Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Suci

  Suci Suci itu suatu apungan Tidak tenggelam dengan bebanan Bebas merdeka, di atas dan tinggi Dari segala kecacat-celaan Dan sifat rendahan Aku dan kau Dalam menelusuri kehidupan Sudah bebas merdekakah Dari beban-beban buatan Dari manusia 'suci bersih' Seolah ketentuan syurga neraka  Mereka yang punya Kapir sana kapir sini Berita kematian silih berganti Satu demi satu Kebenaran pertama itu muncul Memberi ingatan bahawa hidup di sini Hanya tempat ujian  Yang sering didefinisikan sebagai masalah Masih tidak sedarkah Atau masihkah kita memburu Kesenangan sementara Yang abadi di sana itu menanti Neraca timbangan itu penentu Tiada guna syafaat siapa pun kala itu Ke kiri yang gelap gelita Atau ke kanan yang penuh cahaya Bergantung apa  Yang kita selalu kerjakan Apa yang selalu kita kerjakan? Jadilah manusia apungan Bebas merdeka dari membawa beban itu Kelu, tumpul, dungu dan beratlah Perjalanan hidup ini Jika masih terbeban dengan mainan Dan tipuan hidup dunia Terutama da...

Kriteria Memilih Pemimpin

 Kriteria Memilih Pemimpin (Date written : 19 Nov 2022) Intro Majoriti negara di serata dunia mengamalkan sistem demokrasi perwakilan termasuk di Malaysia. Kemelut politik di Malaysia menjadikan rakyatnya berbelah bagi, mana satu pemimpin yang hendak mereka pilih dalam undian pilihanraya. Persoalan Apakah kriteria yang sepatutnya kita jadikan sebagai kayu ukur dalam memilih pemimpin? Apakah ada jawapannya dalam Kitab Al-Huda ? Mari masuk dalam. Firman Allah: Al-Baqarah 2:247 وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ  ● Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Thalut memperoleh ke...

Buat Anakku - Khaulah Dhirar

 (Date written : 17 Jun 2022) Renungkan mengapa kombinasi nama ini diberi kepadamu wahai puteri pertamaku.. -------- Khaulah al-Azwar merupakan nama yang cukup tidak asing lagi apabila berbicara tentang srikandi Islam. Sebelum ini, kami pernah mengeluarkan artikel berkenaan kisah perjuangan Khaulah al-Azwar bersama abangnya, Dhirar al-Azwar, yang mana   kegagahannya itu disamakan seperti Khalid al-Walid . Antara sumber yang menceritakan tentang beliau secara terperinci adalah Futuh asy-Syam karangan Imam Al-Waqidi, dan edisi Bahasa Inggerisnya, The Islamic Conquest of Syria hasil usaha Maulana Sulaiman al-Kindi. Kepahlawanan Khaulah al-Azwar mula direkodkan oleh sejarah semasa beliau cuba menyelamatkan abangnya, Dhirar yang telah ditawan oleh pihak Rom. Menurut Imam al-Waqidi, Dhirar ibn al-Azwar ketika itu ditugaskan oleh Khalid ibn al-Walid (atas cadangan Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah) untuk memintas 12 000 bala bantuan Rom pimpinan Warden yang dihantar oleh...

Reaction Video

 (Date written : 5 Jun 2022) Abstrak Apakah hang orang agama nak hurai tentang agama?   Intro Zaman ini, pelbagai cerita, berita, dari Whatsapp, FB, Youtube dan lain2 Media Sosial, tentang politik, teknologi, termasuk bab 'yang itu-itu juga'. Yang saya maksudkan tentang 'yang itu-itu juga' adalah perbalahan antara so-called Aswaja dan so-called Wahabi dan kala ini orang 'awam' yang bukan orang 'agama' yang bertukar-tukar berbalas-balas video action-reaction, juga antara Ostat ini vs Ostat itu juga penuh action-reaction video seperti itu. Semakin hari semakin banyak dan makin membanjiri media sosial hari ini. Persoalannya ? Apa hasilnya semua ni? Semakin faham tentang kebenaran atau semakin berpuak-puak atau semakin kita menjadi 'judgmental' dalam menyebelahi mana2 orang yang kita rasa lebih bagus dari orang lain. Intipati Adalah sangat membahayakan bilamana seseorang Ostat mengatakan 'hang bukan orang agama nak cakap pasal agama'. Apa mak...