Langkau ke kandungan utama

Akbar (Lebih Besar)

Akbar (Lebih Besar)

Date written : 15 Jan 2020

22 kali perkataan Akbar di gunakan dalam Al-Quran.

Di sinilah pentingnya MENG'AQALI atau MENGAITKAN ayat-ayat Allah yang Mutasyabiha, atau yang Serupa, dan Berulang, agar kita dapat FAHAM akan apa maksud yang di BELAKANG (TADABBUR).

Ada sesuatu yang penting yang mahu Allah sampaikan kepada kita manusia, melalui WahyuNya.

Sesuatu yang berkaitan PRIORITI atau KEUTAMAAN atau APA yang nak kita FOKUSKAN dalam hidup atau sesuatu yang berkenaan TUJUAN.

Firman Allah :

At-Taubah 9 : 72

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنٰتِ جَنّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنّٰتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوٰنٌ مِّنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

● Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, Jannah yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan Redha dari Allah adalah lebih besar (AKBAR); itu adalah keberuntungan yang besar. ●

Berapa besar Syurga Allah itu ?

Ali 'Imran 3 : 133

وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

● Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, ●


Syurga atau Jannah Allah itu dah memang besar dan luas seluas langit dan bumi, namun yang kita kena FAHAM adalah mengapa Allah kata Redha Dia lagi BESAR dari itu ?

Apa PANDUAN hidup kita boleh dapat dari ayat atau statement Allah ini?

Atau apa pengajarannya?


Memang Allah akan bagi Reward atau Ganjaran Baik bagi Orang Mukmin lelaki dan perempuan, tapi apakah itu sebenarnya TUJUAN kita ini beriman dan berbuat baik.

Allah suruh kita menurut perintah Dia.

Boss kat ofis juga suruh kita buat macam-macam.

Kerja kuat2 dan smart tahun ini, capai target sekian-sekian - saya akan bagi Bonus 3 bulan.

Maka bersungguh-sungguhlah pekerja2 yang mengejar Ganjaran tersebut.

Tahun depan, bila syarikat tak berapa nak maju dan memang takde bonus, maka apakah para perkerja mahu juga bertungkus lumus bekerja kuat dan smart?

Itulah perbandingannya atau deduksi ayat Allah di atas.

Maksudnya, yang kita anggap dah cukup besar, dah cukup baik dan dah cukup bagus, sebenarnya TAK CUKUP LAGI.

Allah suruh kejar yang LEBIH BESAR lagi. Maksudnya Allah mahu kita memberi perhatian akan apa maksud REDHA DIA tu.

Kita bukan beramal baik dan soleh kerana ganjaran, meskipun ganjaran itu ada. Kita beramal baik dan soleh adalah kerana mahukan Redha Allah atau untuk mendapat WAJAH ALLAH.

Al-An'am 6 : 52

وَلَا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَىْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِم مِّن شَىْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ الظّٰلِمِينَ

● Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki (YURIDU) keridhaan-Nya / WAJAH-NYA (WAJHAHU). Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan merekapun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim). ●

Ar-Ra'd 13 : 22

وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلٰوةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنٰهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولٰٓئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

● Dan orang-orang yang sabar kerana MENCARI (IBTIGHA) keridhaan / WAJAH (WAJHI)  Tuhannya (RABBIHIM), mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), ●

Al-Kahf 18 : 28

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدٰوةِ وَالْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوٰىهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا

● Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan MENGHENDAKI (YURIDU) keridhaan-Nya / WAJAH-NYA (WAJHAHU); dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. ●

Maka, KESIMPULAN dalam melaksanakan segala Titah Perintah Allah adalah kerana BERTUJUAN mendapat Redha Allah dan bukan BERTUJUAN untuk mendapatkan Jannah.

Maksudnya, perkataan AKBAR yang digunakan menggambarkan TUJUAN sebenar.

Sekarang mari kita perhatikan Firman Allah yang ini pula;

Al-'Ankabut 29 : 45

اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

● Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (ZIKRULLAH), adalah lebih BESAR (AKBAR). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. ●

Berdasarkan ayat di atas ada di sentuh beberapa AMALAN:

1) Membaca Al-Quran (Baca mesti faham, bukan Baca Menyebut)
2) Mendirikan / Mengistiqamahkan Solat dan Solat itu mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
3) Mengingat Allah itu LEBIH BESAR (AKBAR).

Mengingat Allah itu LEBIH BESAR atau AKBAR dari amalan apa?

Dari Amalan MEMBACA AL-QURAN dan juga dari AMALAN SOLAT.

Kalau di atas tadi, melaksanakan segala perintah Allah itu bertujuan untuk mendapat REDHA ALLAH, maka apakah maksud AKBAR juga boleh bermaksud TUJUAN dalam ayat di atas ?

Mari kita jawab persoalan ini dengan memerhatikan ayat Allah yang ini :

Ta Ha 20 : 14

إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ

● Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku (LIZIKRI). ●

Berdasarkan ayat di atas, JELAS, TUJUAN Allah suruh kita Konsisten dalam bersolat (Mendirikan Solat) adalah untuk MENGINGATI ALLAH.

Akbarnya MENGINGAT ALLAH itu melebihi Membaca Al-Quran atau Mendirikan Solat.

Ia juga bermaksud, Amalan Membaca Al-Quran dan Bersolat itu adalah CARA untuk mencapai TUJUAN iaitu MENGINGATI ALLAH.

====
Dalam menyimpulkan artikel ini, 

1) Segala Amal Baik dan Soleh yang kita buat menuruti Perintah Allah, adalah MESTI BERTUJUAN mendapat Redha Allah semata-mata.

2) Amalan membaca Al-Quran dan mendirikan Solat adalah JALAN untuk mencapai TUJUAN iaitu Mengingat Allah.

3) Sementara SENTIASA MENGINGAT ALLAH itu pula, adalah JALAN untuk mencapai TUJUAN iaitu mendapat REDHA ALLAH.


===
End.

Allah Al-AZIM.

Zikrullah for Mardhatillah.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA