Tunggal Bagaimana mungkin yang tiada Dapat mengadakan Hanya yang Ada Dapat mengadakan Dan meniadakan Maka asal segala sesuatu Adalah Si Wajibul Wujud Di Langit yang bukan ruang Di Langit yang tidak bertempoh masa Di atas Arasy yang agung Namun lebih DEKAT dari urat leher mu Pada Ujikaji 2 Celahan Halus Jisim yang kelihatan Hanyalah Ilusi kepada Diri Persepsi = Dirimu yang sebenar-benar diri Maka hakikatnya kita ini tiada Si Wajibul Wujud itu Adanya kerana apa? Kerana ketunggalan infiniti Kerana TunggalNya serba-serbi :- Dia wujud Tak memerlukan apa-apa Termasuk SEBAB mengapa Dia wujud Dia yang wujud tanpa sebab itu Tiada mula tiada sudahnya Kerana Yang Awal Dia Yang Akhir juga Dia Yang Zahir Dia Yang Batin juga Dia Tak langsung bisa di misalkan Tak suatu apa2 atau sesiapa yang sekufu Atau bersekutu denganNya Inilah Tuhan sebenar-benar Tuhan Mengingati Adanya yang sebegini sahaja Bergementar jiwa raga.. ~ KAS 27 Apr 2018 11:45pm ~
An-Nahl (16) : 64 وَمَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتٰبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمُ الَّذِى اخْتَلَفُوا فِيهِ ۙ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ● Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat MENJELASKAN kepada mereka apa yang mereka PERSELISIHKAN itu dan menjadi PEMBIMBING dan RAHMAT bagi kaum yang beriman. ●