Langkau ke kandungan utama

Hidup dan Masalah

Hidup dan Masalah
(Date written: 4 Jul 2020)

Pernah bayangkan hidup kita ini tanpa masalah?

Apa akan jadi?

1) Tak akan ada penambahbaikan

2) Tak akan ada kebijaksanaan

3) Tak akan ada perbandingan kebaikan antara seorang dengan orang yang lain

4) Tak akan dapat nak takrif atau DEFINE baik vs buruk

5) Tak akan ada SENSE OF ACHIEVEMENT atau rasa pencapaian

6) Tak akan ada rasa nak MENOLONG orang lain

7) Tak akan ada rasa nak MENZALIMI orang lain atau menzalimi diri sendiri

8) Tak akan ada MARAH-MARAH

9) Tak akan ada RASA KECEWA atau DUKACITA

10) Tak akan ada rasa MENGHARAP

11) Tak akan ada rasa KHUATIR

12) Tak akan ada KELUHAN

13) Tak akan perlu kepada PENGORBANAN

14) Tak akan ada DENGKI-MENDENGKI

15) Tak akan ada SOMBONG-MENYOMBONG

16) Tak akan ada orang nak Tunjuk LAGAK


====
Pendek kata

Tak perlu buat apa-apa LANGSUNG!

Sebab MASALAH tak ada.

===
Masalah itu adalah sebenarnya UJIAN kepada kita. Bila kata UJIAN, maknanya kita ni sedang di CHECK atau TEST PRESTASI.

[How are you doing ?
I am 9 over 10 today (kalau 1 kali kita tak boleh sabar dalam 10 UJIAN atau MASALAH yang datang)]

Ianya KETETAPAN yang datang mengikut Sunnatullah kepada MANUSIA yang di hidupkan di dunia.

Al-Mulk 67: 2

الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيٰوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

● Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,●

===
Siapa kata dia takde MASALAH maknanya dia salah TEMPAT. Dia bukan hidup atas dunia.

Masalah akan sentiasa dan akan datang selagi ada Roh dalam jasad.

===
Embrace the 'Problem' or the Test that WILL KEEP COMING till we die. Train our mind to ACCEPT we are the HUT.

==
HUT?

Human Under Test.

===
Usahakan agar kita PASS with FLYING Colors pada setiap TEST.

Macam mana tau?

Bila kita sudah dapat RASA

Tiada Khuatir
Tiada Kecewa/Dukacita/ Bersedih hati,

Pada setiap Masalah atau Ujian yang datang:

Al-Baqarah 2 : 38

قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

● Kami berfirman: "Keluarlah kamu semuanya dari Jannah itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati". ●


===
End.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...