(Tarikh di tulis : 31 May 2017)
(Tarikh di kemaskini : 14 Jun 2017)
Pengenalan
===========
1) Semasa Bulan Ramadhan, bermacam-macam galakkan serta suruhan atau larangan yang kita dengar sejak dari kecil tentang :
- Niat Berpuasa
- Perkara-perkara yang membatalkan puasa - contoh korek telinga batal puasa
- Perbanyakkan Ibadah
- Bila berpuasa akan mengingatkan kita tentang orang fakir miskin yang selalu berlapar
- Syaitan di belenggu sepanjang bulan Ramadhan
- Yang terbaru yang selalu di viralkan sekarang - kena memohon Maaf sebelum Ramadhan kalau tidak berpuasa pun tak guna.
2) Persoalannya, apakah apa yang kita dengari atau di ajarkan itu benar ? atau sesuatu yang ikut-ikutan ?
Niat Berpuasa
=============
1) Ramai Muslim ikut-ikutan merasakan yang NIAT itu perlu DI LAFAZKAN sehingga kena menyebut 'Nawaitu ..' atau 'Sahaja aku..'
2) Ketahuilah bahawa pemahaman ini sebenarnya tidak tepat (senang cerita = salah) meski datangnya dari seseorang yang, manusia lain menggelarkannya sebagai IMAM Mazhab. Ketahuilah gelaran IMAM itu di beri oleh manusia biasa dan bukan oleh Rasul, jauh sekali gelaran IMAM Mazhab yang di beri itu dari Allah Al-Ahad.
3) Ilmu itu Pengetahuan yang Benar. Ilmu itu bukan suatu PENDAPAT. Ianya bukan suatu SANGKAAN atau Ijtihad sesiapa pun.
4) NIAT sebenarnya bukanlah sesuatu yang DI LAFAZKAN di LIDAH, kecuali jika mahu memberitahu kepada orang lain.
5) NIAT adalah penetapan matlamat di sertai dengan sebab atau tujuan kita melakukannya, dan ianya adalah kerja QALBU atau HATI dan bukan LIDAH.
6) NIAT bukan juga LINTASAN atau PINTASAN Hati. Jika sesuatu itu terlintas di Minda atau Hati kita, lintasan itu tidak semestinya sesuatu yang kita akan buat atau kena buat, sebab kadang-kadang lintasan itu adalah hanya suatu idea atau cadangan sahaja. Kadang-kadang ianya datang dari Syaitan, samada dari manusia atau Jin.
7) Sebagai contohnya jika dalam masa setengah jam lagi kita mahu makan tengahari - kita tidaklah berniat 'SAHAJA aku mahu makan tengahari dalam setengah jam lagi..' melainkan di dalam fikiran atau hati kita telah ada penepatan 'dalam setengah jam nanti, aku nak gi makan'. Kadang-kadang NIAT itu tidak tersusun tetapi kita tahu kita sudah MENETAPKAN Matlamat atau apa yang kita nak buat dengan sebab atau tujuan yang jelas.
8) Maka, NIAT berpuasa sebenarnya semasa kita dah tahu Ramadhan akan datang dan sebelum ini kita biasa berpuasa dan tahu tujuan berpuasa, kita sebenarnya sudah pun meletakkan matlamat untuk berpuasa dan itulah NIAT.
9) Seterusnya tidak timbul PERSOALAN bahawa kita TERLUPA NIAT puasa, maka puasa kita itu tidak sah. Ini satu kebodohan turun temurun jika kita berbuka puasa kerana TERLUPA NIAT.
10) Kesimpulannya, NIAT itu (tak kira untuk apa-apa pun kegiatan hidup kita, samada nak Puasa atau nak Solat atau nak Makan atau nak berjogging), adalah :
a) Perbuatan atau Kerja Qalbu atau Hati
b) Bukan kerja Lidah
c) Berlaku SEBELUM pekerjaan atau perbuatan atau amal itu di lakukan.
d) Bukan SEMASA perbuatan itu di lakukan.
e) Ada TUJUAN kenapa kita nak buat pekerjaan atau perbuatan tersebut.
------Selingan pasal NIAT SOLAT ----
Kesalahfahaman ikut-ikutan sejak DULU lagi, bagi siapa yang selalu BERSOLAT JEMAAH akan dapat memerhatikan ada sesetengah orang dia angkat takbir kadang2 sampai 10 kali. Apa pasal ?
Sebab tak "MASUK-MASUK NIAT" SOLAT masa angkat TAKBIR. Sebab masa angkat Takbir tu 'Tak Tersusun' BISIKAN..'Sahaja aku solat 2 rakaat...' setelah mula2 di sebut atau di LAFAZ 'USOLLI..'
===> Fahamilah, Allah tak pernah nak menyusahkan kita dalam pengabdian kepada Dia. Banyak ayat Allah tentang ini.
===> Tanyakan diri kita dalam-dalam. Siapa yang sebenarnya menyusahkan semua ni.
===> Kemungkinan diri sendiri sebab terlampau selalu mengikut-ngikut orang lain yang kita sangka berilmu, namun sebenarnya hanya sangkaan mereka sahaja, hanya pendapat mereka sahaja.
--------habis selingan---------
Tujuan Berpuasa
================
1) Firman Allah :
Al-Baqarah : 183
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
● Hai orang-orang yang BERIMAN, diwajibkan atas kamu BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu AGAR kamu BERTAQWA, ●
Berdasarkan firman Allah di atas, jelas sekali bahawa satu je tujuan atau sebab kita di PERINTAHkan atau di SURUH berpuasa iaitu supaya atau untuk kita BERTAQWA.
2) Maka, tetapkanlah NIAT kita BERPUASA untuk BERTAQWA, sebab itu tujuannya. Niat tanpa tujuan adalah bukan NIAT.
3) Berdasarkan ayat Allah di atas, perlulah kita faham, hanya orang BERIMAN yang di WAJIBKAN atau di suruh BERPUASA. Jika kita tidak BERIMAN, tiada di suruh Berpuasa. Maka, usahakanlah supaya kita BERIMAN dahulu setelah kita MUSLIM. Jika kita hanya Muslim tetapi tidak Mukmin, maka PUASA kita hanya sia-sia.
4) BERTAQWA pula bukanlah sesuatu yang JAUH atau SUKAR di fahami. Ianya juga sudah di SALAH FAHAMI sejak dari dahulu lagi. Ianya bukan sesuatu yang 'GENERAL' atau UMUM. Jika di tanya maksud Bertaqwa, maka rata-rata akan timbul pelbagai pendapat dari seakan ULAMAK mengeluarkan PENDAPAT itu dan ini. Ianya tidak jelas jika kita mengikut mana-mana PENDAPAT mana pun.
5) Bertaqwa berasal dari kata dasar WAU QAF YA bermaksud MEMELIHARA atau Berjaga-jaga dari atau Berwaspada dari.
Untuk dapat kita MEMELIHARA atau Berwaspada tentang ALLAH, kita perlu sentiasa MERASA SEDAR atau 'CONCIUS' atau 'AWARE' tentang KEWUJUDAN ALLAH.
6) Inilah tuntutan BERPUASA. Agar kita Bertaqwa kepada Allah. Agar kita SENTIASA MERASA SEDAR akan WUJUDNYA DIA Yang ESA yang Mempunyai dan Menciptakan segala sesuatu.
7) Bertaqwa adalah kerja dalam Minda dan bukan luar minda. Ianya di dalam ('INSIDE of us').
8) Maka bila kita lapar dan dahaga semasa berpuasa, RASA SEDARLAH bahawa Allah Yang Esa itu tidak lapar dan dahaga dan tak memerlukan makan juga minum.
9) Bila kita MERASA SEDAR SENTIASA akan DIA Yang Melihat, Yang Mendengar, Yang Penyayang, Yang Mengasihani, Yang Menyediakan, Yang Menghidupkan, Yang Mematikan DAN segala Nama-nama atau Predikat tentang DIA, maka ketika itulah kita BERTAQWA.
10) Pemahaman tentang BERTAQWA dan MENJADI MUTTAQIN ini sangat penting dari kita sibuk menyahut suruhan PERBANYAKKAN IBADAH di bulan Ramadhan tanpa memahami apa itu IBADAH dan bagaimana pula hendak di banyakkan IBADAH.
11) Buanglah fahaman turun temurun tentang IBADAH itu adalah dengan banyaknya SOLAT, Berzikir, MeNYEBUT AL-Quran dan kita sudah merasa puas sebab dapat kumpul BANYAK PAHALA. Mungkin kita KOSONG di dalam iaitu kita tidak BERTAQWA maka 'IBADAH' yang kita sangka itu sebenarnya bukanlah IBADAH.
12) IBADAH itu adalah sebenarnya KEPATUHAN dengan RELA kepada ILAH yang SATU (Allah) dan Menyerahkan Rasa Diri atau Keinginan diri kita di bawah KEHENDAK atau PERINTAH ALLAH. Maka, jika di katakan Perbanyakkan IBADAH adalah bermaksud Perbanyakkan Kepatuhan kepada Allah adalah sesuatu yang tidak tepat. Itulah sebab BERTAQWA itulah suruhan yang Paling Tepat agar kita sentiasa Merasa DEKAT dengan Allah maka segala suruhan dan laranganNYA kita PELIHARA sungguh-sungguh. Tanpa MERASA SEDAR akan WUJUDNYA ALLAH, kita akan terlupa atau sebenarnya JAUH dengan Allah maka kita akan terlalai dari Mematuhi Perintah dan LaranganNya.
Mengapa Bulan Ramadhan itu bulan mulia ?
=================
1) Firman Allah :
Al-Baqarah : 185
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
● (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya DITURUNKAN AL-QURAN sebagai petunjuk bagi manusia dan PENJELASAN-PENJELASAN mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. ●
Jelas sekali dari ayat Allah di atas bahawa BULAN RAMADHAN adalah Bulan yang MULIA kerana dalam bulan inilah Al-Quran itu di turunkan.
2) Maka, fahamilah dan katakanlah inilah BULAN AL-QURAN. Maka, sangatlah perlu kita bergelumang LEBIH dengan MENTADABBUR - mencari maksud yang di belakang melalui proses mencari kaitan-kaitan ayat yang di dalam Al-Quran, dan juga MENTADARRUS - mempelajari dan mengkaji ayat yang di luar Al-Quran iaitu segala-gala ciptaan yang ternyata di alam semesta ini, sebagai BUKTI dan TANDA PASTI bahawa Al-Quran itu adalah Wahyu Agung dari Allah Al-Hadi - Yang Membimbing kita melalui Al-Huda iaitu Al-Quran, yang tiada Ragu-ragu sedikitpun KEBENARANNYA :
Al-Baqarah : 2
ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
● Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; pembimbing (HUDA) bagi mereka yang BERTAQWA ('God-Concius'), ●
3) Perhatikanlah kaitan antara Al-Quran dan Bertaqwa dalam ayat 2 surah Al-Baqarah di atas. Ianya bermaksud sesudah BERTAQWA kita masih perlu cari BIMBINGAN dengan memahami lagi Al-Quran.
Kaitan Puasa dan Ayat-ayat Al-Quran dengan Ilmu, Iman dan Taqwa.
============
Puasa adalah arahan untuk orang Beriman. Bagaimana mahu Beriman ?
Bagaimana pula mahu menambah IMAN ?
Kedua-dua persoalan ini hanya satu sahaja jawapan yang benar iaitu dengan kita MENJADI 'ALIM dulu atau menjadi ULAMAK (jamak kepada 'Alim).
Dengan kita Menjadi 'Alim, iaitu BERILMU sahajalah maka kita akan dapat RASA GERUN dan TAKUT kepada Allah.
Rasa TAKUT kepada Allah itulah juga TANDA IMAN sudah masuk dalam Qalbu.
Fatir : 28
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
● ..Sesungguhnya yang TAKUT kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMAK. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ●
Ilmu pula adalah PEMAHAMAN tentang KEBENARAN. Dan bukan Pemahaman tentang Pendapat manusia itu ini atau ketua puak itu ini atau ketua mazhab itu ini.
Tiada Kebenaran yang tidak bersumber dari Wahyu Allah. Maka, tiada jalan lain untuk Berilmu dan kemudian Beriman MELAINKAN KENA MENTADABBUR dan MENTADARRUS AL-QURAN.
Al-Anfal : 2
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمٰنًا وَعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
● Sesungguhnya orang-orang yang BERIMAN ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH QALBU mereka, dan apabila DI BACAKAN AYAT-AYAT-NYA, BERTAMBAHLAH IMAN mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ●
Mentadarrus Al-Quran akan membuatkan kita terpaksa IQRA` atau MEMBACA dan MENGKAJI PELBAGAI ILMU Sains dan Ilmu Alam Semesta yang lain, ILMU PEMBUKTIAN, ILMU VERIFIKASI - ia juga bermaksud mengkaji BUKTI-BUKTI atau juga di panggil AYAT, sehingga TERNYATA kepada kita bahawa Al-Quran itu adalah BENAR - tatkala itulah Kita di KATAKAN BERIMAN :
Fussilat : 53
سَنُرِيهِمْ ءَايٰتِنَا فِى الْءَافَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِهِمْ حَتّٰى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ
● Kami akan memperlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA / 'Evidences' (AYAT) Kami di segala UFUQ dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah BENAR. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu? ●
Tujuan dan Cara
===============
1) Tujuan Berpuasa adalah untuk BERTAQWA kepada Allah.
2) Maka TAQWA itulah TUJUAN dan PUASA itu adalah JALAN atau CARA mencapai TAQWA yang TERPENTING sekali.
3) Selain dari Berpuasa, ada CARA lagi untuk kita mendapat TAQWA kepada Allah. Firman Allah :
Ali 'Imran : 133
وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
● Dan BERSEGERAlah kamu kepada AMPUNAN dari Tuhanmu dan kepada jannah yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang BERTAQWA, ●
Ali 'Imran : 134
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكٰظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
● (iaitu) orang-orang yang MENAFKAHKAN (YUNFIQU), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang MENELAN KEMARAHANNYA dan MEMAAFKAN (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. ●
Ali 'Imran : 135
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فٰحِشَةً أَوْ ظَلَمُوٓا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلٰى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
● Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka INGAT akan Allah, lalu MEMOHON AMPUN terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. ●
a) SEGERAKAN dan Perbanyakkan Permohonan AMPUN kepada Allah.
b) Berinfaq kepada yang memerlukan di kala senang atau susah
c) MENELAN Kemarahan kepada sesiapa pun sehingga tidak kelihatan pada raut wajah.
d) Memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu tidak patut di maafkan.
e) Perbanyakkan TASBIH kepada Allah dan ZIKIR kepada Allah, walaupun setelah melakukan perbuatan keji.
Firman Allah :
Al-Hijr : 98
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ السّٰجِدِينَ
● maka BERTASBIHLAH dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud. ●
Al-Haqqah : 52
فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ
● Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar. ●
Dengan Bertasbih bersungguh-sungguh menggunakan TASBIH di ajar dalam Al-Quran, kita dapat MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH dan MENGAGUNGKAN ALLAH dan juga sebagai tanda kita MENGHARGAI atau BERSYUKUR kepada Allah.
f) Mentadabbur dan Mentadarrus Al-Quran serta MENG'AQALI dan BERTAFAKKUR iaitu BERFIKIR dan MENGKAJI dan MEMAHAMI sebanyak-banyak ILMU Alam Semesta. Menjadi 'ALIM juga ULIL ALBAB.
Al-An'am : 155
وَهٰذَا كِتٰبٌ أَنزَلْنٰهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
● Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertaqwalah agar kamu diberi rahmat. ●
Ali 'Imran : 190
إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ
● Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang mempunyai LUBB (ULIL ALBAB), ●
Ali 'Imran : 191
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلٰى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
● (iaitu) orang-orang yang MENGINGAT Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka MEMIKIRKAN (YATAFAKKARUN) tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. ●
g) Bertawakkal kepada Allah atau menjadikan Allah sebagai WAKIL ('Trustee') kita.
Yunus : 84
وَقَالَ مُوسٰى يٰقَوْمِ إِن كُنتُمْ ءَامَنتُم بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوٓا إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ
● Berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu BERIMAN kepada Allah, maka BERTAWAKKALLAH kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang BERSERAH DIRI (MUSLIMIN)". ●
h) Bersyukur atau menghargai ALLAH akan segala pemberian dan kurniaNya kepada kita.
Ibrahim : 7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
● Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, pasti Kami akan MENAMBAH (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". ●
i) Bersabar terhadap ujian sedikit yang ALLAH sendiri berikan.
Yunus : 109
وَاتَّبِعْ مَا يُوحٰىٓ إِلَيْكَ وَاصْبِرْ حَتّٰى يَحْكُمَ اللَّهُ ۚ وَهُوَ خَيْرُ الْحٰكِمِينَ
● Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan BERSABARLAH hingga Allah memberi keputusan dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya. ●
Ibrahim : 5
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسٰى بِـَٔايٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيّٰىمِ اللَّهِ ۚ إِنَّ فِى ذٰلِكَ لَءَايٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ
● Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): "Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah". Sesunguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi setiap orang PENYABAR dan banyak BERSYUKUR. ●
Kita tak akan dapat BERSABAR sebelum kita dapat benar-benar MENGHARGAI atau MENSYUKURI.
j) Perbanyakkan DOA yang di ajar Allah di dalam Al-Quran, TANDA kita ini MEMERLUKAN Allah dan kita tidak sombong kepada DIA :
Al-Mu'min : 60
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
● Dan Tuhanmu berfirman: "BERDOALAH kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang MENYOMBONGKAN diri dari mengabdi kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". ●
Apa yang kita Dapat Bila kita BERTAQWA kepada Allah ?
=========
At-Talaq : 2
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَىْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهٰدَةَ لِلَّهِ ۚ ذٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا
●... Barangsiapa BERTAQWA kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan KELUAR. ●
At-Talaq : 3
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ اللَّهَ بٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
● Dan memberinya REZEKI dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. ..●
At-Talaq : 4
وَالّٰٓـِٔى يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَآئِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلٰثَةُ أَشْهُرٍ وَالّٰٓـِٔى لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولٰتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مِنْ أَمْرِهِۦ يُسْرًا
● .. Dan barang -siapa yang BERTAQWA kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya KEMUDAHAN dalam urusannya. ●
At-Talaq : 5
ذٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنزَلَهُۥٓ إِلَيْكُمْ ۚ وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُعْظِمْ لَهُۥٓ أَجْرًا
● Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang BERTAQWA kepada Allah, niscaya Dia akan MENGHAPUS KESALAHAN-KESALAHANNYA dan akan melipat gandakan ganjaran baginya. ●
1) Kita akan TERLEPAS dari belenggu-belenggu Ujian atau Masalah hidup.
2) Kita dapat REZEKI yang tidak di sangka-sangka.
3) Kita akan MUDAH menjalankan apa-apa arahan / urusan / kewajiban / tanggungjawab (AMR).
4) Kesalahan-kesalahan kita DI HAPUSKAN oleh Allah dan Allah melipatgandakan ganjaran kebaikan kepada kita.
====
End.
Huwallahu AHAD.
AllahusS°omad.

Ulasan
Catat Ulasan