Langkau ke kandungan utama

Sistem Pemerintahan di Zaman Nabi-nabi

(Date written : 12 May 2018)
(Second update : 18 May 2018)

Pengenalan

Artikel ini bertujuan menganalisa akan scenario kehidupan Nabi-nabi dahulu dan Sistem Pemerintahan yang bagaimana mereka lalui dan bagaimana mereka dapat menegakkan atau menjalankan Deen Islam di dalam kehidupan mereka.


Suatu Analisa

Daulah Islamiah.

Atau Kerajaan Islam.

Perkataan ini selalunya di sebut-sebut di kalangan Jemaah Islam di merata dunia sejak dahulu lagi dan selalu di kaitkan dengan Kerajaan Islam Othmaniah di Turki sebagai yang terakhir.

Namun rata-rata, dewasa ini telah kita temukan adanya pegangan atau pendapat yang mengatakan tiada di sebut di dalam Al-Quran tentang Kerajaan Islam dan seterusnya mempromosikan istilah 'Negara Berkebajikan'.

Setakat artikel ini di tulis, 123 dari sebanyak 193 negara-negara seluruh dunia mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi. Sebanyak 43 negara mengamalkan Sistem Monarki atau Sistem Beraja manakala selebihnya adalah Sistem Oligarki, di mana Pemerintahan terletak kepada Sekelompok Kecil Kumpulan yang berkuasa.

Mari kita perhatikan kisah-kisah para Rasul Nabi seperti yang di ceritakan di dalam Al-Quran.

Sebelum Nabi Daud

Al-Baqarah 2 : 247

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوٓا أَنّٰى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفٰىهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُ ۚ وَاللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ

● Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi RAJA / PEMERINTAH (MULK) mu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ILMU YANG LUAS dan TUBUH YANG PERKASA". Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. ●


Ayat Allah di atas juga mengajar kita bahawa untuk menjadi Raja atau Pemerintah yang bagus, bukan terletak kepada Kekayaan Orang tersebut tetapi kepada ILMU yang LUAS dan PELBAGAI CABANG (بسط) dan TUBUH FIZIKAL yang KUAT dan BERKEMAMPUAN melakukan pelbagai perkara ( بسط).

Dari ayat di atas juga jelas bahawa Para Nabi tidak semestinya menjadi Raja atau Pemerintah kepada sesuatu Negara, namun, berkemungkinan sebagai PENASIHAT. Dalam ayat di atas jelas, Nabi mengatakan kepada SEKELOMPOK Kecil Kumpulan manusia yang Kaya dan Berpengaruh bahawa yang akan jadi Pemerintah atau Raja adalah bukan dari kalangan mereka (Oligarki).

Jelas juga dalam ayat di atas bahawa dalam negara tersebut, sudah di sampaikan tentang Deen Islam dan ada kaum yang beriman dan mendengar kata-kata Nabi mereka.

Deduksi juga boleh di buat di negara ini (zaman tersebut), Sistem Pemerintahan Islam di jalankan kerana Raja atau Pemerintahnya adalah orang Muslim Mukmin dan mereka mendengar pesanan atau arahan Nabi mereka.


Nabi Daud

Al-Baqarah 2 : 251

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتٰىهُ اللَّهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلٰكِنَّ اللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعٰلَمِينَ

● Mereka (tentara Thalut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) DAUD membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) PEMERINTAHAN (MULK) dan hikmah (sesudah meninggalnya Thalut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam. ●

Nabi Daud adalah bukan sahaja seorang Rasul Nabi, malah di angkat Allah menjadi Raja atau Pemerintah dalam negara nya.

Maka juga jelas bahawa di negara Nabi Daud, Sistem Pemerintahan adalah berdasarkan DEEN (Rules and Law) Islam kerana hanya DEEN Islam sahaja yang di terima di sisi Allah. (Innaddeena 'indallahil Islam).

Sad 38 : 26

يٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنٰكَ خَلِيفَةً فِى الْأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوٰى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

● Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu KHALIFAH (VICEGERANT / Wakil kepada Penguasa Sebenar iaitu Allah) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan BENAR dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan. ●

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Sistem Pemerintahan Islam, atau Sistem Khalifah Islam adalah mempunyai seorang Raja atau Pemerintah yang menjalankan Deen Islam dan tatkala itulah Raja atau Pemerintah itu menjadi Wakil kepada Penguasa / Pemerintah SEBENAR kepada seluruh alam semesta iaitu Allah Al-Ahad.

Khalifah bermaksud VICEGERANT / VICEROY dalam bahasa Inggeris yang bermaksud Wakil yang Berkuasa kepada Ketua Sebenar.

Ayat di atas juga JELAS bahawa tanggung jawab UTAMA sekali dalam menjadi Pemerintah adalah BERLAKU BENAR dan ADIL dalam memutuskan HUKUMAN.

Al-Anbiya 21 : 80

وَعَلَّمْنٰهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّنۢ بَأْسِكُمْ ۖ فَهَلْ أَنتُمْ شٰكِرُونَ

● Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat PAKAIAN / 'PERISAI' (لبوس) untuk kamu, guna MELINDUNGI kamu dalam PEPERANGAN / 'KECELAKAAN BERSANGATAN'  (بأس) mu; Maka hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah). ●

Ayat di atas juga jelas menunjukkan bahawa antara tugas terpenting Pemerintah atau Raja adalah menyiapkan kekuatan ketenteraan Negara Pemerintahan nya.

Firman Allah di bawah menjelaskan atau melengkapkan arahan tersebut :

Al-Anfal 8 : 60

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَىْءٍ فِى سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

● Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka KEKUATAN apa saja yang kamu sanggupi dan dari RIBAT°IL KHAIL (Kuda Perang / 'Cavalry' / Kereta Kebal / Jet Pejuang / dll) (yang dengan persiapan itu) kamu MENGGENTARKAN musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ●


Nabi Sulaiman

An-Naml 27 : 16

وَوَرِثَ سُلَيْمٰنُ دَاوُۥدَ ۖ وَقَالَ يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَىْءٍ ۖ إِنَّ هٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ

● Dan Sulaiman telah MEWARISI Daud, dan dia berkata: "Hai Manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata". ●

An-Naml 27 : 17

وَحُشِرَ لِسُلَيْمٰنَ جُنُودُهُۥ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ

● Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). ●

Saba' 34 : 13

يَعْمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحٰرِيبَ وَتَمٰثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيٰتٍ ۚ اعْمَلُوٓا ءَالَ دَاوُۥدَ شُكْرًا ۚ وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِىَ الشَّكُورُ

● Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). BEKERJALAH hai keluarga Daud SAMBIL BERSYUKUR (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih / BERSYUKUR / 'Appreciate' / Menghargai. ●

Sad 38 : 34

وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمٰنَ وَأَلْقَيْنَا عَلٰى كُرْسِيِّهِۦ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ

● Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami jadikan (dia) tergeletak di atas KERUSINYA (كرسيه) sebagai tubuh (yang lemah kerana sakit), kemudian ia bertaubat / kembali (kepada Allah). ●

Al-Anbiya 21 : 81

وَلِسُلَيْمٰنَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِى بِأَمْرِهِۦٓ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِى بٰرَكْنَا فِيهَا ۚ وَكُنَّا بِكُلِّ شَىْءٍ عٰلِمِينَ

● Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. ●

Al-Anbiya 21 : 78

وَدَاوُۥدَ وَسُلَيْمٰنَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِى الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شٰهِدِينَ

● Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya MEMUTUSKAN HUKUMAN (يحكمان) mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, ●

Al-Anbiya 21 : 79

فَفَهَّمْنٰهَا سُلَيْمٰنَ ۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۚ وَكُنَّا فٰعِلِينَ

● maka Kami telah memberikan PEMAHAMAN (فهمنها) kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya. ●

Berdasarkan ayat-ayat Allah terhadap kisah Nabi Sulaiman, berikut adalah apa yang boleh di deduksikan :

1) Nabi Sulaiman juga adalah seorang Raja atau Pemerintah, mewarisi bapanya Nabi Daud.

2) Kerajaan Pemerintahan Nabi Sulaiman adalah paling terkuat di antara semua kerajaan pemerintahan siapa pun kerana Nabi Sulaiman dapat memerintahkan bukan sahaja Manusia, tetapi Jin dan Burung-burung, juga Angin. Nabi Sulaiman juga memahami percakapan binatang lain termasuk Semut.

3) Firman Allah juga menunjukkan betapa pentingnya memutuskan Hukuman dengan Adil dan memberikan contoh kisah Hukuman yang berbeza di putuskan antara Nabi Sulaiman dan Nabi Daud, dan Allah mengatakan bahawa Keputusan Nabi Sulaiman adalah lebih tepat.

4) Raja atau Pemerintah perlu BEKERJA dan memberi peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat di bawah pemerintahannya dan melaksanakan Pembangunan Pelbagai Fasiliti Kemudahan untuk Rakyat supaya kesemua keperluan hidup dapat di realisasikan.

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

An-Naml 27 : 28

اذْهَب بِّكِتٰبِى هٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ

● Pergilah dengan (membawa) suratku ini, lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan" ●

An-Naml 27 : 29

قَالَتْ يٰٓأَيُّهَا الْمَلَؤُا إِنِّىٓ أُلْقِىَ إِلَىَّ كِتٰبٌ كَرِيمٌ

● Berkata ia (Balqis): "Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. ●

An-Naml 27 : 30

إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ

● Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ●

An-Naml 27 : 31

أَلَّا تَعْلُوا عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

● Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri". ●

An-Naml 27 : 32

قَالَتْ يٰٓأَيُّهَا الْمَلَؤُا أَفْتُونِى فِىٓ أَمْرِى مَا كُنتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتّٰى تَشْهَدُونِ

● Berkata dia (Balqis): "Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku)". ●


An-Naml 27 : 34

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوٓا أَعِزَّةَ أَهْلِهَآ أَذِلَّةً ۖ وَكَذٰلِكَ يَفْعَلُونَ

● Dia berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat. ●

An-Naml 27 : 37

ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُم بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُم مِّنْهَآ أَذِلَّةً وَهُمْ صٰغِرُونَ

● Kembalilah kepada mereka sungguh kami akan mendatangi mereka dengan balatentara yang mereka tidak kuasa melawannya, dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan-tawanan) yang hina dina". ●

An-Naml 27 : 38

قَالَ يٰٓأَيُّهَا الْمَلَؤُا أَيُّكُمْ يَأْتِينِى بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

● Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri". ●

An-Naml 27 : 44

قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الصَّرْحَ ۖ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا ۚ قَالَ إِنَّهُۥ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ ۗ قَالَتْ رَبِّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمٰنَ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰلَمِينَ

● Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana". Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman: "Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca". Berkatalah Balqis: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam". ●

Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis menunjukkan bahawa meskipun Kerajaan Islam pimpinan Nabi Sulaiman ini sungguh kuat, peperangan tidak berlaku melainkan berlaku perutusan-balas dan kemudian mendemonstrasikan kekuatan Kerajaan Pemerintahan sehingga pihak lawan kagum dan menerima Islam.


Nabi Yusuf


Yusuf 12 : 21

وَقَالَ الَّذِى اشْتَرٰىهُ مِن مِّصْرَ لِامْرَأَتِهِۦٓ أَكْرِمِى مَثْوٰىهُ عَسٰىٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوْ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدًا ۚ وَكَذٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِى الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُۥ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلٰىٓ أَمْرِهِۦ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

● Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita pungut dia sebagai anak". Dan demikian pulalah Kami memberikan KEDUDUKAN yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta'bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya. ●

Yusuf 12 : 33

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدْعُونَنِىٓ إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّى كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجٰهِلِينَ

● Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, PENJARA lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh". ●

Yusuf 12 : 54

وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِى بِهِۦٓ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِى ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُۥ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ

● Dan raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku". Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: "Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang BERKEDUDUKAN TINGGI LAGI DI PERCAYAI pada sisi kami". ●

Yusuf 12 : 55

قَالَ اجْعَلْنِى عَلٰى خَزَآئِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّى حَفِيظٌ عَلِيمٌ

● Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku BENDAHARAWAN ('Treasury') negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga (HAFIZUN), lagi berpengetahuan ('ALIM)". ●

Yusuf 12 : 56

وَكَذٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِى الْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَآءُ ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَآءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

● Dan demikianlah Kami memberi KEDUDUKAN kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. ●

Yusuf 12 : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

● Maka mulailah Yusuf (memeriksa) karung-karung mereka sebelum (memeriksa) karung saudaranya sendiri, kemudian dia mengeluarkan piala raja itu dari karung saudaranya. Demikianlah Kami atur untuk (mencapai maksud) Yusuf. Tiadalah patut Yusuf menghukum saudaranya menurut DEEN (Sistem Peraturan / Undang-undang) RAJA / PEMERINTAH, kecuali Allah menghendaki-Nya. Kami tinggikan derajat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui. ●

Berikut adalah deduksi tentang Sistem Pemerintahan di negara Nabi Yusuf tinggal iaitu Mesir :

1) Nabi Yusuf duduk di negara yang Rajanya atau Pemerintahnya bukan seorang Muslim Mukmin.

2) Nabi Yusuf menawarkan dirinya sendiri untuk menjadi Bendaharawan atau Menteri Kewangan Negara di dalam Sistem Pemerintahan yang bukan di perintah oleh seorang Muslim Mukmin.

3) Nabi Yusuf di lantik menjadi Bendaharawan dan dapat melakukan apa sahaja yang sepatutnya di buat berdasarkan perintah Allah atau apa yang Allah tetapkan atasnya.

4) Ini menunjukkan bahawa di dalam sesebuah negara yang Pemerintahnya tidak Islam dan Beriman, kita masih boleh menawarkan diri dan menjadi sub-Pemerintah atau Pembesar Negara atau zaman ini di panggil Menteri yang mempunyai portfolio atau tugas-tugas tertentu.

5) Sebagai Pembesar Negara, dan seorang Muslim Mukmin, adalah di bolehkan untuk mengengkari Sistem Peraturan atau Undang-undang (DEEN) Raja atau Pemerintah yang bertentangan dengan arahan Allah melalui RasulNya.


Nabi Musa

Al-Baqarah 2 : 246

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرٰٓءِيلَ مِنۢ بَعْدِ مُوسٰىٓ إِذْ قَالُوا لِنَبِىٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقٰتِلْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۖ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلَّا تُقٰتِلُوا ۖ قَالُوا وَمَا لَنَآ أَلَّا نُقٰتِلَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيٰرِنَا وَأَبْنَآئِنَا ۖ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْا إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌۢ بِالظّٰلِمِينَ

● Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami SEORANG RAJA / PEMERINTAH (MALIK) supaya kami BERPERANG (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. ●

Al-A'raf 7 : 103

ثُمَّ بَعَثْنَا مِنۢ بَعْدِهِم مُّوسٰى بِـَٔايٰتِنَآ إِلٰى فِرْعَوْنَ وَمَلَإِيهِۦ فَظَلَمُوا بِهَا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

● Kemudian Kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang membuat FASAD (MUFSIDIN). ●

Ta Ha 20 : 43

اذْهَبَآ إِلٰى فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغٰى

● Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; ●

Ta Ha 20 : 44

فَقُولَا لَهُۥ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُۥ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشٰى

● maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan KATA-KATA YANG LEMAH LEMBUT, mudah-mudahan ia ingat atau takut". ●

Al-A'raf 7 : 104

وَقَالَ مُوسٰى يٰفِرْعَوْنُ إِنِّى رَسُولٌ مِّن رَّبِّ الْعٰلَمِينَ

● Dan Musa berkata: "Hai Fir'aun, sesungguhnya aku ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta alam, ●

Al-A'raf 7 : 105

حَقِيقٌ عَلٰىٓ أَن لَّآ أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ قَدْ جِئْتُكُم بِبَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَرْسِلْ مَعِىَ بَنِىٓ إِسْرٰٓءِيلَ

● wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang HAQ / BENAR. Sesungguhnya aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, maka LEPASKANLAH Bani Israil (pergi) BERSAMA AKU". ●



Ciri-ciri Kerajaan Islam

Apa itu Kerajaan Islam atau Daulah Islamiyah ?

Secara dasarnya adalah Sistem Pemerintahan yang berlandaskan Syariat / Deen Islam. Ini bermaksud, Pemerintah menjalankan Peraturan dan Sistem Hidup yang di tentukan Allah, terutamanya memutuskan Hukuman di dalam Perbicaraan (Judicial System) berdasarkan KEBENARAN (38 : 26) dan KEBENARAN itu berlandaskan apa yang telah di tetapkan dalam Kitab Wahyu.

Firman Allah :

Al-Ma'idah 5 : 44

إِنَّآ أَنزَلْنَا التَّوْرٰىةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبّٰنِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتٰبِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَآءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِـَٔايٰتِى ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْكٰفِرُونَ

● Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan Kitab itu DI PUTUSKAN HUKUM (YAHKUM) perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan HUKUM (YAHKUM) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang KAFIR. ●

Al-Ma'idah 2 : 45

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

● Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak MEMUTUSKAN HUKUM (YAHKUM) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang ZALIM. ●

Al-Ma'idah 5 : 47

وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الْفٰسِقُونَ

● Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, MEMUTUSKAN HUKUM (YAHKUM) menurut apa yang diturunkan Allah didalamnya. Barangsiapa tidak MEMUTUSKAN HUKUM (YAHKUM) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang FASIQ. ●



Kesimpulan

Berdasarkan kisah- kisah Rasul Nabi di dalam Al-Quran, berikut adalah kesimpulan yang dapat di deduksikan :

1) Tidak ada di dalam Al-Quran untuk menjatuhkan Pemerintah secara Paksa sebagaimana pengajaran dari Kisah Nabi Musa yang di perintahkan Allah untuk menyampaikan kebenaran dengan kata-kata yang lembut kepada Firaun yang memerintah Mesir dan Firaun adalah seorang yang melakukan Fasad iaitu Zalim, Menekan, Membunuh, Menyusahkan, Membuat Sewenang-wenangnya di muka bumi.

2) Jika kita duduk di dalam Negara yang Pemerintahnya bukan seorang Muslim Mukmin, kita boleh menawarkan diri untuk menjadi seorang Pembesar Negara atau Menteri tanpa perlu menjatuhkan Raja atau Pemerintah tersebut dan di bolehkan untuk tidak mengikut Undang-undang atau Sistem Peraturan atau DEEN buatan mereka. Jika Muslim Mukmin menjadi Pembesar Negara, maka jalankanlah Deen Islam iaitu Sistem Peraturan atau Undang-undang dari Allah, setakat mana yang boleh di beri kekuasaan kepada kita. Ini adalah pengajaran dari kisah Nabi Yusuf.

3) Berdasarkan kisah selepas Nabi Musa dan sebelum Nabi Daud, tidak semestinya seorang Rasul Nabi itu menjadi Pemerintah atau Raja, meskipun Sistem Pemertintahan itu berpandukan DEEN (Peraturan dan Undang-undang) Islam.

4) Ada juga Pemerintah atau Raja terdiri dari Rasul Nabi sendiri sepertimana Nabi Daud dan Sulaiman.

5) Berdasarkan kisah sebelum zaman Nabi Daud, Thalut di lantik menjadi Raja atau Pemerintah dan bukan di kalangan yang berharta atau berpengaruh atau bangsawan atau berdasarkan keturunan, bermaksud Sistem Monarki atau juga Oligarki. Raja atau Pemerintah juga tidak di lantik menurut Sistem Demokrasi yang mana menurut keputusan Majoriti. Raja atau Pemimpin atau Pemerintah yang di lantik mestilah di kalangan orang BERILMU atau 'Alim yang banyak atau luas atau berkembang bidang ilmunya (بسط) dan juga mempunyai kekuatan fizikal. Maksudnya seorang Pemimpin di lantik berdasarkan Keluasan Ilmunya, Kepandaiannya dan Kekuatan fizikalnya.

6) Kewajipan berperang di dalam Islam itu tidak ada selagi tidak ada Raja atau Pemerintah, meskipun ada Rasul Nabi, kecuali jika Nabi itu sendiri yang menjadi Raja atau Pemerintah. (2:246)

7) Definasi Kerajaan Islam adalah sebuah Sistem Pemerintahan yang memutuskan Hukuman menurut Kitab Wahyu dan Raja atau Pemerintahnya adalah seorang Muslim Mukmin dan memutuskan sesuatu hukuman dengan Adil. (21:78, 5:44, 5:45, 5:47).

8) Meskipun sebuah Kerajaan Islam itu sudah sungguh kuat, tidak semestinya Kerajaan itu perlu berperang dengan Kerajaan yang Tidak Islam sepertimana kisah antara Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis. Apa yang berlaku adalah Utusan di hantar dulu, menunggu jawab-balas, dan mendemonstrasikan kekuatan kepada kerajaan tersebut agar mereka gerun dan kagum. Jelas, bahawa Islam tidak tegak dengan Peperangan.

9) Raja atau Pemerintah, dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu tindakan, di galakkan mengadakan perbincangan atau mesyuarat dengan kalangan Pembesar-pembesarnya atau Menteri-menterinya. (27:32)

10) Kewajipan Pemerintah adalah membangunkan negaranya dengan bangunan-bangunan untuk fasiliti tertentu, menjalankan PERUSAHAAN, memberi peluang pekerjaan kepada Rakyat Jelata, dan paling penting juga meningkatkan Kekuatan Peperangan sehingga gerun pihak Musuh yang tidak Islam.


Persoalan Penting


Soalan Pertama
==============

Bolehkah di negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi, kita yang Muslim Mukmin, demi mewujudkan Kerajaan Islam, menubuhkan sebuah Parti yang bertujuan memenangi Pilihanraya ? Dan dengan itu dapat menegakkan Daulah Islamiyah ?

Jawapan :

Tiada Uswatun Hasanah atau Tauladan dari mana-mana Kisah Para Rasul Nabi dalam Al-Quran yang boleh di jadikan Contoh untuk di ikuti.

Sistem Demokrasi itu tidak ada dalam Islam kecuali dalam urusan membuat aktiviti penambahbaikan. Itu boleh di pakai Sistem Demokrasi iaitu suara Majoriti di guna pakai. Musyawarah ada dalam Islam. Tapi bukan dalam urusan perintah Allah atau Sistem Peraturan dan Undang-undang Allah iaitu Deen Islam. Itu tidak boleh di demokrasikan. Ianya wajib di tegakkan. Namun, caranya bukanlah dengan kita Muslim Mukmin menubuhkan Parti tertentu, bersetuju dengan Sistem Demokrasi dan memikirkan tiada jalan lain lagi untuk memenangi pilihanraya melainkan menubuhkan Parti yang memperjuangkan Islam.

Untuk Islam itu di tegakkan adalah bukan dengan jalan kita mengiktiraf Sistem tersebut dan kita bersama dalam Sistem tersebut untuk menegakkan Islam. Islam itu tidak akan tertegak dengan Metodologi lain, selain dari Metodologi Islam itu sendiri.

Bagaimana orang hendak mengundi Parti 'Islam' jika Islam sebagai satu Deen yang lengkap dan sejahtera di pandang sebagai bersifat MENGHUKUM semata-mata ?

Ianya sesuatu yang Mustahil untuk Parti yang memperjuangkan Islam memenangi suatu Pilihanraya Berdemokrasi selagi mana Persepsi terhadap Deen Islam itu masih salah dan menakutkan Non-Muslim atau pun orang Muslim sendiri.

Kebenaran Islam itu masih tidak di fahami dengan sebenar oleh orang yang mengaku Muslim Mukmin sendiri, apatah lagi nak menyeru manusia lain untuk bersetuju dengan perjuangan yang berasaskan Sangkaan atau Pendapat ?

Maka akan wujud pula Parti lain, atas juga nama untuk memperjuangkan Islam dan lahirlah sana 'Takbir' sini juga 'Takbir'. Masing-masing mengakui merekalah Pejuang Islam sebenar, maka berpecah belah lah Muslim Mukmin kerana masing-masing mempertahankan pendapat ketua puak atau parti masing-masing. Berhujahlah dengan pelbagai hujah apa pun, hakikatnya akan menjauhkan lagi silaturrahim sesama Muslim Mukmin itu sendiri.

Bukan sahaja Silaturrahim itu boleh putus, malah boleh berperang sesama sendiri sepertimana yang telah terjadi dalam sejarah dan juga di negara-negara lain dan ada firman Allah tentang ini yang puncanya adalah berpecah belah kerana taat kepada Ketua Puak atau Pemimpin masing-masing yang di sangka Maksum dan tak boleh di tegur langsung. Ketua dia sahaja betul, yang lain salah. Inilah sifat ikut-ikutan berdasarkan sangkaan yang sangat perlu orang yang mengaku Muslim Mukmin jauhi sama sekali.

Al-Hujurat 49 : 9

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنۢ بَغَتْ إِحْدٰىهُمَا عَلَى الْأُخْرٰى فَقٰتِلُوا الَّتِى تَبْغِى حَتّٰى تَفِىٓءَ إِلٰىٓ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِن فَآءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوٓا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

● Dan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil; sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. ●

----
Yang perlu di lakukan adalah perkara berikut :

1) Semua yang mengaku Muslim Mukmin belajarlah membuat verifikasi apa sahaja yang kita dengari atau pelajari dari sesuatu informasi sebelum ianya menjadi ILMU atau Kebenaran. Kita sangat perlu membezakan akan mana satu Kebenaran dan mana satu Sangkaan. Selalunya Sangkaan atau Pendapat itu tidak ada bukti yang konkrit melainkan sentimen semata-mata, atau 'rasa diri' semata-mata, sedangkan Kebenaran, ianya di kenali dan di fahami kerana adanya bukti-bukti yang kukuh. Setiap Muslim Mukmin kena buang jauh-jauh sifat ikut-ikutan kepada orang yang kita sangka 'ULAMAK'.

2) Perdalamilah Al-Quran, dengan memahami bahasa Arab dan mempelajari dan mentadabbur segala firman Allah dan mencari bukti-bukti kebenaran firman Allah itu dengan apa sahaja yang ada di Alam Semesta ini. Maka definasi ULAMAK akan di fahami dengan sebenar seperti mana yang di sebutkan dalam kisah Thalut menjadi Raja kerana BASIT atau Meluas Bidang-bidang ILMU nya. Kita sering di salah fahami dengan Takrif Ulama yang hanya berserban dan berjubah dan memahami hanya sebahagian Deen Islam tetapi tidak memahami akan luasnya definasi Ilmu itu sehingga kita mengiktiraf orang yang 'Ilmu'nya berdasarkan sangkaan sebagai Ulama. ULAMAK itu ILMUNYA LUAS, pelbagai bidang termasuk Perniagaan, Perusahaan, Fizik, Biologi, Kimia, Kejuruteraan, Kajian Sejarah, Ekonomi, Angkasawan dan segala Ilmu Sains atau bukan Sains yang lain - dan tidak memisahkan antara Ilmu dunia dengan Ilmu Akhirat, dan kesimpulan ULAMAK itu, adalah mereka akan Takut kepada Allah. Selagi tidak sampai Takut kepada Allah, selagi itu mereka bukan Ulamak. Nak sampai Takut kepada Allah kena mempelajari Kebenaran iaitu Ilmu yang kembarnya adalah Bukti-bukti yang meyakinkan dengan mengkaji segala jenis Imu yang di sebutkan di atas tadi, sehingga kita benar-benar dapat merasakan dan mengatakan bahawa Tidak Allah jadikan setiap sesuatu yang ada dalam Alam Semesta ini sia-sia.

3) Menggesa kepada kebenaran iaitu Watawa saubil haq dan bukan hanya menyampaikan (BALAGH) kebenaran. Bila namanya menggesa kepada kebenaran, maka kebenaran yang kita mahu sampaikan itu perlu di hujahkan dan di buktikan bahawa yang kita sampaikan itu adalah Benar kerana ada bukti dan hujahan yang meyakinkan.

4) Selagi mana kebenaran itu tidak di sampaikan dan di hujahkan kepada seluruh manusia di dalam sesebuah negara, maka tak mungkin rakyat dalam negara itu akan faham tentang Kebenaran, Kesejahteraan Islam sebagai tatacara hidup yang paling Adil dan Aman untuk di terima pakai, selagi itu Kerajaan Islam tidak akan dapat di tegakkan.


-----
Soalan Kedua
===========
Di negara Malaysia umpamanya, yang kononnya mengamalkan Sistem Demokrasi dan majoriti rakyatnya adalah yang mengaku Muslim Mukmin, bagaimana mahu di tegakkan Islam yang Sebenar itu jika tidak langsung mahu menubuhkan Parti Politik ? Maksudnya jika tiada Parti langsung yang memperjuangkan Islam, maka Undian tidak akan dapat di buat dan akan menanglah puak yang tidak mahu kepada Islam ?

Jawapan :

Islam menganjurkan supaya manusia mengelakkan Mudarat, dan mengurangkan Mudarat, maka semasa usaha sedang di jalankan untuk menuju kepada Sistem Pemerintahan sebenar secara Ideal, kita mesti hadapi Realiti Sistem Demokrasi yang memang majoriti negara mengamalkannya termasuk Malaysia.

Sudah jelas di dalam Al-Quran bahawa kita ini Muslim Mukmin tidak boleh berpuak-puak. Yang terjadi adalah yang mengaku Muslim Mukmin inilah pula yang mempunyai lebih ramai Parti dari yang Non-Muslim. Fakta ini sahaja yang membuktikan kita yang mengaku Muslim Mukmin gemar menurut sangkaan ketua masing-masing, dan kalau tak puas hati terhadap sesuatu perjuangan, kita keluar dan tubuh parti baru. Namun, jika sudah di tegur dari dalam dan proses seterusnya tidak dapat mengubah pemimpin yang Fasad atau melakukan 'Corruption' / 'Turmoil' dan Zalim kepada rakyat, maka Puak atau Parti itu tidak benar dan tidak boleh bersekongkol lagi dengan mereka.

Kita sepatutnya, dalam Sistem Demokrasi ini, hendaklah ada niat dan objektif untuk mendirikan Kerajaan Islam sepertimana kisah dan tauladan iaitu Uswatun Hasanah yang di tunjukkan oleh para Rasul Nabi dahulu. Hendaklah memahami bahawa Sistem Demokrasi itu bukanlah dari Sistem Yang di anjurkan dari Deen Islam, meskipun inilah sistem yang lebih baik dari Sistem Pemerintahan Oligarki atau Onarki. Ianya bersalahan dengan Sistem Pemerintahan Islam kerana KEBENARAN itu bukan menurut Majoriti namun menurut Kitab Allah.

NAMUN, perjalanan menuju kepada Sistem Pemerintahan Islam yang kita mahukan itu pula, sepertimana Zaman Nabi Daud dan Sulaiman itu adalah sesuatu yang Ideal, manakala ada juga Uswatun Hasanah yang di ceritakan bahawa meski Pemerintah itu tidak Islam dan tidak di tegakkan Deen Islam, namun tetap seorang Muslim Mukmin boleh menjadi Pembesar atau Menteri di negara terbabit. Ini membuktikan dalam situasi yang tidak Ideal, Allah tunjukkan juga jalannya bagaimana dan apa kita Muslim Mukmin patut lakukan.

Makanya, di Malaysia, setiap Muslim Mukmin mestilah bersatu dulu dalam perjuangan untuk menentang Siapa yang melakukan FASAD dahulu, maka seluruh rakyat yang Muslim Mukmin perlu bersatu dalam hal ini. Menentang di sini perlu kita fahami dengan mengikut contoh tauladan dari kisah Rasul Nabi yang terdahulu, contohnya kisah Nabi Musa, meskipun Pemerintahnya itu melakukan Fasad, tetap Rasul Nabi Musa di arahkan untuk memyampaikan kebenaran dengan kata-kata yang lembut.

Dalam membuat perbandingan antara Firaun dan realiti sistem demokrasi di Malaysia, ianya memang tidak sama dalam banyak segi, contohnya, Pemerintah yang sedia ada tidaklah mempunyai kuasa sepertimana kuasa Firaun di zaman dahulu. Pemimpin di Malaysia di jadikan pemimpin kerana Undi Pilihanraya Sistem Demokrasi dan kerana Islam itu masih tidak di fahami dengan sebenar, maka jalan terbaik dalam situasi yang tidak Ideal ini, adalah juga dengan Undian dan mengalahkan mana-mana Pemimpin yang berbuat Fasad itu dahulu.

Kemudian teruskan menyampaikan dan berhujah menegakkan kebenaran, yang berasaskan kitab Wahyu dan yang di tunjuki Para Rasul, sehingga dapat tertegaknya Daulah Islamiyah yang sebenar, yang Adil dan Sejahtera kepada seluruh manusia, samada Muslim Mukmin atau tidak.

===
End.

Allah Al-Malik
Allah Al-Maalik
===


Video di bawah bagus untuk di dengari namun, komen di hujungnya  tentang kebagusan parti lain, perlu di ABAIKAN.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA