI akan SETIAP KEJADIAN yang AKAN BERLAKU dan TELAH BERLAKU tersebut.

Kedua-duanya ADA tertulis / tercatat di dalam LUH MAHFUZ.

1) Data tentang segala kejadian secara TIMELESS atau Tidak berwaktu (sebelum, sekarang atau selepas sekarang). - AL-KITAB atau UMMUL KITAB
2) Penerangan TERPERINCI tentang segala sesuatu. - Al-Quran, Taurat dan semua Kitab-kitab Wahyu.


Sebagai Contoh :

Kejadian Malam dan Siang.

Setiap silih ganti Malam dan Siang ada TERTULIS dalam Ummul Kitab dan PROSES ini akan BERJALAN sehingga Kiamat. Apa sahaja yang akan berlaku dan telah berlaku ada DI TULIS dalam Ummul Kitab Atau AL-KITAB dan ianya bersifat BERULANG-ULANG dan Hampir MENYERUPAI sifat dan keadaan nya atau keterangan tentangnya.

Inilah maksud Al-Kitab adalah Quran yang Menjelaskan - Al-Hijr:1.

Dan Penerangan tentang Kejadian Silih berganti Malam dan Siang di JELASKAN DENGAN TERPERINCI dalam Al-Quran.

Maksud perincian :
a) Menjelaskan apa itu Malam dan Siang (Menjawab soalan WHAT)
a) Objektif atau Tujuan Malam dan Siang di jadikan. (Menjawab soalan WHY)
b) Bagaimana Malam dan Siang di jadikan (Menjawab soalan HOW)
c) Siapa yang atau Objek mana yang kena buat ? (Menjawab soalan WHO)
d) Bila kejadian Malam dan Siang (Menjawab soalan WHEN).

Dan ada berpuluh-puluh ayat yang menceritakan kejadian Malam dan Siang di dalam Al-Quran.

Inilah maksud Al-Quran adalah BUKU atau Tulisan-tulisan yang Berinformasi (Kitab) Yang Menjelaskan - An-Naml:1.

11) LUH MAHFUZ adalah TEMPAT SIMPANAN DATA yang DI PELIHARA. Sebahagiannya di MINDA manusia yang DI BERI KEFAHAMAN iaitu ILMU.

Maksudnya, Ayat-ayat Al-Quran itu DI INGAT dan ada DALAM MEMORI MINDA orang BERILMU atau orang yang FAHAM.

12) Ni soalan TERPENTING - Adakah segala sesuatu KEJADIAN yang di tulis atau tercatat itu ada dalam MINDA orang yang di beri ILMU ?

Maksudnya Bukan Ayat-ayat Al-Quran sahaja yang ada dalam MINDA orang Berilmu ?

Jawapannya berdasarkan DEDUKSI ayat-ayat Al-Quran :

Juga ADA tetapi BUKAN semua, HANYA sedikit sahaja isi UMMUL KITAB itu di berikan kepada UTUL 'ILMA itu.

Contoh-contoh orang yang di sebut mendapat ILMU dari KITAB :

Di riwayatkan sebagai Nabi Khidir :

Al-Kahf : 65

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا

● Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ILMU dari SISI KAMI (MIN LADUNNA 'ILMA). ●

Di riwayatkan sebagai Asif Barkhiya :

An-Naml : 40

قَالَ الَّذِى عِندَهُۥ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِىٓ ءَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ

● Berkatalah seorang rapat di sisi nya (Nabi Sulaiman), yang mempunyai ILMU DARI AL-KITAB ('ILMU MIN AL-KITAB): "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). .. ●

Apakah sama ILMU DARI SISI KAMI dengan ILMU dari AL-KITAB ?

Al-Hajj : 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمَآءِ وَالْأَرْضِ ۗ إِنَّ ذٰلِكَ فِى كِتٰبٍ ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

● Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah MENGETAHUI apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat DALAM sebuah KITAB. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. ●

SEGALA ILMU ALLAH ada di dalam AL-KITAB.

Berapa banyak ILMU ALLAH  yang ada dalam AL-KITAB tersebut ?

Al-Kahf : 109

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِۦ مَدَدًا

● Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". ●

Infiniti = itulah ILMU ALLAH yang TERTULIS di dalam UMMUL KITAB.

ILMU di Sisi Allah itu ada di Dalam Al-Kitab.

Kedua-dua contoh manusia di atas - adalah contoh orang-orang yang UTUL 'ILMA dari AL-KITAB atau ILMU dari sisi NYA.

KESIMPULAN 

13) Apakah LUH MAHFUZ itu ? 

a) Ianya adalah Tempat Simpan segala DATA, INFORMASI atau KALIMAT-KALIMAT atau TEMPAT SIMPAN AL-KITAB.

b) Subset kepada Al-Kitab itu adalah Al-Quran. Maknanya sebahagian KECIL ayat-ayat Al-Kitab itu adalah AL-QURAN yang menjelaskan SEGALA isi AL-KITAB.

c) Segala ILMU ALLAH ada di dalam Al-KITAB.

d) Al-Kitab ada di dalam LUH MAHFUZ.

e) Sebahagian LUH MAHFUZ itu adalah SUDUR atau MINDA orang UTUL 'ILMA.

f) Namun, di dalam sebahagian LUH MAHFUZ orang yang di beri KEFAHAMAN atau ILMU itu atau di dalam MINDA orang yang di beri ILMU itu - BUKAN semua DATA atau INFORMASI itu dapat DI FAHAMI kecuali ayat-ayat Al-Quran atau beberapa informasi yang Allah nak beri kefahaman kepada beberapa orang sahaja.

- bersambung-


====
End.

Allah Al-Khabir.

====





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA