Langkau ke kandungan utama

Kertas dan bila Al-Quran di tulis

Kertas dan Bila Al-Quran itu di tulis

(Date Written : 9 Feb 2020)

Sejak bila Kertas itu di ciptakan di dunia?

Apakah benar semasa zaman Nabi Muhammad (Sollu 'Alaihi) itu hidup, tatkala Wahyu di turunkan, Rasul menyuruh para sahabat untuk menulisnya di pelapah tamar dan kulit kambing? Benar atau tidak perkara yang di ajarkan kepada kita turun temurun ini ?

Bagaimana kita nak mengesahkan ?

Mari kita lihat firman Allah :

Al-An'am 6 : 7

وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتٰبًا فِى قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

● Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas KERTAS (قرطاس), lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". ●

Al-An'am 6 : 91

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِۦٓ إِذْ قَالُوا مَآ أَنزَلَ اللَّهُ عَلٰى بَشَرٍ مِّن شَىْءٍ ۗ قُلْ مَنْ أَنزَلَ الْكِتٰبَ الَّذِى جَآءَ بِهِۦ مُوسٰى نُورًا وَهُدًى لِّلنَّاسِ ۖ تَجْعَلُونَهُۥ قَرَاطِيسَ تُبْدُونَهَا وَتُخْفُونَ كَثِيرًا ۖ وَعُلِّمْتُم مَّا لَمْ تَعْلَمُوٓا أَنتُمْ وَلَآ ءَابَآؤُكُمْ ۖ قُلِ اللَّهُ ۖ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِى خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ

● Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya, di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab (Taurat) yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran KERTAS (قراطيس)yang bercerai-berai, kamu perlihatkan (sebahagiannya) dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui(nya)?" Katakanlah: "Allah-lah (yang menurunkannya)", kemudian (sesudah kamu menyampaikan Al Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya. ●

JELAS, di zaman Nabi Musa sendiri, kertas sudah ada.

Kertas dalam Bahasa Melayu memang bahasa yang di pinjam dari Bahasa Arab قرطاس.

Berdasarkan kajian sejarah, tiada tahun yang pasti bilakah kertas mula di buat. PAPER dalam bahasa Inggeris memang di ambil dari perkataan PULPA sebab gentian kertas yang asal memang di ambil dari Kayu PULPA.

Definisi Kertas adalah Helaian Nipis yang di gunakan untuk Menulis, Melukis, Mencetak dan Membungkus. Dan Kertas di hasilkan dari proses penekanan Gentian yang berasaskan Pohon Pulpa.

Apa pun, berkemungkinan besar, kertas zaman dahulu tidaklah sama dengan kertas yang di gunakan zaman sekarang dari segi asas bahan dan prosesnya mahupun hasilnya, namun KERTAS pada definisi, sudah lama Wujud sejak Zaman Nabi Musa lagi dan di jadikan Lembaran atau Buku.


Mari kita perhatikan Firman Allah yang ini pula :

Al-Furqan 25 : 4

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوٓا إِنْ هٰذَآ إِلَّآ إِفْكٌ افْتَرٰىهُ وَأَعَانَهُۥ عَلَيْهِ قَوْمٌ ءَاخَرُونَ ۖ فَقَدْ جَآءُو ظُلْمًا وَزُورًا

● Dan orang-orang kafir berkata: "Al Quran ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang lain"; maka sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar. ●

Al-Furqan 25 : 5

وَقَالُوٓا أَسٰطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِىَ تُمْلٰى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

● Dan mereka berkata: "Dongengan-dongengan orang-orang dahulu, DIMINTANYA supaya DITULISKAN, maka dibacakanlah dongengan itu kepadanya setiap pagi dan petang". ●

Persoalannya, siapakah yang MEMINTA Al-Quran ini di tuliskan ?

Jawapannya adalah Rasul Nabi Muhammad (Sollu 'Alaihi).

Dan jika KERTAS itu sudah ada zaman Nabi Musa, maka ianya pasti sudah di gunakan di Zaman Nabi Muhammad.

Sebab Nabi kita bukan duduk kat kampung-kampung yang takde teknologi, melainkan di Ummul Qura`.

Asy-Syura 42 : 7

وَكَذٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ قُرْءَانًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرٰى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ فَرِيقٌ فِى الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِى السَّعِيرِ

● Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada UMMUL QURA (IBU KOTA / BANDAR RAYA) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk Jannah, dan segolongan masuk Jahannam. ●

===
Seterusnya, pada tahun 2015, sekumpulan pengkaji telah mengadakan ujian radiokarbon terhadap senaskah Al-Quran paling lama di temui di University Birmingham dan mendapati Naskah Al-Quran itu di hasilkan dari tahun 568 hingga 645 Masihi iaitu Zaman Nabi Muhammad hidup lagi. Tahun 632 Masihi Nabi Muhammad wafat.





Baca link ini untuk keterangan lanjut -
https://m.liputan6.com/global/read/2276932/alquran-tertua-di-dunia-dari-masa-nabi-muhammad-ada-di-inggris

===
Kesimpulan

1) Kertas yang di jadikan buku sudah lama wujud sejak zaman Nabi Musa lagi.

2) Rasul Nabi Muhammad memang mengarahkan Al-Quran itu di tulis.

3) Kertas memang alat untuk di tulis di atasnya.

4) Ujian Radiocarbon adalah bukti ketuaan sesuatu benda, terbukti Naskah Al-Quran tertua di jumpai adalah zaman Rasul Nabi Muhammad masih hidup.

5) Maka Al-Quran memang sudah siap di tulis dan di bukukan semasa Zaman Rasul Nabi Muhammad lagi.

===
End.


Yusuf 12 : 76

فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَآءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن وِعَآءِ أَخِيهِ ۚ كَذٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِى دِينِ الْمَلِكِ إِلَّآ أَن يَشَآءَ اللَّهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجٰتٍ مَّن نَّشَآءُ ۗ وَفَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ

●... Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki; dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Mengetahui. ●












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...