Tunggal
Bagaimana mungkin yang tiada
Dapat mengadakan
Hanya yang Ada
Dapat mengadakan
Dan meniadakan
Maka asal segala sesuatu
Adalah Si Wajibul Wujud
Di Langit yang bukan ruang
Di Langit yang tidak bertempoh masa
Di atas Arasy yang agung
Namun lebih DEKAT dari urat leher mu
Pada Ujikaji 2 Celahan Halus
Jisim yang kelihatan
Hanyalah Ilusi kepada Diri Persepsi
= Dirimu yang sebenar-benar diri
Maka hakikatnya kita ini tiada
Si Wajibul Wujud itu
Adanya kerana apa?
Kerana ketunggalan infiniti
Kerana TunggalNya serba-serbi :-
Dia wujud
Tak memerlukan apa-apa
Termasuk SEBAB mengapa Dia wujud
Dia yang wujud tanpa sebab itu
Tiada mula tiada sudahnya
Kerana Yang Awal Dia
Yang Akhir juga Dia
Yang Zahir Dia
Yang Batin juga Dia
Tak langsung bisa di misalkan
Tak suatu apa2 atau sesiapa yang sekufu
Atau bersekutu denganNya
Inilah Tuhan sebenar-benar Tuhan
Mengingati Adanya yang sebegini sahaja
Bergementar jiwa raga..
~ KAS 27 Apr 2018 11:45pm ~
Bagaimana mungkin yang tiada
Dapat mengadakan
Hanya yang Ada
Dapat mengadakan
Dan meniadakan
Maka asal segala sesuatu
Adalah Si Wajibul Wujud
Di Langit yang bukan ruang
Di Langit yang tidak bertempoh masa
Di atas Arasy yang agung
Namun lebih DEKAT dari urat leher mu
Pada Ujikaji 2 Celahan Halus
Jisim yang kelihatan
Hanyalah Ilusi kepada Diri Persepsi
= Dirimu yang sebenar-benar diri
Maka hakikatnya kita ini tiada
Si Wajibul Wujud itu
Adanya kerana apa?
Kerana ketunggalan infiniti
Kerana TunggalNya serba-serbi :-
Dia wujud
Tak memerlukan apa-apa
Termasuk SEBAB mengapa Dia wujud
Dia yang wujud tanpa sebab itu
Tiada mula tiada sudahnya
Kerana Yang Awal Dia
Yang Akhir juga Dia
Yang Zahir Dia
Yang Batin juga Dia
Tak langsung bisa di misalkan
Tak suatu apa2 atau sesiapa yang sekufu
Atau bersekutu denganNya
Inilah Tuhan sebenar-benar Tuhan
Mengingati Adanya yang sebegini sahaja
Bergementar jiwa raga..
~ KAS 27 Apr 2018 11:45pm ~
Ulasan
Catat Ulasan