Langkau ke kandungan utama

Nasikh Mansukh = Tidak WUJUD dalam Al Qur'an

Nasikh Mansukh = Tidak WUJUD dalam Al-Qur'an

(Date written : 11 Aug 2014)

Intro
====

Telah berkurun lamanya pemahaman bahawa terdapat ada ayat2 Al-Qur'an yang dimansuhkan dan digantikan dengan Ayat2 yang lain di dalam Al-Qur'an.

Fenomena ini telah dijadikan SENJATA bagi orang Kafir untuk MENGATAKAN bahawa Al-Qur'an itu tidak konsisten,  dan yang lebih teruk; mereka mengatakan ini adalah perbuatan Rasul Nabi Muhammad yang mengada-adakan Al-Qur'an.

Yang kita gelar Ulama telah berhabis-habisan mengeluarkan hujah untuk menangani serangan ini - namun kepada orang yang MENGETAHUI - mereka gagal.

Artikel ini ditulis untuk MEMBERI HUJAH terbaik tentang isu Nasikh Mansukh ini.

======

Perlulah saya ingatkan para pembaca untuk merujuk kepada Ulama yang takut kan Allah semata-mata dan janganlah percaya apa sahaja yang saudara- saudari baca dari apa yang saya tulis.

Ayat yang terkenal yang dijadikan HUJJAH kebanyakan ULAMA adalah ayat berikut :

Al-Baqarah : 106

مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآ ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Ayat mana saja yang Kami nasakhkan (NANSAKHA), atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? ●

Nansakh, menurut pendapat Kebanyakan Ulama (dulu dan sekarang) ianya bermaksud HAPUS atau HILANG.

Benarkah begitu ?

Al-Qur'an kita tidak boleh TAKWIL sesuka RASA tanpa melihat keseluruhan ayat2 Al-Qur'an tentang MAKSUD sesuatu PERKATAAN Arab tersebut.

Mari kita lihat firman Allah di ayat yang lain :

Al-Jathiyah : 29

هٰذَا كِتٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● (Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh MENCATAT (NASTANSIKH) apa yang telah kamu kerjakan". ●

Dari 2 ayat di atas JELAS ada PERTENTANGAN tentang MAKSUD sebenar NANSAKHA atau TANSIKHA.

Jika ayat surah Al-Baqarah ayat 106 kebanyakan Ulama MENTAKWILKAN sebagai HAPUS maka maka mengapa pula sebahagian ULAMA Menterjemahkan TANSIKHA sebagai MENCATAT ?

Mari kita lihat ayat2 Allah yang lain :

Al-A'raf : 154

وَلَمَّا سَكَتَ عَن مُّوسَى الْغَضَبُ أَخَذَ الْأَلْوَاحَ ۖ وَفِى نُسْخَتِهَا هُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ هُمْ لِرَبِّهِمْ يَرْهَبُونَ

● Sesudah amarah Musa menjadi reda, lalu diambilnya (kembali) luh-luh (Taurat) itu; dan dalam TULISANNYA/CATATANNYA (NUSKHATIHA) terdapat bimbingan dan rahmat untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya. ●

Ayat di atas jelas NUSKHATIHA (dari huruf NUN-SIN-KHA) bermaksud CATATAN.

Mari kita lihat ayat Allah yang lain :

Al-Hajj : 52

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنّٰىٓ أَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah "MENGHILANGKAN/MENGHAPUSKAN" (YANSAKHU) apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ●

Ayat di atas, jika diterjemahkan dalam English :

Al-Hajj : 52

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنّٰىٓ أَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● And We did not send before you any messenger or prophet except that when he spoke [or recited], Satan threw into it [some misunderstanding]. But Allah "ABOLISHES" (YANSAKHU) that which Satan throws in; then Allah makes precise His verses. And Allah is Knowing and Wise. ●

Kedua-dua terjemahan baik Melayu mahupun English,  kebanyakan ULAMA Menterjemahkan kepada HAPUS atau HILANG.

Namun, perhatikan ayat seterusnya :

Al-Hajj : 53

لِّيَجْعَلَ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ فِتْنَةً لِّلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ الظّٰلِمِينَ لَفِى شِقَاقٍۭ بَعِيدٍ

● agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai "cubaan" (FITNATAN) bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat, ●

Sila tadabbur = perhatikan baik2 2 ayat ayat di atas.

Jika Allah sudah "MENGHAPUSKAN atau MENGHILANGKAN" apa yang di Masukkan syaitan ke dalam Qalbu manusia , sudah TENTU ianya TIDAK DAPAT dijadikan sebagai FITNAH (ujian, cubaan) kepada manusia.

Mari kita perhatikan ayat Allah pada surah Al-Jathiyah ayat 29 sekali lagi :

Al-Jasiyah : 29

هٰذَا كِتٰبُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

● (Allah berfirman): "Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh MENCATAT (NASTANSIKHU) apa yang telah kamu kerjakan". ●

Berdasarkan keseluruhan ayat-ayat Al-Qur'an yang kita baca berkenaan dengan maksud NUN-SIN-KHA, begantung kepada kata kerja dan kata namanya = NASTANSIKHU atau NANSAKHA atau YANSAKHU ;

Kesemuanya bermaksud MENCATAT atau Merekod.

Ianya tidak BERMAKSUD "Menghapus atau Menghilang".

=======

Berikut adalah terjemahan yang betul :

Al-Baqarah : 106

مَا نَنسَخْ مِنْ ءَايَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَآ أَوْ مِثْلِهَآ ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلٰى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

● Ayat mana saja yang Kami CATATKAN (NANSAKH), atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? ●

Al-Hajj : 52

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نَبِىٍّ إِلَّآ إِذَا تَمَنّٰىٓ أَلْقَى الشَّيْطٰنُ فِىٓ أُمْنِيَّتِهِۦ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِى الشَّيْطٰنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءَايٰتِهِۦ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

● Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah MENCATATKAN (YANSAKHU) apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ●

Ayat2 yang lain tentang NANSAKH sudah benar terjemahannya.

Maka bila sudah BETUL TERJEMAHAN, maka benarlah perkataan Allah :


Al-Kahf : 1

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىٓ أَنزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَا ۜ

● Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan KEBENGKOKAN di dalamnya; ●

=======

Allah - Esa Nya TERNYATA.

Kalam Nya tiada KEBENGKOKAN.

Tidak ada KERAGUAN kepada Kebenaran Al-Qur'an.

Tidak boleh ada sesiapa pun yang boleh SESUKA RASA mengada-adakan TAKWILAN mengatakan Allah menghapuskan atau MEMANSUHKAN ayat ini dan digantikan dengan ayat yang ini.

Siapa kita yang berani MENGATAKAN demikian.

Ternyata ianya TELAH terjadi dan sesungguhnya itulah PEGANGAN kebanyakkan 'Ulama' dulu dan sekarang.

Itu sebab bila di hujah oleh orang KAFIR, tidak dapat menjawab sebab SENDIRI sudah sesat dengan MEMANDAI-MANDAI membawa pengertian yang BATIL terhadap sesuatu KALAM ALLAH.

Janganlah kita beriman secara IKUT-IKUTAN. TADABBUR lah ayat2 Allah. Jika tidak faham, bertanyalah kepada Ulama yang Takutkan Allah dan berusahalah agar kita menjadi Ulama SUPAYA kita juga TAKUT kepada Allah.

Moga Allah memberi RAHMAT kita semua.

=====

End.

Allah Al-'Alim.

=====








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MasyaAllah

MasyaAllah (Date written : 19 November 2014) ==== Mari bezakan dulu Follower of Assumptions vs ILMU ====== maaf untuk sampai point terpaksa saya mengambil beberapa TULISAN orang lain. Tulisan 1 : ========= Tahukah anda apa erti kalimah “MasyaAllah” dalam bahasa Melayu? Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini. Namun pernahkah anda terfikir samada anda menggunakan lafaz kalimah ”MasyaAllah” ini bersesuaian pada tempatnya? Contohnya, mungkin anda menyebut kalimah ini ketika berhadapan dengan situasi yang tidak baik atau tidak elok, seperti ketika terlihat gambar- gambar yang kurang baik, melihat perkara- perkara yang kurang elok dan sebagainya atau apabila anak-anak kita buat perangai nakal, tidak dengar kata dan sebagainya. Sebenarnya maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY. Mengikut buku “What Do...

Kalam Allah Paling Efektif

Kalam Allah Paling Efektif (Date written : 23 Aug 2014) (Last Updated : 26 Aug 2014) Intro ==== Turunkan diri terdiri di hadapan Kalimat Allah TERTINGGI. Allah Al-'Ali. Allah Ta'ala. Maka Titah- Nya atau Kalam-Nya juga mempunyai KESAN yang begitu DIRECT kepada kehidupan. Mana nak dapat Titah atau Kalam Allah ? Soalan amat senang untuk di jawab - Melalui kitab-kitabNya. Dan zaman ini, Nabi ini, ianya adalah Kitab Al-Qur'an. Di situlah pelbagai TITAH ALLAH yang MULIA dapat di baca, di fahami, dituruti dan di sampaikan. Di dalamnya ada kemuliaan dan Kebanggaan kita. Di situlah ada Hidayah atau Bimbingan. Di situlah ada Cahaya. Di situlah ada Rahmat. Di situlah ada Berkat. Di situlah ada Syifa' atau Penyembuhan. Yunus : 57 يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ● Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan PEN...

Allah yang kita Kenali (3)

Allah yang kita Kenali (3) (Date written : 13 May 2014) (Last Update  : 20 May 2014) CUKUP ====== Mengapa seorang juruteknik perlu membawa toolbox ke tempat bertugasnya? Sebab tools itu di perlukan untuk buka screw dan sebagainya. Technician yang tak bawa tools selalunya tak boleh buat dan siapkan kerja. Ok. Mengapa kita kena SEMBAH ALLAH ? Sekali lagi SEMBAH bermaksud menjadi 'abdi, puji dan puja, doa dan seru HANYA kepada ALLAH. Ada yang jawab sebab sebagai Tanda kita ini mensyukuri NikmatNya (setengah Ulama berijtihad sebegini). Ada orang jawab sebab kita memang dijadikan untuk mengabdi diri kepada Allah. Firman Allah : Az-Zariyat : 56 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ● Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (LIYA'BUDUN) kepada-Ku. ● Ayat itu biasa di dengari NAMUN kesan atau impak TAK KUAT pada diri ini. Tau tapi tak de kesan. Kena cari SEBAB yang lebih. Sebenarnya itu adalah JA...