Langkau ke kandungan utama

Zaman Nabi Yusuf dan Pemerintahnya

(Tarikh ditulis : 18 Dec 2016)
(Tarikh dikemaskini : 24 Dec 2016)

1) Cerita di zaman Nabi Yusuf, di mana dia dilantik menjadi Bendahara Negara :

Yusuf : 54

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِى بِهِۦٓ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِى ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُۥ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ

● Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku". Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami". ●

Yusuf : 55

قَالَ اجْعَلْنِى عَلٰى خَزَآئِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌ

● Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan / 'Treasuries' (KHAZAA`IN) negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan". ●

Yusuf : 56

وَكَذٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِى الْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَآءُ ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَآءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

● Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. ●

2) Persoalan utamanya : Adakah Raja yang memerintah (dipercayai) Mesir tatkala itu beriman dan menegakkan Undang-undang atau Hukum-hakam Allah ?

Yusuf : 37

قَالَ لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِۦٓ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِۦ قَبْلَ أَن يَأْتِيَكُمَا ۚ ذٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِى رَبِّىٓ ۚ إِنِّى تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُم بِالْءَاخِرَةِ هُمْ كٰفِرُونَ

● Yusuf berkata: "Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan MILLAH orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian. ●

Yusuf : 38

وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ ءَابَآءِىٓ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْحٰقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا كَانَ لَنَآ أَن نُّشْرِكَ بِاللَّهِ مِن شَىْءٍ ۚ ذٰلِكَ مِن فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

● Dan aku pengikut MILLAH bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). ●


Al-Mu'min : 34

وَلَقَدْ جَآءَكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ بِالْبَيِّنٰتِ فَمَا زِلْتُمْ فِى شَكٍّ مِّمَّا جَآءَكُم بِهِۦ ۖ حَتّٰىٓ إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ لَن يَبْعَثَ اللَّهُ مِنۢ بَعْدِهِۦ رَسُولًا ۚ كَذٰلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ مُّرْتَابٌ

● Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu. ●

Al-Mu'min : 35

الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِىٓ ءَايٰتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطٰنٍ أَتٰىهُمْ ۖ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ وَعِندَ الَّذِينَ ءَامَنُوا ۚ كَذٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلٰى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

● (iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang. ●

Berdasarkan ayat-ayat Allah di atas, jelas bahawa Rasul Nabi Yusuf tidak mengamalkan MILLAH mereka tetapi mengikuti MILLAH Nabi Ibrahim, diikuti Nabi Ishak dan Nabi Yaaqub; iaitu DEEN yang HANIF (TELUS) yang tidak MENSYIRIKKAN ALLAH sebagai Yang Menetapkan DEEN dan itulah DEENUL HAQ iaitu ISLAM, dan sudah menyampaikan Risalah atau Wahyu Allah kepada mereka, termasuk kepada Raja dan Pembesar-pembesarnya dan mereka masih ragu-ragu, maknanya mereka TIDAK BERIMAN.


3) Jika mereka tidak beriman maka undang-undang atau hukum-hakam  atau sistem kehakiman atau sistem pengadilan Allah tidak mungkin di laksanakan.

Yusuf : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

● Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya menurut undang-undang / cara hidup (DEEN) raja (AL-MALIK), kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. ●

Makanya, berdasarkan firman Allah di atas, tentang perlaksanaan Undang-undang Pemerintah yang tidak beriman, ianya tidak semestinya patut di lakukan.

4) Namun Nabi Yusuf di beri kuasa Pembesar atau Menteri dan dapat menguasai sebahagian kerajaan.

Yusuf : 78

قَالُوا يٰٓأَيُّهَا الْعَزِيزُ إِنَّ لَهُۥٓ أَبًا شَيْخًا كَبِيرًا فَخُذْ أَحَدَنَا مَكَانَهُۥٓ ۖ إِنَّا نَرٰىكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

● Mereka berkata: "Wahai Al Aziz (Pembesar), sesungguhnya ia mempunyai ayah yang sudah lanjut usianya, lantaran itu ambillah salah seorang diantara kami sebagai gantinya, sesungguhnya kami melihat kamu termasuk oranng-orang yang berbuat baik". ●

Yusuf : 101

رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِى مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِى مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى الدُّنْيَا وَالْءَاخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِى مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِى بِالصّٰلِحِينَ

● Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh. ●

5) Berikut adalah deduksi yang dapat di keluarkan menerusi pengajaran dari cerita Rasul Nabi Yusuf di dalam Al-Quran :


a) Meskipun Pemerintah yang menguasai sesuatu Kerajaan itu tidak beriman, orang yang beriman masih boleh bekerja dan menjadi Pembesar atau Menteri yang berkuasa terhadap sesuatu jabatan. Contohnya Rasul Nabi Yusuf menguasai Perbendaharan atau 'Treasury Department'. Sesetengah negara menyebutnya sebagai Kementerian Kewangan.

b) Namun, Pemerintah yang menguasai Kerajaan tersebut hendaklah memberi kuasa autonomi kepada sesiapa yang di anggap AHLI dalam Bidangnya. 'Aku adalah orang yang pandai Menjaga lagi Berpengetahuan' dan 'Berkedudukan dan berkuasa menjelajah seluruh negeri'. Maknanya, orang beriman yang berjawatan Pembesar atau Menteri itu tidak tertakluk untuk melaksanakan Sistem dari Pemerintah sedia ada.

c) Orang beriman tidak di halang untuk melakukan kerja MENYAMPAIKAN Wahyu Allah kepada orang lain di dalam Polisi Pemerintah kepada Kerajaan tersebut. Maka di bolehkan untuk berada dan menetap di negara yang sebegitu.

d) Meskipun Pemerintah sesebuah kerajaan itu tidak beriman, mereka tidak melakukan FASAD atau Kerosakan, Ketidakadilan, Kezaliman, Rasuah dan Perbuatan Keji yang terang-terangan. Dengan mereka ini di bolehkan bekerjasama dengan mereka malah boleh menjadi Menteri atau Pembesar Kerajaan.

Lihatlah Negara yang rata-rata ramai orang Islam, yang di panggil Darul Islam, namun FASAD itu sangat berleluasa.

e) Tidak ada dalam cerita Nabi Yusuf ini berdebat dengan Pemerintahnya dalam hal-hal polisi dasar dan juga perlaksanaan hukum atau undang-undang Pemerintah Kerajaan, sepertimana cerita Rasul Nabi Musa dan Pemerintahnya Firaun. Firaun dan Pembesarnya melakukan FASAD dan ini perlu di tegur sebagaimana Allah arahkan kepada Nabi Musa.

f) Ini bermakna Kewajipan Mendirikan Daulah Islamiyah atau Kerajaan Islam seperti yang selalu di dengari berpuluh tahun yang lalu itu memerlukan suatu pemahaman yang sangat mendalam berdasarkan cerita -cerita di dalam Al-Quran. Ada beza, jika kita berada dalam Sistem Pemerintahan yang majoritinya tidak beriman, namun ada kebebasan untuk Muslim menjalankan Cara Hidup yang Allah kehendaki; maka kita di bolehkan untuk menetap, bekerja, berniaga malah boleh menjadi Menteri sekalipun, MESKIPUN secara keseluruhannya Sistem Pemerintahan negara Tersebut tidak berlandaskan kepada Undang-undang atau hukum-hakam Allah sebagaimana yang di ajar dalam Kitab Wahyu.


====
End.

(Janganlah ikut sahaja apa yang saya tulis, bertanyalah kepada Ahli Zikir yang lain).

Allah Al-Malik
Allah Al-Maalikul Mulk.
====

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA